Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
.لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ اللهَ
Inilah asal usul simbol ‘R0ck Metal’ dan kenapa kita haram melakukannya

APA hukum membuat simbol tangan tanduk (seperti dalam gambar
di bawah) kerana suka-suka sahaja? Tidak kira atas dasar suka-suka sahaja atau
memang suka sangat, Islam melarang tabiat suka meniru perlakuan yang bercanggah
dengan syariat atau ada unsur agama lain, maka haram hukumnya.
Rasulullah mengingatkan dengan maksudnya: “Sesiapa yang
menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong daripada kaum tersebut!” (Riwayat
Abu Daud)
Justeru, selidik dahulu sebarang perkara yang hendak ditiru
daripada orang kafir. Sekiranya ia perkara yang bermanfaat, maka tidak mengapa.
Namun saya tidak fikir simbol tangan sebegitu ada faedah kepada umat Islam.
Sebaliknya sekiranya kita mengkaji latar belakangnya, ia cukup menakutkan.
Simbol “Rock” atau Simbol Syaitan
Saya pernah bertanya rakan yang kerap membuat simbol tangan
tersebut. Dia menjawab: “Ini tanda ‘rock’!”
Memang simbol tangan tanduk ini dipopularkan oleh
kumpulan-kumpulan rock Barat. Bukan rock biasa-biasa, tetapi rock keras;
hardcore, hea vy me tal dan seumpamanya. Mereka semua tidak beragama. Agama
Kristian mereka sendiri pun mereka ten tang. Jadi apa faedahnya meniru mereka?
Ini tidak cerita lagi tentang asal usul simbol tersebut.
Ringkasnya, ia simbol yang membawa maksud tuhan syaitan yang mereka puja.
Pelbagai nama yang diberikan, antaranya Diablo, Lucifer, the Satan dan
sebagainya. Unsur ini bercanggah dengan Islam! Jadi jika dinilai berdasarkan
maksud simbol tangan tanduk tersebut dan kaum yang mempopularkannya, maka jelas
sekali bahawa haram untuk kita menirunya.
Simbol “I Love You”
Tetapi apa yang saya tahu, simbol sebegitu sebenarnya bahasa
isyarat yang bermaksud “I love You”.
Pertama perbezaan simbol “I love you” dan simbol tangan
tanduk syaitan ialah pada kedudukan ibu jari. Kedua, saya tetap menasihatkan
bahawa jangan ditiru juga isyarat “I love you” tersebut. Asalnya ia direka oleh
Helen Keller, seorang wanita bi su dengan menggabungkan isyarat tangan bagi
huruf I, L dan Y sebagai singkatan “I Love You”. Namun apa yang syuhbahnya, dia
seorang penga nut ajaran Theoso phy.
Jelaskan Hal Sebenar
Sepupu saya juga kerap melakukan isyarat tangan itu. Apa
yang patut saya lakukan?
Jelaskan kepadanya hal yang sebenar. Kebanyakan orang tidak
tahu, hanya ikut-ikut sahaja. Sekiranya dia tahu, mungkin dia sendiri akan
membencinya. Contohnya ada satu hidangan daging masak merah. Kita tengok pun
cukup menyelerakan. Namun apabila diberitahu bahawa dalam hidangan tersebut
sengaja diletakkan sekeping daging ba bi, langsung hilang selera kita. Bahkan
kita akan merasa jijik. Kemudian kita sendiri akan uar-uarkan kepada orang
lain.
Simbol Tangan Alternatif
Kalau soal hiburan, kita ada hiburan Islam. Dalam soal
simbol tangan ini, adakah terdapat versi Islam?
Setakat ilmu yang ada, tidak ada hadis pun yang menganjurkan
supaya dibuatkan simbol tangan tertentu. Namun saya berpendapat kita boleh
mengambil inspirasi daripada sunnah. Iaitu isyarat tangan yang kita lakukan
ketika tasyahud dalam solat. Rasulullah juga berkhutbah sambil membuat isyarat
sebegitu. Kita juga pernah saksikan pemain bola Muslim yang membuat isyarat
sebegitu setelah berjaya menjaringkan gol. Ia tanda kesyukuran Allah yang maha
Esa.
Wallahu a‘lam.
Muhammad Luqman Makhtar
Sumber arti kel daripada Majalah Al-Ustaz isu No.5
Via adden.my
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah











No comments:
Post a Comment