أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN
MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA
Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan
berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan
pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan
oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang
maksudnya :
" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh
anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".
Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam
tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat
berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel
penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan
perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan
dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri
oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan
memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.
ANTARANYA :
Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin
sebagai sahabatnya.
Melalui " saka Baka "
Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau
melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri
untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti
menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut
nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.
Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang
perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk
memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan
aurat.
Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu
yang boleh mendatangkan Jin.
Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara
sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota
tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia
)
ANTARA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT IALAH :
Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika
seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak
berani bertentang mata dengan orang lain.
Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang
telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat
suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan
sebagainya.
Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di
masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan
dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu
benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut
sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di
kesan oleh doktor.
Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka
melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.
Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada
dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga
berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.
Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah
dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu
dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat
baginda, para ulama dan sebagainya.
Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan
batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui
anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan
para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.
KATA ULAMA :
" Kun Ma’Allah fain lam takun ma’Allah, fakun Ma’a man
ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah "
Maksudnya :
" Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika
kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu
bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang
demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah "
Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah
seumpama kalbu Alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh
Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan
mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa
atau graviti mereka.
WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN
Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang
berlaku secara tabii yang boleh diorawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya
dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan
ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.
Kemandulan Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai
Tanda-Tanda Tertentu,
Antaranya;
*Rasa sesak dada
terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam
*Kusut fikiran.
*Sakit dibahagian tulang-tulang belakang.
*Mengigau ketika tidur.
*Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Kemandulan yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan
tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan
tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas
beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang
berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.
Dalam hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :
‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam
melalui pembuluh darah’. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi
yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah yang
mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid
yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab
mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar
menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan
oleh nya.
Akhirnya baginda bersabda :
‘Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada
sepakan-sepakan syaitan ‘. - Riwayat At-Tarmizi.
Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat
gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa
berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor
pakar.
Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh
Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada Sebab-Sebab Fizikal:
Akibat sihir
Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek
berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran
tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat,
juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.
Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi
tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam
keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin
jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik
pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.
CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN
Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan
Jin
Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah
kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
Membaca Ayat2 Ruqyah :
Al-Fatihah,
Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10,
Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Cara selepas Zaman Rasullulah SAW
Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10,
Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan
airnya.
Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.
Hal dalam menangani gangguan Jin.
Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi
larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb
Langkah-langkah Bertahan/Defensif Berdo'a:
Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari
bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku,
dari kedatangan mereka kepadaku."
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat,
selesai solat dan hendak tidur
Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.
Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif
Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka
anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak
golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."
Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan
Syaitan.
Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.
Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia
SUMBER
14 ulasan:
Unknown7 Dis 2013, 5:21:00 PTG
Salam....
Ada juga orang guna kasturi syifa sebagai ikhtiar untuk elak
gangguan makhluk halus.
http://www.muslimchoices.com/?p=kasturi_syifa_assyafi
Balas
Unknown13 Jan 2014, 3:13:00 PTG
www.facebook.com/duniasyifa
Balas
Unknown6 Ogo 2014, 11:28:00 PTG
Masya allah
Balas
Tanpa Nama15 Dis 2014, 9:24:00 PTG
saya ingin tya sy pernah bckp dgn org hakikat ttg hal
ketuhanan tp sy pernah doa buka hijab sy..tp yg sy rasa sy dpt Allah buka hijab
dpt rasa d lihat jin d setan..ada putih hitam merah d hijau..bila sy bt satu
amalan ikhlas sy dpt rasa malaikat ada sblh kanan..tp stakat ni rasa dia ada
diurat saraf blkg sy..gi mari gi mari rimas rasa..ada kah ini satu gangguan
atau Allah bg ujian yg blh sy rasa?blh dop ustaz bg nasihat..adakah ini
qarin?dh pegi darul syifa tp masih ada?
Balas
Balasan
Unknown30 Okt 2017, 7:33:00 PTG
Ye itu adalah qarin..qarin tu yg akan ikut dan akan ikut
kita di mana2..sama kita buat jahat dn baik tu..tu yg mengerakkan
kita..contohnya kita was2 dlm solat..dlm masjid ni..adakah syaitan yg mengacau
kita ketika solat dlm rumah Allah..itu adalah qarin yg mengerakkan naluri dan
hati awk utk melakukan sesuatu dgn izin Allah..bkn semua syifa blh lakukan
ni..sbb mereka menjadi perantaraaan manusia dan qarin..mmg benar apa yg org
hakikat ckpkn tu..dn sakit tu adalah sakit pemulihan diri je jalan Allah dan
mencari ilmu Allah yg sebenarnya..harap maklum
Balas
Unknown16 Dis 2014, 2:14:00 PTG
Jasa Mengatasi Segala Permasalahan Perdukunan, Penglaris,
Rajah, Santet, Pelet, Susuk, Mantra, Kesurupan Masal,Gangguan Jin, Rumah
Angker, Susah di Ru'yah, Sakit Tak terdeteksi secara Medis, Sakit Tak Susah
Sembuh, Anak Rewel, Kena Sawan dan sebagainya ( Non Medis )
Amandel, Jantung, Cuci Darah, Stres, Sakit Dalam , Panas
dalam, Gila, dan segala keanehan lainya. kami atasi dalam beberapa detik
saja..........Tanpa syarat, tanpa sentuhan tangan...Kunjungi kami ditempat
kerja, kapan saja dan untuk siapa saja.....juga bisa ceck gratis via telfon
atau sms....undang kami untuk keterangan rinci permasalah dan keluhan anda ,
keluarga dan lingkungan anda secara rinci di tempat tinggal kami atau silahkan
undang kami segara. Hub kami : 0878 1653 1804 ( Mas Udin )
Balas
Balasan
Unknown20 Ogo 2017, 12:46:00 PTG
ralat 0822 438 473 51 mas udin
Balas
Tanpa Nama18 Dis 2014, 2:12:00 PTG
Asalamualaikum wr.wb
Telah hadir jual lampu tidur harganya terjangkau hanya di
http://tangankreaksiindonesia.blogspot.com atau http://pesanlampion12.blogspot.com
terimakasih
Sampai cumpa lagi dengan admin abiismail
walaikumsalam wr.wb
Balas
Unknown23 Dis 2016, 5:44:00 PTG
Masukkan ulasan anda... Assalamualaikum. Dulu almarhum kakek
saya sangat gemar belajar ilmu kesaktian. Kenapa saya sbg cucu nya, hidup saya
suram banget. Hidup saya spt dikutuk. Saya sial seumur hidup. Dulu saat saya
msh kecil, saya sering sakit sakitan shg otak saya jadi dungu dan badan saya
jadi loyo, shg saya kalau kerja, sekolah, bergaul, olahraga, nyari jodob dll
saya sering diremehkan org, dibodohi org, didiskriminasi org dll. Saya org nya
sngt penakut, minder, kuper, pemarah, gampang gelisah, saya kalau menghadapi
org sering gerogi, salah tingkah, gemetar dll. Saya di kampung sering difitnah
dan dijelekin tetangga, sering dibenci dan dimusuhi teman, dijauhi kerabat,
dikucilkan masyarakat dll. Kemudian saya merantau.. org2 di sana yg laki laki
menghina saya, menipu saya, mencuri uang saya, menghajar saya, memfitnah saya,
mengkhianati saya dll. Org2 di sana yg perempuan mencolak cinta saya,
meremehkan saya, mempermainkan saya, memanfaatkan saya, mengejek saya dll. Pdhl
saya baik, jujur dan suka menolong. Mungkin krn saya nampak dungu dan loyo.
Saya kalau kerja sering dimutasi dan dipecat krn dianggap tdk becus bekerja.
Saya kalau kerja badan gampang capek, nafas sesak, mata berkunang, dada sakit,
badan lemas dll. Kemudian saya terpaksa pulang kampung, di kampung saya
nganggur dan jomblo bertahun tahun lama nya. Lbh dari 10 thn sampai skrng blm
berubah nasib saya. Saya sdh beberapa thn lumayan rajin ibadah tp nasib saya
tetap tdk pernah berubah. Saya bolak balik ke perantauan utk nyari kerja tp
gagal terus. Nyari jodoh dan rejeki rasa nya semakin sulit krn umur semakin
tua. Saya terpaksa buka usaha kecil kecilan di rumah tp hasil nya tdk seberapa
malahan akhir nya bangkrut. Dulu ayah saya bilang saya spt org cacat mental,
dulu guru sma saya bilang otak dan tenaga saya payah spt tdk diimunisasi, dulu
adik saya bilang saya tdk berguna, dulu pak lik saya bilang saya bodoh, dulu
atasan saya bilang otak dan tenaga saya tdk memenuhi syarat utk bekerja, dulu
teman2 saya ada yg bilang saya bodoh dan lemah, ada yg bilang saya orang aneh
dan langka, ada yg bilang saya manusia setengah jadi, ada yg bilang saya tdk
punya masa depan dll. Dulu almarhum kakek saya, anak cucu nya bnyk yg mati saat
balita, ada yg hidup tp cacat mental, ada yg susah jodoh dan rejeki dll. Murid kakek
saya, anak nya juga ada yg cacat mental. Mungkin diganggu jin kakek saya.
Balas
Balasan
Unknown14 Jan 2017, 9:41:00 PG
coba minta di ruqyah, semoga kita selalu dalam lindungan
Allah. Aamiin..
Nazfar Resources6 Mac 2017, 6:08:00 PTG
Guffit vestian. Kamu bukan bodoh. Tapi mungkin autisme. Kamu
boleh google ya
Unknown9 Apr 2017, 9:56:00 PTG
Memang sakit dan menderita kehidupan seperti itu.. Tapi
percaya lah kesabaran kita sentiasa d uji supaya kita lebih dekat dan lebih di
sayangi Allah S. W. T..setiap rezeki dan jodoh sudah d tentukan masa nya..
Jangan berhenti atau menyesal memohon pada ALLAH.. Ringkasnya allah sentiasa
menyayangi dan melindungi hambanya.. Inggat.. Jangan cuba berurusan dengan
dukun dan yang seumpama dengannya.. Menduakan tuhan adalah sangat besar
dosanya..
Balas
Unknown27 Mac 2017, 10:36:00 PTG
Saya sering sekali bermimpi dengan laki2 yang saya kenal
seperti teman atau mantan saya apakah itu termasuk dicintai jin
Balas
Kyera29 Dis 2017, 3:21:00 PTG
Boleh minta tips halau jin tetapi dari badan sendiri. Saya
yakin ada gangguan tapi x mau beritahu ibu ayah. Bole buat sendiri x?
Lada hitam, garam dan kacang hijau sebagai pagar halus.
Ilmu Haq dan Ilmu Bathil
Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
▼
Diambil dari laman http://emjayjb.multiply.com |
Khamis, 22 Disember 2011
Lada hitam, garam dan kacang hijau sebagai pagar halus.
Assalamualaikum,
Agak lama saya berhenti berehat dari menyampaikan idea dan pandangan saya disini. Kini saya nak sambung bercerita tentang lada hitam, garam, kacang hijau, paku, benang serta kadang-kadang tahi besi yang digunakan sebagai pagar halus oleh kebanyakkkan pengamal perubatan islam dan tradisional. adakah benar jin , syaitan dan sekutunya takut pada objek-objek ini??
berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, saya dah merasai bahana pagar objek-objek pemakanan ini yang jatuh kategorinya sebagai tangkal. Ramai yang mempunyai pendapat bahawa garam ataupun lada hitam adalah objek-objek yang diberi kebaikan dan khasiatnya oleh Allah sebagai pengusir jin. Ada yang berpendapat garam sebagai contoh mempunyai khasiat yang diberikan Allah untuk menghindari tenaga-tenaga negatif dan meneutralkan tenaga jahat. Adakah benar pendapat ini?
garam sebagai contohnya adalah bahan yang amat biasa digunakan oleh pengamal agama kristian untuk menghalang dan menghalau jin dan syaitan. Ramai yang cakap, itu cuma asbab tetapi yang berkuasa tetap Allah. Apakah hukum meniru cara dan amalan agama kaum yang bukan islam.
terdapat hadis yang bermaksud jika kita ikut amalan sesuatu kaum itu, maka kita tergolong dalam kaum itu.
”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban)
Itu kupasan dari segi hukum. Bagaimana kupasan dari segi dalil dan teori akal pemikiran kita.
ambil contoh lada hitam. Benarkah syaitan takut pada lada hitam yang dibacakan Al-Quran dan ditabur dalam perkarangan rumah???
Bagaimana berfungsinya lada hitam yang dibacakan rukyah memblok ataupun menahan jin-jin, sihir, gangguan dan ancaman manusia dan jin? Berikut adalah persoalan saya.
• Lada hitam dan garam yang ditabur diseluruh rumah dapat menghalau dan meyekat jin?
• Ada ke pagar halus yang timbul selepas barang-barang masakan yang dijampi ini ditabur didalam rumah?
• Jin nak kene pijak lantai ke sampai dia takut nak terpihak or terkena lada, garam yang dijampi nie?
• Bolehkan rukyah (jampi) yang dibacakan pada garam ini bertugas menghalau jin?
• Luka kah jin or cederakan jin kalau tersentuh dengan benda-benda nie?
• ada tak sebarang dalil or kisah Rasullulah or para sahabat menggunakan barang masakan yang dijampi nie sebagai pagar?
Kemungkinan jin dan syaitan takut dan kecut perut pada objek-objek yang dibacakan rukyah nie,
maybe benar dakwaan tu tetapi..
dalam ilmu gentel lada hitam, lada hitam digunakan dengan cara mengentel lada tersebut, dibacakan ayat al-quran dan sihir lada hitam itu berjalan. Bahan yang paling ditakuti jin digentel seperti makrifat mengentel biji kelentit wanita??? kalau benarlah lada hitam itu benar-benar tak disukai jin, tak payah baca apa pun syaitan tengok terus lari.
Sebenarnya mengikut pengalaman saya, lada hitam adalah objek tangkal yang amat disukai oleh jin dibacakan ataupun tidak dengan ayat suci al-quran. Lada hitam itu pada asalnya tak punya apa-apa pun ketika kita beli tetapi apabila dibacakn rukyah pada lada hitam itu dengan niat membuat pagar, maka automatiknya dia akan dihuni oleh jin-jin islam yang berkeliaran dikawasan tersebut.
jika ditabur dikeliling rumah oleh perawat islam, maka berbondong-bondong lah datang jin-jin islam bertugas mengawal kawasan tersebut. Pagar untuk menghalang dan halau jin sebenarnya berfungsi sebagai rumah jin-jin islam bertugas mengawal keselamatan rumah.
Lada hitam itu kegunaannya dan khasiat yang diberikan Allah ialah pada rasanya yang pedas untuk untuk digunakan dalam masakan. Kalau dibacakan rukyah pada lada hitam itu kebarangkalian dan risiko lada hitam untuk menjadi tangkal meningkat bergantung kepada niat masing-masing. Maybe sipembuat pagar itu berasakan itu adalah ikhtiar dan usaha yang tidak melanggar syarak dan berdasarkan kitab-kitab perubatan yang ada.
Bagi saya ikhitiar itu memang perlu tetapi ikhtiar tu perlulah mengelak dari shubhah dan keraguan. Si pembaca niat usaha kerana Allah, Allah punya kuasa, tetapi untuk disakit belum tentu lagi. Berdasarkan pengalaman saya dan pengamatan saya usaha membuat pagar halus nie sebenarnya adalah kerja sia-sia dan tak berkesan. sebabnya:-
• jin tak takut pun pada lada hitam yang dibacakan rukyah malah mereka menjadikan lada hitam tu sebagai rumah.
• Hakikat penggunaan jin untuk menjadi pak guard untuk menghalang jin lain.
• Garam, lada hitam dan objek makanan ini akan menjadi tangkal dan wafak yang berisiko untuk membuatkan anda mensyirikkan Allah.
Sila perhatikan cara perubatan bomoh/dukun/pawang dan perubatan islam kini:-
Bomoh = Mentera + buluh + Tahi besi/ besi kuning+ Belerang ditabur disekeliling rumah.
Perubatan islam = Rukyah+ garam+ lada hitam + azan+ kacang hijau+ ditabur disekeliling rumah
Perubatan Kristian = Mantera (bible) + garam+ ditabur disekeliling rumah
penggunaan lada hitam yang dibacakan rukyah sebenarnya menghampiri kepada kegunaan tangkal ataupun wafak iaitu kertas yang ditulis dengan ayat-ayat al-quran dalam pelbagai bentuk dan rajah. Kalau nak tgk wafak orang cina, samalah rupanya dengan azimat orang cina biasa tampal. Mostly dalam cerita hantu hongkong, azimat ini berkuasa untuk menghalau atau melenyapkan kekuatan hantu.
orang yang kashaf boleh melihat jin-jin bersarang dalam benda-benda makanan yang dijadikan sebagai medium perantara. Bab ini sebenarnya hanya Allah sahaja lah yang boleh memberikan anda fakta dan bukti. Saya hanya mampu bercerita sahaja.
Saya menyampaikan hanya kerana Allah, anda boleh terima ataupun tolak pandangan berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sedikit yang dipinjamkan oleh Allah.
Wallahu aklam..
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN
Lada hitam, garam dan kacang hijau sebagai pagar halus.
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment