BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
25 September 2019
Antara Kaya dan Miskin
Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin. Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta.
Jawabnya,
"Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan."
"Kamu pernah berniaga?"
"Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku"
Orang kaya itu berkata.
"Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai"
Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai. Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.
Sesampai orang kaya itu dia berkata,
"Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya."
"Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu"
"Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini. Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi."
Si miskin kehairanan.
"Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?"
"Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi"
Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa.
Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin.
"Sudah dapat ikannya?"
"Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?"
"Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula"
Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan.
Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya?
Si miskin mula marah.
"Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor. Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?"
Si kaya menjawab.
"Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau."
"Betul kau penat?"
Tanya si kaya pada si miskin.
"Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!"
"Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?"
"Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut"
"Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?"
"Ya sudah tentu aku boleh usahakan"
"Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?"
Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.
"Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing & umpan).
Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa. Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?"
"Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku suka"
"Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?"
"Ya sudah tentu. Ajarkan aku!"
Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing. Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya.
Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.
"Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?"
Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang.
"Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dibayar semula"
"Kenapa orang kaya? Kan aku sudah janji aku ingin membayar semula wang yang aku pinjam ini?"
"Ini adalah wang kau hasil daripada jualan ikan yang kau jual."
Si miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.
"Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan. Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan"
"Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini".
Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.
Sahabat sekalian.
Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman. Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.
Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.
Teruskan perjuangan sahabatku.
Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa. Tetapi berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.
Teruskan melangkah jangan pernah mengalah!
*NEVER GIVE UP*
🔥🔥🔥🔥🔥🖐🏽☮
💪💪💪
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment