Praktikan No 4 Tu
Memang Mudah Sangat!
Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh apabila kita tidak menyedari kepentingannya.
Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana
ia menapis kekotoran seperti toksin.
Mengapa Perlu Menjaga Kesihatan
Buah Pinggang?
Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak
dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan.
Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang
itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama.
Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah
pinggang.
7 Cara Menjaga Kesihatan Buah Pinggang:
1. Minum Air
Kosong Dengan Banyak
Disarankan minum 8 gelas sehari.
1 gelas + sebelum mandi pagi ...air suam kuku
1 gelas + selepas Subuh
1 gelas + setengah jam selepas sarapan pagi pukul 1000 hrs
1 gelas + setengah jam sebelum/selepas Zohor
1 gelas + setengah jam sebelum/selepas Asar
1 gelas + setengah jam sebelum/selepas Maghrib
1 gelas + setengah jam sebelum/selepas Isyak
1 gelas + setengah jam sebelum masuk tidur.
Genaplah 8 gelas sehari.
Nota: Sebelum/selepas boleh dilakukan mengikut kesesuaian diri Anda.
Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang
dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.Minum
air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas.
Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.
2. Kurangkan
Makanan Tinggi Gula dan Garam
Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi
kandungan gula dan garam.
Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Banyakkan
Minum Jus Epal
Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal
segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang. Lagi
bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.
4. Makan
Buah Tembikai
Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan
buah tembikai untuk mencuci buah pinggang. Lebih banyak anda berkumuh,
lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.
5. Masukkan
Ikan Dalam Menu Harian
Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon,
kembung dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk
menjaga kesihatan buah pinggang.
6. Elak
Merokok
Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ia
bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang
sentiasa terdedah kepada asap rokok. Jadi, sayangilah diri anda dan cuba
elakkan merokok di tempat awam.
7. Jalani
Hidup Yang Aktif
Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam
untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai
penyakit.Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!
Perlunya Menjaga Kesihatan Buah
Pinggang Sejak Awal
Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara
hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.
Bayangkan, kalau terpaksa melalui proses dialisis tentu
menyeksakan. Bukan itu saja, malah memakan belanja ribuan ringgit untuk
‘menapis’ kekotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.
Ingat Allah
Jangan binasakan diri Anda
Ingatlah Orang tersayang..
No comments:
Post a Comment