Selami dan ketahui kekayaan Ilmu Orang Orang Melayu Dahulu Kala, Kaya Dengan Adat, Kaya Dengan Ilmu. Berbanggalah kita dengan warisan ini, Tidaklah Melayu Dipanggil Melayu Sehingga Mengenali Warisan Silat Melayu. TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA:- LAKSAMANA HANG TUAH
Sebarang Pertanyaan, email ke :- ilmukebatinanmelayu@gmail.com
Rabu, 25 November 2019
Rahsia Dan Fadhilat Basmallah
Apakah Basmallah:-Ianya ialah Ucapan Bismillah Hirrohmanirrohim.
Sabda Baginda SAW, tiada sesuatu perbuatan tanpa pengucapan Basmallah, tiada keberkatan baginya (Hadith ):-
Rungkaian Basmallah:-
1. Sembilan Belas (19) Huruf (7) Tiga (3) Ha'
2. Lima (5 ) Alif (8) Dua (2) Ro'
3. Satu (1) Ba' (9) Satu (1) Nun
4. Satu (1) Sin (10)Satu (1) Ya'
5. Tiga (3) Mim
6. Dua (2) Lam
Mempunyai sembilan (9) sebutan ayat, tiga (3) NamaNYA berjumlah 786 pada kiraan Arab ( Satu Bab Khusus Akan Datang).
Satu hadith riwayat Daruquthni dari Ibnu Umar r.a. menyebut. Sabda Baginda SAW: Adalah Jibrail a.s. datang kepada Aku dengan membawa Wahyu, mula mula yang diberikannya kepada Aku ' Bismillahhirrohmanirrohim'.
Tatkala turunnya Basmalah, gunung gunung bergoncang bergegar lantaran sebenarnya tasbih bukit dan gunung sehingga manusia dan haiwan boleh mendengarkannya. Maka, bayangkanlah sesiapa yang membacanya di iringi dengan Ilmu Hakikat dan Maqrifat apabila ada gangguan jin dan syaitan, maka samada mereka itu melarikan diri atau terbakar hangus.
Pengalaman saya bersama2 kawan 2, apabila ada gangguan jin dan syaitan, apabila kami didalam gelanggang, 'benda' mengacau, kami hanya membaca Basmallah, dari sebesar pokok kelapa menjadi sekecil kucing, itulah penangan Basmallah jika diketahui akan Rahsia Rahsianya.
Hadith Baginda SAW ada menyebut bermaksud barangsiapa membaca Basmallah, akan hancurnya syaitan seumpama timah yang cair diatas api.................................
Di riwayatkan, pada Basmallah ada Rahsia 3,000 nama nama NYA, yang mana 2,999 diberikan pada manusia, manakala satu (1) khusus menjadi Rahsia NYA. Didalam banyak Kitab Kitab besar Ilmu Hikmah karangan Imam Ghazali dan lain2, ada mengisahkan perkara ini, hanyasanya tidak kesampaian kepada umum.
Fadhilat Fadhilat Bismillah hirrohmanirrohim.
a) Hadith dari riwayat Ibnu Sinniy r.a. dari Saiyiyyidina Ali r.a. berkata barangsiapa merasa kesusahan dan mendapat musibah, hendaklah membaca
Maka, Allah akan menjauhkan 70 pintu pintu dari segala macam bala, musibah, kesusahan dan dukacita. Mahulah mengwiridkan sebanyak 70 X sehari semalam atau apabila menerima musibah dan kedukacitaan. Wallahualam.
Rahsia Basmallah Dan Fadhilat Bah 1
Salam Sejahtera Dan Keselamatan Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW Dan Ahlul Bait Dan Sahabat Sahabat Baginda SAW
Segala Pujian Hanya BagiNYA Dengan Sebanyak Bilangan Ciptaan NYA Yang Tiada Penghujung
Maha Suci DIA Dari Sangkaan MakhluqNYA Dan Dari Segala Bentuk Kekurangan Dan Kelemahan
Tiada Sesuatupun MenyamaiNYA Dan Tiada Sekutu BagiNYA.
Rahsia Basmallah Dan Fadhilat- Bah 2
Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait Dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA
Maha Suci Dari Kelemahan Dan Kelemahan
Maha Besar DIA Dengan Segala Keagungan Dan Kemuliaan.
Di riwayatkan didalam kitab kitab manakib, bahawa ada seorang Sufi, kebiasaannya menulis Basmallah di tapak tangannya sehinggalah beliau wafat. Kebiasaan ini menjadi satu keramah dan fadhilat apabila memberi keberkatan dan pertolongan kepada manusia lain hanya dengan menyapu tapak tangan keatas manusia tersebut. Di katakan, setiap hari , beliau menulis Basmallah menggunakan jari tangan satu tangan yang lain ratusan ribu setiap hari, sambil mengwiridkan apa yang ditulis.
Pada kebiasaannya, ramai yang tidak tahu menulis Basmallah walaupun diatas kertas, malahan tidak menghafaz huruf Basmallah. Saya menasihati, lazimkan dan hafazkan menulis Basmallah diatas kertas yang bersih lagi suci sekurang kurangnya 21X, sehingga menjadi hafalan kuat didalam ingatan, maka jika sudah mahir, maka apabila ada keperluan terdesak dan berhajat, maka serta merta kita terus boleh menulis diatas kertas atau kain atau apa sahaja tempat yang bersih lagi suci.
Ada dua cara menulis, yakni secara umum ialah menulis seperti mana termaktub didalam Al Qur'an, manakala satu lagi caranya ialah menulis dengan huruf tidak disambung, yakni terputus antara satu sama lain. Kedua2nya mempunyai khasiat tertentu dan fadhilat yang berlainan.
a) Menulis Basmallah 21X dengan secara lazimnya diatas kertas putih dengan sebarang dakwat yang suci, maka dapat dibuat 'Pendinding Rumah' dari bencara, gangguan dan seumpamanya. Di tulis diatas empat (4) keping/helai kertas/kain putih dan di gantung/dilekatkan pada empat (4) penjuru rumah dan jika mempunyai kawasan rumah disekeliling, maka di gantung pada empat penjuru tanah.
b) Menulis Basmallah dengan huruf terputus putus, diatas pinggan putih bersih dari segala gambar dan hiasan (bukan jernih), dengan menggunakan campuran air bersih dan sedikit kunyit sebagai dakwat, manakala pena nya diperbuat menggunakan ranting kayu yang diambil mengadap kiblat. Jika tidak dapat atau didalam kecemasan, cukuplah menggunakan jari telunjuk dan berdakwatkan air bersih, lalu menulis diatas pinggan tersebut. Setelah selesai, basuhkan dengan air bersih yang lain, buatkan minuman dan sapuan muka dan badan. Ini boleh digunakan sebagai penawar panas badan sederhana, gangguan syaitan dan sebagainya. Jumlah tulisan sekurang2nya 21X atau lebih asalkan berjumlah ganjil.
Wallahualam.
Rahsia Dan Khasiat Basmallah Bah 3
Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait Dan Sahabat Sahabat Baginda SAW
Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, Maha Pencipta Segala Sesuatu Yang Tiada Batasan Dan Penghujung
Maha Suci DIA dari Kelemahan Dan Buruk Sangka MakhluqNYA
Rahsia Dan Fadhilat Basmallah Bah 3
Ini ada satu petua yang saya dapati dari beberapa orang termasuk dari Arwah Datuk, Ustaz2 dan Arwah Guru. Petuanya amat mudah, untuk memberi kekuatan dan keteguhan tubuh badan walaupun sudah berumur, malahan menjauhkan penyakit berbahaya.
Sebelum bersarapan tengahari atau malam, sebelum menjamah nasi mahulah memulakan tiga suapan pertama nasi kosong tanpa kuah atau lauk, yakni :-
a)Suapan pertama membaca Bismillah
b)Suapan kedua membaca Bismillah hirrohman
c)Suapan ketiga membaca Bismillah hirrohmanirrohim.
Amalakanlah petua mudah ini, nescaya akan mendapat khasiat dan melihat hasilnya jika sudah berumur seperti saya, Alhamdulillah masih mempunyai kudrat seperti berumur 20an , malahan mengatasi anak muda yang langsung 'tin kosong', Insyallah.
Rahsia Dan Fadhilat Basmallah Bah 3
Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah Dan Menyintai Persaudaraan Dan Penyatuan Semua Umat Islam
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait Dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian Hanya BagiNYA, Maha Pengasih Lagi Penyayang, Memberi Apabila Meminta Malahan Memberi Jika Tidak Meminta DariNYA
Rahsia Dan Fadhilat Basmallah Bah 3
Suatu ketika dahulu, semasa saya masih 'newbie' didalam bidang Ilmu Kebatinan, sepeguruan saya orang lama didalam Ilmu Kebatinan, pernah mengatakan bahawa Guru dapat melihat samada air jampi tersebut ada 'isi' atau 'tiada isi', ataupun 'isi' yg sia sia. Semasa itu tahun 80an, tiada kajian saintifik terhadap Quantum Fizik dan Molekul Air dibawah teleskope elektron. Pada tahun 90an dan keatas, apabila kajiam mendalam kesan2 molekul air (dan lain) terhadap kata2 atau ucapan, telah membuktikan bahawa memberi kesan positif atau negatif mengikut apa yang dibicara, dikata dan diucap keatas air .
Kajian seorang saintis Jepun, membuktikan bahawa ucapan yang baik membentuk susunan molekul air yang indah, manakala ucapan yang buruk seperti maki hamun, marah dan perkataan sia2 membentuk susunan molekul air kepada bentuk yang hodoh, malahan perkataan maki hamun membentuk rupa wajah seperti 'syaitan' dan 'hantu'. Pembaca sila membuat carian di internet mengenai perkara ini, dan rencana ini pernah keluar di Utusan Malaysia pada suatu ketika dahulu, malahan Mastika juga pernah keluar artikel khusus .
Berbalik kepada Bismillahhirrohmaniirohim, sudah tentu membri kesan dan susunan molekul yang indah dan afdal bagi kegunaan tertentu, seperti yang diajar oleh Baginda SAW, Sahabat2 Baginda SAW, Para Ulama2 Bidang Mujarabat dan Para2 Sufi, yang mana pada ucapan Basmallah , mereka mampu berjalan diatas air. Apakah bacaan mereka2 ini berjaya membentuk molekul air seperti susunan molekul ais yang keras, membolehkan kita berjalan diatasnya ?
Baiklah, dibawah ini, ada amalan2 khusus untuk berjalan diatas air, cuma bagaimana ianya terjadi, saya kurang pasti, hanya yakin pada NYA bahawa ada jawapan secara saintifik, cuma manusia belum dapat membuktikan. Lagipun IlmuNYA tiada batas dan sempadan, seluas luasnya langit dan bumi, berlapis lapis....................Maha Agung DIA.
Amalan Khusus Untuk Berjalan Diatas Air.
Amalan nya agak mudah, tetapi mempunyai beberapa syarat, yakni menjauhi maksiat 'zahir' dan 'batin,, dan tubuh badan sentiada berwuduk.
Bismillah hirrohmanirrohim diamalkan sehari semalam sebanyak 313,313X selama 313 hari sehari semalam, manakalanya pantangnya ialah:-
1) Makanan hanya berupa nasi dan telur atau ikan dan sayuran/kurma.........salah satu samada ikan atau telur ayam, tidak boleh dicampur kedua2nya.
2) Tidak boleh makan di luar seperti di kedai makanan, apatah lagi kedai makanan bukan Islam.
3) Dilarang memakan makanan diproses atau dimasak lebih sekali seperti nasi goreng, makanan segera dll.
4) Berpuasa setiap Isnin dan Khamis.
5) Pakaian selalu bersih dan suci dari najis.
6) Makanan terjauh dari tangan bukan Islam, seperti Ikan Kering yang dikeringkan oleh bukan Islam dan sebagainya.
7) Solat boleh tertinggal satu waktupun, maknanya , tiada istilah 'kadho'.
8) Kurangkan batasan pergaulan dengan masyarakat dan sekeliling, kerana terdedah dengan maksiat pancaindera dan hati. Maka itu, fahamlah kita mengapa pada zaman dahulunya para Panglima, Pendekar malahan Para Sufi berkhalwat didalam gua2 atau kawasan2 tersorok dari manusia.
Fadhilat Hajat Di Penuhi Oleh DIA
Jika selalu mengamalkan bacaan BASMALLAH sebanyak 313 X selepas Solat Subuh setiap Ahad sehingga terbit matahari, maka lalu berdoa pada ketika matahari terbit, maka Insyallah, Hajat akan dikabulkan NYA.
Amalan ini selalu saya lazimkan pada ketika saya perlukan hajat atau berada didalam kesusahan, hanya cepat atau lambat sahaja, terpulang pada KehendakNYA. Maka haruslah kita yakin DIA akan penuhi permintaan kita , dan rasa takut2 juga jika DIA menolak hajat kita, lantaran barangkali permintaan kita itu boleh memudharatkan kita dunia akhirat.
Walaupun begitu, Segala Pujian BagiNYA, semua Hajat dan Permintaan saya makbul, dengan berkat BASMALLAH, bukan kerana apa yang saya amalkan, tetapi hanyasanya kerana KemurahanNYA dan Belas KasihanNYA keatas saya.
Inilah contoh doa2 saya apabila saya memohon kepadaNYA, boleh menjadi panduan kepada pembaca, justru harus di ingat, semuanya semata mata hanya Kemurahan Tuhan Kita, bukan kerana baik atau indahnya amalan kita.
Wahai TUHAN Ku
ENGKAU lah Tuhan Sekelian 'Alam
Aku memohon ENGKAU memenuhi permintaan ku, sedangkan aku yakin ENGKAUlah TUHAN sekelian 'alam, yang berhak disembah.
Kepada siapa lagi aku perlukan pertolongan sedangkan hanya ENGKAU sahajalah yang dapat memenuhi keperluan hamba2 MU diseluruh alam
Lagikan orang2 kafir ENGKAU penuhi hajat mereka, sedangkan aku hambaMU yang Muslim, yang menyakini Tiada TUHAN selain ENGKAU
Sekiranya permintaan ku menyebabkan Kemurkaan MU, maka maafkanlah aku, tetapi aku perlukan pertolongan MU
Wahai TUHAN ku, sekiranya ada pahala kebaikan bagiku, aku mohon ENGKAU berikan kepada kedua Ibu Bapa ku, janganlah ENGKAU tinggalkan sedikitpun untuk ku, hanya cukuplah sahaja ENGKAU bagi ku,
Tiada TUHAN selain ENGKAU
Amin Amin Amin
Dengan Berkat .....ucap Dua Kalimah Syahadah'
Demi KecintaanMU keatas Baginda SAW, penuhilah permintaan ku.
No comments:
Post a Comment