5 Cara Atasi Masalah
Nasi Mentah
Nasi mentah.Nasi yang dimasak kadang-kala boleh juga
menjadi mentah, walaupun kita selalu masak nasi.
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup atau mentah,
jangan risau kerana masalah ini masih boleh di atasi. Caranya mudah saja,
kerana semuanya ada di depan mata anda.
Berikut 5 Cara Atasi Masalah
Nasi Mentah:
1. Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas.
Buatkan lubang pada bahagian tengah nasi, kemudian letakkan mangkuk itu. Tutup
periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga
nasi masak.
2. Renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang
kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik kemudian tutup.
Biarkan masak seketika. Nasi akan pulih seperti biasa.
3. Renjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan
garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu, dikacau sempurna dan tutup
hingga nasi itu berwap.
4. Sebiji bawang di potong nipis, masukkan ke dalam
periuk nasi, tutup tudung periuk dan kecilkan api. Jika menggunakan ‘rice
cooker’ biarkan warm up dan masukkan hirisan bawang tadi.
5. Jika nasi anda lembik, masukkan 2 biji telur ayam yang
telah di basuh ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan
menjadi kering dengan sempurna.
Semoga
berjaya, buat mereka yang mencuba kaedah di atas. Anda perlu lakukannya dengan
berhati-hati dan utaman kebersihan dalam persekitaran anda.
No comments:
Post a Comment