أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Rahsia Di Sebalik Wuduk (Air Sembahyang) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tidak
sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan wuduk. Pernahkah
kita terfikir mengapakah wuhuk dijadikan syarat wajib?
Mengapa tangan bersama dengan air perlu menyentuh anggota-anggota
tubuh? Mengapa muka, kepala dan telinga yang dibasuh? Juga kenapa mesti
tangan dan kaki? Setiap perintah Allah SWT memiliki kebaikan dan hikmah
tentu disebaliknya. Semua lima pancaindera, tanpa terkecuali disapu
oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini
betul-betul luar biasa.
.
Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari
sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau
mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari
mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau
bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya,
maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama
air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia
membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani
oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir,
sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
.
Masih banyak rahsia yang terkandung dalam wuduk yang hanya Allah
Maha Mengetahui. Namun begitu terdapat ahli sains dan pakar saraf/
neurologist berjaya mengungkap sedikit rahsia yang terdapat pada
anggota wuduk.
.
Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Jika diperhatikan di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, lalu kemudian diamati pula rukun2 wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.
Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis
(keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik
jika dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyari’atkan sejak 15 abad
yang lalu.
.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wuduk
Muka = 84
Tangan = 95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125
Jumlah keseluruhan = 493!
.
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!
Subhanallah!!! Bayangkan jika kita melakukan itu sekurang-kurangnya 5 kali sehari…
.
Dari ilmu ahli akupuntur, bahagian telinga, tapak tangan atau tapak kaki terdapat titik2 yang merangkumi seluruh sistem tubuh badan. Dan yang istemewanya titik2 di ketiga2 bahagian ini bersamaan jumlah hari dalam setahun.
.
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa?
Cuba ingat kembali, semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…
apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin dikongsikan di sini.
Di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang dapat mengubati migrain, sakit gigi, bengkak tangan, lengan merah dan jari kaku.
.
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik
ransangan utama! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh
saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita
tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya
mempunyai titik penerima ransangan.
.
Terdapat 125 titik akupuntur di telinga, apabila disentuh kesemua titik ini semasa mengambil wuduk, ianya seolah2 kita telah merawat seluruh jasad. Subhanallah! Sungguh luar biasa rahsia wuduk …
.
.
Tenaga Wuduk Sembuhkan Kebutaan
Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita
dalam usaha penyembuhan. Salah satunya adalah seperti dalam hadis
seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk memulihkan pandangan matanya.
.
Baginda SAW berkata kepada orang buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.” Ini
bermaksud wuduk adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap
penyakit. Jika tidak memiliki wuduk, usaha untuk menyembuhkan penyakit
itu akan menjadi minima.
.
.
Tingkat Pertama Wuduk
Ketika kamu mengambil wuduk, selain membaca niat apa yang pertama kali dilakukan? Ia adalah membasuh tangan sampai pergelangan dan di antara jari-jemari. Ketika membasuh kedua tangan, itu bererti gerak pertama yang dilakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy level pertama berada di kedua tangan.
.
Itulah punca mengapa orang lain berusaha belajar dan mengutip
cara-cara Islam, khususnya orang India dan China yang meyakini
Bhuddism. Pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai
sebuah method untuk melepaskan energy dari tubuh mereka, kerana mereka mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti sebuah piring atau sebuah parabola.
.
Mereka mengumpulkan energi ini dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung energy.
Melalui olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada
keseluruhan tubuh, mereka mulai mendapatkan energy jenis itu dan mengfokuskannya
dan melepasnya melalui kedua tangan mereka. Bagi menyembuhkan orang
sakit, segala sesuatu yang mereka gunakan dalam penyembuhan memiliki efek penggunaan energy.
.
Contoh terbaik dari hal ini adalah pembedahan laser
yang melalui technology moden menggunakan cahaya laser untuk
menyembuhkan penyakit mata dan bahkan kebutaan. Mereka tidak lagi
menggunakan peralatan (tangan), hanya laser. Jadi orang buta tadi,
ketika dia bertanya kepada Rasulullah SAW.
.
Baginda SAW memberinya sebuah petunjuk kunci bahawa melalui pelepasan energy, kebutaan itu akan berlalu pergi. Wuduk dapat melepaskan energy dan membakar (penyakit) nya dengan melepaskannya melalui kedua tangan. Orang buta itu belajar dari situ dan memanfa’atkannya.
.
Empat belas abad yang lalu Rasulullah SAW menyembuhkan kebutaan
melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini? Ambil
wuduk dan sucikan dirimu.
Rasulullah SAW berkata, “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wuduk.”
Kekuatan wuduk juga boleh digunakan bagi menentang keegoan. Ketika
energy negative meninggalkan tubuh, maka energy positive akan
bertambah. Dengan berwuduk, energy ribuan kali lebih kuat daripada
biasanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyarankan; “Pergilah ambil wuduk.”
.
Semoga rahsia wuduk ini memberi manfaat kepada semua mukmin yang sentiasa mengekalkan wuduknya.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
RAHSIA WUDHUK DARI SEGI KESIHATAN (SAINS)
Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak
sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.
Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan
perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan
air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti
telinga?
Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui
namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan
disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk.
Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan
air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan
jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan
ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam
ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui
persamaan antara keduanya.
Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan
titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan
berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan
sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi
iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis
(keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik
bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota
wuduk!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari
paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk.
Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah
celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin
saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16
titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa
ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan
jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia
mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma
membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita
tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai
titik penerima ransangan.
Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh
semasa mengambil wuduk.
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk…
HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS
Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada
manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk
sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak
keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan
sebagainya.
Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam??
Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?
Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan
kesihatan.
Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and
Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang
bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health"
(Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel
tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi
manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai
Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina
banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika
Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan
sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.
Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih
kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang
segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan
tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan
di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung
dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim
meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu
maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."
Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang
biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh
kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran
ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir
Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu,
Surabaya).
Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang
mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa
apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf
bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut,
pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan
dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang,
usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area).
Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk
mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya
yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa
berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah
kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang
melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada
hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan
badan daripada kesan pencemaran tersebut.
Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA
Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....
Rahsia Wudhu
Di dalam Kitab Hakikat Insan, di dalam Bab Hakikat Solat ada
membicarakan berkenaan hakikat wudhu'. Sila
saudara berdua rujuk isi kandungan kitab tersebut. Itulah rahsia wudhu' sebenarnya! Cuma di sini
aku ingin membuat sedikit tambahan untuk lebih memberi kefahaman kepada saudara
berdua dan untuk diri aku sendiri!
Wudhu' pada yang satu adalah penyucian diri daripada
kenajisan badaniah dan moral; dan pada yang lain adalah pemisahan daripada diri
(Al-wudhu' infisal wa'sh-shalaat ittishal).
Wudhu' adalah pemisahan dan solat adalah pelekatan
(penyatuan). Inilah hakikat wudhu'. Bagaimana caranya? Ia adalah penyatuan
aliran di dalam zikir nafas untuk dihantar kepada maqam-maqamnya yang tertentu
kepada anggota yang disucikan. Kalau nak diterangkan di dalam penulisan ini,
aku rasa tidak bertepatan dengan kesesuaiannya. InsyaAllah akan aku
khabarkannya kemudian nanti secara nyata!
Sebab apa kita perlu berwudhu'? Ini adalah kerana tubuh kita
(jasad) menanggung roh! Ada puak sembahyang dengan tidak berwudhu', ini tidak
betul caranya. Ini dusta! Kecualilah wudhu' pertamanya tidak batal, bolehlah wudhu'nya digunakan. Ini nak kena faham.
Bagaimana sembahyang dengan tidak berwudhu', sedangkan jasad menanggung roh!
Kalau dah badan kita kotor, macam mana roh hendak dikenali dengan nyatanya???
Seperti di dalam suatu Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Adalah haram bagi mereka yang tidak bersuci, menyentuh
Al-Qur'an."
Apa yang aku nak maksudkan Al-Qur'an di sini ialah, tubuh kita inilah yang dikatakan Al-Qur'an
Al-Azziim! Dari Alif hinggalah kepada
akhir Ya, meliputi tubuh kita yang zahir dan batin ini. Inilah yang dikatakan
Al-Qur'an yang sebenarnya. Al-Qur'an yang hidup dan berkata-kata dengan
sendirinya! Mutakallimun wahdah!
Wudhu' ini boleh kita ibaratkan kepada dua pecahan :
1. Zikirullah - adalah sabun kepada penyucian najis yang
zahir dan batin. Membuang daki-daki junub yang menghijab tubuh badan kita
daripada ma'rifat kepada Allah Ta'ala.
2. Air (ma'al hayat) - adalah pelentur sabun yang membuang
kekotoran daki junub yang melekat pada tubuh badan kita. Membuang segala
kesyirikan yang menjadikan hijab selama ini.
Kadang-kadang kita cerita bab-bab yang tinggi di dalam ilmu
hakikat, namun dalam pada itu cara nak mandi junub hakikat pun tak reti-reti.
Ini adalah penting, kerana adalah tidak
sah ibadah kita yang tidak suci mandian junubnya! Ini nak kena ambil perhatian!
Di dalam konteks penyucian diri ini, keutamaan pembersihan diri adalah yang paling-paling
afdhal!
Kalaulah dah jasad menjadi kotor, bagaimana rohani yang suci
boleh diketemukan???
Di bawah ini aku catitkan hurufnya Al-Qur-an dan
kenyataannya pada sifat Nabi.
Alif - Jantung Muhammad
Ba' - Dahi Muhammad
Ta' - Rambut Muhammad
Sa' - Kening Kedua Muhammad
Jim - Hidung Muhammad
Ha' - Mata Kanan Muhammad
Kho' - Mata Kiri Muhammad
Dhal - Bibir Atas Muhammad
Dzhal - Bibir Bawah Muhammad
Ro' - Darah Muhammad
Zai - Daging Muhammad
Sin - Tapak Tangan Kiri Muhammad
Shin - Tapak Tangan Kanan Muhammad
Shod - Peha Kanan Muhammad
Dhod - Peha Kiri Muhammad
Tho - Siku Kanan Muhammad
Dzho - Siku Kiri Muhammad
Ain - Tengkuk Muhammad
Ghain - Kerongkong Muhammad
Fa' - Leher Muhammad
Khof - Telinga Kanan Muhammad
Khaf - Telinga Kiri Muhammad
Lam - Hati Muhammad
Mim - Ubun-ubun Muhammad
Nun - Buah Di Dalam Daging Muhammad
Wau - Tulang Muhammad
Ha' - Dada Muhammad
Lam Alif - Kaki Kiri Muhammad
Hamzah - Kaki Kanan Muhammad
Ya - Utusan Muhammad
Adakah saudara berdua sudah mengetahui hakikat penyucian diri ini secara hakikat???
Dan bagaimanakah cara mandi junub hakikat???
Wudhu' adalah penyucian diri yang zahir dan batin. Kalau kita dapat melaluinya proses penyucian
ini
secara hakikat, akan berlakulah perubahan pada bau, rasa dan warna!
Jadi, tak payahlah lagi nak pakai minyak attar sebagai aroma
di badan sebagai untuk menghilangkan bau, warna dan rasa!
Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......
Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
02 Mei 2020 / 09 Ramadhan 1441
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment