اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ .... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Bercouple Cara Islam
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ .... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Bercouple Cara Islam
Bagaimana Bercouple Cara Islam?
Islam
adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak
mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan
ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti
sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran
Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan
manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu,
Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan
menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah
s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak
bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah
manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan
dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan
antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah
menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila
diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara
masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada
syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya
dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang
wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu
berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk
masuk meminang.
Tetapi
masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri
dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta,
berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka
langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama
bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak
bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau
juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin
sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat
kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi
untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah
kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu
kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi
tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain,
seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis
baginda.
Dalam
masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan
saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini
merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah
bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun
begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan
lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami
isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain
dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan
yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa
ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua
insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan
jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak
secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara
baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada
pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan,
tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita
tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya
ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat
Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri.
Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk
menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah
perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan
Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan
keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh
Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai
sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda.
Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya,
Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju,
barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang
diajarkan dalam sirah.
Jadi,
tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia,
menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda
Rasulullah s.a.w.?
Cuma
biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita
itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah
kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki
tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan.
Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh
masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat,
betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup
teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang
sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh
semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya
dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu
dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah












No comments:
Post a Comment