اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Allahyarham Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad Haji Muhamad
al-Baqir (1876-1942)
Khalifah Tarekat Naqsyabadiah Kholidiah ke-36, Khalifah
Terawal Tarekat Naqsyabadiah di Negeri Sembilan
Ehsan daripada: http://ulamakito.blogdrive.com/
Prakata:
Dalam menyingkapkan sejarah perkembangan aliran tarekat di
Negeri Sembilan dan Tanah Melayu amnya, kita bagai terlupa kepada pembawa asal
tarekat Nasyabandiah al-Kholidiah di negeri pengamal adat perpatih ini iaitu
Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad al-Baqir ini. Beliau kiranya adalah sezaman dengan
kehadiran Syeikh Muhamad Said al Linggi yang mengasaskan tarekat Ahmadiah di
negeri kita.
.
Latarbelakang dan Sejarah Syeikh
Dicatatkan bahawa Syeikh Haji Ahmad pernah menuntut dan
bermukim di bumi Mekah al-Mukarramah. Di sanalah beliau menerima ijazah
Khalifah tarekat dari Syeikh Ali Redha yang menetap di Jabal Qubais. Syeikh Ali
Redha pula adalah pewaris ke 35. Almarhum Haji Ahmad dikatakan waris kepada
Dato Kelana Sungai Ujung dan balik membuka surau suluk di Pantai sejak awal
1900 lagi.
Syeikh Haji Ahmad adalah keturunan akrab kepada pewaris
Dato’ Klana. Zaman mudanya beliau dilantik ke jawatan Dato’ Laksamana dan
mendapat didikan agama hingga di Mekah al-Mukarramah dalam usianya 20an. Beliau
mungkin dilahirkan dalam tahun 1876 dan mengenali Syeikh Muhamad Said al-Linggi
ulama terkenal dan pembawa Tareqat Ahmadiah yang dominan di Negeri Sembilan.
Dalam tempoh tersebut ramai anak watan bermukim di kota suci Mekah untuk
belajar agama.
Menariknya, kepulangan Syeikh Muhamad Said ke tanah air
seakan sekapal pula dengan Syeikh Haji Ahmad. Kedua anak watan yang alim ini
terus membuka pusat pengajian di kampung masing-masing dalam mukim Luak Sungai
Ujong ini. Antara pusat pengajian masing-masing hanya sekadar 10 km sahaja dan
pondok mereka menjadi tumpuan ratusan murid-murid yang datang dari berbagai
tempat untuk menimba ilmu agama dari dada orang alim ini. Dua bahtera besar
yang mengibarkan panji-panji kesufian Ahmadiah dan Naqsyabandiah terawal di
negeri beradat. Sejak kehadiran Syeikh Haji Ahmad inilah, penduduk negeri mula
mengenali tuwajjuh dan bersuluk.
Melalui didikan dan pengawasan Syeikh inilah, ramai murid
berjaya menjalani program tawajuh dan bersuluk. Haji Maarof Yaakob adalah
antara anak murid bongsunya yang sempat menerima ijazah pada tahun 1942.
Dikatakan semasa mengadakan program bersuluk terakhir dalam tahun 1942, Syeikh
Ahmad telah begitu uzur namun beliau masih menggagahi untuk menaiki tangga
surau bagi menyertai majlis. Surau suluknya kira-kira 10 kaki sahaja dari pintu
rumahnya. Adakalanya beliau akan diusung di atas kerusi oleh anak muridnya
untuk naik ke surau.
Meninggal Dunia
Hari jumaat sesudah magrib, 1 Syaaban 1362H bersamaan 30
Julai 1942 Tuan Guru yang soleh ini telah pergi menemui kekasihnya yang abadi.
Jenazah dikebumikan pada hari Sabtu hari berikutnya di tanah perkuburan Pantai
kira-kira 15 rantai dari suraunya.
April 22, 20190 CommentadminShare:
Allahyarham Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Mohd Dahan (1907-1997)
Allahyarham Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Mohd Dahan (1907-1997)
Ehsan daripada:
Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff
Latar Belakang Dan Pendidikan :-
Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Mohd Dahan telah dilahirkan di
Kampung Sri Lemak, Rembau pada 1907. Bapanya Encik Mohd Dahan bin Hassan dan
ibunya pula Lijah bin Mohd Arshad.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Salak Nama
pada tahun 1916-1922 dengan kelulusan darjah 5. Mula mengaji Al-Quran di
kampung dengan guru Tuan Mumkin Dhahir bin Darus dan mendalami ilmu Tajwid
dengan Tuan Haji Mahmud bin Haji Mustafa.
Mula belajar Kitab dan Bahasa Arab dengan Tuan Guru Haji
Mustafa bin Hj. Mohd di surau Pekan Chengkau, Masjid Sri Lemak dan Masjid Pekan
Rembau.
Pada tahun 1925-1930 beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah
Arab Al-Hamidiah, Alor Setar, Kedah. Di sini beliau telah belajar ilmu Falak
dengan Tuan Guru Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik Sheik Al-Islamiah, Syeikh
al-Islam Kedah. Tahun 1930 menyambung pelajaran cara pondok Air Hitam Kedah
selama satu setengah tahun.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Kelantan di Kota Bharu
selama 4 tahun. Di sini beliau telah belajar dengan beberapa orang guru yang
terkenal dan mendalami pelajaran ilmu Falak dan beliau juga sempat belajar
dengan Tuan Guru Allahyarham Tok Awang Kenali selama beberapa bulan sebelum
Tuan Guru Awang Kenali meninggal dunia
Khidmat Dalam Masyarakat : –
Pada akhir tahun 1935 beliau telah balik ke kampung semula.
Tahun 1936 mula mengajar dan membuka Pondok di Kampung Bongek, selain itu
beliau juga mengajar Madrasah Pekan Tampin dan beberapa tempat lagi di Johol
dan Pulau Sebang.
Pada tahun 1946, beliau telah menubuhkan Madrasah Islamiah
Bongek, dari tahun 1946 sehingga 1959, Madrasah ini telah mengadakan Ikhtifal
setiap tahun. Antara pembesar dan penyampai Agama yang penah hadir dalam
Ikhtifal ini temasuk :
Allahyarham Tuan Hj. Ahmad Fuad.
Allahyarham Profesor Zulkefli Mohd.
Allahyarham Doktor Borhanuddin Helmi.
Allahyarham Mohd Fadihalluah Suhaimi.
Pada tahun 1949, beliau berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Selain menunaikan ibadat haji, beliau mengambil kesempatan belajar kitab
Al-Ahzab serta menerima amalan Tariqat Ahmadiah sehingga beliau diijazahkan
serta bertauliah pula untuk mengajarkannya. Guru yang mengajar beliau ialah
Tuan Guru Shafie Kedah. Selain itu, semasa di Mekah, Hj.Ibrahim sempat juga
berguru dengan Tuan Guru Sulaiman Ambon.
Beliau menerangkan mengenai kedudukan salasilah Guru Tariqat
Ahmadiah ialah: Ia dinisbahkan kepada Ahmad Idris atau Sidi Ahmad. Beliau
mempunyai murid bernama Ibrahim al-Rashidi dan Ibrahim al-Rashidi pula
mempunyai tiga orang murid iaitu: Ismail Nawab (guru kepada Tok Shafie Kedah),
yang kedua Muhammad al-Dandarawi (guru kepada Allahyarham Tuan Sheikh Mohd
Said) dan yang ketiga Mohd Salleh.
Pada tahun 1962 hingga 1968 beliau mengajar agama di Sekolah
Menengah Undang Rembau. Pada tahun 1969 beliau dilantik memegang jawatan
Inspektor Zakat Fitrah Baitullmal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Pada tahun 1974 beliau berpeluang sekali lagi mengerjakan
Haji ke Makkah dengan kapal terbang dan seterusnya berpeluang mengerjakan Umrah
dan ziarah ke negeri Mesir,Turki,danIndia.
Di antara rakan-rakan yang pernah sepengajian dengan beliau
ialah :-
1. Tuan Hj. Abdul Ghani ( Guru Mengajar Pondok Pasir Mas,
Kelantan ).
2. Tuan Hj. Abdul Aziz Ibrahim ( Pendang, Kedah )
3. Tuan Hj. Abdul Wahid ( Sungai Udang, Melaka )
4. Tuan Hj.Salleh Kemboja
5. Tuan Hj. Muhammad Yatim ( Hulu Gadong ).
Berjihad menyebar ilmu pengetahuan kepada masyarakat Islam
Negeri Sembilan. Hampir setiap hari dan setiap malam dipenuhi dengan jadual
mengajar. Berikut ialah jadual beliau mengajar :-
HARI
MASA
TEMPAT MENGAJAR
Ahad
– Kuliah Subuh
– Petang
– Malam
– Masjid Pekan Rembau
– Surau Selemak
– Masjid Kampung Batu
Isnin
– Pagi
– Petang
– Madrasah dirumahnya
– Masjid Bongek
Selasa
– Petang
– Disurau Kampung Lada
Rabu
– Pagi
– Petang
– Malam
– Dimadrasahnya ( khas untuk orang bersara)
– Masjid Pulau Sebang.
– Surau Tampin Jaya.
Khamis
– Pagi
– Petang
– Malam
– Mengajar dirumah Undang
– Masjid Selemak
– Masjid Chengkau
Jumaat
– Pagi
– Petang
– Malam
– Masjid Keru
– Masjid Jamik Tampin
– Masjid Tebong
Sabtu
– Pagi
– Petang
– Malam
– Mengajar di rumah Hj. Borhan ( Tampin )
– Masjid Johol
– Masjid Bukit Rokan
Penulisan :-
Di samping belajar, mengajar dan berdakwah beliau sempat
mengarang beberapa risalah buku :-
1. Kitab Nurul-Aulad, tahun 1989 dikeluarkan dengan
kebenaran daripada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
dan diulang cetak pada tahun 1949, 1952, 1963, 1975 dan 1991.
2. Menyusun Taqwim Solat yang bolah digunakan sepanjang masa
bagi kawasan Negeri Sembilan,Selangor dan Melaka dalam tahun 1954.
3. ” صلاح الغلمان في عبادة رب الرحمن ” Tahun 1976. Risalah
kecil mengandungi Doa,Waktu Solat, dan Arah Qiblat.
4. Menerbitkan risalah dan kertas lambaran mengerjakan Haji
dan Umrah serta bacaan Khutbah hari Jumaat dan hari Raya Puasa.
Penghargaan :-
Walaupun usia telah mengjangkau 85 tahun, tetapi beliau
masih gigih. Sebagai penghargaan khidmat dalam masyarakat Islam Negeri
Sembilan, khususnya masyarakat Rembau, beliau telah dianugerahkan sebaga tokoh
pengkhidmat masyarakat Daerah Rembau pada 16 hb Oktober 1988 oleh Yang teramat
Mulia Dato’ Undang Luak Rembau dan Pentadbir Daerah Rembau.
Meninggal Dunia:-
Tuan Guru Hj.Ibrahim telah meninggal dunia pada 3 Ogos 1997.
Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya…… Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment