10 September 2019

Penerima Pencen terawal

Salam,

Tahukah anda?

Siapa penerima pencen terawal di Tanah Melayu ni?

Sir Ernest Woodford Birch merupakan penerima pencen terawal dari Kerajaan sejak British memerintah Tanah Melayu.

Beliau merupakan Gabenor Perak (sama level Menteri Besor) yang ke 8 yang berkhidmat sehingga tahun 1929.

Legend? Belum cukup legend

Komer tahu siapa anak melayu pertama yang menjawat jawatan sebagai penjawat awam di Tanah Melayu ni dan merupakan penerima pencen terawal di kalangan anak Melayu?

Beliau adalah Almarhum Sir Raja Chulan Ibni Almarhum Raja Abdullah.

Siapa Raja Chulan ni? Kome peronah dengor Jalan Raja Chulan, Royale Chulan atau Sekolah Raja Chulan di Ipoh tu? Haa itu ler orang nya. Baginda mmg lagenda penjawat awam tanahair.

Baca lanjut mengenai Sir Raja Chulan dengan klik di sini:

https://www.thepatriots.asia/almarhum-sir-raja-chulan-orang-melayu-pertama-berkhidmat-dengan-malay-civil-service/

Apa kena mengena cerita Sir Ernest Woodford dengan Sir Raja Chulan ni? Apa kaitannya?

Ni teman nak kabor, ramey orang tidak tahu, Sir Ernest Woodford Birch ni, apoknya, lagi legend. Kita semua peronah belajor kisah sejarah apoknya, JWW Birch yang merupakan Residen Inggeris pertama di Tanah Melayu, yang juga merupakan Gabenor Perak yang ke 6, beliau telah dibunuh oleh SePuntum dan Dato’ Maharajalela (bukan yg kroje Istana Negara skang tu, tu yang lain, dia tu legend jugak, tapi ni lain). Setelah ditiruk di Sungai Perak di kawasan Pasir Salak, Residen Inggeris Pertama tersebut telah meninggal dunia dan mencetuskan perang.

Akhirnya Sepuntum, Dato Maharajalela dan beberapa orang pembesor negeri telah dihukum bunuh. Raja Abdullah pemerintah negeri ketika itu bersama keluarga dan beberapa pembesor telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Kemeh komer weyy, bukan calang-calang tempat letak Raja Perak ketika itu. Jaraknyer mak oiiii berbulan-bulan baru sampey dari Pangkor.. tu pasey org di pulau tu skang nampak muke seroper dgn org2 Bota dan Parit yedakkk.. kemeh weyy oghang perak ni..

Baca lanjut kisah Sultan Abdullah di pautan ini:

https://www.thepatriots.asia/kisah-sultan-abdullah-semasa-dalam-buangan-di-seychelles/

Jadi, kome udah nampak ke kaitan Sir Ernest Woodford Birch ni dengan Sir Raja Chulan?

Kedua-kedua mereka ini adalah pesara, keduanya adalah lagenda dalam era mereka, keduanya jugak merupakan anak kepada lagenda yang mana kisahnya diabadikan dalam buku sejarah Tanah Air kita, teman xtau ler skang ni bebudak wechat masih belajor ke idak sejarah ni.

Pada masa ini (awal 1929), pencen hanya dibayor kepada pesara Kerajaan selama tempoh hanya 10 tahun dari tarikh persaraan iaitu pada umur 50 tahun. Lepas 10 tahun, pandai-pandai komer la nak hidup lepas tu.

Pelbagai penambahbaikan telah dilalui oleh skim pencen sektor awam sejak Tanah Melayu merdeka. Paling istimewa ialah, cerita pasey pencen ni pihak British siap masukkan lagi ke dalam Perlembagaan Persekutuan semasa proses tuntutan kemerdekaan dilakukan.

Terima kasih juga kepada pemerintah2, pemimpin tanah air ketika itu serta pihak British yg telah memastikan Perlindungan ke atas Pencen, terjamin. Kome boleh semak Perkara 147(1), Perlembagaan Persekutuan tanah air kita, undang-undang yang tertinggi di negara kita.

Penambahbaikan yg paling ketara sekali ialah dengan wujudnya Akta Pencen pada tahun 1980 yang telah ditambahbaik dari semasa ke semasa sejak dari itu. Pada tahun 80an Kerajaan membelanjakan sebanyak jutaan ringgit sahaja ketika itu untuk menampung kos bayaran pencen dan faedah persaraan kepada pesara hingga naik mendadak mulai kira-kira 10 tahun yang lepas, yg terkini tahun 2018 sebanyak RM23.9 billion untuk tanggung lebih kurang 830,000 pesara/penerima pencen.

Kenapa kos naik mendadak bebenor?

Sebab bilangan pesara pun naik dengan mendadaknya, semua penjawat awam yang masuk berpuluh puluh ribu orang dedulunya setiap tahun, kini bersara wajib secara berjemaah, mulai lantikan lewat tahun 1970an hinggalah lantikan pertengahan-lewat tahun 1980an. Setahun purata 18,000-20,000 orang bersara wajib, tu belum yg bersara pilihan, belum juga termasuk yg meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Selain itu, penyebab utama kenaikan kos secara mendadak ialah, disebabkan oleh sangat banyak penambahbaikan yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan melalui JPA dalam Skim Pencen Sektor Awam. Tambahbaik mestilah kesannya, perlu tambahan kos.

Dah tu, apekehey teman nak berlabun pasey pencen plak ni?

Ater komer x dengor ke desas desus, khabor angin itu ler inilah ler pasey pencen 2-3 hari ini, nak dihapuskan ler, nak dihilangkan ler, macam-macam khabor angin yang sedang berlegar.

Ha ni teman nak kabor.. kome baca penjelasan ni, memang fakta dan sangat masuk dek akal:

https://www.facebook.com/204379469651454/posts/2404838006272245?sfns=mo

Sangat ramai penjawat awam, bakal pesara, pesara mahupun orang awam yg keliru dan kurang cakna berkenaan sistem pencen di negara kita ni.

Kome rajin-rajin la singgah page FB Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) ni untuk dapatkan penjelasan yang tepat dan sahih. Tak usah la komer susah-susahkan diri buat fatwa sendiri dan kecam sana sini dan menambah-nambah informasi yang ntahapapa mengikut firasat kome tu. Silap2 dosa yang kome dapat.

Banyak lagi teman nak cerite ni. Udah ler tu setakat ini. Len kali kalo rajin pulak teman sambung..

Tu apekehey teman pegang buku besor bukan main tu?

Haaa itu ler buku rekod pencen yang pertama weyy.. James ni ler punyer. Sudah berusia beratuih tahun, masih utuh elok lagi deme simpan di JPA.

Semoga perkongsian teman ni menambahkan ilmu dan semoga memberi manafaat.

Sekian.

Silakan SHARE kalau berhajat.

ADMIN OHSEM

No comments: