Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati Dalam Masa 5
Minit Sahaja!
Mesti anda geli dengan masalah daki
pada badan anda kan? Terutama di kawasan yang celah seperti ketiak, celah paha
dan juga belakang leher kan?
Kalau orang perempuan yang bertudung tu
tak mengapa la juga kan dapat tutup bahagian belakang leher yang berdaki tu
dengan mudah, tetapi mesti rimas juga kan pada pandangan mata sendiri apabila melihat
sendiri daki yang sukar hilang. Sebenarnya ada petua menghilangkan daki badan
paling berkesan untuk daki-daki anda yang degil itu.
Cara dan petua berkesan untuk
menghilangkan daki dan sel kulit mati pada seluruh anggota tubuh badan adalah
seperti dibawah :
Petua
Berkesan Hilangkan Daki Guna Sireh dan Beras
Kisarkan segenggam beras sehingga
halus.
Selepas itu, tumbuk beberapa helai daun
sirih sehingga lumat.
Campurkan beras yang telah dikisar
dengan sireh yang telah ditumbuk tadi dan kacau hingga ianya sebati.
Petua dan
Panduan Hilangkan Daki Pada Badan
Sebelum mandi, lumurkan dahulu adunan
beras dan sirih tersebut ke anggota tubuh badan. Kemudian gosokan dengan
perlahan-lahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tertanggal dari badan
kita. Selain menghilangkan daki, petua ini mampu menjadikan kulit badan kita
lebih halus, dan turut dan mampu menyegarkan bau badan anda.
Petua
Berkesan Hilangkan Daki Pakai Beras Kunyit dan Asam Jawa
1. Sediakan beras, kunyit hidup
dan asam jawa
2. Gorengkan beras tanpa minyak
sehingga warna bertukar keperang-perangan,
3. Kisar beras yang telah
digoreng tersebut
4. Kemudian tumbuk hingga hancur
satu inchi kunyit hidup.
5. Selepas itu, gaulkan beras dan
kunyit yang telah dikisar dan ditumbuk tadi dan masukkan segenggam asam jawa
yang telah dibancuh dengan sedikit air.
6. Perapkan dalam tempoh kira-kira satu
jam.
Petua
Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati
Ketika mandi, sila gosokkan bahan-bahan
yang telah disediakan tadi ke seluruh anggota badan dalam tempoh kira kira 5
minit. InsyaAllah ianya mampu menanggalkan sel-sel kulit mati serta daki yang
ada pada anggota tubuh badan kita. Selepas siap, bilas dengan menggunakan air
paip. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
Diharap dapat sedikit sebanyak dapat
membantu anda. Jika anda rasa Petua Mudah dan Berkesan Hapuskan Daki diatas
turut berguna kepada mereka yang memerlukannya, sila bantu kami menyebarkannya
dengan klik pada simbol g+1 dibawah atau sebarkan dilaman-laman sosial milik anda.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment