Nauzubillah Min Zalik!! Inilah
Amal Soleh Yang Ditolak & Dibaling Ke Muka.
"Tanda yang nampak pada
lidah orang yang 'ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku begini-begini, aku
begini seperti perkataan Iblis (kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada
Nabi Adam a.s.),
Surah Al A 'raf, ayat 12"Aku lebih baik
daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau
menjadikannya daripada tanah". [QS 7:12]
Imam
Abdullah bin Al Mubarak r.a. telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan
sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah
berkata kepada Muaz:
"Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis
yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w.".
Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu
Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhimya Muaz
berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepadaku:
Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada
kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat
akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak
memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari
Kiamat nanti".
"Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah S.W.T. telah
menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian
lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk
menjaga pintu langit tersebut".
Langit Pertama
Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai
nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah
yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap
bahawaamalan
itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama
itu bagi malaikat Hafazhah:
"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang
mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat).
Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat
orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas".
Langit Ke 2
Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan
sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang
pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa
mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu
berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan
amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan
amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah
telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi
aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam
majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran".
Langit Ke 3
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang
penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para
malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka
membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke
pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan
amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya
tidak membiarkan amalan orang
yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan
diri di dalam majlis orang ramai".
Langit Ke 4
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal
seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip.
Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu
sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga
langit keempat itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan
amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya.
Akulah malaikat ujub. Allah
menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia
beramal adalah dengan dorongan perasaan
ujub terhadap dirinya".
Nota:
'Ujub, takbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah
satu penyakit hati yang sangat susah diubati. 'Ujub itu
ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan
kebesaran serta memandang
orang lain dengan pandangan penghinaan. Tanda yang nampak pada lidah orang yang
'ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku begini-begini, aku begini seperti
perkataan Iblis (kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam
a.s.),
"Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau
menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikannya daripada
tanah". (Surah Al A 'raf, ayat 12)
Langit Ke 5
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal
seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang
kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah
suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata
malaikat penjaga langit yang kelima:
"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan
muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah
malaikat hasad ia sangat hasad
kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia
hasad akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga
mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang
hasad ini melintasi aku".
Langit Ke 6
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang,
zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa
amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga
langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang
terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah
malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang
seperti ini dapat melintasi aku".
Langit Ke 7
Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa
amalan seseorang hamba. Amalan itu ialahsembahyang,puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya
bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan
naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka
telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka
berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini
akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota
badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir di sini
bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang
yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut
oleh orang lain).
Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. la beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak".
Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. la beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak".
Di Hadapan Allah
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan
seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak
berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan
hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga
mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah.
Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan
bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman
kepada para malaikatnya:
"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan
hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. la
sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. la hanya
menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke
atasnya akan laknat Ku".
Lalu para malaikat tadi berkata:
"Ke atasnya laknat Mu dan juga laknat
kami". Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.
Mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz
menangis seraya berkata:
"Engkau adalah Rasulullah s.a.w. sedangkan aku
adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat
dan sejahtera".
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya
dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga
lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran
(golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan
engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di
hadapan mereka.
Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu danjangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti".
Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu danjangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti".
Muaz bertanya: "Ya Rasulullah siapakah
orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan
siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?"
Nabi s.a.w. menjawab: "Itu sebenarnya mudah
bagi orang yang dimudahkan oleh Allah".
Kemudian lalu Khalid bin Maadan
berkata: "Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang
banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz
kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini".
Hadis ini riwayat lbnul Mubarak di dalam Kitab Al
Zuhd dan riwayat lbnul Jauzi di dalam kitab Al Maudhu'at (Lihat Takhrij Al
Iraqi, Ihya Ulumiddin 3/295).
Dipetik dari kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) Imam Al Ghazali, muka surat 144.
No comments:
Post a Comment