11 November 2019

Refleksi penyakit

) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). 14. TANDA-TANDA DALAMAN A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. b) MUNTAH DARAH i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser. 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung. 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman 18. KENCING a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 19. BUANG AIR BESAR a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil. c) NAJIS BERDARAH i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku. 20. BADAN a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku. 21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah. 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : a) Sistem jantung yang lemah. b) Sistem saraf otak yang lemah. c) Masalah pengaliran darah. 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah. Disediakan oleh: Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi

No comments: