Ramai orang
terbangun di waktu yang sama waktu malam hari. Sayangnya, fenomena ini sering
kali diabaikan. Namun, tahukah kamu bahawa ini adalah cara tubuh dan Allah
berkomunikasi denganmu.
Pengubatan
tradisional Cina menggunakan titik energi untuk teknik akupunktur. Titik-titik
tenaga ini terhubung dengan sistem jam yang dipercayai memberi energi untuk
bahagian tubuh tertentu.
Jadi, dilihat
dari waktu kamu bangun di malam hari, tubuhmu sedang mengalami ransangan
tertentu. Ini juga sebuah cara fizikal dan emosi menyampaikan masalah padamu.
Terbangun
di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan. Dalam pengubatan Cina, fasa tidur
menjadi waktu kita menerima pesanan dari Allah.
Pesanan-pesanan
ini yang dapat mengungkapkan perjalanan spritual kita. Jika kamu kesukaran
tidur di antara pukul 9 sampai 11 malam, itu adalah tanda stress.
Ini adalah
jam tidur bagi kebanyakan orang. Jika kamu malah merasa sukar tidur, tandanya
kamu sedang stress dan khuatir. Solat hajat boleh jadi solusi untuk masalah
ini.
Terbangun
pada pukul 11 malam hingga 1 pagi petanda kamu mengalami kekecewaan emosi.
Pengubatan Cina kuno mengatakan bahawa ini adalah waktu dimana pundi hempedu
aktif.
Bangun pada
jam ini menunjukkan kekecewaan. Cubalah untuk tenang dan memaafkan dirimu
sendiri, maka akan membantu. Bangun antara pukul 1 hingga 3 pagi menunjukkan
kemarahan.
Titik
energi terhubung dengan hati. Bangun pada jam ini memnunjukkan bahawa kamu
sedang marah dan memiliki energi “Yang” berlebihan.
Cuba minum
air dingin dan meditasi agar boleh tidur kembali.
Jika kamu
bangun pukul 3 hinggal 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu.
Jam ini
menunjukkan bahagian paru-paru dan kesedihan. Jika kamu bangun di jam ini, maka
dipercayai Allah sedang membimbingmu untuk jadi lebih baik.
Cuba
bernafas perlahan dan berdoa agar boleh kembali tidur. Fasa bangun tidur
terakhir adalah pukul 5 hingga 7 pagi. Jika kamu bangun di jam ini, dipercayai
kamu sedang memiliki emosi yang tertahan.
Begini cara
Allah menyampaikan taufik dan hidayah kepada hambanya
Kamu tak
perlu langsung duduk, pergi ke kamar mandi, mengambil minum, atau malah tidur
lagi. Tetaplah dalam kedudukan baring sambil membaca zikir yang diamalkan oleh
Rasulullah ﷺ. Zikir
apakah itu?
Dari Ubadah
bin Shamit, dari Nabi ﷺ bersabda,
“Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca:
‘Laa Ilaaha
Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Wahuwa ‘Alaa
Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa Ilaaha Illallaahu
Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahi,’ kemudian ia berdoa
‘Ya Allah, ampuni Aku’ atau berdoa pasti dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu
dan solat, pasti diterima solatnya,” (HR. Al-Bukhari).
Dari segi
ilmiah, ini petanda kamu mengalami masalah di usus besar namun boleh diatasi
dengan renggangkan otot atau pergi ke tandas agar boleh kembali tidur.
Tubuh
menyimpan begitu banyak rahsia. Jika kita belajar mengambil tahu dan mendengar,
maka tubuh sebenarnya sedang memberi tahu kita informasi. Kita juga boleh
meningkatkan kesihatan fizikal dan spiritual dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment