09 September 2019

Bawang Putih

*BAWANG PUTIH + MADU*

Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu.
Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah letih sangat.

Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan ini.
Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang.

*RESEPI UBAT JANTUNG*

BAHAN-BAHAN

3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu.

CARA-CARA

3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.

Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7.  Menambahkan daya ketahanan badan

8.  Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis

9.  Mencegah penyakit kanser

10.  Mengurangkan sakit arthritis

11.  Boleh menurunkan berat badan

Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

P/s Guna sudu plastik

*SHARING IS CARING*

No comments: