اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Dorongan Batin Menuju Allah swt
Masalah Tariqat: Dorongan Batin Menuju Allah swt
Elias Hj Idris
Belum pun sempat manusia terkukur bercerita banyak, dia
menerima panggilan telefon. Ada lori yang nak datang menghantar beras dari
Kedah. Ia sudah pun sampai ke tol USJ5, tetapi tidak tahu nak menghala ke mana
untuk pergi ke gudang Encik Aley? Lori yang datang dari jauh selalunya begitu.
Tak tau jalan...
Mustafa mencapai telefon lalu menerangkan yang Encik Aley
dan dia akan tunggu di tol Puchong. Mereka terus bangun sambil Mustafa meminta
diri, sementara Kamal sejak tadi sudah berpindah meja - mendapatkan seorang
bakal pelanggan. Dia sibuk menjual 'suppliment' untuk elakkan penyakit zaman
sekarang.
Teman bawakan kisah seperti semalam kerana nak menunjukkan
arah haluan yang dipilih oleh manusia seperti Encik Aley - yang gemar
menceritakan kehebatan diri dalam merebut peluang niaga. Pokok penting baginya
adalah wang, tanpa menitikberatkan soal cara; seperti kata Nabi bahawa manusia
itu setelah mempunyai selembah emas, dia masih mahukan lembah emas yang ketiga.
Dia tidakkan pernah cukup sehingga mulutnya dipenuhi dengan tanah. Para sahabat
segera bertanya; "Apakah maksudnya itu, wahai Rasulullah?" Maka jawab
baginda... 'mati!' Ini semua bertujuan untuk mengingatkan bahawa kita pun
mungkin akan ikut tersasar jika tidak berhati-hati.

Setiap insan yang sedar diri akan sentiasa melihat
dorongan-dorongan yang kuat dalam hatinya yang menggerak atau menarik minatnya
menuju ke jalan Allah swt dan menuju ke jalan akhirat. Dia akan membelakangi
dunia dan meninggalkan segala yang biasanya dikejar oleh manusia yang cenderung
kepada hal kebendaan seperti Encik Aley tadi. Mereka hanya gemar mengumpul
harta dan kekayaan, bersenang-senang menurut kehendak syahwat dan hawa nafsu,
kemudian bermegah-megah dengan keindahan dan kemewahannya.
Dorongan tersebut merupakan rahsia ketuhanan yang
dilimpahkan ke dalam batin seseorang hambaNya. Itulah yang dinamakan inayah
Allah dan tanda-tanda petunjukNya. Biasanya, inayah serupa ini dilimpahkan ke
dalam batin hambaNya ketika dalam keadaan menakutkan, atau menggembirakan, atau
dengan mendatangkan perasaan rindu terhadap ZatNya, ataupun menerusi pertemuan
dengan para wali Allah, atau ketika mendapat pandangan daripada mereka. Kadang-kadang
dorongan itu datang tanpa ada sesuatu sebab yang pasti.
Namun bercita-cita untuk mendapatkan dorongan serupa itu
memang dituntut dan digalakkan. Namun sekadar bercita-cita dan mengharap tanpa
usaha tentu belum cukup; terkadang-kadang menampakkan kebodohan diri, sedangkan
Nabi saw telah bersabda;
"Sesungguhnya Tuhan telah menyediakan berbagai-bagai
kelimpahan pada setiap masa, maka hendaklah kamu menuntutnya."
Jadi sesiapa yang telah diberikan penghargaan oleh Allah swt
dengan dorongan yang mulia itu, maka hendaklah dia meletakkan dirinya pada
tempat yang sesuai. Dan hendaklah dia mengetahui bahawa kurniaan Allah swt itu
adalah nikmat yang tertinggi di antara nikmat-nikmatNya yang lain; yang tidak
dapat ditentukan darjat dan nilai kesyukuran atasnya.

Lantaran seseorang itu hendaklan memperlipatgandakan
kesyukuran terhadap Allah swt atas nikmat besar yang dikurniakan itu. Dia saja
yang dipilih dan diutamakan di antara sekian ramai orang lain yang setaraf,
atau di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Ia disebabkan, sudah berapa ramai
insan yang sudah menjangkau usia 80an pun masih belum lagi dikurniakan dorongan
serupa itu. Dan hatinya seakan-akan tidak pernah dipeluk oleh rahsia kebatinan
ini.
Dorongan Batin Menuju Allah swt
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................

No comments:
Post a Comment