11 September 2019

Property

Hartanah Wow Keyword Main Location Property Type Min Price Max Price 6 Langkah Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah, 6 Sebab Kenapa Best Sangat By admin Posted in Tips Hartanah On Sep 05, 2017 6 Langkah Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah, 6 Sebab Kenapa Best Sangat Best sangat ke jadi ejen rumah? Ko tak takut ke jadi ejen? Kan sekarang ni ekonomi jatuh Kerja tak de basic, malas aku! Eh, tak pandai la nak cerita pasal hartanah Dialog ini biasa didengari bila sebut tentang Kerjaya Ejen Hartanah. Tentang best atau yang tak best, kita cerita kejap lagi, Sekarang nak cerita tentang Cara Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah Cara Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah: Panduan Penting Untuk Newbies #1 Tanya Diri Anda, Adakah Ada Sekelumit Minat Sebagai Ejen Hartanah Bila sebut tentang kerjaya yang melibatkan servis, perkara utama yang perlu ditekankan adalah Passion. Ye Passion membantu orang. Ah, Aku tak minat lah Nanti dulu, walaupun anda tiada minat dalam kerjaya ini. Adakah anda boleh paksa anda minat untuk menjadi ejen hartanah? Ada sesetengah orang, pada awalnya tidak meminati sesuatu pekerjaan, tapi lama-kelamaan minat itu berputik dalam diri. Sebab apa? Mungkin ada faktor dalaman seperti masalah kewangan, kekangan masa, keluarga dan sebagainya. Minat boleh dipupuk. Yang penting sanggup untuk belajar! #2 Survey Agensi Hartanah Yang Anda Minat Anda dah boleh start mencari agensi hartanah yang anda mahu. Macam mana nak pilih? Ikut peraturan: Pilih agensi yang patuh pada peraturan undang-undang supaya kerjaya anda selamat Lokasi: Pilih yang berhampiran dengan kediaman anda. Mungkin jarak radius 40km. Contohnya anda tinggal di Putrajaya. Cari agensi hartanah di Putrajaya, Bangi atau Cyberjaya. Latihan: Agensi yang sediakan kursus dan latihan kepada ejen Jap, jangan salah faham. Pilih di sini bukan bermaksud terus sertai. Tapi survey dahulu. Sebab jika nak sertai agensi hartanah, anda perlu hadiri sekurang-kurangnya Kursus Perunding Hartanah ‘Real Estate Negotiator Course’ (REN Course). Perunding Hartanah (dibaca Ejen Hartanah) wajib berdaftar dengan agensi dan mempunyai nombor seperti nombor saya REN 17585. Sebelum diterima masuk ke dalam agensi, seperti biasa sesi temuduga akan dibuat. Biasanya syarat-syarat ini dikenakan Sepenuh masa (full time) diutamakan Sekiranya part time, masa perlu fleksibel atau wajib hadiri beberapa kursus iaitu komitmen Ada pengangkutan Extra/Bonus sekiranya anda mampu berbahasa inggeris dan mandarin Agensi hartanah tempat saya berkhidmat juga masih ada kekosongan iaitu Icon Capital Property Sdn Bhd, hubungi saya segera untuk sertai. #3 Hadiri Kursus Perunding Hartanah ‘REN Course’ Kursus ini wajib dihadiri oleh semua yang mahu menjadi Ejen Hartanah Berdaftar. Jangan risau, bukan satu semester, tapi hanya 2 hari sahaja kursus Bayaran sekitar RM 600 Boleh terus daftar di sini Oriental Training Centre – Negotiator Certification Course Selepas sertai kursus, anda akan dapat Sijil Penyertaan yang diiktiraf oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (BOVEA) REN Tag akan diperolehi selepas anda attach dengan agensi hartanah. So lepas join kursus, cepat-cepat ke Agensi hartanah yang anda survey tadi. #4 Niat Bantu Orang & Diri Sendiri Niat kita bekerja adalah untuk cari nafkah untuk keluarga kita. Masa yang fleksible. Dalam masa yang sama, untuk bantu orang lain yang hadapi masalah. Contohnya owner yang nak jual rumah, yang hadapi masalah seperti Masalah kesihatan, perlukan duit segera Masalah kewangan Harta pusaka dan lain-lain Begitu juga dengan pembeli, yang perlukan rumah yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet mereka #5 Ambil Masa Untuk Belajar Ambil masa betul-betul untuk belajar dalam masa sama untuk dapatkan sale. Ali: Apa yang nak kena belajar Tuan? Abu: Banyak! Ali: Ermm. Apa yang perlu diutamakan dahulu? Abu: Ha ah. Belajar dulu tentang Proses Jual Beli. Fahami betul-betul tentang undang-undang A) Belajar Tentang Proses Jual Beli Hartanah banyak jenis dan banyak status hartanah, seperti freehold, leasehold, kaveat, master title dan sebagainya. Setiap jenis dan status akan bagi kesan kepada proses jual beli. Lihat Contoh Aliran Proses Jual Beli B) Ilmu Bank Ilmu tentang bank sangat penting, sebab kalau tak lulus loan, sale pun tak dapat. Paling kurang ejen fahami serba sedikit tentang pinjaman. Contohnya Cara kira kelayakan loan Proses loan bank dan kerajaan Refinance dan lain-lain C) Ilmu Marketing Yang ni paling best dan penting. Ilmu untuk kita pasarkan produk atau listing (senarai hartanah untuk dijual/disewa dipanggil sebagai listing) Ada 2 jenis marketing Offline: Flyer, Banner, Bisnes Kad dsb Online: Facebook, Mudah.my, iProperty, PropertyGuru, SEO, Cold Call dsb Kesemua ini perlu dipelajari. Yang paling penting juga ialah ilmu Networking. Nanti kita sembang banyak bila dah join Icon Capital Property Sdn Bhd D) Kursus dan Latihan Yang Disediakan & Anjuran Luar Agensi juga sediakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua ejen. Banyak lagi yang perlu dipelajari seperti Cara Semak Nilai Pasaran ‘Market Value’, Membuat Proposal Listing dan lain-lain. E) Me’Ngeteh’ Bersama Ejen Senior Part ini saya suka. Jumpa ejen yang berjaya. Tanyakan tips dan nasihat mereka. Tahu tentang kekuatan mereka untuk kita belajar dan contohi. Kelemahan mereka, kita tak yah tahu. Kita nak belajar, bukan judge orang. #6 Listing Is Weapon Mesti ramai bertanya, apa tu Listing? Senarai apa? Listing tu bermaksud Senarai Hartanah Untuk Dijual/Disewa atau bahasa mudah ia dipanggil sebagai Produk Setiap ejen wajib ada listing, bukan hanya bergantung kepada listing ejen lain. Bagi yang tiada listing, tetapi ada bawa pembeli. Ia dipanggil sebagai Co-Agency “Bekerjasama Antara 2 Ejen/Agensi” Macam Mana Nak Dapatkan Listing? Nak dapatkan listing adalah melalui Marketing seperti poin Nombor 5 (C). Biasanya bagi ejen baru, mereka ditugaskan untuk membuat Cold Call ‘Panggilan Sejuk’ bukan hangit =). Cold Call boleh dibuat menerusi Senarai rumah nak dijual oleh owner ‘For Sale By Owner’. Boleh rujuk di Mudah.my pada bahagian Private Di surat khabar The Star atau mana-mana surat khabar. Pilih iklan yang tiada nombor Kod seperti REN dll Naik kereta atau motor round taman, sambil-sambil catat nombor telefon pada banner atau poster yang digantung oleh owner nak jual rumah Jumpa orang, bagi bisnes kad Sebar kat wassap/facebook penduduk atau taman dan banyak lagi cara Set Farming Area Dulu Farming area ni seperti tempat yang kita expert, abang long kawasan la bahasa zaman sekarang. Orang tanya market valuer, terus kita boleh jawab. Orang tanya rate sewa, semua dalam kepala kita. Syarat untuk pilih farming area adalah Radius 30km atau lebih kurang dari kediaman kita. Sebab mudah untuk bergerak dan jimatkan kos dan masa perjalanan. Rujuk buku How To Become A Power Agent in Real Estate oleh Daryyl Davis Demand tinggi, dalam banyak-banyak lokasi, pilih yang demand tinggi. Mudah nak close how to be power agent in real estate beli buku ini. amat berbaloi Kelebihan Menjadi Ejen Hartanah, Kenapa Best Sangat #1 Masa Yang Fleksibel Ejen hartanah hanya bertugas pada masa yang minima dan efektif. Ada ejen yang saya kenali, hanya bekerja 2-3 hari seminggu. Atau dapat close yang besar. Rehat sebulan. Yang utama kena rancang jadual masa dan target untuk close sale. #2 Income atau Komisen Yang Tiada Had Anda yang boleh tentu dengan usaha dan tawakkal. Ada satu cerita yang sangat termotivasi. Iaitu ada seorang ejen wanita yang hanya bermula tak sampai setahun, tapi rezeki dapat close sebuah kilang di Shah Alam yang bernilai RM 30juta. Bermakna dia dah dapat lebih kurang RM 400,000. Itu baru satu case! Fee yang dikenakan oleh agensi kepada penjual ‘owner’ adalah 3%. 40% daripada 3% itu adalah Professional Fee bagi ejen, ditambah pula dengan kos disbursment. #3 Networking Dengan Banyak Pihak Ejen hartanah biasanya akan selalu berhubung dengan banker dan lawyer. Hampir setiap minggu whatsapp, call, email. Hubungan baik dengan semua orang, termasuk juga penilai ‘valuer’, pejabat tanah, PBT dan lain-lain #4 Multiple Commission Jangan terkejut, ejen hartanah sebenarnya mendapat banyak komisen dari sumber berlainan. Bila kita submit case kepada lawyer, lawyer akan berikan referral fee biasanya dalam 10-40% daripada Professional Fee lawyer. Banyak juga. Ada kes sampai dapat 1000 lebih. Dapat belanja isteri dan anak-anak makan. Ada sesetengah kontraktor tawar kepada ejen untuk bagi referral fee jika ejen dapat rekemen orang untuk baiki atau renovate rumah. dan ada beberapa pihak, semua atas dasar kerjasama, kepercayaan #5 Ilmu dan Pengalaman Berharga Secara tak langsung, apabila terlibat dalam hartanah, automatik minta ejen akan alert tentang pembangunan setempat, isu kewangan, isu undang-undang tanah, hal pusaka, insolvensi kes bankrap. Tak dapat tidak, ejen pun kena belajar dan ambil tahu. Satu bonus untuk ejen juga #6 Cabang Yang Besar Jadi ejen hartanah, bukan hanya terhenti setakat urus jual beli sewa hartanah. Bidang hartanah sangat luas. Ada property management, ada lelongan dan lain-lain. Bagi REN ‘perunding hartanah’ ia hanya permulaan, boleh naik ke PEA, REA untuk buka agensi pun boleh. Luas lagi perjalanan. Semua dapat faham. Apa lagi. Hubungi saya segara untuk join Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585) # FB: Hartanah Wow # HP: 013-344 0625 (whatsapp/call) # EMEL: hartanahwwo@gmail.com # WEB: www.hartanahwow.com Ireal Property Sdn Bhd (Irealty) whatsapp: klik di sini 55 Comments Mohd Hafis bin zulkaflee on September 10, 2017 at 7:45 pm said Saya nak buat kerja ejen Hartanah Part time boleh ke?? Reply admin on September 14, 2017 at 9:48 am said tinggal mana? boleh wassap saya 013-3440625 Reply Amir on November 27, 2017 at 7:51 pm said Saye berminat menjadi ejen sepenuh masa tp saya dok di seremban. Reply admin on November 29, 2017 at 11:02 pm said hantar resume rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply Muhammad Wafi on February 4, 2018 at 4:07 am said saya ingin ubah kehidupan saya kepada lebih berkualiti lagi. singgah di laman tuan merupakan langkah perubahan yang pertama pada saya. apa yg patut saya lakukan? Reply admin on February 6, 2018 at 11:52 am said Tuan perlu tahu apa target tuan dan bidang apa yang jadi passion Tuan. Reply Mohd Naza on February 16, 2018 at 6:22 am said Assalamualaikum Sy ingin jadi Agent hartanah dan property….saya sebelum tolong cari kn orang rumah sewa dan dpt commision dari Agent. ..now saya fikir nak jadi Agent sebab saya dah ada 2 buyer rumah dan 1 buyer tanah….. Mcm mna cara nye Tuan…Dan saya tak kelulusan pendidikan tinggi sy belajar setakat SPM shj Harap sy dpt bantu nasihat dari pihak tuan. Reply Laili on February 21, 2018 at 4:43 am said Kat mana nak beli buku tu? Reply Yatie Yunus on February 26, 2018 at 8:55 am said Salam En Rasyadan, kebetulan saya sedang survey peluang untuk menjadi agen hartanah. Nota En Rasyadan amat membantu. Terima kasih Reply admin on April 9, 2018 at 4:22 am said wslm. terima kasih Pn. Semoga berjaya dan konsisten Reply Duan on April 9, 2018 at 11:21 pm said Salam sy bekas jurutera yg baru berhenti.sekarang tgh jual nasi lemak pagi2.sy berminat no jadi perunding hartanah.sy ada sedikit berpengalaman dalam online marketing.mcmana nk jadi perunding hartanah ye? Reply admin on November 20, 2018 at 1:38 am said wslm. Tuan boleh cari agensi berhampiran kediaman Tuan Reply Abdul Rahim Bin Ishak on May 15, 2018 at 1:42 am said saya ingin menjadi agen harta tanah , apakah kurusus kurusus yang wajib saya hadiri. Reply admin on August 11, 2018 at 6:34 am said boleh emel resume ke rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply mazelan on May 25, 2018 at 11:53 pm said Assalam admin, Saya berminat nak jadi REN.. Boleh bagi cadangan agensi mana yang ok untuk disertai di Ipoh.. Tq Lan 012-4486725 Reply admin on August 11, 2018 at 6:34 am said wassalam boleh emel resume ke rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply Sharifah on June 22, 2018 at 1:23 am said Assalammualaikum en wan mohamad, akakni amat berminat dengan bidang hartanah, cadangnya nak jadi agen apakah yang perlu di buat dan perlu dipelajari untuk memasuki bidang ni kalau en wan boleh ajar akak. Reply admin on August 11, 2018 at 6:34 am said waalaikummussalam boleh emel resume ke rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply Khairul Annuar Ali on June 24, 2018 at 9:36 am said Sy berminat dlm bidang ini dan bgmn nak mulakannya utk menjadi ejen yg berdaftar. Tinggal di sg petani kedah. Reply admin on August 11, 2018 at 6:33 am said boleh emel resume ke rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply Taufiq on July 2, 2018 at 8:40 pm said Sy dr Johor Bahru dan sangat berminat dlm bidang hartanah ni tp di JB susah utk dptkan company yg boleh terima staff yg tiada pengalaman atau tiada REN. Reply admin on August 11, 2018 at 6:33 am said boleh emel resume ke rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply Nizam on July 15, 2018 at 8:21 am said Saya nak jadi ren, part time, di pulau pinang. Macam mana tu? Reply admin on August 11, 2018 at 6:33 am said boleh emel resume ke rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply Fatin Aainaa binti Abdullah on July 19, 2018 at 6:48 pm said Salam En Rasyadan, boleh saya tahu kelayakan apa yang sesuai untuk seseorang menjadi agen hartanah. Terima kasih. Reply admin on August 11, 2018 at 6:33 am said wassalam boleh emel resume ke rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply aduka on August 6, 2018 at 2:48 am said salam tuan saya berminat nk jadi agen camna nak bermula? lokasi kuching sarawak tq Reply admin on August 11, 2018 at 6:33 am said wslm boleh emel resume ke rasyadan.iconproperty@gmail.com Reply hawa on August 14, 2018 at 8:18 am said Tuan, saya bekerja kerajaan, tapi minat sy hari2 survey harga hartanah,rumah2 lelong. Saya ada sedikit ilmu berkenaan rumah lelong. Bagaimana jika saya ingin menjadi ejen hartanah part time di Tawau, Sabah Reply admin on September 6, 2018 at 12:49 am said untuk Borneo, lebih baik hubungi ejensi hartanah di sana. sebab ada sedikit berlainan berkaitan undang2 tanah Reply nurul on August 17, 2018 at 5:49 am said salam , saya student dalam diploma pengurusan hartanah dan still belajar lagi. boleh ke saya buat part time agen hartanah apabila cuti? Reply admin on September 6, 2018 at 12:49 am said wassalam. boleh Reply Ruzita on October 10, 2018 at 12:57 pm said thanks for the info, I will send the resume soon. Reply nasrien on October 23, 2018 at 9:20 am said saya berminat untuk menjadi salah seorang ejen hartanah tapi saya tak tahu bermula dari mana. Reply admin on November 20, 2018 at 1:37 am said hadiri kursus REN dulu Reply Mohd Arif on October 23, 2018 at 3:20 pm said Jika tuan tidak keberatan, boleh saya tahu berapa lama tuan ambil masa untuk close sale pertama? Tengah berkira-kira juga untuk jadi ejen.hehe. Reply admin on November 20, 2018 at 1:36 am said saya dulu dalam masa sebulan. terpulang Tuan, jika ada perancangan boleh try dulu Reply Puan Aini on November 3, 2018 at 12:18 pm said Assalammualaikum En Wan, saya seorang surirumah berminat ingin menceburi bidang hartanah sebagai seorang REN. Aktiviti harian saya berkaitan dengan aktiviti 2 orang anak yang masih bersekolah. Dengan situasi saya ini adakah saya boleh menjadi seorang REN? Perlukah seprang REN hadir di pejabat agensi setiap hari? Reply admin on November 20, 2018 at 1:36 am said Waalaikummussalam. boleh. perlu hanya urus masa sedikit dan hadiri training. masuk ofis tak semestinya setiap hari Reply taiyoo on December 16, 2018 at 12:49 am said alamak…i nak jadi agen tapi sijil pendidikan tinggi.cuma ada spm lower great.ada peluang kah,nak buat agen? Reply admin on March 10, 2019 at 5:59 am said boleh puan. tiada masalah Reply hazim on December 24, 2018 at 12:29 am said Salam Tuan. saya berminat nak tau lebih lanjut untuk menjadi agent hartanah. Boleh ke saya melawat office tuan di bangi ? Reply admin on March 10, 2019 at 5:59 am said wslm. boleh terus pergi ke ofis. office hour Reply zul on January 4, 2019 at 3:03 pm said Assalamualaikum area terengganu boleh joint tak cik rasyadan.. saya berminat untuk beli dan jual balik..mintak tunjuk ajar Reply admin on March 10, 2019 at 5:59 am said waalaikummussalam. sebaiknya cari agensi yang berhampiran dengan Tuan Reply Usamah bin hairulazam on January 8, 2019 at 3:16 pm said Assalamualaikum. Saya Usamah bin hairulazam berminat untuk menceburi bidang hartanah ini. Mohon tunjuk ajar.. Reply admin on March 10, 2019 at 6:00 am said Waalaikummussalam ye Tuan. Insyaallah Reply Yatie on February 20, 2019 at 5:24 am said Salam tuan.. Sy tinggak di ipoh.. Bekerja sbg seorng guru.. Sy berminat nk buat part time senagai ejen hartanah.. Camna nk mula ya.. Sy xda sebarang ilmu berkaitan hartanah.. So apa yg perlu sy lakukan? Reply admin on March 10, 2019 at 6:02 am said wslm. boleh dapatkan contact agensi di area IPOH. IPOH pun ok sana Reply irene on March 15, 2019 at 8:22 am said sy berminat nak jd REN tapi xthu mana agensi yg berdaftar yg ok.Tuan tahu x mana agensi yg terbaik area rawang atau bukit beruntung? Reply admin on April 7, 2019 at 1:43 am said boleh emel CV ringkas ke hartanahwow@gmail.com Reply Zulfadhli Abd Razak on April 26, 2019 at 3:09 pm said Saya berminat nak menjadi salah seorang insan yang dapat membantu orang lain dalam menjual hartanah mereka disamping memberi peuang untuk keluar dari kelompok makan gaji demi memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang. Mohon admin mejadi admin saya. Lokasi dengkil. Reply admin on May 3, 2019 at 12:33 pm said bleh wassap saya Tuan 013-3440625 Reply mishhak on May 2, 2019 at 7:07 am said salam saya berminat untuk jadi ejen hartanah… saya tinggal di Beranang, selangor Reply admin on May 3, 2019 at 12:32 pm said wslm. boleh wassap saya 013-3440625 Reply Leave a Reply Your email address will not be published. Required fields are marked * Comment Name * Email * Website CommentLuv badge Search for: Recent Posts Perjanjian Jual Beli Rumah : 9 Perkara Yang Perlu Difahami Cara Selamat Bayar Booking Rumah Untuk Dibeli Hak Milik Tidak Boleh Disangkal Berdasarkan Kanun Tanah Negara Cara Memohon Skim Mydeposit Rumah Pertama 2018 Secara Online Cara Beli Rumah Second Hand Panduan Lengkap A-Z Find Your Home Advance Search is already enabled in the header. Featured Properties Featured Duplex M City Ampang View Property Corner Lot Duplex M City Jalan Ampang Kuala Lumpur Corner Lot Duplex M City Jalan Ampang Kuala Lumpur With… Bedrooms 4 Bathrooms 5 Area 1920 sqft For Sale RM2,350,000 Featured taman universiti jalan cerdik bangi View Property Teres 2 Tingkat Taman Universiti Jalan Cerdik Bangi Selangor Teres 2 Tingkat Taman Universiti Jalan Cerdik Bangi Selangor .… Bedrooms 4 Bathrooms 3 Area 1300 sq ft For Sale RM480,000 Archives July 2019 October 2018 September 2018 December 2017 November 2017 September 2017 July 2017 February 2017 January 2017 December 2016 November 2016 October 2016 Categories Tips Hartanah Uncategorized Tags booking fee Cara Beli Rumah Kerjaya Ejen Hartanah Kos Ejen Kos Guaman Kos Jual Beli Peguam Hartanah Perjanjian Jual Beli Skim MyDeposit tips sewa rumah Undang-undang Hartanah urus rumah sewa Hartanah Wow Info Hartanah Anda Recent Posts Perjanjian Jual Beli Rumah : 9 Perkara Yang Perlu Difahami Cara Selamat Bayar Booking Rumah Untuk Dibeli Hak Milik Tidak Boleh Disangkal Berdasarkan Kanun Tanah Negara Cara Memohon Skim Mydeposit Rumah Pertama 2018 Secara Online Cara Beli Rumah Second Hand Panduan Lengkap A-Z Like Facebook Hakmilik HartanahWow[dot]com Designed by Inspiry Themes Sumo

No comments: