BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
02 September 2019
Ujian Dari Allah
Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.
Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.
Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.
Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.
Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.
Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.
Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.
Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.
Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.
Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.
Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.
Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.
Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.
Ingatlah,
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.
Kesimpulannya,
setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.
Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.
Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment