28 April 2020

3 Perkara Penyelamat dan Pembinasa

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            ALLAH  اللهَ 
                 اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ



3 Perkara Penyelamat dan Pembinasa

3 Perkara Penyelamat dan Pembinasa

Assalamualaikum
Tidak sukar untuk beroleh rahmat tetapi tidak sukar juga untuk mendapat kehancuran. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan sejauh mana kita melihat peranan kita sebagai makhluk dan hamba kepada Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Syeikh)
Tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :
1. Sentiasa menjaga tingkah laku kerana Allah Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan. Malah setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
2. Berlaku adil, maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa wujud diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak, yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk saja, malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan.
3. Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana amalan ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal pada kemudian hari.
Selain itu, Rasulullah turut berpesan mengenai tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu :
1. Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
2. Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
3. Kagum dengan diri sendiri, ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadi seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain, menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.
Ketahuilah, setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya. Begitu juga dengan perkara yang baik, pasti ada kemuliaannya.

ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!
ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ

3 Perkara Penyelamat dan Pembinasa
              اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
        والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
              Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: