اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
SIFAT dizahirkan melalui kebolehan
SULUK
– KURSUS LATIHAN
SIFAT dizahirkan melalui kebolehan ( fakulti )
yaitu RUH. Dunia ialah penzahiran Sifat Sifat Allah. Tiap tiap Sifat
mempunyai kebolehan dan kebolehan disalurkan kepada anggota yang
nampak.
Kebolehan ini ialah dalam Alam Malakut dan Sifat dalam Alam Jabarut. Semua anggota badan ialah penzahiran Sifat. LA ILAHA ILLALLAH. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiada yang wujud melainkan wujud salik. Wujud ini ialah Wujud Haq. Tiada ada sekutu dengan Aku yaitu tiada yang wujud melainkan Aku. Surah Yusof : 106 Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga MUSYRIK. Ya Allah Engkau Tuhanku dan aku hambamu, adalah terlibat dalam SYIRIK-i KHAFI. Apabila salik menukarkan wujudnya kepada tidak ada maka segala perbuatan dan gerak gerinya adalah Perbuatan & Gerakgeri Allah. Surah Al-Anfal : 17 Bukan engkau yang melontar apabila engkau melontar, tetapi Allah-lah yang melontar. Hendaklah dianggap Zat / Sifat / Af’alnya sebagai Zat / Sifat / Af’al Allah. Tidak ada yang lain. Tidak ada wujud selain Allah. Aku Allah tiada Tuhan selain Aku. Siapakah yang boleh berkata AKU selain Allah sendiri ? Siapa yang kenal DIRI-nya maka kenallah akan Tuhannya. - Kenal Zat anda sebagai Zat Allah - Wujud anda sebagai Wujud Allah - Kenal anda sebagai Kenal Allah Tidak ada bezanya jika anda katakan AKU ALLAH dan DIA ALLAH. Berbilang-bilang atau banyak adalah pada Sifat dan Kesannya. WUJUD tidak lebeh daripada SATU. Berkenaan dengan ZAT :- - Ia berkata AKU - Apabila Ia keluar daripada ghaib ia berkata KAMU - Apabila Ia kembali kepada ghaib Ia mengenang DiriNya sebagai DIA - Apabila Ia memandang pada hakikatNya secara perkumpulan Ia menggelar DiriNya sebagai KAMI Surah Al-Khaf : 16 Kami lebeh hampir kepadanya daripada urat lehernya sendiri. Jika anda anggap wujud anda sendiri adalah dengan Wujud Allah, anda jadi MUSRIK. Jika ada wujud lain selain Wujud Allah pada pendapat anda, maka anda mempunyai Tuhan selain Allah. Dia yang keluar dari BATIN kepada ZAHIR bukan yang lain. Surah Yusof : 106 Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga musyrik. Surah Yusof : 108 Katakanlah inilah jalanku, Aku ajak kamu menuju Allah dengan pandangan batin. Wali wali Allah menafikan yang lain dan mendirikan Yang Haq. Mereka tidak peduli tentang dosa. Wilayat ialah melihat Allah dengan Allah. Al-Anfal : 17 Allah tidak mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni semua dosa yang lain jika dikehendakkiNya. Al-Thaqabin : 01 Apa sahaja dilangit dan dibumi memuji Allah. Hadith :- Semua makhluk diperanakkan dalam keadaan islam. |
No comments:
Post a Comment