اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
Kisah Nabi Zulkifli A.S
Nabi Zulkifli, anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenarnya Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu.
Kisah Nabi Zulkifli A.S
لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلَّا بِالله
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَKisah Nabi Zulkifli A.S
Kisah Nabi Zulkifli A.S
Nabi Zulkifli, anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenarnya Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu.
Sebagai raja dan nabi
Zulkifli
bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di
negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada
menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku! Siapakah
antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada
waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan,
maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya."
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja
berkata:"Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang
dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?"
Sejurus
itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan
keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi
gelaran Zulkifli.
Baginda
juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri
rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."
Kemudian
Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau
berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah
melayani rakyatnya dengan baik. Pada waktu malam, beliau
memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah.
Satu
hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya ketika beliau
tidur. Kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan
urusan dengan raja (Zulkifli), tetapi tujuan sebenar mahu menggoda.
Kedatangannya
disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi
tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus
dapat berjumpa dengan beliau. Disebabkan tetamu itu tidak mahu beredar,
malah meminta urusannya diselesaikan segera, Zulkifli keluar
menemuinya. Selesai urusan itu, tetamu berkenaan terus beredar.
Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mahu
menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak
marah, malah tetap bersabar.
Satu
hari berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan orang yang
derhaka kepada Allah. Raja Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya
menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi dibantah.
Rakyatnya berkata: "Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih
mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami,
baru kami mahu berperang."
Mendengar
perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa: "Ya Allah, aku menyampaikan
risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka
mempunyai permintaan. Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka."
Tidak
lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu: "Wahai Zulkifli, Aku (Allah)
telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya
Aku akan kabulkan." Nabi Zulkifli digolongkan dalam al-Quran sebagai
orang yang sabar dan soleh. Firman Allah bermaksud: "Dan ingatlah akan
Ismail, Nabi Ilyasa' a.s. dan Zulkifli. Semuanya orang yang paling
baik."
Kekeliruan dengan "Kifli"
Zulkifli yang dinyatakan melalui al-Quran itu bukannya Kifli seperti
dinyatakan dalam sebuah hadis (hasan) yang diriwayatkan Imam Ahmad dan
Tirmizi, iaitu: "Kifli yang berasal dari kalangan Bani Israel tidak
menjaga diri daripada dosa."
Ada
seorang wanita muda datang kepadanya, lalu Kifli memberi wang 60 dinar
kepadanya dengan maksud wanita itu setuju disetubuhi. Setelah Kifli
siap melakukan persetubuhan itu selayak seorang suami ke atas isteri,
tiba-tiba wanita itu gementar dan menangis.
Kifli
bertanya kepada wanita itu: "Kenapa kamu menangis? Apakah kamu tidak
mahu?" Wanita itu menjawab: "Tidak, tetapi perbuatan seperti itu aku
belum pernah lakukan dan aku mahu lakukannya kerana ada keperluan yang
mendesak."
Kifli
berkata: "Jadi, baru kali ini kamu melakukan perbuatan seperti itu.
Sebelum ini kamu belum pernah melakukannya." Kemudian Kifli melepaskan
wanita itu dan berkata: "Pergilah kamu dan bawalah dinar yang telah aku
berikan kepadamu."
Kemudian
Rasulullah bersabda: "Demi Allah, Kifli tidak melakukan maksiat
terhadap Allah selamanya. Selepas itu Kifli meninggal dunia pada waktu
malam dan dipintunya tertulis, Allah memberikan keampunan kepada Kifli."
Mengikut
teori pada sanad hadis itu, Kifli yang diceritakan dalam hadis
berkenaan bukan Zulkifli kerana ia menyebut perkataan Kifli saja,
dengan tidak mengaitkan perkataan lain yang merujuk pada Zulkifli.
Nabi
Zulkifli mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut hingga
negerinya padat dan menghadapi masalah bekalan makanan. Selepas itu,
rakyatnya yang panjang usia meminta Nabi Zulkifli supaya ditentukan
ajal.
Baginda
wafat pada usia 75 tahun sebagai seorang nabi dan raja terkenal dengan
sikap sabar dan tidak marah. Beliau juga mematuhi janji dan segala
amanah yang diserahkan raja terdahulu hingga dapat memimpin kaumnya
dengan baik.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH ا
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH ا
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah
No comments:
Post a Comment