Cara Menjadi Ejen Hartanah
Jika
tuan puan tengah pertimbang untuk ceburi kerjaya ejen hartanah, eloklah
baca artikel ni. Artikel adalah panduan komprehensif tentang semua
aspek dan cara menjadi ejen hartanah.
Tulisan ni berdasarkan pengalaman ambe sendiri. Di akhir artikel ni InsyaAllah tuan puan akan dapat gambaran yang jelas untuk buat keputusan.
Orang ramai biasanya tak tahu tentang beza dua ni. Bagi mereka, perunding hartanah sama dengan ejen hartanah. Sebenarnya ada beza.
Artikel ni ditujukan untuk orang awam. Ambe guna bahasa yang biasa digunakan. Jadi bila ambe guna perkataan ejen hartanah tu, ambe maksudkan perunding hartanah sebenarnya.
Komisyen yang diterima pula ialah 3% (ini komisyen standard pasaran di Malaysia) iaitu RM15,000. Daripada RM15,000 ini anda akan berkongsi dengan agensi.
Nisbah perkongsian ini bergantung kepada senioriti. Katakan anda layak terima 70% daripada jumlah komisyen tersebut, pendapatan anda ialah RM10,500.
Sekarang ni, bayangkan anda jual 3 unit rumah berharga RM500,000. Pendapatan anda untuk bulan tersebut ialah RM31,500.
Fuh, lagi tinggi daripada gaji Perdana Menteri tu. Dan 3 unit ni bukan mustahil pun. Tuan puan boleh buat. Ini bukan janji MLM. Bahkan ejen yang berjaya, jual 7-10 unit sebulan.
Skop kerja dengan pemilik hartanah adalah seperti berikut:
Ni berbeza kalau ada majikan. Kalau rajin pun, belum tentu terjamin masa depan.
Dalam artikel ni ambe ada sediakan satu bahagian tentang cara nak kira komisyen jualan. Boleh rujuk kat situ.
Tapi walaupun fleksibel, tuan puan kena urus masa ni dengan baik. Kalau tak urus tiada jualan la nanti. Kiki.
Bila permintaan banyak kerjaya ejen hartanah ni pun akan berkembang dengan sendiri.
Selain tu, tuan puan juga boleh pilih untuk ambil lesen penuh. Mungkin satu hari nanti tuan puan boleh miliki agensi hartanah sendiri.
Bila baru bermula lagi la. Tiada jualan tu merupakan satu bebanan yang besar. Ambe pun pernah lalu situasi yang sama.
Yang penting dalam kerjaya ni puan kena perisaikan diri tuan puan dari kata-kata monolog negatif terhadap diri sendiri. Mesti teruskan berusaha walaupun tiada jualan. Banyakkan bersabar.
Kalau berusaha pasti akan buat jualan.
Ada cara sebenarnya nak dapatkan listing berkualiti ni. Tapi ambe tak kongsi di sini sebab dah masuk topik yang agak advance. Kalau tuan puan masih ada keraguan, boleh hubungi ambe.
Tuan puan mesti tahu ins & out jual beli rumah. Dari segi prosedur dan perangkap yang ada.
Selain tu, kena juga mahir dalam ilmu pemasaran. Macam mana dan di mana nak pasarkan rumah. Apa medium yang efektif untuk jenis rumah.
Ada juga ilmu yang tuan puan belajar dari pengalaman. Contohnya tentang lokasi dan nilai pasaran rumah sesuatu kawasan.
Pengetahuan ni sukar nak dapat daripada pembacaan. Tapi bila tuan fokus dalam bidang ni, ilmu ni tuan puan akan pick-up dengan cepat.
Walaupun begitu tak bermakna apa yang anda belajar atau pengalaman anda sebelum ni tak relevan.
Contohnya jika tuan puan bekas peguam, tuan puan ada kelebihan untuk memahami kontrak perjanjian. Ini satu advantage semasa proses rundingan.
Jurutera boleh menerapkan work ethic nya dalam kerjaya ejen hartanah ni. Bekas jurubank pastinya sudah mahir dengan selok belok hartanah. Ejen insuran pula sudah ada client-base untuk dia pasarkan hartanah.
Apa yang ambe nak tekankan kerjaya ejen hartanah ni kerjaya yang universal. Tak kira latar belakang atau pengalaman, tuan puan boleh berjaya dalam bidang ni. InsyaAllah.
Sebelum memulakan kerjaya, tuan puan mesti daftar dan hadir ke kursus 2 hari perunding hartanah. Nak daftar kursus boleh hubungi Good Institute.
Kursus ni wajib. Antara topik yang tuan puan akan belajar ialah:
agensi hartanah ni ada banyak. Yang patut tuan puan sertai ialah agensi yang dapat bagi value added kepada tuan puan. Dari segi sokongan, gerak kerja, career development.
Dalam bahagian seterusnya ambe beri sedikit tips macam mana nak pilih agensi yang baik.
Kemudian tuan puan akan daftar dengan agensi. Biasanya fi yang dikenakan dalam lingkungan RM500 bergantung kepada agensi.
Fi ni adalah untuk latihan permulaan dan juga kelengkapan seperti business card, banner, t-shirt, baju korporat dan lain-lain.
Tuan puan juga kena ada bajet untuk pemasaran. Untuk memasarkan hartanah ni ada kos. Mudah.my contohnya mengenakan caj RM3 untuk setiap listing yang disenarai.
Mungkin untuk permulaan RM500 memadai untuk bajet pemasaran tuan puan.
Pada masa yang sama, tuan puan kena ada bajet sara hidup. Bajet sara hidup ni diperlukan untuk untuk 2-3 bulan pertama setelah tuan puan mulakan kerjaya.
Tuan puan mungkin perlukan masa untuk belajar buat jualan pada bulan pertama.
Jika tuan puan berjaya menjual pada awal bulan kedua, tempoh sebulan lagi diperlukan untuk kes jualan tuan puan tu lengkap. Akhir bulan kedua, tuan puan akan terima komisyen.
Jadi pada pendapat ambe, sediakan bajet secukupnya untuk tuan puan tempuhi tempoh ni.
Secara keseluruhan, ambe rasa bajet sekitar RM6,000 adalah selamat. Mahal? Mana ada. Cuba bandingkan kalau buka kedai makan. Huhu.
Menjadi ejen hartanah separuh masa ni susah nak fokus. Kerja ambe sebagai akauntan di Petronas dulu memang sibuk. Telefon pula selalu berbunyi. Klien nak tengok rumah. Pemilik nak jual. Ambe pula dalam meeting.
Akhirnya, dua-dua kerja cukup makan je. Tak dapat yang terbaik. Diri sendiri pun rasa bersalah kerana buat kerja lain semasa waktu kerja.
Tuan puan sendiri pun contohnya. Kalau ahli keluarga (nauzubillah) ada sakit kronik. Tuan puan hantar jumpa doktor separuh masa ke doktor pakar (Plot twist: Doktor tu buat kerja separuh masa ejen hartanah)? Mestilah tuan puan beri lebih kepercayaan kepada yang pakar dan full-time.
Hari Isnin ke hari Jumaat, tuan puan kena cari leads untuk orang jual atau beli rumah. Masa ni la kena buat pemasaran. Kena jumpa peguam dan jurubank. Kena buat follow-up.
Akhirnya, kerjaya ni akan jadi full-time juga. Dan ambe sendiri sarankan tuan puan buat full-time.
Ramai yang berjaya dalam bidang ni. Ramai antara mereka pun alami dilema tuan puan sekarang. Tapi mereka fokus dan berani bertindak.
Tapi yang menariknya wanita ni walaupun sikit, yang buat tu kebanyakannya berjaya. Sahabat ambe Puan Izzah, Puan Ayul dan Puan Dhiya selalu mendominasi carta tertinggi jualan bulanan.
Tak betul sebenarnya. Sebab bila perempuan yang buat kerja ni peluang berjaya lebih tinggi. Ikut pengalaman ambe, wanita lebih fokus berbanding lelaki.
Kalau cik puan ada keyakinan, boleh berkomukasi dengan baik, insyaAllah tiada masalah. Kalau tiada keyakinan pun, inilah platform untuk cik puan.
Kerjaya ejen hartanah ni persis menjadi konsultan. Menjadi konsultan adalah cara untuk cik puan cabar diri menjadi lebih baik.
Joke aside, memang benar ada antara tuan puan akan dibelenggu soalan ni. Terutamanya kalau tuan puan ada jawatan tinggi seperti pengurus sekarang.
Tapi tuan puan harus tepuk dada tanya hati. Kalau tuan puan dapat hidup senang dengan kerjaya ni, ada masa fleksibel, apa sangat lah persepsi tu. Dan yang paling penting, kalau tuan puan dapat beri yang terbaik untuk keluarga tuan puan, apa sangat lah persepsi tu.
Jangan fikir persepsi, fikirkan peluang. Dan persepsi tu akan hilang bila tuan puan dah berjaya.
Beliau sebelum ni berkerja sebagai pengurus di sebuah syarikat. Bukan calang-calang orangnya sebelum ni. Tapi beliau mula dalam bidang hartanah ni pun asalnya zero. Beliau juga tempuh cabaran yang sama sebagai seorang ejen hartanah.
Tapi hari ni beliau adalah salah seorang leader berjaya di Weise Property. Sekarang sudah mempunyai team sendiri dengan bilangan 10 orang.
Ambe selalu tanya “Abang Kamal, berapa kes dah bulan ni”. Respon beliau tu yang ambe respect. “Aii, kawe tak ingat dah”. Sampai tak ingat bilangan rumah yang dijual.
En Kamaruzaman ni adalah perunding hartanah contoh di Weise Property. Daripada pemerhatian ambe kunci kejayaan beliau ialah sikap.
Untuk pastikan tuan puan lepasi tahun pertama yang getir ni, ilmu asas yang tuan puan perlu ada ialah:
Sebelum ambe akhiri, berikut antara artikel yang tuan puan boleh ikuti:
Kalau tuan puan ada soalan boleh tanya kat ruangan komen.
Tulisan ni berdasarkan pengalaman ambe sendiri. Di akhir artikel ni InsyaAllah tuan puan akan dapat gambaran yang jelas untuk buat keputusan.
Kandungan
- Ejen Hartanah Vs Perunding Hartanah
- Macam Mana Buat Duit Dengan Kerja Ni
- Skop Kerja Perunding Hartanah
- Kelebihan Menjadi Ejen Hartanah
- Cabaran Menjadi Ejen Hartanah
- Syarat Dan Kelayakan
- Cara Menjadi Ejen Hartanah
- Tips Pilih Agensi Hartanah
- Modal Permulaan Dan Kelengkapan
- Boleh Ke Buat Separuh Masa?
- Kerjaya Ejen Hartanah Ni Sesuai Ke Untuk Wanita?
- Kerjaya Ni Tak Glemer La!
- Kenapa Ada Yang Gagal
- Pengalaman
- Ilmu Yang Perlu Ada Untuk Jadi Ejen Hartanah Yang Berjaya
- Kesimpulan
Ejen Hartanah Vs Perunding Hartanah?
Sebenarnya terma ejen hartanah ni ada maksud tersendiri.Ejen Hartanah
Ejen hartanah ni adalah mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Boleh jadi sijil, diploma atau graduan. Mereka kemudian buat buat praktikal 2 tahun dan ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Ejen Hartanah. Bila lulus tu mereka dapat lesen dan boleh buka agensi hartanah.Perunding Hartanah
Perunding hartanah ni pula dilantik oleh ejen hartanah untuk menjalankan transaksi jual beli hartanah. Boleh kata macam pembantu ejen la. Bila perunding hartanah jual rumah, komisyen akan dibahagi antara mereka dan agensi.Orang ramai biasanya tak tahu tentang beza dua ni. Bagi mereka, perunding hartanah sama dengan ejen hartanah. Sebenarnya ada beza.
Artikel ni ditujukan untuk orang awam. Ambe guna bahasa yang biasa digunakan. Jadi bila ambe guna perkataan ejen hartanah tu, ambe maksudkan perunding hartanah sebenarnya.
Macam Mana Buat Duit Dengan Kerja Ni
Kalau nak jadi ejen hartanah ni lah antara soalan yang bermain di fikiran.1) Melalui Komisyen Jualan / Sewaan
Pendapatan utama kerjaya ejen hartanah ni melalui komisyen jualan. Contoh kata anda berjaya jual satu unit rumah berharga RM500,000.Komisyen yang diterima pula ialah 3% (ini komisyen standard pasaran di Malaysia) iaitu RM15,000. Daripada RM15,000 ini anda akan berkongsi dengan agensi.
Nisbah perkongsian ini bergantung kepada senioriti. Katakan anda layak terima 70% daripada jumlah komisyen tersebut, pendapatan anda ialah RM10,500.
Sekarang ni, bayangkan anda jual 3 unit rumah berharga RM500,000. Pendapatan anda untuk bulan tersebut ialah RM31,500.
Fuh, lagi tinggi daripada gaji Perdana Menteri tu. Dan 3 unit ni bukan mustahil pun. Tuan puan boleh buat. Ini bukan janji MLM. Bahkan ejen yang berjaya, jual 7-10 unit sebulan.
2) Melalui Referral Fee Peguam
Referral fee peguam ni boleh dikatakan sebagai side-income. Tuan puan refer pembeli kepada peguam yang tuan puan kenal dan mereka akan beri saguhati. Bukanlah setinggi komisyen jualan, tapi boleh la buat lepas duit minyak tu untuk satu kes. Kalau banyak kes bayar pinjaman perumahan pun lepas. Huhu.Skop Kerja Perunding Hartanah
Kerja perunding hartanah ni ada dua jenis pelanggan: pemilik hartanah dan pembeli hartanah.Skop kerja dengan pemilik hartanah adalah seperti berikut:
- Bina jaringan dengan pemilik hartanah untuk dapatkan senarai untuk dijual.
- Membuat inspection hartanah.
- Memberi khidmat nasihat kepada pemilik hartanah.
- Memasarkan hartanah untuk dapatkan pembeli.
- Memastikan hak pemilik hartanah terjaga.
- Bina hubungan baik dengan bakal pembeli.
- Membuat semakan awal kelayakan pembeli untuk belian hartanah.
- Bawa bakal pembeli ke unit jualan untuk viewing.
- Menjalankan rundingan.
- Menjadi pemudah cara untuk pembeli dapatkan khidmat guaman dan pinjaman.
- Memastikan hak pembeli hartanah terjaga.
Kelebihan Menjadi Ejen Hartanah
1) Beri Impak Besar
Kerja ejen hartanah ni ada impak yang besar. Keputusan untuk jual atau beli rumah oleh klien tuan puan ni bukan kecil. Tu adalah antara keputusan besar hidup mereka. Menjadi pemudah cara untuk keputusan ni adalah tugas yang murni.2) Kawal Masa Depan
Dengan menjadi ejen hartanah ni, masa depan tuan puan terletak di tangan tuan puan sendiri. Bukan lagi majikan, bukan lagi boss. Tuan puan 100% bertanggungjawab. Kalau berusaha, berjaya. Kalau malas, gagal.Ni berbeza kalau ada majikan. Kalau rajin pun, belum tentu terjamin masa depan.
3) Pendapatan Lumayan
Pendapatan ejen hartanah ni lumayan. The sky is the limit orang kata. Kalau fokus betul-betul pak menteri pun boleh cemburu dengan pendapatan tuan puan.Dalam artikel ni ambe ada sediakan satu bahagian tentang cara nak kira komisyen jualan. Boleh rujuk kat situ.
4) Masa Fleksibel
Masa tuan puan lebih fleksibel dengan kerjaya ejen hartanah ni. Tak terikat dengan waktu berkerja. InsyaAllah akan ada lebih waktu untuk keluarga dan anak.Tapi walaupun fleksibel, tuan puan kena urus masa ni dengan baik. Kalau tak urus tiada jualan la nanti. Kiki.
5) Modal Minima
Tuan puan boleh rujuk bahagian ‘Modal Permulaan’ untuk ketahui lebih lanjut. Berbanding dengan bisnes lain, kos nak mula bisnes dengan menjadi ejen hartanah ni adalah rendah.6) Masa Depan Cerah
Hartanah ni akan sentiasa ada permintaan. Dekat Malaysia ni, terutama di Klang valley supply rumah tak banyak. Nampak macam banyak, tapi yang mampu dimiliki tu tak banyak.Bila permintaan banyak kerjaya ejen hartanah ni pun akan berkembang dengan sendiri.
Selain tu, tuan puan juga boleh pilih untuk ambil lesen penuh. Mungkin satu hari nanti tuan puan boleh miliki agensi hartanah sendiri.
Cabaran Menjadi Ejen Hartanah
1) Rejection
Bukan semuanya indah. Dalam kerjaya ejen hartanah ni tuan puan kena kuat. Akan ada banyak rejection daripada klien dan juga pemilik. Rejection ni pula boleh jadi dalam macam-macam cara:- Klien view rumah tak jadi beli
- Klien window shopping
- Klien sailang ejen
- Klien book rumah, tapi pinjaman tak lulus
- Klien book rumah, tapi pemilik naikkan harga
- Klien book rumah, pemilik tak jadi jual
2) Ada Naik Turun
Macam apa jua bisnes, kerjaya ejen hartanah ni ada naik turunnya. Ada bulan jualan tuan puan adalah sangat baik, mungkin jual 6 unit. Ada bulan yang biasa, jual 3 unit sahaja. Ada bulan mungkin tiada jualan langsung.Bila baru bermula lagi la. Tiada jualan tu merupakan satu bebanan yang besar. Ambe pun pernah lalu situasi yang sama.
Yang penting dalam kerjaya ni puan kena perisaikan diri tuan puan dari kata-kata monolog negatif terhadap diri sendiri. Mesti teruskan berusaha walaupun tiada jualan. Banyakkan bersabar.
Kalau berusaha pasti akan buat jualan.
3) Sukar Nak Dapatkan Senarai Rumah Untuk Dijual
Ni keluhan yang ambe selalu terima daripada ejen hartanah baru. Jujurnya, senarai rumah (listing) ni senang je nak dapat. Tak susah. Tapi nak dapat listing yang berkualiti, yang boleh jual tu sedikit sukar untuk ejen hartanah baru.Ada cara sebenarnya nak dapatkan listing berkualiti ni. Tapi ambe tak kongsi di sini sebab dah masuk topik yang agak advance. Kalau tuan puan masih ada keraguan, boleh hubungi ambe.
4) Pengetahuan Dan Pengalaman
Bila mula menjadi ejen hartanah, tuan puan kena cepat-cepat melengkapkan diri tuan puan dengan ilmu. Kalau tak proses adaptasi ke dalam bidang ni akan jadi sukar. Nak jual rumah pertama tuan puan akan jadi susah.Tuan puan mesti tahu ins & out jual beli rumah. Dari segi prosedur dan perangkap yang ada.
Selain tu, kena juga mahir dalam ilmu pemasaran. Macam mana dan di mana nak pasarkan rumah. Apa medium yang efektif untuk jenis rumah.
Ada juga ilmu yang tuan puan belajar dari pengalaman. Contohnya tentang lokasi dan nilai pasaran rumah sesuatu kawasan.
Pengetahuan ni sukar nak dapat daripada pembacaan. Tapi bila tuan fokus dalam bidang ni, ilmu ni tuan puan akan pick-up dengan cepat.
Syarat Dan Kelayakan
Nak jadi perunding hartanah tiada syarat minimum. Kemahiran yang mesti ada ialah kemahiran IT. Tuan puan juga mesti ada kenderaan sendiri. Dari segi kelayakan, lepasan SPM pun dah layak.Walaupun begitu tak bermakna apa yang anda belajar atau pengalaman anda sebelum ni tak relevan.
Contohnya jika tuan puan bekas peguam, tuan puan ada kelebihan untuk memahami kontrak perjanjian. Ini satu advantage semasa proses rundingan.
Jurutera boleh menerapkan work ethic nya dalam kerjaya ejen hartanah ni. Bekas jurubank pastinya sudah mahir dengan selok belok hartanah. Ejen insuran pula sudah ada client-base untuk dia pasarkan hartanah.
Apa yang ambe nak tekankan kerjaya ejen hartanah ni kerjaya yang universal. Tak kira latar belakang atau pengalaman, tuan puan boleh berjaya dalam bidang ni. InsyaAllah.
Cara Menjadi Ejen Hartanah
1) Hadir Kursus Perunding Hartanah
Kerjaya ejen hartanah ni ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.Sebelum memulakan kerjaya, tuan puan mesti daftar dan hadir ke kursus 2 hari perunding hartanah. Nak daftar kursus boleh hubungi Good Institute.
Kursus ni wajib. Antara topik yang tuan puan akan belajar ialah:
- Pengenalan kepada pasaran hartanah
- Asas industri hartanah
- Piawaian Agensi Hartanah Malaysia
- Praktis agensi hartanah
- Kemahiran membuat rundingan
- Asas guaman hartanah
- Undang-undang berkaitan hartanah
- Kemahiran IT dalam hartanah
2) Daftar Dengan Agensi
Setelah tuan puan hadir ke kursus perunding hartanah tu, tuan puan boleh lah daftar dengan agensi hartanah. Tapi boleh je nak daftar dengan agensi dulu. Kemudian baru pergi kursus.agensi hartanah ni ada banyak. Yang patut tuan puan sertai ialah agensi yang dapat bagi value added kepada tuan puan. Dari segi sokongan, gerak kerja, career development.
Dalam bahagian seterusnya ambe beri sedikit tips macam mana nak pilih agensi yang baik.
Tips Pilih Agensi Hartanah
Kalau tuan puan ingin jadi ejen hartanah, ambe sarankan pilih agensi yang baik. Macam mana nak pilih agensi yang baik ni? Anda kena banyak bertanya. Tanya kenalan ejen hartanah, tanya agensi semasa interview. Ni sedikit tips macam mana nak tahu agensi tu ok atau tak.- Latihan: Ada latihan ke diberikan untuk perunding hartanah? Berapa kali sebulan latihan diberikan? Agensi yang baik akan selalu beri latihan kepada perunding hartanah mereka.
- Bilangan perunding hartanah: Berapa ramai ejen di bawah sesebuah agensi? Semakin ramai perunding hartanah semakin baik. Senang nak kerjasama dan dapatkan listing daripada rakan sejawatan. Bilangan ejen yang ramai juga petanda agensi tersebut lebih berstruktur.
- Team leader: Tuan puan juga perlu tanya, jika sertai, ada tak team leader yang kawal selia. Seeloknya ada. Team leader ni la yang akan beri panduan kepada tuan puan. Dia akan jadi mentor dan coach.
- Kerja berpasukan: Ambe sarankan tuan puan sertai agensi yang buat kerja berpasukan. Ni susah sikit nak tahu. Tuan puan kena buat kaji selidik. Mungkin tanya kenalan. Atau mungkin boleh kaji di media sosial. Kalau nampak selalu ada aktiviti bersama tu petanda agensi yang baik.
- Semak lesen agensi: Tuan puan boleh semak lesen agensi di laman web LPPEH. Elok buat, tak mahu nanti bila dah join tengok-tengok syarikat broker haram.
Modal Permulaan & Kelengkapan
1) Modal
Untuk menjadi ejen hartanah ni kena ada modal juga. Untuk permulaan kos yang diperlukan adalah untuk hadir ke kursus perunding hartanah. Kursus ni harganya lebih kurang RM600.Kemudian tuan puan akan daftar dengan agensi. Biasanya fi yang dikenakan dalam lingkungan RM500 bergantung kepada agensi.
Fi ni adalah untuk latihan permulaan dan juga kelengkapan seperti business card, banner, t-shirt, baju korporat dan lain-lain.
Tuan puan juga kena ada bajet untuk pemasaran. Untuk memasarkan hartanah ni ada kos. Mudah.my contohnya mengenakan caj RM3 untuk setiap listing yang disenarai.
Mungkin untuk permulaan RM500 memadai untuk bajet pemasaran tuan puan.
Pada masa yang sama, tuan puan kena ada bajet sara hidup. Bajet sara hidup ni diperlukan untuk untuk 2-3 bulan pertama setelah tuan puan mulakan kerjaya.
Tuan puan mungkin perlukan masa untuk belajar buat jualan pada bulan pertama.
Jika tuan puan berjaya menjual pada awal bulan kedua, tempoh sebulan lagi diperlukan untuk kes jualan tuan puan tu lengkap. Akhir bulan kedua, tuan puan akan terima komisyen.
Jadi pada pendapat ambe, sediakan bajet secukupnya untuk tuan puan tempuhi tempoh ni.
Secara keseluruhan, ambe rasa bajet sekitar RM6,000 adalah selamat. Mahal? Mana ada. Cuba bandingkan kalau buka kedai makan. Huhu.
2) Kelengkapan
Kelengkapan minimum yang tuan puan mesti ada ialah:- Komputer atau laptop
- Telefon bimbit
- Kad bisnes
- Banner
- Pita ukur
Boleh ke buat separuh masa?
1) Susah Nak Fokus
Masa ambe baru mula dulu, ambe sendiri buat separuh masa. Tapi tak lama, dalam 3 bulan je lepas tu ambe letak jawatan.Menjadi ejen hartanah separuh masa ni susah nak fokus. Kerja ambe sebagai akauntan di Petronas dulu memang sibuk. Telefon pula selalu berbunyi. Klien nak tengok rumah. Pemilik nak jual. Ambe pula dalam meeting.
Akhirnya, dua-dua kerja cukup makan je. Tak dapat yang terbaik. Diri sendiri pun rasa bersalah kerana buat kerja lain semasa waktu kerja.
2) Sukar Nak Dapat Kepercayaan
Bukan tu je. Bila jumpa pemilik atau klien mereka selalu tanya buat separuh masa ke full-time. Bila kata buat separuh masa tu, pembeli atau pemilik susah nak beri kepercayaan.Tuan puan sendiri pun contohnya. Kalau ahli keluarga (nauzubillah) ada sakit kronik. Tuan puan hantar jumpa doktor separuh masa ke doktor pakar (Plot twist: Doktor tu buat kerja separuh masa ejen hartanah)? Mestilah tuan puan beri lebih kepercayaan kepada yang pakar dan full-time.
3) Fleksibel Bukan Banyak Masa
Walaupun kerjaya ni fleksibel, tapi tak bermakna masa tu cukup. Hari Sabtu dan Ahad tuan puan akan penuh dengan aktiviti viewing dan inspection.Hari Isnin ke hari Jumaat, tuan puan kena cari leads untuk orang jual atau beli rumah. Masa ni la kena buat pemasaran. Kena jumpa peguam dan jurubank. Kena buat follow-up.
Akhirnya, kerjaya ni akan jadi full-time juga. Dan ambe sendiri sarankan tuan puan buat full-time.
4) Tips
Kalau tuan puan bimbang nak buat full-time kuncinya begini. Tuan puan kena percaya rezeki tu dari Pencipta. Bukan dari majikan.Ramai yang berjaya dalam bidang ni. Ramai antara mereka pun alami dilema tuan puan sekarang. Tapi mereka fokus dan berani bertindak.
Kerjaya Ejen Hartanah Ni Sesuai Ke Untuk Wanita
1) Wanita Mendominasi Carta Jualan
Di ejensi ambe, ejen hartanah wanita adalah 1/4 daripada jumlah keseluruhan. Jujurnya, kerjaya ejen hartanah ni ramai lelaki.Tapi yang menariknya wanita ni walaupun sikit, yang buat tu kebanyakannya berjaya. Sahabat ambe Puan Izzah, Puan Ayul dan Puan Dhiya selalu mendominasi carta tertinggi jualan bulanan.
2) Penghalang Utama Ialah Persepsi…
Ambe lihat yang jadi penghalang ialah persepsi wanita tu. Mereka anggap kerjaya ni untuk lelaki. Yang boleh berjaya dalam kerja ni hanya lelaki.Tak betul sebenarnya. Sebab bila perempuan yang buat kerja ni peluang berjaya lebih tinggi. Ikut pengalaman ambe, wanita lebih fokus berbanding lelaki.
3) Dan Keyakinan Diri
Satu lagi penghalang ialah keyakinan diri. Ramai wanita yang teragak-agak nak buat beri alasan kerjaya ni untuk lelaki. Tapi sebenarnya hanya untuk melindung masalah tidak percaya kepada diri.Kalau cik puan ada keyakinan, boleh berkomukasi dengan baik, insyaAllah tiada masalah. Kalau tiada keyakinan pun, inilah platform untuk cik puan.
Kerjaya ejen hartanah ni persis menjadi konsultan. Menjadi konsultan adalah cara untuk cik puan cabar diri menjadi lebih baik.
Kerjaya Ni Tak Glemer La!
Salah tu tuan puan. Ambe tanya tuan puan, kerjaya apa yang ada TV Show sendiri? Peguam, doktor, chef, detektif dan…ejen hartanah! Tak percaya boleh tengok TV Show Million Dollar Listing ni. Huhu.Joke aside, memang benar ada antara tuan puan akan dibelenggu soalan ni. Terutamanya kalau tuan puan ada jawatan tinggi seperti pengurus sekarang.
Tapi tuan puan harus tepuk dada tanya hati. Kalau tuan puan dapat hidup senang dengan kerjaya ni, ada masa fleksibel, apa sangat lah persepsi tu. Dan yang paling penting, kalau tuan puan dapat beri yang terbaik untuk keluarga tuan puan, apa sangat lah persepsi tu.
Jangan fikir persepsi, fikirkan peluang. Dan persepsi tu akan hilang bila tuan puan dah berjaya.
Kenapa Ada Yang Gagal?
Ramai yang berjaya dalam bidang ni. Tapi ada juga yang tak berjaya. Bila ambe buat analisa, faktor utamanya adalah seperti berikut.- Buat separuh masa: Ni adalah punca utama. Bila ada kerja tetap sukar nak beri perhatian dengan kerjaya ni. Macam yang ambe kata, kalau anda jadi ejen hartanah, mesti buat sepenuh masa.
- Tak fokus: Ada yang tak fokus sebab ada bisnes lain. Tak salah ada bisnes lain, tapi kena pandai urus masa.
- Tak makan nasihat: Ada yang buat sepenuh masa, fokus, tapi gagal juga kerana tak ikut nasihat. Nasihat orang berpengalaman seperti team leader kena ikut. Mereka ni dah makan asam garam dulu.
- Disiplin dan etika kerja: Kalau tiada etika kerja, memang akan gagal.
- Tak bersedia: Ada yang buat kerja ni tak bersedia dan melulu. Contohnya, tak bersedia dari segi kewangan dan expect bila jual rumah terus dapat komisyen. Sedangkan jualan hartanah ni ambil masa sebelum dapat komisyen tu.
- Cepat putus asa: Akan ada saat dalam kerjaya ni, semua yang tuan puan buat serba tak kena. Klien view rumah tapi tak terjual. Pinjaman untuk kes lain yang dah close pula tak lulus. Tuan puan mesti cekal dan redha dalam kes macam ni kalau nak bertahan lama dalam industri ni.
Pengalaman Menjadi Ejen Hartanah
En Kamaruzaman Omar
Ambe nak ambil contoh pengalaman sahabat ambe, En Kamaruzaman Omar. Encik Kamaruzaman ni mula kerjaya ejen hartanah lebih kurang sama waktu dengan ambe.Beliau sebelum ni berkerja sebagai pengurus di sebuah syarikat. Bukan calang-calang orangnya sebelum ni. Tapi beliau mula dalam bidang hartanah ni pun asalnya zero. Beliau juga tempuh cabaran yang sama sebagai seorang ejen hartanah.
Tapi hari ni beliau adalah salah seorang leader berjaya di Weise Property. Sekarang sudah mempunyai team sendiri dengan bilangan 10 orang.
Ambe selalu tanya “Abang Kamal, berapa kes dah bulan ni”. Respon beliau tu yang ambe respect. “Aii, kawe tak ingat dah”. Sampai tak ingat bilangan rumah yang dijual.
En Kamaruzaman ni adalah perunding hartanah contoh di Weise Property. Daripada pemerhatian ambe kunci kejayaan beliau ialah sikap.
- Beliau tidak beralasan.
- Tidak menyalahkan orang lain atau industri. Kata beliau, kalau tak jual tu salah diri sendiri.
- Buat kerjaya ni sepenuh masa dan beri fokus sepenuhnya.
- Beliau beri layanan yang cukup baik kepada pembeli.
- Soft skills beliau memang polished.
Apa Ilmu Yang Perlu Ada Untuk Jadi Ejen Hartanah Yang Berjaya
Berjaya tu banyak maksud. Untuk permulaan ni tuan puan kena buat sasaran untuk survive dalam kerjaya ni selama setahun. InsyaAllah, bila tuan puan berjaya pada tahun pertama, tahun kedua tu mudah.Untuk pastikan tuan puan lepasi tahun pertama yang getir ni, ilmu asas yang tuan puan perlu ada ialah:
- Memahami skop kerja dan apa yang saya panggil sebagai ‘pipeline’ jualan.
- Mengetahui proses jual beli rumah.
- Ilmu asas guaman.
- Penjenamaan diri.
- Cara mencari listing.
- Cara buat inspection rumah.
- Cara berunding dengan pemilik rumah.
- Medium pengiklanan dan cara nak iklankan rumah.
- Macam mana nak dapatkan pembeli yang berkualiti.
- Cara nak buat viewing.
- Cara nak memudah cara pinjaman pembeli dan perjanjian jual beli rumah.
Kehidupan Seharian Sebagai Ejen Hartanah
Sebelum ambe akhiri entri ni, mari ikuti video ni. Ambe ucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Izzah kerana benarkan ambe terbitkan video ni.Kesimpulan
Ambe harap artikel Cara Menjadi Ejen Hartanah ni sedikit sebanyak dapat menjadi panduan buat tuan puan.Sebelum ambe akhiri, berikut antara artikel yang tuan puan boleh ikuti:
- Rahsia Jadi Ejen Hartanah Berjaya Pada Tahun Pertama
- 10 Petanda Perunding Hartanah Akan Gagal
- Skop Kerja Perunding Hartanah
Kalau tuan puan ada soalan boleh tanya kat ruangan komen.
el_farisi
BUY SELL PROPERTY | LIST HOUSE FOR SALE | RENT | AUCTION
Saya seorang suri rumah yang sangat berminat untuk menjadi Perunding Hartanah dan saya pernah juga mengikuti kursus Hartanah di Bangi. Tapi sampai sekarang saya tak dapat nak cari agensi hartanah di Port Dickson dan Seremban. Adakah tuan bole membantu saya?
ambe ada byk juga listing..tp ambe xdaftar as ajen..kira brokar ja…
betulker kalu daftar REN ni..komisen dapat sikit ja..
apa kelebihan ejen berbanding brokar tanpa lesen..tq
2) Kelebihan jadi perunding hartanah: praktis tu ikut piawaian lembaga, klien lebih percaya. elak risiko kena penalti atau lebih terus, ditangkap kerana menyalahi undang-undang.
Boleh ke bermula part time? Sekiranya sekarang dalam bidang financial jugak,takaful consultant.
Mohon pandangan.
saya berminat nk jadi ejen hartanah di terengganu..namun apa perlu saya lakukan
Saya sekarang bekerja sebagai penilai hartanah di petaling jaya, Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, saya ingin sekali menambah pendapatan saya dengan menjadi perunding hartanah part time (full time in future). Oleh kerana saya sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan bulanan disamping saya tiada pengalaman dalam perunding hartanah dan tiada modal. Sebab itu saya memilih untuk menjadi perunding hartanah part time bagi membolehkan saya mencari modal dan menambah pengalaman sebagai perunding hartanah full time di masa akan datang. Saya harap Tuan dapat membantu.
Terima Kasih.
Ejen Hartanah ni perlu kelulusan diploma / ijazah. Habis belajar, ada 2 tahun tempoh untuk mereka praktikal dan kemudian ditemuduga oleh lembaga. Dah settle semua tu baru diiktiraf sebagai ejen hartanah. Seorang ejen ni boleh rekrut 30 perunding hartanah. Oleh itu kebiasaannya ejen hartanah ni cenderung untuk buka agensi mereka sendiri.
Perunding hartanah ni tak perlu kelulusan, tapi kena ikuti kursus 2 hari dengan lembaga dan berdaftar dengan agensi hartanah yang sah. Agensi ni dikelola oleh ejen hartanah tadi.
Kedua ejen dan perunding hartanah boleh jual rumah. Untuk perunding hartanah, bila jual rumah, fi profesional yang diterima akan dibahagi sebahagiannya dengan agensi.
Dalam penulisan ambe, ambe pakai term ejen hartanah untuk kedua ejen dan perunding hartanah. Ini bagi mengelakkan confusion sebab orang awam lebih familiar dengan terma ejen hartanah berbanding perunding hartanah. Satu lagi kerana Search Engine Optimization.
Walaupun saya telah berkecimpung selama 8 tahun, bila membaca artikel Tuan saya banyak lagi yang harus belajar dari Tuan.
Terima kasih.
Saya merupakan seorang pelajar tahun satu di sebuah uni awam di JB. Saya berminat untuk menjadi agen hartanah yang berdaftar suatu hari nanti. Apakah kiranya saya boleh menjadi perunding hartanah secara part time khususnya di JB ini untuk menambah ilmu, pengalaman serta nilai diri selain dapat mencari modal untuk menampung kos sara hidup? Apakah pandangan tuan terhadap perkara ini?
Sekian, terima kasih tuan.
almaklumlah, ramai yg tiada kerja, berhenti kerja sebab tiada projek, dan menerima tawaran pemberhentian kerja (VSS/MSS)
Qleh itu saya berminat utk jd Perunding Hartanah.
Mesti ke saya ke daftar dengan ejen hartanah berdaftar utk urusan jual beli?
Mohon nasihat.
1. pemilik
2. ejen berdaftar yang dilantik pemilik. perunding hartanah boleh menjual jika berdaftar dengan agensi yang sah.
Tn Arif, terima kasih atas nasihat, panduan dan pedoman yang Tn berikan.
Amat membantu saya utk memahami bidang ini dgn lebih baik.
Terima kasih sekali lagi.
Harap tuan dapat membantu yaa.
Saya surirumah, sebelum ini bekerjaya.. saya sedang mencari peluang untuk menjadi seorg perunding hartanah secara part/full time atas nasihat suami.
Terima kasih!!
Banyak ilmu yg sy dpt melalui ruangan ini….Sy ingin memulakan kerjaya ni tp tk tahu bagaimana nk mula…Hari ni sy terbaca artikal ni…Alhamdulillah.
Terima kasih
Saya Muhammad Ruhaizan berasal di Johor Bahru, saya mempunyai beberapa soalan yang bermain di fikiran saya berkenaan dengan hartanah. Saya seorg peniaga kecil dan sudah mempunyai modal, Saya amat berminat dengan bidang hartanah ini kerana boleh menjana pendapatan yang agak lumayan. Saya bercadang untuk menceburi bidang ini.
Soalan saya :
1. Jika kita sudah mendaftar sebagai REN bolehkah kite berdaftar lebih daripada 1 agen ?
2. Apakah definasi ” sepenuh masa sebagai perunding hartanah ? ” yang membezakan full time dan part time adalah masa untuk jmp client or servey site atau… ? Ada routine kerja office yang perlu dibuat setiap hari ??
3. Saya ingin lebih mengetahui mengenai kerja yang dilakukan sebagai seorg perunding hartanah ini.
Terima Kasih.
2. Sepenuh masa bermaksud kerjaya ni adalah sumber utama pendapatan dan tidak berkerja tetap dengan waktu pejabat.
3. Kalau tuan nak mendalami lebih lanjut saya suggest tuan dapatkan buku Kunci Ini Milik Siapa dekat Bookplanet, tulisan En Firdaus Mahmud.
jika saya ingin menjual hartanah saya di Klang..boleh ke berurusan dgn en arif
Aisyah
syahkoeye@gmail.com
saya masih belajar lagi di universiti dan sedang buat ijazah. saya sangat meminati kerja ini dan dapat dorongan dari bapa saya. saya cuma nak minta jasa tuan boleh bantu saya dan beri bimbingan untuk belajar lebih lagi sebelum saya habis ijazah saya dan memulakan kerjaya ini. if ada class or ape2 ke boleh ke inform saya. thanks tuan.
Saya baru perasan yang tuan penterjemah buku WTF tu kan? Hasil penulisan Tuan Faizal.
Saya berminat untuk jadi perunding hartanah sepenuh masa, boleh tuan bantu? Sy da ada isi borang pada website ni tapi masih belum dapat apa-apa feedback selepas 1 minggu.
Harap tuan sudi bantu.
Terima Kasih
Saya pernah bekerja dan sekarang seorang suri rumah yang sangat berminat untuk menjadi Perunding Hartanah dan saya belum pernah mengikuti mana2 kursus Hartanah. Tapi, saya sangat berminat untuk memulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah. Bagaimana Tuan boleh bantu saya?
Terima Kasih
Tq for information yg tuan berikan.
Untuk pengetahuan tuan, saye telah bekerja sebagai internal auditor n berumur 33 yo.
Saya merancang untuk menjadi perunding hartanah di masa depan.. coz mmg berniat nak join hartanah. Tap problem ye, saya tidak mempunyai sebarang basic dlm pengurusan hartanah ni.
N saye bercadang untuk buat masa skrg jad perunding hartanah part time je dulu. Coz ade tanggungan n komitment serta kekurangan ilmu n experience menyebabkan saye nak jad part time dulu.
Jad saye ingin bertanya ape step yg perlu saye lakukan dulu.. n mohon tunjuk ajar dr tuan.. coz mmg saye berminat nak jadi perunding hartanah in the future..
Saya Ibnu Harun dari Melaka berumur 50 tahun dan masih bekerja, amat berminat untuk menjadi perunding hartanah di bawah agensi tuan. Soalan saya:
a) Apa syarat umur maksima?
b) Saya tiada ilmu langsung dalam bidang ini, adakah akan diberi latihan dan bimbingan?
c) Agensi tuan ada cawangan di Melaka?
d) Saya tak tahu nak bermula di mana? Boleh tuan bagi tips?
Terima kasih.
Sy memang berminat menjadi agent hartanah setelah mendapat petunjuk dari Allah, ini kerana sy telah berjaya menjual satu lot tanah bunglow dan sebuah rumah teres dlm masa 2 bulan. Sebab tu sy nak jd agent hartanah berdaftar dan bertauliah. Sy yakin rezeki sy dlm bidang ni. Harap sy dapat mendaftar dibawah comp. Tuan.
Sekian terima kasih.
Mr. Bart
Saya muhamad hasbili bin abu bakar,menetap di johor dan anak jati johor,
Saya sering dapat peluang daripada penjual dan pembeli,jb dan singapore..
Saya amat berminat menjadi agen jual beli tanah atau broker,
Malangnya tips untuk menjadi broker saya 0.
Saya banyak lepas kan pada broker lain..
Sampailah banyak tanah dan rumah dijual rakan broker saya..
Saya tak dapat apa pun hanya membantu,sebab tak tahu..
Ramai yg tanya saya berapa k dapat jual tanah,sedangkan saya tak terima 1sen..
Sampai sekarang masih ada lagi kawan,kenalan,dan kenalan rakan tanya saya,beritahu saya..
Ada tanah nak di jual tak,status tanah bumi,atau international..
Ada rumah nak dijual dan rumah yg nak dibeli..
Buyer dari singapore dan malaysia.
Saya sering jumpa atau dapat pluang dari pembeli dan penjual..
Jadi sya tak tahu macam mana nak uruskan ,selain saya rekemen rakan broker,ada juga saya abaikan…
Sekarang broker dari k.tinggi pulak beritahu sya,Ada 5 ekar tanah di k.tinggi jb..untuk dijual,
International..
Ada buyer dari singapore mahu merisik,
Malangnya saya tak tahu..macam mana nak lock penjual dan pembeli,
Saya perlukan tunjuk ajar dari pihak Arif Hussin untuk.mendidik saya bagai mana,dan macam mana..
Banyak peluang dah saya lepaskan..
Saya harap sangat
En.Arif dapat membantu dan mendidik saya..
Sekian t.kasih
Hp: 01121-999739*
jadi katakan kalau saya ingin bertukar ke egensi lain boleh ke?
sekadar bertanya dahulu sebab kos sy masuk company tu rm 550 dan rasa tak berbaloi sebab kurangnya support.
saya dari lahad datu, sabah
Saya berminat jadi perunding hartanah.
saya ada soalan mcmana nak jadi agen hartanah? perlu ambik diploma@degree kelulusan S.P.M ja.
Saya berminat nak jadi perunding hartanah kpd syarikat tuan.
Nama saya Adzhari….
Saya ingin menghubungi Tuan secara personal….
Mcm mana caranya ya?
No hp saya 0192816882
Saya harap saya dpt hubungi Tuan….
Terima kasih
Saya berminat untuk jadi perunding hartanah, tn ada office di Ipoh?
Saya berminat untuk menjadi perunding hartanah. Ada tak peluang tu di Kelantan? Terima kasih.
Saya berminat untuk menjadi ejen hartanah. Cuma satu soalan saya, bagaimana dengan waktu kerjanya, fleksibel atau terikat seperti waktu pejabat?
1. Hadir ke kursus Negotiator Certification Course
2. Daftar dengan agensi
Kalau tuan berhasrat nak menjadi ejen yang memegang lesen dan mungkin boleh buka agensi sendiri satu hari nanti:
1. Ambil diploma hartanah atau
2. Sijil hartanah di INSPEN
betul kata2 Tuan Admin.. Kita perlukan full-time utk ceburkan diri dlm kerjaya.sy salah seorang penjawat awam juga pernah buat part-time ejen hartanah, mmg tak boleh nak beri komitmen dln kerjaya ni..
Mohon bertanya, sekiranya banner “untuk dijual” itu telah diletakkan kepada listing rumah tersebut adakah itu bermakna REN itu telah dilantik secara ekslusif ? atau perlukan perlantikan yang sah melalui dokument bagi perlantikan REN secara sah?
Terima kasih.
Saya berminat untuk menjadi perunding hartanah di bawah agensi tuan di Penang. Ada ke?
Sy baru nak mula jadi perunding…masih zero
Ore kelate kito jugok ko? Saya dah terlibat dalam bidang hartanah, sebagai penilai. Gaji penilai ni memang tak banyak sangat. Jadi ada niat nak terlibat dalam bidang ejen hartanah juga.
Sebagai seorang penilai yg mana dah bekerja dibawah firma penilaian, adakah ia lebih mudah sekiranya saya nk buat kerja ini secara part-time sahaja?
Macam mana tuan melihat peluang kerjaya sbg ejen hartanah di kelantan? Mungkin property market agak slow, jadi adakah boleh buat duit dgn menjadi ejen hartanah?
1) Ore kelate boh haha.
2) Saya rasa boleh buat part time, tapi full time lebih baik.
3) Di Kelantan ni mungkin betul industri ni tak berapa rancak. Tapi di sana juga kurang persaingan & market untuk jual beli tanah memang baik.
tuan, boleh ke kalau saya bermula sebagai part-timer??saya nak belajar dulu cari pengalaman dulu kalau mmg yakin saya boleh berjaya insyallah nak buat full-timer…
1) Adakah agensi mengadakan latihan yang mencukupi?
2) Adakah rakan sekerja membantu?
3) Adakah puan mudah untuk mendapatkan akses listing daripada rakan lain?
Jika jawapan kepada persoalan di atas adalah tidak, mungkin kena bawa berbincang dengan mereka. Opsyen yang terakhir, mungkin puan perlu buat keputusan untuk masa depan puan i.e. berpindah agensi misalnya.
Sy che lee dari Terengganu berumur 46 thn..berminat untuk full time…buleh sekiranya pihak tuan guide sy..011-32574547..terima kasih..
Saya ucapkan tahniah atas minat tu. Cumanya saya ni base di Klang Valley. Mungkin agak sukar jika saya nak serap dan bantu melalui agensi kami.
Saya ingin bertanya. Sekiranya saya hanya ingin mejalankan perniagaan tolong owner cari penyewa sahaja…adakah saya masih perlu sijil REN? saya tidak terlibat dalam urusan jual beli.
Terima Kasih
Apakah requirement yang di perlukan untuk memohon sebagai perunding hartanah.
Bagimana pula bagi mereka yang berstatus muflis?
Adakah layak untuk menjadi perunding hartanah?
Ada sesiapa yg En Arif boleh cadangkan Perunding untuk uruskan sewa rumah di sekitar Shah Alam.
Terima kasih
Terima kasih
Bolehkah Agent Hartanah membantu pembeli untuk beli rumah jika bank susah nak luluskan pinjaman sedangkan gaji kami layak .Masalah kami adalah bekas AKPK..
ada had umur ke untuk jadi perunding hartanah? saya sudah berumur 34 tahun, bekerja dalam bidang akaun. Berminat menceburi bidang hartanah
Saya sedang belajar dalam ijazah pengurusan hartanah dan dalam masa yang sama, nak juga cuba cari pengalaman kerja sambil belajar.Tapi dalam dilema sbb tuan kata elok full time.Tapi macam tak perlu belaja ijazah pon takpe.Adakah tak perlu saya belaja tinggi dan hanya hadir kursus, atau ada kelebihannya belajar ijazah?.
Jadi saya mahu menjadi ejen atau perunding hartanah di negeri Kelantan sahaja.
Tuan ada agensi disini ke? Jika tiada, kita boleh bincang secara lanjut untuk membuka cawangan disini.
Kalau baru lepasan spm dan keputusan pon kurang memuaskan boleh ke menjadi seorang ejen hartanah? Dan kalau boleh apa saya perlu buat? Sambung belajar dalam pengurusan hartanah? Umur pon masih muda boleh ke menjadi ejen hartanah? Boleh tuan tolong jelaskan. 🙂
Contact : 0166315458
Nama : Mohd Zainie Abd majid
Bolehkah maklumkan kepada saya kursus atau seminar tuan dalam mase terdekat ini.. samada di KL atau pun di JB.. Terima Kasih
Saya Nia dari Muar , Johor. Informasi yang terbaik dari entri tuan. Saya berminat nak menjadi perunding hartanah.
Boleh bantu saya. Apa saya kena buat?
2. Join agensi hartanah berdekatan
Dlam mendepani kehidupan y semakin mencabar, desakan kewangan y semakin hari memberi tekanan. Kadang2 terfikir untuk menambah pendapatan sedia ada. Klau nk terlibat secara fulltime sebgi perunding hartanah di awal kerjaya mungkin agak besar cabarannya dan risiko. Saya berminat sebagai perunding hartanah ni, mohon pandangan tuan sekiranya saya melibatkan diri secara part time terlebih dahulu. Adakah itu tindakan yang wajar. Dan apakah mana2 agensi y menerima perunding part time?
Mohon pandangan dan nasihat.
Terima kasih
Saya cuba isi borang online di web ini, tapi tak ada butang untuk ‘Send’ borang tersebut.
Ambe minat lama dah nak berkecimpung dalam agen hartanah ni.
Cuma belum jumpa cara untuk bermula.
Bila baca blog Tuan, ambe rasa Tuan boleh bantu ambe untuk capai apa yang ambe cari.
Ambe lening, FULL TIME Online Marketer (Freelance) dan Part Time Business Consultant.
Boleh bantu ambe macam mana nak start dengan bermula dengan asas?
Sy mmg berminat nak jd agen hartanah
Saya nak jual murah aja Bos. Ini nombor h/p saya 01123241501, Salam.
memang dah lama niat hati nak jadi ejen hartanah. setelah baca entri tuan, betul statement tu buat sesuatu kena ada fokus. dari segi bahan asas seperti laptop, dan sebagainya memang saya dah ada, cuma saya masih berbelah bagi untuk jadikan kerjaya ini sebagai full-time. untuk pengetahuan tuan, saya tiada langsung background berkaitan hartanah ni kerana saya belajar dan bekerja dalam bidang perubatan. agak half-hearted untuk resign dan mencuba sesuatu yang baru memandangkan saya masih banyak komitmen dari segi financially wise. jika tak keberatan dari pihak tuan untuk berikan saya peluang memceburi bidang ini secara separuh masa dulu dan membina jaringan and branding dulu before saya move forward. harap tuan dapat membantu. saya sudahi dengan ucapan terima kasih
Assalam tuan, sekarang sy berisiko untuk diberhentikan kerja oleh majikan saya, sy sangat berharap agar tuan bantu saya untuk menjadi ejen hartanah..bantu sy tuan
saya berminat untuk menjadi perunding hartanah
Di Kelantan, dimana saya boleh mendaftar untuk kursus dan dengan agensi mana yang saya boleh join
Saya berminat dengan bidang hartanah. Saya berada di utara malaysia. Tuan ada cawangan di Kedah/Penang?
Rasanya blh dah nak berkira-kira tukar profession kerja lepas ni..
Nampak menarik sangat bidang hartanah berbanding bidang pinjaman koperasi di malaysia sekarang ni..
Saya ingin sekali mencebur bidang hartanah dan ingin dptkan lesen .. tpi kalau suda bangkrap .. suda x bole ambik kan Tuan. 🙁
Bole bagi suggestion.
Terima kasih tua..sharing ilmu yg sgt brguna..utk nk lg advance tu mcmna tuan..tq
saya ada tanah di pulau pangkor untuk dijual
0.59 hektar ..lokasi tepi laut.. boleh tolong jual?
call 0124287371-khairy
Tuan AriffHussin ,
Terima kasih dengan info yang diberikan dan dicoretkan. Saya mungkin terlalu baru dalam bidang hartanah. Mungkin atas dasar minat saya cuba untuk menceburi bidang hartanah ni.
Namun peluang yang saya ada adalah terhad dengan keadaan yang baru inginkan memulakan sebuah penghidupan yang baharu bukan lah ianya menjadi penghalang untuk saya berlajar dengan lebih terperinci bidang ini dengan lebih mendalam.
Dengan keadaan market rantau asia yang agak terjejas dengan tekanan permasalah ekonomi dunia serta nilai harga rumah yang melambung hari ini membuatkan saya terfikir sesuatu iaitu adakah mampu membuat urusan perniagaan dengan harga rumah yang melambung seminimum RM280K dan mungkin habis murah RM200k se-unit.
Benar kata tuan yang berpengalaman segalanya adalah usaha dan mengenali prospek untuk membeli Unit rumah tersebut. Dengan Ilmu yang tuan berikan serta info yang tuan coretkan ini memadai dengan sebuah pandangan yang bakal menceburi bidang ini perlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat dan semangat yang tidak mudah luntur.
Tahniah tuan dengan kejayaan yang tuan telah perolehi. Saya ingin menjadi salah seorang agen di syarikat tuan .
Ikhlas
-Iskandar Ainuddin-
Dan soalan kedua Bagaimana kelayakkan yg perlu saya ambil untuk menubuhkan agensi hartanah sendiri terutama d perak…Tetapi sya ingin menimba pengalaman sebagai ejen hartanah dahulu
Berminat nak jadi agen yg sah…
Boleh tak saya belajar (berkerja) dengan tuan?
Lagi satu….ada tak kursus agent hartanah dalam bahasa malayu? (Nak pergi dngn kawan)
Tel: 012302004
Keje agen hartanah mmg wajib kena pakai baju kod dan tie ker?
Pakai pakaian biasa tak boleh ker? haha saje tanya.
Ws or call 017-9332158
1. Untuk daftar dengan agensi kami sila layari https://avid.com.my/bop/
2. HR akan telefon tuan untuk interview
3. Ya, negotiator course tu perlu
1) Untuk daftar kursus REN boleh rujuk ke Good Institue.
2) Tuan boleh daftar dengan agensi kami dengan ikuti link yang tersedia.
Harap dapat bantuan tuan Ariff.
Terima kasih
semoga Tuan Arif dn ahli keluarga diberi keberkatan dalam kehiudpan seharian.
Saya Muhammad Ridhzuan,19 masih belajar dan sy betul2 minat untuk menceburi ilmu dan menimba pengalaman dalam “real estate” ni……..sem depan insyaAllah saya akan mempunyai banyak masa yg terluang jadi bagaimana blh saya mengahdiri kelas yg 2 hari tersebut? dengan siapa yg perlu sy hubungi?
Terima kasih
Saya berminat untuk menceburi bidang Hartanah nie. Sekiranya kita dah berdaftar sebagai REN, kita hanya boleh join dibawah satu agen atau boleh melebihi satu agen?
Sy sgt berminat nk jadi agen hartanah. Tapi masih ragu2 dgn commitment sekarang dan modal yang limited. Kerjaya sekarang saya terlalu tertekan, tapi sy tak ada pilihan.
Saya berminat untuk menjadi ejen hartanah tapi separuh masa untuk masa 6 bulan sebab saya memang bercadang untuk berhenti kerja. Sekarang ni saya bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran. Mohon bantuan tuan jika saya boleh menyertai agensi tuan atau tuan boleh cadangkan mana-mana agensi yang boleh menerima saya sebagai part timer. Mohon tuan untuk hubungi saya 0193034077.
March 29, 2018 at 9:29 am
Salam
1. Untuk daftar dengan agensi kami sila layari https://avid.com.my/bop/
2. HR akan telefon tuan untuk interview
3. Ya, negotiator course tu perlu
*** NAH LINK… MOHON RAJIN2 SCROLL KOMEN YE. EN ARIF DAH SEDIAKAN LINK DAH.
Tahniah Dan terima kasih, saya berminat
Nak jadi agen hartanah..saya dah kursus NCC
Sy seorang suri rumah sepenuh masa slps brhenti kerja tahun lps. Sy berminat utk jd perunding hartanah sepenuh masa.
Blh tuan suggest agensi mna yg terbaik utk sy dftar di kedah? Kalau blh lbh elok kwsn sg petani @ kulim.
Lg 1 kalau kita dftr di agensi kwsn kedah, adakah kita hnya blh jual@sewakn hartanah d negeri kedah shja?