15 December 2019

Pengenalan Ilmu Tasauf

Pengenalan Ilmu Tasauf 1. اسمه: علم التصوف وعلم السر وعلم السلوك. 1. Namanya : Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan Allah. 2. حده: فَهُوَ عِلْمٌ يُعْرَفُ بِهِ اَحْوَال النَّفْسِ وَ صِفَاتِهَا الذَّمِيْمَةِ وَالْحَمِيْدَة. 2. Pengertiannnya : Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu ( hati ) dan sifat- sifatnya yang keji dan terpuji. 3. مَوْضُوْعُهُ: فَهُوَ النَّفْسُ مِنْ حَيْثُ مَا يُعْرَفُ لَهَا مِنَ الأَحْوَالِ وَالصِّفَاتِ . 3. Tempat perbahasannya : Iaitu Nafsu ( Hati ) berkenaan perkara- perkara yang berkaitan dengan segala keadaan- keadan hati dan segala sifat – sifatnya. 4. ثَمْرَتُهُ: فَهُوَ التَّوَصُّلُ بِهِ اِلىَ تَخْلِيَّةِ الْقَلْبِ عَنِ اْلأَغْيَارِ وَتَحْلِيَّتِهِ بِمُشَاهَدَةِ المَلِكِ الغَفَّارِ. 4. Buah hasilnya : Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada aghyar ( Ingatan selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan penyaksian Tuhan Al Malikul Ghafar ( Raja yang sangat mengampuni ). 5.حُكْمُهُ: فَهُوَ الوُجُوبُ الْعَيْنِ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ , وَذَلِكَ لأِ نَّهُ كَمَا يَجِبُ تَعَلُّمُ مَا يُصْلِحُ الظَّاهِرَ كَذَلِكَ يَجِبُ تَعَلُّمُ مَا يُصْلِحُ الْبَاطِنَ. 5. Hukumnya : Iaitu wajib ain ( fadhu ain ) atas tiap- tiap mukalaf. Demikian itu kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu- ilmu yang memperbaikan zahir seperti itulah juga wajib mempelajari perkara- perkara yang memperbaikan hati. 6. فَضْلُهُ: فَهُوَ فَوْقَانُهُ عَلَى سَائِرِ الْعُلُومِ مِنْ جِهَةِ أَنَّهُ يُوٍصِلُ اِلَىَ مَا ذُكِرَ . 6. Kelebihannya : Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah Wasilah ( yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut. 7.نِسْبَتُهُ لِلّعُلُوم : فَهِىَ أَنَّهُ أَصْلُ كُلِّ عِلْمٍ وَمَا سِوَاهُ فَرْعٌ. وَنِسْبَتُهُ لِلْبَاطِنِ كَنِسْبَةِ الْفِقْهِ اِلَى الظَّاهِر. 7. Nisbah (bandingan ) dengan yang ilmu lain : Ia adalah asal tiap- tiap ilmu dan perkara- perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya diantara perkara- perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkara- perkarayang zahir. 8. واَضِعُوهُ : فَهُمْ الأَئِمَّةُ الأْعْيَانِ الْعَارِفُوْنَ بِرَبِّهِمْ اْلمَنَّان . 8. Penyusun : Terdiri daripada mereka, semua Pemuka Ahli Tasauf yang ariffin Birabbihim Al mannan ( yang telah mengenal Tuhan mereka yang bersifat sangat pemberi, dengan mata hati ). 9. اِسْتِمْدَادُهُ : فَهُوَ مِنْ كَلاَمِ اللهِ وَكَلاَمِ رَسُوْلِهِ سَيِّدِ عَدْنَان, صلى الله عليه وسام , وَذَوِى اليَقِيْنِ وَالْعِرْفَانِ . 9. Tempat ambilannya : Iaitu daripada Kalam Allah ( Al-Quran) dan hadis Rasulnya iaitu Penghulu daripada Anak Adnan S.A.W. dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan ( Makrifat kepada Allah Azzawajalla). 10 . مَسَائِلُهُ : فَهِىَ قَضَايَاهُ التَّى يُبْحَثُ فِيْهَا عَنْ عَوَا رِضِهِ الذَّاتِيَّة. 10. Masalah- masalahnya : Iaitu segala konsep-konsep yang dibahaskan didalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara yang timbul ( yang hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf ) seumpama al-fana`1,al-baqa`2,al-muraqabah3 dan lain- lain lagi. Catitan: Fana : Binasa, hapus, hilang, lenyap, gugurnya sifat- sifat yang tercela pada diri hamba sebagaimana baqa` itu ialah wujudnya sifat- sifat terpuji pada diri hamba. Baqa` : Kekal- sebagai istilah Tasauf digunakan untuk nama maqam sesudah maqam fana`. Orang yang maqam berada pada maqam baqa akan berpandangan dengan al-Haq Taala dengan tiada terdinding daripada memandang sekalian makhluk ini. Menurut Imam Al-Qusyairi: Baqa` itu ialah tegaknya (bersifat dengan ) sifat- sifat yang terpuji pada hamba. 3. Muraqabah : Mengintai-intai al Haq Taala dengan mata hati. Related posts

No comments: