25 February 2020

Solat Sunat Ihram (Lengkap)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH




Solat Sunat Ihram (Panduan Lengkap)

solat sunat ihram
Ini adalah panduan mengerjakan solat sunat ihram
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan solat sunat ihram dengan betul.
Apa yang menarik:
Ejaan dalam rumi juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Pengenalan

Solat sunat Ihram dikerjakan oleh orang yang pergi mengerjakan haji atau umrah.
Sesudah memakai pakaian ihram, disunatkan solat sunat ihram dua rakaat.
Daripada Ibnu Abbas r.a, daripada Umar r.a daripada Nabi SAW sabdanya:
Malam tadi, datang kepada aku oleh yang datang daripada Tuhanku, ketika itu Nabi sedang berada di al-‘Aqiq, bahawa engkau hendaklah solat di wadi yang berkat ini, dan katalah, umrah dalam haji. 
— Riwayat Bukhari

Niat Solat Sunat Ihram

Niat solat sunat ini adalah seperti berikut:
 Usolli sunnatal ihrami rak’ataini lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Ini

Solat sunat ihram dilakukan dalam berpakaian ihram sebelum berniat ihram untuk mengerjakan haji atau umrah.

Rakaat Pertama

  1. Dimulai dengan lafaz takbiratulihram beserta niat.
  2. Membaca doa iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Kafirun atau ayat atau surah daripada al-Quran.
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

  1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Membaca surah al-Fatihah.
  3. Membaca surah al-Ikhlas atau ayat atau surah daripada al-Quran.
  4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  5. Memberi salam.
Setelah selesai solat, maka pasanglah niat dalam hati untuk ihram umrah atau ihram haji.

Sahaja aku menunaikan Haji/Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”
Setelah itu jemaah digalakkan untuk bertalbiah disepanjang perjalanan menuju ke Mekah.
talbiah
Labbaika Allahumma labbaik.
Labbaika laa syariika laka labbaik.
Innal hamda, wan-ni’mata, laka wal mulk, laa syariika laka.
Maksud:
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
atau
Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu
Talbiah hanya tamat selepas jemaah memasuki masjidil haram dan melihat kaabah.

Perkara-Perkara Sunat Untuk Dilakukan Sebelum Berihram

Sebelum berihram digalakkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
  1. Taubat atas setiap kesalahan
  2. Mengerat kuku
  3. Membuang atau mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak.
  4. Mengandam dan merapikan misai, janggut dan rambut.
  5. Mandi sunat ihram jika keadaan mengizinkan.
  6. Berwuduk
  7. Memakai minyak wangi pada badan (bagi lelaki sahaja untuk tujuan kesegaran). Bagi wanita hanya boleh memakai bahan yang boleh menghilangkan bau badan yang tidak mendatangkan kemudaratan dan syahwat jika terbau.
  8. Memakai minyak rambut.
  9. Memakai kain ihram berwarna putih.
Lakukan perkara-perkara di atas sebelum berniat ihram.
Jika sudah berniat ihram, maka tidak boleh lagi memotong kuku, menggunting rambut, memakai minyak wangi, minyak rambut dan sebagainya.



No comments: