17 November 2019

Fiqh Islam

Ini adalah siri utama Fiqh Islam (suatu disiplin kajian Islam) Bidang-bidang: Ekonomi Perbankan_Islam Riba Murabahah Takaful Sukuk Zakat Baitul Mal Jizyah Khums Nisab Sadaqah Wakaf Faraid Politik Baiat Khalifah Khilafah Daulah Islamiyah Al-Liwa’ & Ar-Rayah Pilihanraya Zimmi Perkahwinan Peminangan Mahar Akad nikah Walimatulurus Nikah mut'ah Perceraian Poligami Seks Jenayat Hudud Zina Rejam Hirabah Bughat Qisas Takzir Diyat Adab Akhlak Pakaian Jilbab Hijab Niqab Adab dalam Keluarga Pengebumian Islam Assalamualaikum Insya Allah Selawat Mahram Ibadat Baligh Solat Azan dan Iqamat Rakaat Kiblat Waktu solat Rukun solat Solat fardu Solat subuh Solat zohor Solat asar Solat maghrib Solat isyak Solat Jumaat Khutbah Jumaat Solat sunat Solat qada Solat jamak Solat qasar Puasa Haji Ihram Tawaf Umrah Kebersihan Taharah Bersugi Wuduk Mandi Mandi wajib Tayammum Istinjak Najis Makanan Sumber bahan Alkohol Arak Menyamak kulit Ketenteraan Jihad Perang Tawanan Perang Fiqah (Bahasa Arab: فقه‎) menurut bahasa bererti mengetahui dan memahamkan. Menurut istilah, ia adalah suatu ilmu yang menerangkan segala hukum syarak yang diambil dari al-Quran dan sunah Nabi Muhammad secara penelitian yang mendalam iaitu dengan jalan ijtihad dan istinbat. Ilmu-ilmu fiqah Ilmu Fiqah membahas bidang-bidang: Fiqah Ekonomi (Muamalat) Fiqah Politik Fiqah Perkahwinan (Munakahat) Fiqah Jenayah Fiqah Adab Fiqah Ibadat Fiqah Kebersihan Fiqah Ketenteraan Perkembangan Al-Zarqa membahagi perkembangan fiqah kepada 6 zaman iaitu sebagai berikut: Zaman Risalah - bermula sejak diutusnya Nabi Muhammad sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda (11H/632M) Zaman Khulafa al-Rasyidin - bermula sejak wafatnya Muhammad sehingga Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam (41H/661M) Zaman Awal Pertumbuhan - Masa ini dimulai pada pertengahan abad pertama sehingga ke awal abad ke-2 H. Zaman Keemasan - bermula awal abad ke-2 sehingga pertengahan abad ke-4 H. Zaman Tahrir, Takhrij dan Tarjih - dalam mazhab fiqah bermula dari pertengahan abad ke-4 sehngga pertengahan abad ke-7 H. Zaman Kemunduran - bermula dari pertengahan abad ke-7 H. sehingga munculnya Majalah al-Ahkam al- 'Adliyyah (Hukum Sivil Kerajaan Turki Usmani) (26 Sya'ban 1293) Mazhab Syafii Mazhab Syafii atau Mazhab Syafie (bahasa Arab: شافعية, Syāfi'īyaṯ) adalah mazhab fiqah yang dicetuskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali sebagai Imam Syafie. Mazhab ini kebanyakannya diikuti oleh para penduduk Muslim di Selatan Mesir, Barat Arab Saudi, Syria, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Filipina dan Pantai Koromandel di Malabar, Hadramaut (Yaman), serta Bahrain. Rukun Iman Allah • Kitab • Malaikat • Nabi Hari Akhirat • Qada dan Qadar Rukun Islam Syahadah • Solat • Puasa Zakat • Haji Kota Suci Makkah • Madinah Baitulmuqaddis Hari Raya Aidilfitri • Aidiladha Hukum Al-Quran • Sunnah • Hadis Sejarah Garis Masa Sejarah Islam Khulafa al-Rasyidin Khalifah • Khilafah Tokoh Islam Muhammad Ahlul Bait • Sahabat Nabi Mazhab Ahli Sunah Waljamaah Hanafi • Syafie Maliki • Hanbali Budaya Dan Masyarakat Akademik • Haiwan • Seni Takwim • Kanak-kanak Demografi • Perayaan Masjid • Dakwah • Falsafah Sains • Wanita • Politik Kritikan • Islamofobia Glosari Sejarah Pemikiran fiqah mazhab ini diawali oleh Imam Syafie, yang hidup di zaman pertentangan antara aliran ahli hadis (cenderung berpegang pada teks hadis) dan ahl al-ra'y (cenderung berpegang pada akal fikiran atau ijtihad). Beliau belajar dari Imam Malik sebagai tokoh ahli hadis, dan Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani sebagai tokoh ahl al-ra'y yang juga murid Imam Abu Hanifah. Imam Syafie kemudian merumuskan aliran atau mazhabnya sendiri, yang dapat dikatakan berada di antara kedua kelompok tersebut. Imam Syafii menolak Istihsan dari Imam Abu Hanifah mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik. Walau bagaimanapun, Mazhab Syafie menerima penggunaan qiyas secara lebih luas berbanding Imam Malik. Meskipun berbeza dari kedua mazhab tersebut, keunggulan Imam Syafii sebagai ulama fiqah, Usul al-Fiqh, dan hadis di zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh ramai ulama yang hidup sezaman dengannya. Asas-asas Dasar-dasar Mazhab Syafii dapat dilihat dalam kitab Usul al-Fiqh Ar-Risalah dan kitab fiqah al-Umm. Di dalam buku-buku tersebut Imam Syafii menjelaskan kerangka dan prinsip mazhabnya serta beberapa contoh merumuskan hukum far'iyyah (yang bersifat cabang). Asas-asas mazhab yang pokok, ialah berpegang pada: Al-Quran, tafsir secara lahiriah, jika tidak ada yang menegaskan bahawa yang dimaksud bukan erti lahiriahnya. Imam Syafii pertama sekali selalu mencari alasannya dari Al-Quran dalam menetapkan hukum Islam. Sunah dari Rasulullah SAW kemudian digunakan jika tidak ditemui rujukan dari Al-Quran. Imam Syafii sangat kuat pembelaannya terhadap sunnah sehingga dijuluki Nashir As-Sunnah (pembela Sunnah Nabi). Ijmak para Sahabat Nabi, yang tak diketahui ada perselisihan tentang itu. Ijma' yang diterima Imam Syafii sebagai landasan hukum adalah ijma' para sahabat, bukan kesepakatan seluruh mujtahid pada masa tertentu terhadap suatu hukum; kerana menurutnya hal seperti ini tidak mungkin terjadi. Kias yang dalam Ar-Risalah disebut sebagai ijtihad, apabila dalam ijma' tidak juga ditemukan hukumnya. Akan tetapi Imam Syafii menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam. Qaul Qadim dan Qaul Jadid Sunting Imam Syafii pada awalnya pernah tinggal menetap di Baghdad. Selama ia tinggal di sana, ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya, yang biasa disebut dengan istilah Qaul Qadim (pendapat yang lama). Ketika kemudian Imam Syafii pindah ke Mesir kerena munculnya aliran Mu’tazilah yang telah berhasil mempengaruhi kekhalifahan, ia melihat kenyataan dan masalah yang berbeda dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. Ia kemudian mengeluarkan ijtihad-ijtihad baru yang berbeda, atau yang biasa disebut dengan istilah Qaul Jadid (pendapat yang baru). Imam Syafii berpendapat bahwa qaul jadid tidak berarti menghapus qaul qadim. Jika terdapat kondisi yang cocok baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka dapat digunakan salah satunya. Dengan demikian, kedua qaul tersebut sampai sekarang masih tetap dianggap berlaku oleh para pemegang Mazhab Syafii. Penyebaran Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeza dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. Pokok fikiran dan prinsip dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya. Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir, yang menyebarkan dan mengembangkan Mazhab Syafii pada awalnya adalah: Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. 846) Abi Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 878) Ar-Rabi bin Sulaiman al-Marawi (w. 884) Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama hadis terkemuka dan pendiri fiqah Mazhab Hanbali, juga pernah belajar Imam Syafii. Selain itu, masih banyak ulama-ulama yang terkemudian yang mengikuti dan turut menyebarkan Mazhab Syafii, antara lain: Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari Imam Bukhari Imam Muslim Imam Nasa'i Imam Baihaqi Imam Turmudzi Imam Ibnu Majah Imam Tabari Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Imam Abu Daud Imam Nawawi Imam As-Suyuti Imam Ibnu Katsir Imam Dhahabi Imam Al-Hakim Peninggalan Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lain-lain, di mana berbagai-bagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para penyokong mazhab ini. Kerana metodologi yang sistematik dan tinggi tingkat ketelitian yang dituntut oleh Mazhab Syafii, terdapat banyak ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi penyokong setia mazhab ini. Di antara mereka bahkan ada pula yang menjadi pakar terhadap keseluruhan mazhab-mazhab Ahli Sunah Waljamaah di bidang mereka masing-masing. Tambahan lagi, Mazhab Syafii diperkirakan diikuti oleh 28% umat Islam seluruh dunia, dan merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi. Lihat pula Rujukan Abu Zahrah, Muhammad, Imam Syafi'i: Biografi dan Pemikirannya dalam Masalah Akidah, Politik & Fiqih, Penerjamah: Abdul Syukur dan Ahmad Rivai Uthman, Penyunting: Ahmad Hamid Alatas, Cet.2 (Jakarta: Lentera, 2005). Al-Qaththan, Syaikh Manna', Pengantar Studi Ilmu Al-Qur'an, Penerjemah: H. Aunur Rafiq El-Mazni, Lc., MA., Penyunting: Abduh Zulfidar Akaha, Lc., Cet.1 (Jakarta: Pustaka Al-Kautsar, 2006). Yatim, Badri, Sejarah Peradaban Islam, Ed.1, Cet.12 (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 2001). Imam Muslim, Terjemah Hadits Shahih Muslim, Penerjemah: Ahmad Sunarto (Bandung: Penerbit "Husaini" Bandung, 2002). Al Imam Al Bukhari, Terjemah Hadits Shahih Bukhari, Penerjemah: Umairul Ahbab Baiquni dan Ahmad Sunarto (Bandung: Penerbit "Husaini" Bandung, tanpa tahun). Pautan luar Sunting Melacak akar sejarah Isfun dan Islib, oleh Nadirsyah Hosen, artikel di Pustaka Online Media Isnet Ringkasan aqidah dan manhaj Imam asy-Syafi'i, rencana di Milis-Muslim Penjelasan Mazhab, oleh Ust. H. Ahmad Sarwat, Lc, artikel di Eramuslim Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam Last edited 20 days ago by MrPutra02 RENCANA BERKAITAN Mazhab Mazhab Maliki Muhammad bin Idris al-Syafii

No comments: