اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
ZURIAT SOLEH
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat
Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud,
" Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang
mengetahuinya kecuali Dia
sendiri."
Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam
rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk
dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian
"Mafatihul Ghaib"
tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan
sebab terjadinya jantina,lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang
menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan
berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri.
Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan
sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid
(Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris.
Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan
kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam
mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti
berikut.
Caranya:
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana
pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn
sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai
bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring
ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam
mencari sesuatu yang diingini,namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia.
Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky
Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al
Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" -"Berilah isteri makan vitamin B
semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan
vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang
mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang
biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori
ini amat praktis dan mudah
dilakukan.Ianya bergantung kepada kita.
Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.
Amalan suami semasa isteri mengandung.
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh
suami ketika isteri mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada
Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan
agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat,
Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah
berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak
dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan
orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam
menjalin hubungan dengan isteri.
h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu
juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang
sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri
mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada
marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman,
Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah
benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat
sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri
yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih
saying terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap
isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan
faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq
kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami
digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun
tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan
Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang
zalim. "
f. Suami hendaklah kerap solat sunat dan
mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Dorongan Suami semasa isteri bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan
penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak
terlibat dalam proses jagaan kehamilan,
kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar,
di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan
cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan
terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh
badannya bekerja lebih kuat.
Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada
keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.
Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi
juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu
dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan
berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab
suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak
adalah pekerjaan yang
harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang
berat itu. .
Mengapa bayi lahir menjadi kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai
kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu
adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya
selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala.
Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman,
pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan
sebagainya.
Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan
melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan
kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian
itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal.
Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu
juga
dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri
melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita
tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima
ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri,
klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat
swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di
dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan
solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa
memikirkan
uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan
Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan
baik. Mereka mencuci dan
membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini
adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru
lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di
telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk
mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan
di alam Rohani.
3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan
mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat
dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha
meminta pertolongan kepada Allah.
Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan
harapan orang yang berdoa
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur
keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan
mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka
orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati
dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan
percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan
agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh
orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al
Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran
: 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan
hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat -
Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama
merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang
diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.
Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang
baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW
telah bersabda yang maksudnya: "Namakan denagn nama para nabi, dan nama
yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling
benar ialah Harits
dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah
Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama
yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan
lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah,
Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama
tersebut.
Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan
sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian
lagi melarang. Tidak
boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk
yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah
manusia.
Tidak boleh menamakan dengan nama daripada
surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim
menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak
benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk
nama anak.
Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang
mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi
gelaran kepada anak Adalah
sangat terpuji memberi gelaran yang baik
kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu,
biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
Masa memberikan nama dan orang yang berhak
memberikan nama.
Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah
SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun
3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan
aqiqah.
Siapa yang berhak, ayah atau ibu?
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami
dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi
nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak
dinasabkan kepada ayah bukan ibu.
Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama
menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi
anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi
anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya
dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan
ulama, hukumnya adalah "Sunat
Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan
anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah.
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira,
kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta
dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan
dirinya kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi
kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam
memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga
setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah
diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak
diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk
menikmatinya dan ini lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih
adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara
bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing,
walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi.
Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya
diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah
matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah
adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang
baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan
dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah
atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk
keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa
orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya
melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah
diangkat menjadi Rasul.
o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah
terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan
nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk
membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.
Hukum berkhatan
Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai
dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.
Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.
Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80
tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7
tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga
riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.
Hikmah dan kelebihan berkhatan
a. Berkhatan merupakan asas daripada
kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai
dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan
diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara
orang Islam dan bukan Islam.
d. Dari aspek kesihatan, ia boleh
mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang
syahwat.
e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta
memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik
yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang
disuruh pasti mengandung makna yang mendalam.
Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah
kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi
beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan
Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang
tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil
perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi
mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan
angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan
Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila
dikurniakan anak. Namun disebalik ke bahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang
amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi
pendidikan
ZURIAT SOLEH
MERANCANG ZURIAT SOLEH ::: serta SURAH-SURAH TERPILIH YG ELOK DIAMALKAN KETIKA HAMIL
Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran unjadikan amalan harian. Ia plays baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel / cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak / pintar / pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin ( izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8- 9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah / memberi hidayah kepada anak
14. Surah As -Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan / menyenangkan hati ibu bapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
✿ Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra ') dalam solat Subuh ✿
Selain itu, hafal serta amalkan su-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.
SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
# Insyaallah dengan izin Allah
Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran unjadikan amalan harian. Ia plays baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel / cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak / pintar / pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin ( izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8- 9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah / memberi hidayah kepada anak
14. Surah As -Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan / menyenangkan hati ibu bapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
✿ Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra ') dalam solat Subuh ✿
Selain itu, hafal serta amalkan su-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.
SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
# Insyaallah dengan izin Allah
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................



No comments:
Post a Comment