Peminat Laksa, Boleh
Cuba Cara Masak Sedap, Ikut 5 Petua Dari Peniaga Laksa Ni
Laksa
Semua
tahu hidangan laksa terkenal di negeri dari Utara terutama Kedah tapi sekarang
makanan ini dah jadi kegemaran orang negeri lain juga. Sebab itu di mana-mana
pun sekarang ada saja orang jual ada laksa.
Tapi
nak rasa laksa terbaik dah tentu kena cari kat Kedah, tak pun kena cari orang
Kedah yang buat. Kalau tak jumpa jugak boleh saja buat sendiri tapi sila tip
dari perkongsian Pnut Syafinaz.
Laksa
ni yang paling penting adalah kuahnya dan resipi kuah ini kata Pnut Syafinaz
adalah dari Tok Lela peniaga laksa yang power lagi terkenal. Terima kasih Tok
Lela.
1. Ikan
Nak dapat kuah laksa yang sedap kena campur ikan dua
jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang.
Kuantitinya, kalau guna satu kilo ikan pelaling, campur dengan setengah kilo
ikan sardin. Kalau nak buat sikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5
ekor ikan sardin.
Kalau ikut petua Tok Lela, ikan direbus sekejap asal
mendidih kemudian tutup api. Alasan tak boleh rebus lama supaya manis ikan tak
hilang.
Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi
ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepala pula kisar bersama air
rebusan tulang ikan tadi. Dah kisar, tapis kemudian kisar lagi, dan tapis
sekali lagi.
2. Bawang
Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu.
Bukan bawang Holand yang warna kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand,
derhaka besar. Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6
biji (yang saiz besar).
3. Belacan
Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak
pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.
4. Kuah laksa
Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar
berniaga. Ni tip paling power. Alasannya kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya dengan
aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan
sampai pekat.
5. Asam keping (asam gelugoq)
Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah
muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya. Ni
biasa dibeli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani di Kedah.
Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa
selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ini boleh agak masamnya
dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa,
asamnya tak sempat kembang.
Lepas dah rasa elok masam, boleh kaut asam keping dan
buang sikit takut lagi lama, lagi masam.
Senang saja kan petuanya. Selamat mencuba.
Sumber:
Facebook Pnut Syafinaz
No comments:
Post a Comment