SAKIT KRONIK
JENIS-JENIS PENYAKIT
KRONIK/SERIUS YANG BOLEH DIBERI PERTIMBANGAN
BAGI MAKSUD SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 .
BAGI MAKSUD SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 .
1. KANSER
Penyakit yang disebabkan
oleh ketumbuhan dan penularan sel-sel yang sangat
merbahaya dan serangan
tisu-tisu dibuktikan dengan histology yang jelas.
Penyakit ini merangkumi
leukemia lymphoma dan penyakit Hodlin tetapi tidak
termasuk ketumbuhan yang
tidak merbahaya dan semua jenis kanser kulit
kecuali malignant melanoma.
2. SERANGAN JANTUNG
Suatu keadaan yang timbul
kerana matinya sebahagian daripada otot jantung
disebabkan pembekalan darah yang kurang kebahagian jantung yang relevan
dengan tanda-tanda seperti sakit dada, perubahan ECG dan tahap enzim
jantung yang meningkat.
Serangan sakit jantung boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:-
2.1 Penggantian atau Pembaikan Injap Jantung
Prosedur di mana pembedahan jantung terbuka dilakukan untuk
mengganti atau memperbaiki injap jantung yang telah rosak.
2.2 Pembedahan Arteri Jantung/Coronary Angioplasty
Prosedur yang melibatkan coronary artery by-pass surgery
dilakukan untuk membetulkan arteri jantung yang tersumbat termasuk
angioplasty.
2.3 Pembedahan Aorta
-2-
Prosedur yang melibatkan bahagian aorta yang sakit dibedah dan
digantikan dengan graft. Aorta yang terlibat ialah thoracic dan abdominal
aorta.
3. PULMONARY HYPERTENSION4. SAKIT BUAH PINGGANG YANG KRONIKPenyakit di mana kedua-dua buah pinggang telah gagal dipulihkan dan tidak
boleh berfungsi lagi dan memerlukan dialisis renal dan pemindahan renal.
5. SAKIT HATI (LIVER ) YANG KRONIK
Tanda-tanda penyakit ialah diserangi penyakit jaundice, ascites dan/atau hepatic
encephalopathy.

6. FULMINANT VIRAL HEPATITIS
Necrosis hati sepenuh atau sebahagian disebabkan virus hepatitis yang
mengakibatkan kegagalan hati selepas ujian fungsi hati dilakukan yang juga
menunjukkan massive parenchymal liver disease dan juga tanda-tanda
portasystemic encephalopathy.

7. KECEDERAAN DIKEPALA
DISEBABKAN KEMALANGAN
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan (termasuk kerana diserang)
mengakibatkan trauma kepala teruk dengan defisit neurological yang juga boleh
mengakibatkan kematian bila pertama kali dimasukkan ke wad kecemasan, atau
walaupun selamat, pesakit mengalami kecederaan kepala yang kekal atau
lumpuh. Pengesahan pakar saraf atau pakar bedah saraf mestilah diperolehi.
8. TUMOR DAN KECACATAN PEMBULUH DARAH DI OTAK

Pengesahan mestilah
diperolehi daripada pakar saraf atau pakar bedah saraf.
9. MELEPUH DAN MELECUR
KERANA KEBAKARAN
Third degree burns yang
meliputi 40% daripada anggota yang boleh
mengakibatkan kepada kematian apabila pertama kali dimasukkan ke hospital
atau mengakibatkan kecacatan fungsi atau kecacatan kosmetik yang
memerlukan pembedahan membaikpulih.
10. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
Pemindahan organ seperti buah pinggang, hati jantung, paru-paru pancreas dan
tulang som-som.
11. PENYAKIT PARKINSON
12. PENYAKIT HIV DAN AIDS
13. PEMINDAHAN KAKI DAN/ATAU TANGANIni tidak merupakan penyakit dalam ertikata sebenar. Namun begitu
kecederaan dan ketidaksempurnaan disebabkan penyakit atau kemalangan
boleh mengakibatkan salah satu daripada anggota tangan disebelah atas
termasuk tangan dan sendi bahu dan anggota kaki di sebelah bawah termasuk
kaki dan sendi pinggul terpaksa dipotong. Pemotongan kecil jejari kaki atau
tangan tidak layak diberi potongan cukai di bawah peruntukan ini.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
UNIT 35, BAHAGIAN TEKNIKAL
KUALA LUMPUR
17 Januari 2001.
Di antara artinatif makanan
yang di syorkan ialah pemakanan yang seimbang serta mengamalkan amalan hidup
sihat dan cuba ikuti amalan dan sunah ini;
CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA
PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.
Kita kerap diserang sakit
perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut?
Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita
.
Seperti mana Sabda
Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:
“Perut manusia itu tempat
segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.”
(Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma’idah dalam bahasa
Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut
stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.
Perut juga merupakan salah
satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit
dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian
yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa
makan.
3. Tidak berwaspada dengan
makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w,
maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu
minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi
kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah
satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.”
(Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti
isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam
menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w,
maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok
gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan
mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu
berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
6. Selalu lah membaca
Bismillah memasa minum dan makan apa apa .
Oleh itu jagalah cara
pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk
kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh
Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan
pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w,
maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)
MURUNG JUGA MERUPAKAN
PENYAKIT KRONIK
Cuba baca artikal ini;
Kes 1
PAKAR merawat seorang lelaki
pertengahan usia yang mengalami kemurungan serius. Pesakit terbukti amat
berdisiplin dan tidak pernah gagal menghadiri temujanji dengan pakar dan mampu
kembali ke pangkuan keluarga. Tiba-tiba, dia tidak muncul untuk rawatan. Malah
pihak hospital gagal menghubunginya kerana bertukar alamat. Tiga bulan
kemudian, pakar yang merawatnya mendapat panggilan daripada anak lelaki pesakit
itu memberitahu ayahnya baru saja membunuh diri.
KES 2 SEORANG pekerja sering
murung. Malangnya, bukan simpati sebaliknya majikannya mencercanya dan berkata
dia tidak percaya kemurungan itu penyakit serius. Malah, dia memperlekeh dengan
berkata dirinya juga murung, tetapi masih mampu bertugas dengan baik. Murung,
katanya, bukan alasan tidak boleh menjalankan tugas seperti biasa. DUA kes
berbeza tetapi membabitkan masalah sama yang sering kali dinafikan iaitu
kemurungan. Ini tidak termasuk pelbagai laporan media kejadian amuk dan pembunuhan
ahli keluarga yang turut ada hubung kait dengan masalah kemurungan yang tidak
diendahkan. Lebih menyedihkan, ramai menganggap kemurungan sekadar gangguan
jiwa bersifat sementara dan boleh hilang dengan sendirinya. Tanggapan salah
sedemikian hanya mengundang padah lebih bahaya - si mangsa membunuh diri atau
mengamuk yang boleh meragut nyawa.
Persepsi salah menganggap
kemurungan satu gangguan kecil menunjukkan betapa tersasar kefahaman masyarakat
terhadap kemurungan sebagai satu penyakit. Masyarakat sering salah faham dengan
keadaan suka duka yang dilalui seorang yang normal dengan seseorang yang
mengalami kemurungan.
Menurut Pakar Psikiatri dan
Terapi Kognitif Jabatan Psikiatri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr
Maniam Thambu, kemurungan adalah keadaan serius yang mampu mengheret pesakit ke
lembah bunuh diri dan membunuh. Kemurungan adalah penyakit biologikal yang
menghasilkan simptom biologikal dan juga psikologikal. “Akhbar banyak
melaporkan kes membabitkan ibu bapa yang membunuh anak-anak kemudian membunuh
diri, ibu yang terjun dari bangunan tinggi selepas membunuh anak dengan
mencampak anak-anak ke luar bangunan, ibu bapa yang memberi anak-anak makan
racun dan banyak lagi insiden yang seumpamanya. “Saya sendiri pernah
mengendalikan kes yang mana ibu bapa terselamat dari cubaan bunuh diri selepas
membunuh anak-anak.
Mereka kelihatan sangat
normal, tidak ganas jauh sekali merbahaya atau mengancam nyawa tetapi
hakikatnya mereka menderita dalam diam,” katanya ketika membentangkan kertas
kerja bertajuk Kemurungan Di Malaysia - Menderita Dalam Diam pada bengkel media
anjuran syarikat farmaseutikal, Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru ini.
Jelasnya, ibu bapa ini berasakan bunuh dan bunuh diri adalah jalan terbaik
untuk mengendalikan kemurungan. “Keadaan ini menggariskan betapa pentingnya
kemurungan dikesan dari peringkat awal sekali gus mendapatkan rawatan,”
katanya.
Mengikut statistik, daripada
28 juta penduduk di negara ini, 1.4 juta menghadapi masalah depresi atau
kemurungan. Ia tidak mengenal bangsa mahupun usia. Bagaimanapun wanita lebih
ramai menghadapinya yang dikaitkan dengan perubahan hormon seperti kitaran
haid, kehamilan, kelahiran dan putus haid. Dalam kebanyakan keadaan, wanita
yang dibebani tugasan menguruskan rumah tangga dan anak-anak serta berkerjaya
tetap sering mengalaminya. Namun, wanita lebih terbuka untuk berkongsi masalah
yang dideritai berbanding lelaki yang memilih untuk terjebak ke lembah
penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol sebagai jalan keluar.
Bagaimana pula usia
penghidap masalah kemurungan ini? “Episod kemurungan bermula seawal usia 5
tahun. Baik remaja, dewasa dan juga warga emas juga boleh mengalaminya dan ini
bergantung kepada situasi tertentu.” Menurut Prof Dr Maniam yang juga bekas
Presiden Persatuan Psikiatrik Kebangsaan (MPA), kebanyakan pesakit berat untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan atau menangguhkannya kerana banyak
perkara. Mereka tidak sedar bahawa kemurungan adalah satu penyakit. “Stigma
masyarakat yang mudah melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit
jiwa selain pengaruh budaya yang menganggap simptom kemurungan sebagai
perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat menjadi antara faktor utama ramai
enggan atau menangguhkan rawatan,” katanya.
Tambahnya lagi, takut dengan
rawatan psikiatrik juga antara penyebab utama rawatan ditangguh kerana bimbang
ketagihan dadah; takut rawatan ECT walhal ia sangat selamat dan stabil serta
memberikan kesan pulih yang cepat, bimbang dihantar ke hospital mental, mungkin
kehilangan kerja dan dinafikan hak untuk mendapatkan perlindungan insuran dan
sebagainya.
Negara mempunyai ramai
pengamal perubatan (GP) yang mampu merawat penyakit kemurungan selain 200 pakar
psikiatri yang berdaftar di seluruh negara ini biarpun masih kurang kepakaran
dalam rawatan psikoterapi. Kini ada lebih 200 pakar psikiatri di seluruh negara
untuk menampung keperluan 28 juta penduduk sedangkan bagi jumlah penduduk
sedemikian, negara memerlukan 1,200 tenaga kerja pakar. Sebagai langkah
menangani masalah itu, Kementerian Kesihatan sedang berusaha melatih lebih
ramai pengamal perubatan untuk menggunakan kaedah rawatan Psikoterapi yang
lebih ringkas serta digabungkan dengan ubat-ubatan sesuai.
INFO Simptom biasa
kemurungan:
* Kurang tumpuan dan fokus
* Kurang yakin pada diri dan
hilang semangat
* Sering rasa bersalah dan
berasakan diri tidak berguna
* Berasa masa depan kelam
dan tidak menentu
* Cenderung untuk
mencederakan diri atau bunuh diri
* Tidur yang terganggu
* Hilang selera makan
dipetik dari berita harian
19/09/2010
No comments:
Post a Comment