22 April 2020

Ruh dan Jasad




 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 
Ruh dan Jasad

Tanpa Ruh Jasad tidak Bermakna Apa-apa
Elias Hj Idris
Adalah jelas, tanpa masuknya ruh kepada jasmani bakal manusia (janin) dalam perut si ibu, maka ia tidak akan menjadi bayi yang bakal dapat lahir ke dunia pada saatnya. Ia akan mati di dalam perut itu. Kemudian apabila ia lahir saja ke dunia, apabila ruh itu keluar daripada sarangnya, maka manusia itu akan segera mati pada saat itu juga. Apabila ruh itu terpisah daripada jasadnya, maka manusia itu mati dan akan segera busuk dan hancur, kecuali orang yang dipelihara Allah (dari kalangan para syuhada).

 

Namun begitu, ruh tetap tidak akan rosak apa-apa. Ia tidak cedera malah ia semakin bertambah baik dan bercahaya-cahaya, sebab sudah tidak ada penghalang yang mengelilinginya. Bukankah sewaktu bermimpi, kita bergerak sebagai ruhani yang luar biasa jalannya - tersangat laju melebihi lajunya suara. Dari Kuala Lumpur ke Jeddah tak sampai sedetik lamanya.

Dan kita merasa ruh yang keluar berjalan-jalan itu seakan-akan ada bentuk dengan keadaan serta perasaan sewaktu hidup bersama dengan jasmani! Memang mimpi itu sebagai suatu penanda aras yang jika digunakan sebagai iktibar bakal membentuk iman yang paling baik buat diri kita.

Pada peringkat awal Rasulullah saw ditetapkan menjadi utusanNya, baginda diperintah menyampaikan kepada kerabat-kerabat yang paling hampir sekali. Baginda mengadakan kenduri tiga kali dan setiap kali selesai sahaja makan, baginda memperkenalkan diri dan memberitahu tugasnya kepada mereka - selangkah demi langkah. Semua hadirin mendengarkan dan tidak menolak, kecuali Abu Lahab yang membangkang dan terus membangkang.

Kemudian setelah kenduri tiga kali itu, Alah swt menurunkan surah al-Hijri: 94 yang memerintahkan baginda menyampaikan tugas dengan secara terbuka tanpa mempedulikan sekelian kaum musyrikin. Jadi, baginda naik ke bukit Safa lalu berseru pada suatu pagi, memanggil sekelian suku yang ada orang-orangnya di Mekah. Lama juga baginda berseru, dan setiap suku itu mengirimkan wakilnya ke sana.

"Muhammad orang kepercayaan, kalau tidak ada hal yang sangat penting dia tidak akan berseru sedemikian rupa," kata mereka. "Pergilah tengok apa yang terjadi?"

Demikian besarnya pengaruh Nabi Muhammad saw di kalangan orang-orang di Mekah. Cuma sejarah tidak menceritakan berapa lamakah baginda menunggu di situ sementara sekelian orang hadir. Sudah tentu ia memakan masa yang agak lama.

Kemudian setelah sekeliannya hadir, baginda lalu memberitahu tugasnya dengan kata baginda, "Seorang mata-mata tidak akan mengkhianati kaumnya sendiri. Apatah lagi saya. Ketahuilah bahawa saya adalah utusan Allah kepada tuan-tuan... bahawa tuan-tuan akan mati sebagaimana tuan-tuan tidur. Kemudian tuan-tuan akan dihidupkan sekali lagi seperti tuan-tuan bangun daripada tidur. Kemudian tuan-tuan akan dibalasi amal yang baik dengan balasan yang baik. Dan amal yang jahat dengan balasan sedemikian juga."

 

Kesemua hadirin mengerti akan ucapan itu sambil memikirkan. Abu Lahab sahaja yag terus membangkang.

"Ya Muhammad, apakah untuk ini saja maka kami dikumpulkan? Tabban laka (celakalah engkau!)," sumpah seranahnya.


Maka turunlah ayat al-Quran surah 'Tabbat' yang mengatakan celaka bagi Abu Lahab dan isterinya, yang telah menyalakan fitnah terhadap Nabi saw dan tidak cukup setakat itu lalu bertindak memasang ranjau duri di merata-rata jalan yang biasa dilalui Nabi saw. Bahawa kesemua harta dan ahli keluarga Abu Lahab tidak akan bermunafaat apa-apa pun pada hari kemudian.
Soal Ruh & Kefarduan Solat
Elias Hj Idris
Syukur alhamdulillah, setelah ditinggalkan kira-kira setahun laman blog ini baru dapat dijenguk, disingkap, disisip serta diperkemaskan. Bukan apa, teman (cakap Perak le ye...) ni memang buta kayu sikit; apatah pula dalam bidang IT, lagi la jauhnya.

Namun apa pun kita tidakkan pernah lari daripada ketentuan Ilahi yang telah siap dilakarkan sewaktu 'kita' seusia 4x40 hari di dalam kandungan ibu. Di waktu itu ruh yang menjadikan 'kita' ini kita ditiupkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Dan perlu diingat, tidakkan ada sesiapa yang mengetahui mengenai ruh itu; dan Allah swt sendiri enggan memberitahu selain daripada firmanNya;

"Hai iblis, kerana apa engkau tidak mahu sujud kepada apa yang telah Kujadikan dengan keduatanganKu dan telah Kutiup padanya daripada ruhKU."

Jadi ruh yang ditiupkan Tuhan kepada tubuh 'bakal manusia' itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Esa sendiri. Selebihnya, Dia pun enggan untuk menyatakan. Apa yang jelas ruh yang ditiupkan itu memang diperhubungkan Allah swt dengan diriNYA. Sebab, Dia menyatakan secara tegas bahawa "... dan Aku telah tiupkan padanya daripada ruhKU."

Apakah ertinya perhubungan ruh itu dengan Tuhan Yang Maha Esa adalah terlalu amat besar dan memerlukan penjelasan yang luas. Jadi, sebelum ia diperjelaskan... yalah sebagai hamba yang sentiasa berada di bawah ketentuan iradahNYA jadi teman redha dengan apa jua yang dihadapkan dan ditentukan. Maka teman lalu dipertemukan dengan beberapa orang sahabat (suka teman nyatakan di sini - Pak Syed dan Sdra Hairul, khususnya) yang telah bersungguh-sungguh ingin menghidupkan kembali blog yang 'hampeh' ini.

Ia ibarat sebuah kereta tua yang telah sekian lama tersadai. Maka usaha pemulihan dan 'pemutihan'nya bukan semudah yang dijangka - di mana tidakkan sedikit tumpuan yang perlu dilambakkan. Menurut Pak Syed, ada beberapa orang teman lagi yang sedia membantu - menyusun tabik dan langkah buat memeriahkan, namun hasrat itupun sudah cukup bermakna buat teman. Terima kasih diucapkan.

Dan hasilnya, inilah yang dapat kita tatapi bersama dan teman cukup bersyukur di samping menarik nafas lega dan derga. Teman didorongkan dengan satu lagi medium buat memanjangkan sumbangan selayak 'manusia berguna' sebagaimana yang Rasullah pernah sabdakan; "Manusia berguna adalah mereka yang paling banyak memberi munafaat kepada orang lain."

Jadi, sebelum kita mengorak langkah lebih jauh, teman tidakkan lari daripada tujuan kerasulan baginda Rasulullah saw; yang mengajak umatnya kepada kebaikan dan menjauhkan diri daripada lembah kebinasaan. Dan baginda dengan tegas telah menetapkan bahawa sempadan di antara seseorang yang mukmin dengan kafir adalah solatnya. Ia adalah penentu dan kayu ukurnya.
Di dalam solat itu terkandung untaian kata-kata yang cukup menusuk dan mengasyikkan. Di dalamnya terdapat puji-pujian dan permohonan seorang hamba serta jaminan daripada Khaliqnya.

Solat meliputi tubuh badan, bacaan-bacaan yang penuh hikmat dan erti, pemusatan fikiran yang tidak berbelah bahagi. Ia diikuti dengan pencurahan perasaan khusyuk, tawaddu’ dan penyerahan diri yang mutlak kepada Allah s.w.t.

Ia merupakan pentas kegiatan anggota jasmani, tindakan perasaan, akal dan jiwa yang menghayati detik-detik perhubungan yang suci dengan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam di empat penjuru alam, pagi-petang, siang dan malam yang tidak berwaktu selama-lamanya. Dialah sifat yang Maha Kaya, segala-galanya datang dari-Nya dan akan dikembalikan pun kepada-Nya juga. Hanya Dia yang boleh mengadakan dan Dia juga yang boleh mentiadakan. Kita sebagai hamba tidak mempunyai apa-apa keupayaan, segala-galanya terserah kepada-Nya.

Maka dengan sebab itu kita dipinta datang bermunajat, menyatakan rasa hati kita yang serba lemah dan kekurangan ini; sebagaimana Dia menjemput Rasulullah s.a.w. datang dengan tujuan yang satu; kefarduan SOLAT.

Qab Qausaini Aw-Adnaa
Elias Hj Idris
Sebenarnya, teman pun bukannya pandai sangat dalam hal ini. Namun mana-mana yang ada sedikit itu biar kita kongsikan bersama. Kalau tersilap mari sesama kita betulkan. Teman sisipkan keutamaan solat itu di sini sebab ia adalah pokok penting bagi seseorang mukmin. Apabila di padang mahsyar nanti solatlah yang pertama sekali disoal dan dinilai. Kemudian ia diikuti oleh amal ibadat yang lain, tanpa mengira amal jariah atau sehebat mana kedudukan seseorang itu di dunia ini.

Pada pengkisahan Isra' dan mikraj oleh Mufti Besar Perak, Tan Sri Hj Harussani Zakaria di Beruas pada tahun lalu - beliau memberitahu bahawa bait-bait syahadah dalam tasyahhud itu diungkapkan oleh sekelian para malaikat! Teman membantah dan mengirimkan sepucuk surat berdaftar - yang hingga ke hari ini tidak dijawab. Ya la... siapa aje la teman ni, kan! Sedangkan, watak utama dalam upacara penerimaan fardu solat itu adalah baginda Rasulullah saw. Maka segala-galanya mestilah berkisar di sekitar upacara ketika baginda berada di balai penghadapan Allah swt. Peristiwa besar yang diikuti oleh sekelian penghuni langit, para malaikat, dan nabi-nabi yang terdahulu.

Di dalam tasyahhud itu sesungguhnya terdapat dialog yang berupa puji-pujian terhadap Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ucapan baginda itu dijawab Allah s.w.t. kemudian diikuti dengan pengiktirafan terhadap baginda sebagai hamba dan pesuruh Allah.

Kata Nabi: “Segala kehormatan, keberkatan, dan ucapan yang baik-baik bagi Allah semata-mata;
“Keselamatan bagimu wahai nabi, beserta dengan rahmat Allah dan berkat-Nya;
Kata Nabi: “Keselamatan bagi kami dan bagi para hamba Allah yang soleh;

 

Daripada keselamatan yang dipohon oleh Nabi serta bagi umat-umat yang soleh itu, Allah Taala ingin tahu apakah imbalan atau balasannya?

Nabi pun berkata: “Aku bersaksi  bahawa tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah";

"Dan bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya.”

Nota:  "... hamba dan pesuruh-Nya" itu ungkapan daripada '...'abduhu wa-rosuluh."

Daripada perisytiharan tersebut, maka sekalian para nabi dan malaikat yang menyaksikan peristiwa yang hebat dan bersejarah di balai penghadapan itu terus bersalawat ke atas baginda, keluarga dan mengucapkan setinggi-tinggi terhutang budi kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya.

Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad;
Sebagaimana Engkau telah sejahterakan Nabi Ibrahim;
Demikian juga ke atas keluarga Nabi Ibrahim;
Berilah keberkatan ke atas Nabi Muhammad;
dan ke atas keluarga Nabi Muhammad;
Sebagaimana Engkau telah beri keberkatan ke atas Nabi Ibrahim;
dan ke atas keluarga Nabi Ibrahim;
Pada sekelian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Ia diakhiri dengan Nabi Muhammad pun mengucapkan salam, memohon daripada Allah s.w.t. akan kesejahteraan ke atas mereka yang telah berselawat ke atas baginda.

Assalamu-alaikum warohmatullah.

Dari sini timbul satu peristiwa, apabila dalam keasyikan sekelian penghuni langit, para malaikat dan nabi-nabi berselawat ke atas Nabi dan keluarga baginda, satu malaikat itu tidak berselawat. Dia telah diperintahkan oleh Jibril supaya sayapnya dipatah-patahkan.

Dia meraung kesakitan sepanjang baginda turun dan naik menemui Nabi Musa dan Allah s.w.t. Baginda turun-naik kerana memohon agar jumlah kewajipan itu biar dikurangkan daripada 50 waktu kepada 5 sahaja. Sebab menurut Nabi Musa umat Nabi Muhammad tidakkan termampu melaksanakannya nanti.

Israk dan mikraj yang berlaku ke atas diri baginda itu terdiri daripada tiga peringkat; iaitu dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa, kemudian dari Masjidil-Aqsa ke Sidratul-Muntaha dan akhirnya, dari Sidratul-Muntaha ke Qab Qausaini Aw-Adnaa (tempat yang paling hampir sekali di hadrat Allah s.w.t.).

“Sebab itu, solat juga terdiri daripada tiga peringkat,” jelas tuk guru teman. “Ia bermula dengan berdiri, kemudian ruku’ dan sujud.”

 

Di waktu sujud itulah saat dan amalan yang paling hampir dengan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam al-Alaq: 19 yang bermaksud; “Dan bersujudlah sambil mendekatkan diri.”

“Maha Suci Tuhanku lagi Maha Terpuji,” ucapan agung ketika kita sujud.

Dalam keadaan yang paling hampir inilah kemudiannya berlaku dialog dalam tasyahud itu. Ia memaparkan keagungan syahadah bagi seseorang mukmin. Maka di sini letaknya pengakuan Rasulullah s.a.w. akan Khaliqnya diikuti dengan pengiktirafan akan taraf hamba dan pesuruh Allah, iaitu Muhammad. 
Solat Bukan Sekadar Ibadat
Elias Hj Idris
Di pagi-pagi hari begini, elok rasanya kita bercakap mengenai perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah sw. Jika nak berbicara mengenai hal keduniaan, sudah terlalu banyak idea yang hebat-hebat dilontarkan. Tengok sajalah blog CheDet - yang menjadi buruan itu. Blog PM yang lebih kepada usaha memprojekkan diri agar dapat bertahan jangan menerima nasib seperti Dolah Badawi. Klu nak yang menyengat, pergilah ke Malaysia Today atau yang terkini - Malaysiakini.

Sedangkan, di dalam al-Quran dipaparkan kira-kira 80% kisah-kisah keduniaan yang menghancurkan. Ia kisah bagaimana umat-umat terdahulu membinasakan diri mereka dek kebejatan dan kemungkaran. Kisah iblis - bapa kepada segala kejahatan; kisah Fir'aun-Hamman, kaum  Bani Israel @ Yahudi yang dilaknatkan serta kaum-kaum terdahulu - 'Aad, Thamud, Madyan, kaum Noh, kaum Lut yang sudah takde pun benihnya lagi pada hari ini. Adakah kita pun ingin menjejaki nasib mereka?
Jadi, apabila Allah swt sendiri yang menjemput kekasihNYA Muhammad saw datang untuk menerima kefarduan solat bermakna ia sesuatu yang cukup bermakna dan besar natijahnya. Yalah, Dr Mahathir ketika menjadi PM pun sanggup membayar sehingga RM64juta kepada pelobi Yahudi sekadar ingin bertemu dengan Presiden Amerika, George Bush. Begitu juga ketika mahu melanyak Iraq, Presiden dan Setiausaha Negara Amerika berkunjung ke serata dunia menemui para pemimpin utama - buat mendapatkan persetujuan bagi tujuan melenyapkan kebangkitan Islam Sunnah di sana.

 
Demikianlah dengan solat.

Lidah membaca dengan sebutan-sebutan huruf yang betul dan jelas. Sedangkan akal dan jiwa menghidupi bacaan itu dengan meneliti pengertian dan maksud-maksudnya yang tinggi. Sementara itu badan pula membongkok rukuk dan menyembam sujud melambangkan kerendahan diri dan kehambaan yang luhur dan tulus sesuai dengan pengakuan lisan itu.

Solat bukan sekadar menyegarkan badan. Ia menyegarkan akal dan jiwa. Di samping itu ia membebaskan jiwa manusia daripada kongkongan dan keinginan tunduk kepada kuasa-kuasa makhluk yang tidak benar. Ia bebas daripada sebarang tekanan ketakutan, kebimbangan, kegelisahan atau keraguan yang mengganggu ketenteraman hidup.

Dalam perhubungan yang singkat dan harmonis itu, seseorang Muslim mempersembahkan setinggi-tinggi sanjungan dan puji-pujian kepada Allah s.w.t.; menyatakan azam dan tekad untuk hidup-mati di atas keimanan dan agama yang benar, mengakui kesilapan dan kesalahan dalam hidup sebelum itu. Di samping mengharap keampunan dan seboleh-bolehnya kesilapan itu hendaknya tidak berulang lagi.

Di dalamnya, dia dapat memohon agar Allah s.w.t. sentiasa menunjukkan jalan yang benar dan lurus. Dia dapat memohon agar diberikan rezeki yang sebaik-baiknya, mengangkat darjat kehidupan, mengurniakan kesihatan, rahmat dan kasihan belas.

Di akhir perhubungan tersebut, ikrar dibuat bahawa seluruh penghormatan yang tinggi serta penyembahan yang tulus itu hanya terpulang kepada Allah s.w.t. Kemudian dia berselawat menyatakan rasa terhutang budi kepada Rasulullah s.a.w. serta keluarga baginda yang telah berjuang dengan gigih sekali dalam menegakkan agama yang benar ini. Seterusnya, dia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh umat Islam dan hamba-hamba yang soleh dan berjasa.

Hubungan yang sepakat dan harmonis ini tidak terdapat di mana-mana amalan lain, selain daripada solat. Dan sebagai lambang keindahannya, maka peristiwa tersebut telah disaksikan oleh sekelian penghuni langit dan para nabi. Mereka menyaksikan pengiktirafan Allah s.w.t. akan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai hamba dan Pesuruh-Nya (dengan menjemput baginda datang dan menerima sendiri kefarduan solat).

 

Dan mereka kemudian berselawat ke atas baginda serta ahli keluarga baginda. Mereka turut menyatakan penghargaan kepada ahli keluarga dan Nabi Ibrahim a.s sendiri.

Berkat dengan dorongan ini apakah kita tidak betah untuk bangun bersolat malam, selain daripada solat fardu yang dibuat setiap hari itu? Sebenarnya, ramai di luar sana yang mampu bersolat sepanjang malam sebagaimana yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang zuhud dan tunduk kepada kebesaran Ilahi, Tuhan Pencipta sekelian alam. Dengan kekuatan itu kelak kita akan berjaya mengelak daripada keinginan-keinginan keduniaan yang membuak - dan hanya bisa menjerumuskan manusia ke kancah kebinasaan. 
Bunga-bunga Mekar yang Mewangi
Elias Hj Idris
Allah swt bisa mencabut dari dada sekelian musuh Islam rasa gerun mereka terhadap umat Islam. Seterusnya, Allah swt menyuntik ke dalam hati kaum muslimin dengan ‘al-wahnu’.

Sahabat baginda pernah bertanya, "Apa itu al-wahnu, ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Cintakan dunia dan takut mati!"

Sejarah peradaban telah memperlihatkan bagaimana orang Islam akan terus berselisih faham dan bermusuhan sesama sendiri. Akhirnya, mereka tidak lagi berwaspada dan dengan mudah diratah-ratah oleh musuhnya.

Umat Islam Arab pernah didesak dari sebelah timur oleh puak Tartar, sementara di baratnya oleh tentera salib. Dengan kemaraan tentera musuh yang terlalu besar itu membuatkan pemerintah Syria dan pembesarnya lari dan berlindung di Mesir. Maka dalam keadaan tidak menentu itulah munculnya ulama terulung Ibnu Taimiyyah.

Kehadirannya dianggap kontroversi pada zamannya kerana kelantangan dan ketegasannya dalam isu ilmu dan juga politik. Dia telah berjaya menghimpunkan para ulama dan sekelian rakyat untuk menentang tentera Tartar yang zalim. Baginya, dengan semangat jihad dan kembali kepada ajaran Allah swt dan Rasul-Nya sahaja baru dapat orang-orang Islam menentang segala bentuk keganasan dan kezaliman.

Maka bangunlah Syeikh Izzuddin Abdul Salah yang menyusun semula kerajaan menurut sistem pemerintahan Islam. Segala bentuk kemungkaran dan elemen jahat dibersihkan lalu kembali ke jalan Allah swt. Di akhir, tenteranya berjaya mengalahkan tentera Tartar di Ain Jalut. Sementara Salahuddin al-Ayubbi pula telah berjaya mengalahkan tentera salib di Palestin.

Mungkin itu juga pilihan yang dibuat oleh arwah Dr. Azahari, dan Nordin Mat Top yang masih dicari. Sementara Hambali terus didera di Kem Delta, Guantanamo. Demikian juga dengan tiga orang syuhada dari Indonesia yang baru menerima nasib mereka di tangan hukum karma kelmarin di hujung muncung senapang.

 

Itulah mujahid kesayangan; Amrozi, Imam Samudra dan Mukhlas @ Ali Ghufron yang dihukum tembak tepat di jantung yang pada awalnya enggan ditutup mata.

Sebenarnya, inilah yang tidak difahami oleh para pemimpin kaum kafir dan sekutu Barat yang lain serta pemimpin sekular di negara-negara umat Islam sendiri (dan kita harus ingat ramai pula di antara orang Melayu kita yang tanpa usul periksa terikut-ikut menuduh mereka itu militan dan ekstremis agama).

Surah At-Taubah: 111 menjelaskan; ‘Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang-orang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga.’

Kemudian dalam surah As-Saf: 10-11, Allah swt menyatakan bahawa; ‘Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih, iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan diri kamu.’

Sebaliknya, kaum kafirin beserta dengan boneka mereka yang memburu para pejuang ini cukup berbangga apabila berjaya membunuh para mujahid ini. Mereka hebahkan kejayaan membunuh Abu Mussab Al-Zarqawi di Iraq, Azeez Al-Muqriin di Arab Saudi atau komando Robot di selatan Filipina.

Dalam surah Ali Imran: 169 Allah swt menyatakan; 'Janganlah engkau kira mati akan orang-orang yang telah terbunuh di jalan Allah, bahkan mereka itu hidup di sisi Allah serta diberikan rezeki.’

Setiap mereka yang beriman akan benar-benar yakin bahawa matlamat kehidupan yang sebenar bagi sekelian manusia adalah untuk menemui mati. Mati itu adalah pembukaan kepada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup sesudah mati. Ia merupakan saat perpisahan sang lelaki kacak dengan kekasih yang hodoh dan buruk perangai.

Dunia ini adalah kekasihnya yang hodoh itu.

Hanya dengan perpisahan itu baru memungkinkan si lelaki tersebut akan dapat menemui cintanya yang sejati; kekasih yang lawa dan berperibadi. Lantaran kesemua keindahan yang dijanjikan ada di sana apabila segala amalan baik dibalas dengan ganjaran. Setiap kejahatan pula ditebus dengan azab dan siksaan.

 

Kekasih bagi seorang mukmin sejati adalah Tuhannya, Allah Yang Maha Esa yang akan memperlihatkan nur wajah dan kebesaran-Nya. Kita diraikan dan diberi kesenangan yang tidak pernah dilihat oleh mata, atau yang pernah didengar oleh telinga malah keseronokan dan keindahan itu pun yang tidak pernah terlintas di lubuk hati.

Sementara itu, buat mereka yang kafir dan murtad, itulah saat yang merugi dan menganiaya diri seperti kata Allah swt dalam kesemua kitab sucinya; Zabur, Taurat, Injil Arami dan al-Quran-al Kariim. Inilah titik noktahnya. Masing-masing akan dilempar ke dalam neraka untuk menjadi bahan bakar yang terdiri daripada batu dan kayu buat menyiksa sekelian kaum muslimin yang jahat dan berdosa.

Sekelian para mujahid itu telah dianugerahkan akal dan fikiran untuk menjadi manusia terbaik. Mereka dapat membezakan yang baik, yang lebih baik dan yang terbaik di antara sekelian yang jelik, lebih jelik dan yang paling jelik. Namun sejarah peradaban manusia telah menunjukkan betapa manusia dari dahulu hingga ke akhir zaman bukan hanya melakukan perbuatan baik dan berguna, tetapi melakukan perbuatan jelik dan yang membawa segala bencana dan kerosakan.

Sebaliknya, perbuatan baik yang dilakukan teramat sedikit, sedangkan kerosakan teramat jelik dan memalukan. Jika terus dibiarkan manusia akan cenderung untuk berhukum dengan hukum rimba. Sejarah peradaban manusia akan musnah. Natijahnya, lahirlah lembaga pemerintah, pendidikan dan pengajaran, penerangan, sukan dan kesenian. Namun ia masih belum cukup.

Maka sebagai pencipta, Allah swt tahu bahawa segala usaha tersebut belum memadai selagi tidak ditanamkan dengan iman. Maka diutuskan-Nya 124,000 para nabi dan dua puluh lima orang rasul sebagai penunjuk jalan. Diturunkan-Nya empat buah kitab yang penuh dengan seninya; buat mendidik hati dan membentuk jiwa manusia.

Iman ertinya kepercayaan atau keyakinan. Dengan kepercayaan dan keyakinan ini akan mempengaruhi segala gerak-geri dan tingkah-laku manusia serta mempengaruhi corak pemikiran, berkata-kata, berhubung, malah cara makan dan tidur mereka. Ia akan mempengaruhi kehidupan politik, ekonomi, sosial dan moralnya.

Bagi orang-orang yang tidak beriman, kebaikan hanya dilihat sebagai kebaikan semata-mata. Sedangkan bagi mereka yang beriman, setiap kebaikan yang diperbuat itu, di mana dan pada bila-bila masa sahaja terhadap sesiapa dan apa sahaja akan dilihat, didengar dan diketahui oleh Allah swt.

Allah swt berasa senang akan kebaikan itu dan berasa senang pula terhadap orang yang melakukannya. Dari rasa senang ini akan menyebabkan turunnya rahmat Allah swt yang jauh lebih hebat dan lebih besar daripada kebaikan yang dilakukan. Rahmatnya tidak putus-putus, sama ada ketika masih hidup ini atau setelah kembali menemui Tuhannya. Seterusnya, masing-masing akan dimasukkan ke dalam syurga.


Ruh dan Jasad


Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

No comments: