11 November 2019

Kisah ambil mudah

☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Kisah yang Diambil Ringan Masya-Allah......... Astaghfirullah.............. Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini. Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama. Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin. Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, ada hikmahnya dan memberi hidayah kepada aku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pulak dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelaknya. Tambahan pula jiran2ku terdiri daripada wanita2 yang sama sikapnya, iaitu mengumpat. T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Part 2: Kisah yg di ambil Ringan Ya Allah, setiap kali aku bersembang dengan jiranku, mengumpat itu mesti ada. Fitnah, entahlah. Aku pun tidak tahu. Aku yang tidak tahu apa-apa cerita tentang orang di sekitar aku kerana aku sememangnya tidak mempunyai ramai kawan, akan menjadi tahu hanya dengan bersembang bersama jiran-jiranku. Sama ada ceritanya benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Setiap kali aku masuk ke rumah setelah habis bersembang, aku akan rasa bersalah sendiri. Aku memohon ampun kepada-Nya kerana mengumpat, namun ia berulang kembali. Aku belum mempunyai kekuatan untuk berubah. Aku sering mengingatkan diriku dengan sering membaca buku-buku azab Allah kepada sesiapa yang mengumpat supaya aku boleh berubah. Tetapi, itulah tipu daya syaitan laknatullah. Semakin kita berusaha untuk berubah, semakin kuat hasutannya. Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak ku kenal, menceritakan masalahnya yang telah di burukkan oleh orang yang dia kenal dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan salah seorang jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar. Maha Suci-Mu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dengan sikap buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan keburukan orang lain. Ia memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT. Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak mengumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaan, aku menguatkan hati dengan berkata kepada kawan dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita pula di buka oleh Allah. Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini, sekiranya aku bersembang, aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang dituturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari banyak bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku. Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu di hidangkan dengan daging manusia di akhirat nanti. Insya-Allah. T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ CAHAYA DI ATAS CAHAYA Manusia sebagai ‘khalifatullah’  (wakil Allah) di muka bumi jika ia telah mencapai keadaan jiwa tersebut, iaitu apabila ia membawa kuasa Allah dan bercitra ‘Ar-Rahman’.  “Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya bagaikan sebuah ‘misykat’ yang didalamnya terdapat pelita terang. Pelita tersebut di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan ‘kaukab’ (bintang) yang berkilau dinyalakan oleh (minyak) dari pohon yang banyak berkahnya, pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walau tanpa disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahayaNya siapa-siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS An Nur : 35) Ayat di atas memberi isyarat tentang hakikat manusia, di mana di dalam jasad (misykat)-nya terdapat ‘nafs’ (jiwa) yang ‘qalb’ (zujajah)-nya bercahaya seperti bintang kerana telah dinyalakan dari dalam dengan api ‘Ruh al-Quds’ (mishbah). Adapun ‘misykat’ (jasad) sifatnya kusam/suram dan tidak pandang tembus kerana ianya sebagai lambang jasad yang berasal dari alam bumi yang merupakan manifestasi yang paling rendah dari kehadiran ‘Al-Haq’ dalam alam ‘syahadah’.  Bola kaca ‘zujajah’ yang jernih serta pandang tembus melambangkan ‘qalb’ di mana ia  merupakan aspek rasa dari ‘nafs’ yang berasal dari alam malakut. Manusia terus melakukan serangkaian proses ‘tazkiyyatun-nafs’ (penyucian jiwa) sehingga jernihlah hatinya dan nampaklah titik-apinya yang menyala di dalam inti jiwanya. Jika manusia dapat mencapai keadaan seperti yang digambarkan oleh ayat di atas, maka insan tersebut dinamakan sebagai ‘syuhada’ (saksi Allah sejati) kerana telah berperanan membawa cahaya yang menampakkan khazanah Ilahi sebagai ‘Harta Terpendam’. Ayat di atas menyatakan dengan jelas akan struktur sasaran yang mesti dicapai oleh manusia walau seberapa sukar sekalipun. JENIS-JENIS FIRASAT Firasat ada tiga jenis : PERTAMA : Firasat imaniyah', iaitu firasat orang-orang yang beriman. Jenis ini sentiasa tegak di atas kebenaran. KEDUA : Firasat riyadhiyah', iaitu firasat yang dihasilkan melalui lapar, melawan nafsu dan menyendiri. Ini berlaku kerana jiwa telah terbebas dari penghalang-penghalangnya, maka ‘firasat’ dan ‘kasyaf’ akan diperolehi sesuai dengan tingkatan kebebasannya dari penghalang tersebut. KETIGA : Firasat khalqiyah', iaitu firasat yang para doktor menulis tentangnya. Mereka cuba untuk menghubungkan antara sifat-sifat fizikal dengan sifat-sifat psikis' kerana memang ada kaitan yang dikehendaki hikmahnya oleh Allah swt. Dua jenis firasat yang terakhir ini boleh dimiliki oleh siapa sahaja : Baik mukmin mahupun kafir. Tidak menunjukkan keimanan dan kewalian. Tidak menyingkap tentang kebenaran yang bermanfaat mahupun jalan yang lurus. Namun firasat `imaniyah' hanya khusus bagi orang-orang yang beriman di mana ketika ketundukan dan kedekatan kalbu mereka kepada Yang Maha Kuasa begitu tinggi, maka ia akan melahirkan pandangan yang bersih dan jernih. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilham yang baik, termasuk di dalamnya firasat di mana kami dapat melihat dengan perantaraan nurMu. Pancarkanlah cahayaMu ke dalam hati kami sehingga kami mampu memandang tembus sesuatu keadaan sehingga ianya menerangi jalan hidup kami yang akan membuatkan kami mudah untuk menjalani kehidupan ini walau dikelilingi oleh segala ujian dan cabaran. T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Ayat Pelindung Diri Ayatul Kursi 1x Surah Al Ikhlas 3x Surah Al Falaq 3x Surah An Nas 3x Dibaca setiap selepas solat dan sebelum tidur T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Lapan kepenatan yang disukai Allah : ☘Penat mencari nafkah ☘Penat mencari ilmu ☘Penat beribadah ☘Penat mengandungkan bayi ☘Penat bersabar ketika sakit ☘Penat berdakwah ☘Penat berjihad ☘Penat menguruskan keluarga Selalu sangka baik kepada Allah SWT Semua penat lelah ini akan dibalas syurga, insya Allah T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Allah SWT tidak pernah jemu mendengar taubat dari hamba Nya. Andai terlupa, tergelincir, terlalai, bangunlah semula, Jangan jauh dari Allah Sentiasa berpaut kepada tali2 Allah T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Siapa Yang Allah Cinta? "Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang banyak bertaubat dan mencintai orang2 yang sentiasa mensucikan diri." Surah Al-Baqarah : 222 T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ "Sungguh, aku benar2 mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah." Surah Yusuf : 86 T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Nasihat Imam as-Syafie tentang ilmu : مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِاْلعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَهَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ باِلعِلْمِ "Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah berilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu" Tuntutlah ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Menuntut ilmu itu wajib. Tuntutlah ilmu dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Sesungguhnya Ilmu menyelamatkan kamu dari kesesatan. T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Al-Quran is best medicine for a sick soul and can save you from darkness into the light. T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi

No comments: