Pesanan Ustaz Kepada
Seorang Suami Yang Curang
Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz
Azhar Idrus ini:
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping
daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak
kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya
berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih
sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan
lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala
dia garang dengan saya.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab
untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana
itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia
memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan
anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan
itu tanda cintanya padamu.
Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding
perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.
Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila
mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang
tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi
maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan
dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah
terfikir tentang maruah kamu?
Suami : Tapi ustaz.. Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu
tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu
baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir,
kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat
kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga
boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi
itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang
tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri
sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu
kerana dia adalah ibu kepada anak-
P:S: Sayang
isteri sehingga ke syurga.
No comments:
Post a Comment