أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Tips Doa Persediaan Mengulangkaji Pelajaran
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan. Berikut adalah tips dan doa-doa persediaan dalam menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan awam sebenar. Semoga semua calon akan berjaya menghadapinya dengan tenang dan sukses.
.
.
1) Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak
Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Baik dan bagus diamalkan apabila hendak belajar, menduduki peperiksaan, berucap, mengadakan ceramah dan menghadri temuduga.
.
.
2) Doa Mula Mentelaah Agar Mudah Mengingat Pelajaran
Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
.
.
3) Doa Mula Mengulangkaji Pelajaran
.
4) Doa Mudah Kefahaman Dan Ingat
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna ketika mengulangkaji / menelaah pelajaran:
.
5) Doa Untuk Mengelak Lupa
.
6) Doa Selepas Mengulangkaji Pelajaran
.
7) Doa Memohon Kejayaan Cemerlang
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
- Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan (Klik Di Sini)
- Doa Ibu Bapa Untuk Anak Sedang Ambil Peperiksaan (Klik Di Sini)
- Tips DUIT Bagi Mendapat Kejayaan Dalam Peperiksaan (Klik Di Sini)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Dalam menghadapi musim peperiksaan ini, berikut disediakan doa-doa khusus di dewan peperiksaan bagi para pelajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, MUET, MATRIKULASI, IPT dan peperiksaan jabatan serta pekerjaan.
.
Doa Sewaktu Berada Kelas / Dewan Peperiksaan
.
Disarankan supaya doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
.
.
1) Doa Sebelum Masuk Kelas / Dewan Peperiksaan

.
.
2) Doa Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan
.
.
3) Ketika Menerima Kertas Soalan
Atau:
4) Ketika Menerima Kertas Soalan II
.
5) Doa Sebelum Menjawab Soalan Peperiksaan
Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya, bolehlah dimulakan dengan membaca potongan doa dari ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dilakukan akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
.
.
6) Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan
Atau:
7) Doa Jika Terlupa Jawapan
.
.
8) Doa Ketika Buntu Menjawab Soalan
Atau:
9) Doa Ketika Sukar Menjawab Soalan
.
.
10) Setelah selesai menjawab bacalah doa mohon agar beroleh kejayaan;
.
Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Tips DUIT Bagi Mendapat Kejayaan Dalam Peperiksaan
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dalam menghadapi musim peperiksaan awam sebenar terutamanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, MUET, MATRIKULASI, IPT dan peperiksaan jabatan serta pekerjaan yang bakal ditempuhi, persediaan jitu, menyeluruh dan sempurna perlu dilakukan oleh setiap bakal calon.
‘DUIT’ iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal perlu digembelingkan bagi memastikan kejayaan cemerlang yang diingini. Beribadah dan Doa adalah suatu yang sangat penting bagi membantu setiap pelajar menelaah pelajaran dengan tenang dan yakin.
Allah SWT tidak akan menghampakan hamba-Nya yang memohon dengan sepenuh hati. Sebagaimana firman-Nya;
رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kepada-ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.” (Mu’min: 60).
.
Firman Allah SWT lagi:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ﴿١٨٦
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).
.
.
.
A) Doa Bagi Mudah Mengingat Pelajaran
.
“Ya Allah! Kasihanilah daku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi daku hidup, Kasihanilah daku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku; Dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Dikau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki Keagungan, Kemuliaan dan Kekuasaan yang tidak pernah luput! Daku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan Kekuasaan-Mu dan Cahaya-Mu agar menjadikan daku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Dikau ajarkan dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yang Dikau kehendaki. Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki Keagungan, Kemuliaan dan Kekuasaan yang tidak pernah luput! Daku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan Kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari permasalahannya) dengan kitab-Mu itu, dilapangkan dadaku dengannya dan dibersihkan tubuhku dengannya. Sesungguhnya tiada yang dapat memberikan pertolongannya melainkan Dikau dan mendatangkannya selain-Mu. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung!”
.
.
.
B) Cara Mengamalkannya
.
1. Dirikan Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat pada Malam Jumaat, iaitu pada sepertiga malam terakhir.
.
2. Selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah:-
Rakaat Pertama : ~ Surah Yaasin
Rakaat Kedua : ~ Surah Al-Dukhan
Rakaat Ketiga : ~ Surah Al-Sajadah.
Rakaat Keempat : ~ Surah Al-Mulk.
.
.
3. Selepas selesai memberi salam, bacalah ‘Tasbih Majmuk’ 100 kali.
.
.
4. Berselawat ke atas Nabi Muhammad ShallAllahu ‘alaihi wasallam10 kali.
.
.
5. Beristighfardan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah SWT.
.
.
6. Akhir sekali bacalah doa (A) di atas dengan disertai selawat ke atas Nabi pada permulaan dan penutup doa tersebut.
.
.
Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatinya dalam dadaku. Maka Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kepadanya petua bagi menguatkan ingatan iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud (takhiyat akhir) maka, pujilah Allah SWT dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah SWT. Akhirnya bacalah doa di atas.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
.
.
.
C) Doa Sebelum Memulakan Mentelaah Pelajaran
.
Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
.
.
Penutup
Doa yang dipohon adalah sebagai tanda kebergantungan kita terhadap Allah SWT dan menginsafi serta menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Dengan tips dan doa-doa di atas, diharapkan semoga Allah SWT akan meredhai dan memberkati semua calon seterusnya menganugerahkan kejayaan setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan.
.
لله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
- Tips Doa Mengulangkaji Pelajaran (Klik Di Sini)
- Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan (Klik Di Sini)
- Doa Ibu Bapa Untuk Anak Sedang Ambil Peperiksaan (Klik Di Sini)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Doa Daripada Ibubapa Untuk Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut:
.
1. Ambil wuduk
2. Menghadap kiblat
3. Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)
“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allahdan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
.
4. Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)
.
5. Baca Surah 3 Qul (1 kali)
.
6. Baca Surah Insyirah (1 kali)
.
7. Membaca Selawat (10 kali)
.
8. Baca Surah Yaasin (1 kali)
.
9. Baca Surah Insyirah (100 kali)
.
10. Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
.
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Doa Persediaan Mengulangkaji Pelajaran
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................































No comments:
Post a Comment