30 March 2020

Manfaat Poligami



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Kegagalan Memahami Kemuliaan Berpoligami

Kekeliruan untuk memahami konsep poligami yang sebenar telah menimbulkan perdebatan sengit sehingga terjadi penolakan terhadap hukum poligami dan antara kenyataan yang sering dimomokkan, poligami dianggap sebagai suatu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap wanita.
Kegagalan Memahami Kemuliaan Berpoligami

Ada pula sesetengahnya yang tanpa segan mengatakan tidak kepada poligami dan sebahagian pula menentang secara halus.

Punca salah faham terhadap hukum berpoligami itu adalah disebabkan kegagalan individu yang mengamalkan poligami tersebut.

Poligami mahupun monogami, kedua-duanya adalah syariat namun, apabila ada pihak yang mencemari kemuliaan itulah menyebabkan pelbagai tanggapan buruk berlaku.

ALLAH membolehkan seorang suami itu berkahwin lebih daripada satu, tetapi haruslah adil dan tidak berbuat aniaya terhadap isteri, terutamanya isteri yang pertama.

Poligami bukan sahaja dinilai dari segi pembahagian giliran dan nafkah sahaja, tetapi juga soal kasih sayang dan keprihatinan untuk kedua-duanya.

Meskipun suami mempunyai hak untuk beristeri lebih, namun ia diharuskan sekiranya terdapat beberapa kes-kes dengan syarat-syarat tertentu.

Misalnya, niat berkahwin itu untuk mengelakkan maksiat, menjaga balu atau janda, isteri gagal untuk hamil, berjauhan dengan isteri dan banyak lagi sebab yang membolehkan suami untuk berkahwin sekiranya mampu.

Isteri yang dikahwini tidak boleh dinilai dari rupa dan usia semata.

Sebaliknya carilah isteri yang sudah bersedia dan berilmu.

Menilai seseorang dari segi rupa itu hanya akan menyebabkan keseimbangan kasih sayang antara isteri pertama dan seterusnya akan menjadi berat sebelah.

Wajah yang cantik, dan usia yang muda bukan ukuran untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga, sebaliknya kematangan serta kesediaan untuk bermadu itulah utama.

Kesilapan besar pengamal poligami

Sikap tidak peka dengan perasaan isteri pertama adalah punca berlakunya kepincangan.

Lebih-lebih lagi apabila suami meninggalkan isteri dengan kadar yang lama tanpa berita, tidak mengambil berat kebajikan keluarga, dan tidak pandai menguruskan dua isteri.

Rumah tangga yang diharapkan bahagia, akhirnya porak peranda dan sukar untuk disatukan.

Perkahwinan yang hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu dan sifat-sifat fizikal pasangan, kebiasaannya perkahwinan seperti ini tidak akan dapat kekal lama.

Sebaliknya, jika pasangannya itu dibekalkan dengan ilmu serta mampu untuk berlaku adil, rumah tangga tersebut akan kekal bahagia dan mudah untuk dikemudi.

Bagaimanapun, naluri wanita untuk tidak mahu berkongsi kasih adalah normal, begitu juga lelaki yang mempunyai naluri untuk beristeri lebih dari satu.

Namun, setiap wanita itu harus bersedia dalam apa juga kemungkinan.

Apabila ALLAH timpakan ujian poligami, seseorang itu perlu sabar dan berdoa agar ia dipermudahkan dengan baik.

Jadi bila kita faham konsep ini, kita akan lebih berlapang dada dan reda dengan ujiannya.

Poligami boleh menjadi madu dan juga racun, namun ia bergantung kepada situasi.

Untuk mengubati hati dan menerimanya dengan baik, kita perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Islam itu adalah agama yang penuh keadilan, Islam juga adalah agama rahmat.

Jadi, bila kita faham Islam itu dengan baik, tak mungkin ALLAH mahu menyakiti hati kita, sedangkan ALLAH tahu isi hati setiap wanita.

Seseorang itu akan mula memahami kemanisan hidup berpoligami setelah berjaya melepasi fasa kecamuk, tsunami dan sebagainya.

Pasangan akan merasai kebahagiaan itu akan bertambah di kemudiannya.

Al-Quran memberikan kita kefahaman dan kesembuhan seperti mana firman ALLAH yang bermaksud, seandainya manusia menghabiskan seluruh kekayaan bumi, untuk menyatukan hati-hati manusia, manusia tidak akan mampu menyatukannya.

Sesungguhnya ALLAHlah yang menyatukannya.

Semoga memberi manfaat.

Cara Yang Betul Untuk Berpoligami

SOALAN: Saya dan isteri berkahwin sejak 15 tahun dan dikurniakan lima anak. Baru-baru ini saya bertemu semula dengan bekas kekasih dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Saya yakin mampu menanggung kehidupan isteri pertama, anak dan isteri baru dengan pendapatan bulanan RM7,000. Bagaimanakah cara memohon kebenaran untuk berpoligami di mahkamah syariah?

Syarat berpoligami

JAWAPAN: Berpoligami adalah perbuatan yang diharuskan dalam Islam. Firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Jika kamu takut bahawa kamu tidak dapat berlaku adil terhadap (hak) perempuan-perempuan yang yatim, maka kahwinilah oleh mu perempuan yang baik bagi mu, dua, tiga atau empat orang.

Tetapi jika kamu takut bahawa tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja." (Surah An-Nisa': 3)

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda bersedia untuk berpoligami mengikut prosedur sebenar mahkamah syariah serta tidak mengambil jalan mudah dan pintas dengan bernikah seperti di sempadan Thailand.

Prosedur permohonan

1. Boleh dibuat di mahkamah tinggi syariah di tempat anda tinggal atau bermastautin.

2. Permohonan mesti disertai dengan:
  • Satu ikrar yang menyatakan alasan berpoligami perlu dan patut;
  • Pendapatan pemohon ketika itu;
  • Butir-butir komitmen dan tanggungan kewangan;
  • Bilangan orang yang akan menjadi tanggungan pemohon;
  • Sama ada pemohon mendapat keizinan atau pandangan untuk berpoligami daripada isteri atau isteri-isteri pemohon sedia ada.

Walaupun isteri anda memberi keizinan, tapi terdapat faktor lain yang perlu dilihat oleh mahkamah sebelum memberi perintah kebenaran untuk berpoligami.

Faktor isteri tidak memberi keizinan juga bukan ukuran kepada mahkamah untuk tidak membenarkan pemohon untuk berpoligami.

Begitu juga dengan pendapatan kewangan yang diperoleh pemohon. Dalam kes ini, walaupun pendapatan anda mencapai RM7,000 sebulan termasuk elaun, tapi ia juga tidak menjamin anda mendapat kebenaran dari mahkamah syariah.

Perkara asas dinilai mahkamah mengikut Seksyen 23(5) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1998:
  • Mahkamah akan melihat sama ada perkahwinan yang dicadangkan itu patut dan perlu dengan melihat kepada sama ada isteri pemohon tidak dapat melahirkan zuriat.
  • Isteri sedia ada mengalami keuzuran jasmani hingga menyebabkan tidak mampu melakukan persetubuhan atau isteri sedia ada adalah seorang yang gila.
  • Sama ada pemohon berupaya atau mampu untuk memberikan layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak syarak.
  • Perkahwinan yang dicadangkan oleh pemohon tidak akan mendatangkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. 
  • Darar syarie ialah bahaya kepada isteri sama ada daripada segi agama, nyawa, tubuh badan, akal fi kiran, maruah atau harta benda mengikut syarak.
  • Isteri atau isteri-isteri sedia ada juga akan memberi keterangan di mahkamah sama ada pemohon layak untuk berpoligami atau tidak.
  • Setelah mahkamah meneliti permohonan pemohon, ikrar pemohon serta jawapan isteri atau isteri-isteri sedia ada dan setelah mahkamah meneliti keterangan pemohon, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan syarat-syarat untuk berpoligami, barulah mahkamah akan memutuskan sama ada pemohon layak atau tidak.

Islam memang membenarkan seorang lelaki mengahwini lebih daripada seorang wanita dengan syarat lelaki itu boleh berlaku adil secara sepenuhnya kepada semua isteri. Bagaimanapun, mampukan lelaki itu bersikap adil dalam berpoligami?

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:"Kamu tidak akan berkuasa berlaku adil antara perempuan itu, meskipun kamu sangat ingin demikian." - (Surah An-Nur: 129)

Nota: Bukan mudah ya untuk beristeri lagi! Fikir-fikirkanlah.

Semoga memberi manfaat.

Luarbiasa! Satu Kampung Amalkan Poligami

Dalam undang-undang Amerika, berpoligami adalah satu kesalahan. Tetapi bagi 1,200 penduduk Centennial Park, iaitu sebuah kampung kecil di Colorado Arizona, berpoligami menjadi impian. Malah, anak-anak gadisnya ingin berpoligami apabila berkahwin kelak.

Luarbiasa! Satu Kampung Amalkan Poligami

Seramai 1,200 penduduk di Centennial Park, menunjukkan bahawa mereka berpoligami dengan alasan tersendiri.

Berbeza dengan majoriti warga AS, mereka menggelar komuniti mereka sebagai All-American Families (Seluruh Keluarga Amerika).

Seperti Ariel Hammon, 32, yang berkahwin dengan Helen, 30, dan dikurniakan tujuh orang anak. Dia kemudian berkahwin pula dengan Lisa, 20, dan dikurniakan dua anak.

Bagi Ariel dan dua isterinya, berpoligami bererti bekerja keras untuk membina rumah baru.

“Warga di Centennial Park pernah membina rumah baru hanya dalam masa dua hari. Ini kerana banyak anak, ramai sukarelawan,” kata Ariel kepada ABCNews.

"Cemburu kerana cinta berbelah bagi? “Kami tidak pernah memikirkannya, kerana ini yang saya impikan sejak dulu,” kata Helen, bekas pelajar Ariel dan begitu juga dengan Lisa.

“Saya tidak ada masalah Ariel sudah berkahwin dengannya, itu saya anggap sebagai bonus,” kata Lisa.

Beberapa penduduk yang ditanya soal seks, mengaku rimas. Menurut mereka, para remaja tetap menjaga keperawanan dan dilarang berasmara sebelum kahwin.

Dan di tengah keruntuhan moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park tetap mengamalkan cara hidup tertutup dan sentiasa curiga dengan orang luar.

“Kerana agama melarang seks sebelum perkahwinan,” kata seorang penduduk.

Ariel juga mengatakan filem 'Big Love' yang disiarkan di HBO, menggambarkan kecemburuan dan saling menjatuhkan antara para isteri, bukan kenyataan sebenarnya.

Ariel mengatakan, yang penting adalah menjaga keutuhan rumah tangga dan mengasuh anak-anak dan seks bukanlah keutamaan.

“Seks adalah ekspresi cinta, banyak cinta di tempat ini,” kata Ariel.

Kenapa Isteri Tidak Dibenarkan Tidur Sebilik Dengan 'Madu'?

Apakah hukumnya jika seorang suami yang hidup bermadu tidur sekamar dengan kedua-dua isterinya dan melakukan jimak secara bergilir-gilir dalam satu bilik? Apakah hukumnya dalam Islam tentang perkara ini?

Bermadu
Gambar hiasan

Dikatakan dalam Syarah Mukhtashar Khalil karya al Khurasyii, “Seorang laki-laki boleh menghimpunkan dua isterinya dalam satu rumah dengan dua syarat:

Pertama, isterinya masing-masing memiliki bilik tersendiri dan dilengkapi dengan perabot dan keperluan seperti tandas, dapur dan yang menjadi keperluan asasinya.

Kedua, kedua-dua isteri reda terhadap hal itu dan tiada perbezaan antara isteri kedua, ketiga atau keempat.

Jika kedua-duanya tidak reda dengan hal itu, maka suami tidak boleh menghimpunkan kedua-dua isterinya dalam satu rumah.

Bahkan, dia wajib menyediakan rumah untuk setiap seorang dan tidak harus rumah keduanya berjauhan.

Kata Imam Ahmad RH, "Jika salah seorang isterinya reda (rela) kalau dia menggauli isterinya yang satu di depannya dengan dia melihatnya, tetap tidak boleh. Kerana hal itu termasuk menghina, tidak masuk akal dan menjatuhkan kehormatan. Ia tidak boleh dilakukan walau dengan keredaan kedua-duanya".

Kisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung

Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat.

Janda-bertudung
Gambar hiasan.

Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.

Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syeikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampung itu. Namanya Syeikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihormati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya memakan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampung di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampung sehingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan.

Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu.

Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.

Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.

Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya.

Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik, "Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?"

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid.

Ketika itu Syeikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syeikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syeikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syeikh memandang sekeliling. Dia tidak nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syeikh memanggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syeikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Syeikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syeikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga tiada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya.

Syeikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syeikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.

Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Syeikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syeikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syeikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Syeikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah.

Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.

Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.

Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan? Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.

Diceritakan oleh Syeikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Pengajarannya, Tinggalkan Yang Haram Allah SWT bagi Yang Halal!



Wallahu a'lam.
....Sumber: jalanakhirat

No comments: