28 February 2020

Bacaan Tahlil Ringkas & Doa Tahlil Arwah (Lengkap)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH




Bacaan Tahlil Ringkas & Doa Tahlil Arwah (Lengkap)



bacaan tahlil doa arwah

Ini adalah panduan lengkap bacaan tahlil ringkas dan doa tahlil arwah.
Panduan ini disediakan secara tersusun untuk memudahkan anda mengikutinya.
Semoga panduan ini membantu anda 
Dianjurkan mengadakan majlis bacaan tahlil dan doa arwah sebagai menghadiahkan pahalanya kepada si mati.

Lafaz Bacaan Tahlil



Maksudnya:
Kepada Nabi yang terpilih, Nabi Muhammad SAW, kesemua arwah kaum Mukminin dan Mukminat, khususnya kepada roh yang kita berkumpul di sini keranaNya. Tiap-tiap sesuatu itu adalah untuk Allah dan bagi mereka itu dihadiahkan (pahala) surah al-Fatihah.”

1.Dimulai dengan Membaca al-Fatihah 1 kali.


surah al fatihah

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbir) sekalian alam. Tuhan Yang Maha Mengasihani lagi Maha lagi Maha Merahmati. Pemilik (pemerintahan) hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkau sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.

2.Baca Surah al-Ikhlas. (Biasanya 3 kali atau 11 kali)


surah al-ikhlas

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Katakanlah (wahai Muhammad), “(Tuhan) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan ia tidak pula diperanakkan. Tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya.

3.Baca 1 Kali



Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah

4. Baca 1 kali Surah al-Falaq



Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian makhluk, daripada kejahatan yang la ciptakan, daripada kejahatan malam yang gelap apabila ia masuk, daripada kejahatan wanita- wanita (ahli sihir) yang menghembus hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) tali, dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”

5.Ulangi Bacaan



Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah

6.Baca 1 kali Surah al-Nas.


surah al-nas

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Tuhan (yang berhak disembah oleh) sekalian manusia. Daripada kejahatan bisikan (syaitan) yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan ke dalam hati-hati manusia. (Pembisik dan penghasut itu) daripada kalangan jindan manusia.”

7.Ulangi Bacaan 1 kali



Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah

8.Ulangi Bacaan al-Fatihah 1 kali.


surah al fatihah

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbir) sekalian alam. Tuhan Yang Maha Mengasihani lagi Maha lagi Maha Merahmati. Pemilik (pemerintahan) hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkau sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.

9.Baca surah al-Baqarah ayat 1 – 5 seperti berikut:



Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Alif lam, mim. Itulah kitab (al-Quran) yang tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya) sebagai petunjuk bagi orang-orang yang (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Begitu juga orang-orang yang beriman kepada kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan (kitab-kitab) yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itu berada di atas petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

10.Baca wirid iaitu:



Maksudnya:
Dan Tuhanmu lalah Tuhan yang satu, tiada Tuhan melainkan Dia. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang tetap hidup yang mentadbirkan urusan sekalian makhluk-Nya, tidak mengantuk usahkan tidur, bagi-Nya segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi. Tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya, dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya) lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Jika kamu melahirkan apa yang ada pada diri-diri kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung kamu daripadanya. Lalu ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Maksudnya:
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, begitu juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah dan malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya. Mereka berkata lagi kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu, wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. la mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkau penolong kami. Oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kafir.”

11.Diulang 3 kali bacaan:


bacaan tahlil arwah


12.Dibaca 3 kali:


bacaan tahlil arwah

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, kasihanilah kami.

13.Seterusnya dibaca:


bacaan tahlil arwah

Maksudnya:
Rahmat Allah dan segala keberkatan-Nya ke atas kamu wahai Ahlul Bait, sesungguhnya Dialah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Sesungguhnya Allah menghendaki supaya menghilangkan daripada sebarang keburukan daripada kamu, wahai keluarga Nabi, dan membersihkan kamu dengan sempurna. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan ucapkanlah salam (kepada Baginda) dengan sebenar-benar ucapan salam.” 

14.Seterusnya bacaan:


bacaan tahlil arwah

Maksudnya:
Ya Allah, berilah selawat (dengan) seutama utama selawat ke atas sebahagia-bahagia makhluk Engkau, kekasih Allah, iaitu Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabat-sahabatnya dan sejahterakanlah (mereka) sebanyak ilmu pengetahuan-Mu dan ukiran kalimah-Mu, pada setiap kali berzikirlah orang-orang yang berzikir dan lalainya orang-orang yang lalai daripada mengingati-Mu.
Ya Allah, berilah selawat (dengan) seutama-utama selawat ke atas sebahagia-bahagia makhluk Engkau laksana matahari pada waktu dhuha, Nabi Muhammad dan juga ke atas keluarganya, sahabat-sahabatnya dan sejahterakanlah (mereka) sebanyak ilmu pengetahuan-Mu dan ukiran kalimah-Mu, pada setiap kali berzikirlah orang-orang yang berzikir dan lalainya orang-orang yang lalai daripada mengingati-Mu.
Ya Allah, berilah selawat (dengan) seutama-utama selawat ke atas sebahagia-bahagia makhluk Engkau laksana bulan purnama pada malam gelita begitu juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta sejahterakanlah (mereka) sebanyak ilmu pengetahuan-Mu dan ukiran kalimah-Mu, pada setiap kali berzikirlah orang-orang yang Berzikir dan lalainya orang-orang yang lalai daripada mengingati-Mu, ya Allah.
Allah SWT meredhai penghulu penghulu kami para sahabat Rasulullah SAW semuanya. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik wakil bagi kami dan tidak ada daya upaya, tidak ada kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

15.Kemudian dibaca:



Maksudnya:
Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar.

16.Kemudian berkata:



Maksudnya:
Ketahuilah! Seutama utama zikir ialah tiada tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah.”
Kemudian bertahlil seberapa banyak yang dihajati (seratus kali atau lebih kurang), kemudia baca doa tahlil.
Antara doa yang biasa dibaca adalah seperti di bawah ini:

Doa Tahlil


doa tahlil arwah

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara alam dengan pujian yang menyempurnakan segala nikmat-Nya dan mencukupkan segala tambahan nikmat-Nya.
Wahai Tuhan kami, bagi Mu sahaja segala pujian sebagaimana layaknya terhadap kebesaran dan kemuliaan-Mu. Ya Allah, berikanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad dengan selawat yang dengannya dapat menghindarkan kami daripada segala huru-hara dan kerosakan, menunaikan untuk kami segala hajat/permintaan, membersihkan kami daripada segala kejahatan mengangkat kami kepada darjat yang tinggi menyampaikan kami kepada kemuncak matlamat daripada segala kebajikan sama ada semasa hidup dan setelah mati
Maha Suci Engkau, tidaklah kami dapat mengira pujian ke Mu sebagaimana Engkau memuji ke atas zat-Mu. Bagi-Mu segala pujian sebelum redha dan sesudahnya apabila Engkau meredhai kami selama-lamanya.
Ya Allah, lapangkanlah dada kami dengan al-Quran yang mulia, dengannya mudahkanlah urusan kami banyakkanlah pahala kami, elokkanlah akhlak kami, luaskanlah rezeki kami, dan teranglah kubur kami, wahai Tuhan pemerintah sekalian alam. Berilah kami pahala yang banyak di atas bacaan kami in ganjaran yang besar lagi mulia daripada-Mu, dan terimalah ia daripada kami sebagai suatu penerimaan yang berkat lagi baik daripada-Mu dan kebaikan-Mu.
Ya Allah, jadikanlah pahala bacaan dan keberkatan apa yang kami baca, selawat yang kami sebutkan ke atas Nabi-Mu, Nabi Muhammad SAW, zikir yang kami tahlil serta takbirkan, sebagai hadiah dan rahmat yang turun daripada-Mu. Kami persembahkan dan hadiahkannya kepada hadrat Nabi SAW sebagai tambahan kepada kemuliaannya yang sangat tinggi. Kemudian, (pahala semua bacaan ini dihadiahkan juga kepada (roh-roh) kesemua datuk dan saudaranya daripada kalangan para nabi dan rasul, para malaikat muqarrabin, para penghulu kami iaitu Abu Bakar Umar, Uthman, All, para sahabat yang lain, kaum kerabat, tablin, orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sehingga hari kiamat, roh-roh para imam mujtahid, roh-roh para wall Allah yang soleh di bahagian timur bumi dan baratnya di mana sahaja mereka berada di mana salah seorang daripada mereka berada dalam pengetahuan ilmu-Mu wahai Tuhan sekalian alam
Begitu juga (pahala segala bacaan ini dihadiahkan) kepada roh-roh yang berada di Ma’lah, Syubalkah, Bagi dan seluruh orang-orang yang telah mati daripada kalangan umat Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, jadikanlah ganjaran sama seperti ganjaran kesemua itu di dalam buku-buku orang yang kami berkumpul di sini kerananya dan al-Quran dibacakan disebabkan olehnya, Sesungguhnya Engkau paling mengetahui tentangnya, namanya, dan Engkau berhak untuk tidak mengazabnya wahai Tuhan Yang Paling Mulia. Sampaikanlah ya Allah ganjaran tersebut kepadanya, jadikan cahaya di hadapannya, dan kasihanilah dia dengan rahmat-Mu ya Allah.
Rahmatilah dia dengan al-Quran yang mulia, dan ampunilah dia dengan pengampunan yang menyeluruh wahal pemilik dunia dan Akhirat wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, sejahterakanlah, dan maafkanlah dia. Muliakanlah kedudukannya (di Syurga), luaskanlah pintu masuknya ke dalam kubur), mandikanlah ia dengan air, salji dan embun, dan sucikanlah dia daripada segala dosa sepertimana baju putih yang disucikan daripada kotoran. Gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik daripada tempat tinggalnya (di dunia), ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, dan isteri yang lebih baik daripada isterinya. Masukkanlah dia ke dalam Syurga serta jauhkanlah dia daripada fitnah kubur dan azab api Neraka.
Ya Allah, jadikanlah (ganjaran tersebut) di dalam buku-buku amalan kami, buku-buku amalan ibu bapa kami para hadirin dan ibu bapa mereka. Liputilah kesemua mereka dengan rahmat dan keredhaan (daripada-Mu), masukkanlah kami dan mereka ke dalam Syurga-syurga yang luas, wahai Tuhan Yang Merahmati, wahai Tuhan Yang Memberi, wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, wahai Tuhan Yang Memiliki kebesaran dan Kemuliaan.
Ya Allah, perelokkanlah kesudahan di dalam segala urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan di dunia dan azab Akhirat wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini suatu perhimpunan yang dirahmati dan (jadikanlah) perpisahan kami selepas ini suatu perpisahan yang dipelihara. Ya Allah, janganlah jadikan kami orang yang celaka dan orang yang terhalang (daripada berkat).
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan di Akhirat, serta jauhkanlah kami daripada azab api Neraka. Seutama utama selawat dan selengkap lengkap kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, penutup sekalian para nabi dan rasul, juga ke atas ahli keluarganya, dan para sahabatnya sekaliannya. Maha Suci Tuhanmu (wahai Muhammad), Tuhan yang memiliki kekuasaan daripada apa yang mereka sifatkan. Kesejahteraan ke atas para rasul, dan segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalan alam.

Hukum Mengadakan Majlis Tahlil

Apakah hukum mengadakan tahlil?
Ini adalah jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri:
Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam kita di Malaysia merupakan salah satu daripada permasalahan khilafiah.
Berkenaan isu ini, Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 23 – 25 Februari 2006 telah bersetuju memutuskan bahawa:
  • Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah merupakan perkara khilafiah yang tidak perlu diperbincangkan secara meluas kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dan perpecahan masyarakat.
  • Mesyuarat mengesyorkan supaya JAKIM, JAIN dan Jabatan Mufti memperbanyakkan agenda penerangan kepada masyarakat secara menyeluruh mengenai isu khilafiah dengan pendekatan secara hikmah melalui penulisan, terjemahan buku, khutbah, kurikulum program takmir masjid dan wacana.
  • JAKIM dengan kerjasama agensi berkaitan hendaklah memberi teguran kepada individu-individu tertentu supaya isu khilafiah ini tidak diperbesarkan.
Amalan tahlil merupakan gabungan antara bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memberi makan kepada orang ramai.
Semua perkara tersebut merupakan amalan yang disyariatkan di dalam Islam.
Dalam satu haditih yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Salam RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 
Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamukanlah makan (kepada orang ramai) dan bersembahyanglah ketika orang sedang tidur, maka kamu akan masuk ke dalam Syurga dengan sejahtera.
Begitu juga, berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang digalakkan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Quran maksudnya: 
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
(Surah Muhammad : 19)
Kami meraikan ‘uruf dan adat setempat yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam di sini sejak sekian lama.
Maka, kami menerima pengamalan tersebut selagimana amalan tersebut tidak mengandungi perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.




No comments: