11 November 2019

Investigasi Solat Fardhu

☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat Fardhu ✅adalah hadiah cinta dari Allah kepada hambaNya sebagai tanda ingatan. ✅ Ia difardhukan lima kali sehari semalam selepas bilangannya dikurangkan dari lima puluh waktu. ✅Namun fadhilatnya walaupun hanya lima kali tetapi menyamai dengan lima puluh waktu. T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat: Part 2 ✅Hamba yang sangat fakir dan berhajat kepada Tuannya ✅dalam segala gerak geri nya tiada sepatutnya melupainya walau sekelip mata. ✅Namun dengan fitrah kejadian insan yang serba lemah dan sering lupa ✅maka Allah memfardhukan lima waktu solat agar mereka tiada lalai dan lupa pada Nya. ✅Hal ini kerana wujud insan itu berasal dari Rahim Cinta Allah, ✅maka tiada layak dan patut mereka melupai kekasihnya. Cintai Allah Rindui Rasul T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat: Part 3 ✅Di atas sifat Al Latif Nya ✅Allah menganugerahkan ibadah solat dengan dikurangkan jumlahnya dan diberikan kelapangan waktu untuk melaksanakannya. ✅Solat subuh sebagai tanda kesyukuran dengan terbitnya sinar mentari dan sebagai ganti kealpaan yang disebabkan oleh tidur di malamnya Cintai Allah Rindui Rasul T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat: Part 4 ✅Solat Zohor di pertengahan siang hari agar insan tiada lalai dari mengingatiNya ✅disebabkan oleh urusan dunianya. ✅Solat Asar pula agar pekerjaan hambaNya di siang hari ditutup dengan ingatan padaNya. ✅Oleh kerana itulah bilangan rakaat Zohor dan Asar adalah sama ✅ia adalah isyarat agar apapun urusan yang dilakukan hendaklah dalam rangka mengingati Allah dan mencintai Nya. T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat: Part 5 ✅Solat Maghrib Allah mewajibkan solat pada permulaan malam agar insan tiada melupainya dalam rehatnya. ✅Dia yang menjadikan malam sebagai waktu rehat dan pada kebiasaannya waktu rehat ini akan menyebabkan insan lebih mudah lupa Cintai Allah Rindui Rasul T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat : Part 6 ✅Puncak kerehatan insan ialah tidurnya, ia juga adalah suatu terapi untuk kekal sehat. ✅Tidur adalah satu nikmat yang sangat berharga, namun telah menjadi Sunnatullah di dunia ini setiap nikmat pasti di sebaliknya adalah musibah. ✅Ia adalah musibah kerana apabila insan tidur maka ia akan lalai kepada Allah ✅melainkan Nabi Muhammad s.a.w, walaupun tidur tetapi hatinya tetap ingat kepada Allah Cintai Allah Rindui Rasul T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat : Part 7 ✅Solat Isyak agar insan dapat kembalikan hatinya setelah terlalai antara maghrib dan Isyak ✅dia tidur dalam keadaan hatinya ingat pada Allah ✅Seterusnya apabila dia bangkit dari tidur, ia kembali mengenang nikmat Allah mbolehkannya tidur ✅ dia juga memohon keampunan kepadanya kerana kelalaiannya. ✅Solat Subuh difardhukan untuk menampung kelalaiannya ketika tidur dan sebagai persediaan untuk hari baru dengan neng ingati Allah. Cintai Allah Rindui Rasul T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat: Part 8 ✅Maka fahamlah kita mengapa Allah berfirman :- إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي ✅Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan selain Ku, maka sembahlah akan Daku dan dirikan lah solat untuk mengingati Ku. ✅Mengingati Allah bukan sekadar ingatan dalam bentuk sebutan lidah dan perbuatan semata-mata ✅tetapi dengan melihat segala apa yang berlaku adalah milik Nya semata-mata iaitu lah inti Tauhid. والله ورسوله أعلم بالصواب Cintai Allah Rindui Rasul T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi ☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Solat : Part 9 : Penutup عَلـِمَ وُجُوْدَ الضَّعْفِ مِنْكَ فَقَلَّلَ أعْدَادَهَا وَعَلِمَ اِحْتِيَاجَكَ إلى فَضْلِهِ فَكَثِّرْ إمْدَادَهَا ✅Dia mengetahui kelemahan yang ada padamu maka Dia mengurangkan jumlahnya, juga kerana Dia mengetahui akan keberhajatanmu kepada kelebihannya maka dia menggandakan ganjarannya. ✅Insan dan sifat lemah berpisah tiada, kerana ia adalah sifat semulajadinya. ✅bagi mereka yang dikurniakan sedikit kefahaman tentang hakikat ini akan memahaminya ✅ia adalah rahsia ketuhanan yang tiada sayugia disebarkan melainkan kepada ahlinya. ✅Dalam hal ini Allah berfirman : يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنسَانُ ضَعِيفًا (28) ✅Sesungguhnya Allah menghendaki untuk memberikan keringanan kepada kamu dan Dia sengaja menciptakan insan itu dalam keadaan serba lemah. (An Nisa': 28) ✅Sesungguhnya makrifat kepada Allah itu berada di antara tasbih dan tanzih, dalam tanzih ada tasbih dan dalam tasbih ada tanzih. ✅Tanpa kelemahan ini tiada akan ada segala yang ada dan tiada mengenal kita akan bau syariat Nya Cintai Allah Rindui Rasul T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi

No comments: