11 November 2019

Sebuah penjajahan

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN: LUKA PENJAJAHAN YANG PERLU DIINGATI Part 1: Apabila membicarakan tentang kemerdekaan Malaysia, kebanyakkan penyampaiannya hanya berkisar kepada satu sudut pentarikhan dan peristiwa sejarah serta pengalaman bekas perajurit yang menentang pengganas Komunis di hutan belantara semata-mata, sedangkan pelbagai kisah dan pengajaran lain boleh didedahkan untuk tatapan generasi pada hari ini. Sekiranya dilihat dari sudut pandang yang lebih luas, sememangnya tindakan penulis lain atau ahli akademik yang memperihalkan kemerdekaan Malaysia dengan corak penulisan yang bersifat satu sudut pandang sahaja telah berjaya menginstitusikan ilmu sejarah dan patriotisme dalam kalangan minda dan jiwa masyarakat. Namun adalah lebih baik sekiranya setiap generasi itu tahu bahawa bumi yang bertuah bernama ‘Malaysia”, ini telah dijajah dan dijarah oleh pelbagai kuasa asing sejak berabad lamanya. Oleh itu, penulisan ini merupakan ringkasan keseluruhan bait-bait penjajahan negara Malaysia yang telah bermula seawal 1511 lagi apabila tumbangnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu berjaya mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957 seterusnya kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Sekiranya dihitung hampir 452 tahun bumi bertuah bernama Malaysia ini telah dijajah oleh kuasa asing. Justeru itu, bersempena Sambutan hari Kemerdekaan negara yang ke 62 tahun, Kitab Sejarah Malaya menyediakan sedikit buah fikiran dan coretan ringkas kepada anak bangsa mengenai derita luka penjajahan yang telah dialami oleh negara Malaysia. Harapannya, supaya tidak ada anak bangsa yang leka dan dituduh buta sejarah atau tidak tahu menghargai erti sebenar kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini. PENJAJAHAN PORTUGIS 1511-1641 (130 tahun) Sedar atau pun tidak, bumi bertuah Malaysia ini sudah mula merasai bahang penjajahan daripada kuasa luar bermula daripada peristiwa penaklukan kuasa Portugis keatas Kesultanan Melayu Melaka (KMM) pada 24 Ogos 1511. Penjajahan kuasa Eropah terhadap jajahan takluknya adalah merupakan kesinambungan daripada semangat zaman penemuan dan penjelajahan yang berdasarkan keinginan untuk mendapatkan 3 G (Gold, Glory & Gospel). Bagi kuasa Portugis pula semangat ini digelar sebagai os descobrimentos. Boleh diakui denyut nadi peradaban negara Malaysia bermula dengan tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka malah ianya berjaya meluas sehingga ke kerajaan-kerajaan awal yang lain di Asia Tenggara bahkan sehingga ke Asia Timur. Tinggalan Kesultanan Melayu Melaka itu sehingga hari ini masih segar mengalir didalam negara Malaysia kerana Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas kepada pembentukan bangsa dan negara Malaysia. Kesultanan Melayu Melaka dikatakan wujud sekitar tahun 1223 / 1262 / 1400 yang telah mewujudkan pelbagai teori akan kewujudannya akibat daripada silang maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber pentarikhan yang terdapat daripada pertentangan sumber China, Portugis dan Belanda. Walau bagaimanapun, artikel ini bukan untuk membicarakan perbezaaan teori kewujudan Kesultanan ini namun kita perlu akui bahawa sememangnya Kesultanan Melayu Melaka ini sememangnya wujud. Tome Pires dalam karyanya “The Suma Oriental of Tome Pires”, telah meletakkan “Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice”. Ringkasnya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ini menyebakan kuasa Eropah iaitu Portugis tertarik menakluk Melaka. Angkatan Tentera Portugis diketuai oleh Alfonso de Albuquerque berjaya mengalahkan angkatan tentera Sultan Mahmud Syah pada 24 Ogos 1511 dan maka dengan itu bermulalah perompakan dan penjarahan peradaban negara Malaysia dibawah kuasa Portugis. PENJAJAHAN BELANDA 1641- 1824 (183 tahun) Kekalahan kuasa Portugis dibawah kuasa Belanda pada 14 Januari 1641 merupakan suatu kesinambungan detik berdarah bagi peradaban Malaysia kearah memerdekakan diri dari kekuasaan pihak luar. 🌷T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi Part 2: Hal ini kerana, kuasa Portugis ini dapat ditewaskan oleh kuasa Belanda akibat daripada kerjasama daripada Kesultanan Johor yang pada ketika itu membantu Belanda melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka. Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah kawasan laluan strategik perdagangan terutamanya rempah ratus telah menjadikan misi menakluk Melaka adalah suatu keperluan bagi mengawal laluan perdagangan. Malangnya, penjajahan Belanda di Melaka telah merundumkan pelabuhan Melaka yang sebelumnya lebih bersifat free trade dan mesra pedagang bertukar kepada sistem monopoli penuh oleh kuasa Belanda menjadikan pedagang lebih beralih ke kawasan pelabuhan Kesultanan Aceh dan Kesultanan Johor-Riau. Selain itu, pada masa sama kuasa Belanda lebih mengutamakan pembangunan pusat kuasa mereka di Batavia (Jakarta, Indonesia) pada hari kerana mereka tidak berminat dengan pembangunan Melaka pada ketika itu. Walau bagaimanapun, kuasa Belanda cerdik dalam dasar diplomasi dengan kerajaan Melayu yang lain apabila dilihat Kesultanan Johor-Riau berpandangan hanya kuasa Belanda sahaja yang berhak menguasai Melaka bukannya kuasa Eropah yang lain. Kekuasaan Belanda ke atas Melaka berterusan sehinggalah kekalahan Belanda dalam Perang Napolean pada Ogos 1795. Pada ketika itu, Melaka telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan ianya diperkukuhkan lagi didalam Perjanjian Viena 1818. Kemudiannya, dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 maka secara rasminya tamatlah tuntutan Belanda ke atas Melaka dan kawasan Semenanjung Tanah Melayu yang lain dengan kuasa British. Kesannya, kedua-dua kuasa ini telah membahagikan kawasan tanah jajahan iaitu Keseluruhan Tanah Melayu adalah milik British manakala seluruh kawasan Kepulauan Sumatera adalah milik Belanda. PENJAJAHAN SIAM 1826-1909 KE ATAS NEGERI MELAYU UTARA (Kedah, Kelantan, Terengganu) 88 tahun Penjajahan Siam ke atas Negeri Melayu Utara sangat jarang diperkatakan kepada umum dan tidak dicatatkan dalam Buku Teks Sejarah sekolah walaupun pada kenyataannya penjajahan Siam merupakan satu episod hitam yang benar-benar berlaku. Sebenarnya penjajahan Siam khususnya Kedah sebenarnya bermula lebih awal daripada tarikh 1826 kerana lima tahun sebelum Perjanjian Burney ditandatangani, Siam yang diwakili Ligor telah menyerang dan menakluki Kedah secara total pada tanggal 12 November 1821. Penaklukan Siam ini lebih dikenali sebagai Perang Musuh Bisik. Terdapat dua kali serangan berskala besar telah dilakukan oleh orang Melayu Kedah pimpinan kerabat diraja Kedah iaitu pada 24 April 1831 pimpinan Tunku Zainal Abidin (Tunku Kudin) dan pada 3 Ogos 1838 pimpinan Tunku Muhammad Saad dengan bantuan orang-orang Melayu dari Sumatera, Riau, Rembau, Selangor, Perak, Pahang, Kelantan, dan Terengganu bagi membebaskan Kedah daripada cengkaman Siam dan memulihkan semula takhta Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang terpaksa berlindung di Melaka melalui suaka politik British. Sayangnya akibat daripada pengkhianatan pihak British yang membantu menyalurkan senjata api moden kepada pihak Siam-Ligor dan mengepung perairan Kedah menggunakan kapal-kapal api yang moden, akhirnya kedua-dua serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pihak Siam. Sehingga Jun 1842, Kedah tidak memiliki Sultan dan pemerintahannya dikepalai oleh Raja Ligor Nakhorn Sri Tammharat yang menempatkan dua orang puteranya sebagai wakil Gabenor Kedah. Selama 21 tahun Kedah telah diperintah oleh Ligor bagi pihak Siam secara langsung, penduduk Kedah yang majoritinya adalah orang Melayu telah turun dengan mendadak dari 200,000 orang sebelum tahun 1821 kepada 60,000 orang sahaja pada tahun 1842. Setelah melalui peperangan yang berpanjangan, sengit, dan melelahkan, akhirnya Siam telah menerima permintaan wakil Kedah iaitu Tunku Dai (kelak menjadi Sultan Zainal Rashid) putera bongsu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang dihantar ke Bangkok bagi menghadap Raja Rama III. Sayangnya, wilayah Perlis dan Setul telah dipisahkan daripada Kedah oleh Siam sebagai salah satu syarat pemulihan takhta Kedah. 🌷 T.me/bahtera2020tazkirahm Part 2: Hal ini kerana, kuasa Portugis ini dapat ditewaskan oleh kuasa Belanda akibat daripada kerjasama daripada Kesultanan Johor yang pada ketika itu membantu Belanda melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka. Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah kawasan laluan strategik perdagangan terutamanya rempah ratus telah menjadikan misi menakluk Melaka adalah suatu keperluan bagi mengawal laluan perdagangan. Malangnya, penjajahan Belanda di Melaka telah merundumkan pelabuhan Melaka yang sebelumnya lebih bersifat free trade dan mesra pedagang bertukar kepada sistem monopoli penuh oleh kuasa Belanda menjadikan pedagang lebih beralih ke kawasan pelabuhan Kesultanan Aceh dan Kesultanan Johor-Riau. Selain itu, pada masa sama kuasa Belanda lebih mengutamakan pembangunan pusat kuasa mereka di Batavia (Jakarta, Indonesia) pada hari kerana mereka tidak berminat dengan pembangunan Melaka pada ketika itu. Walau bagaimanapun, kuasa Belanda cerdik dalam dasar diplomasi dengan kerajaan Melayu yang lain apabila dilihat Kesultanan Johor-Riau berpandangan hanya kuasa Belanda sahaja yang berhak menguasai Melaka bukannya kuasa Eropah yang lain. Kekuasaan Belanda ke atas Melaka berterusan sehinggalah kekalahan Belanda dalam Perang Napolean pada Ogos 1795. Pada ketika itu, Melaka telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan ianya diperkukuhkan lagi didalam Perjanjian Viena 1818. Kemudiannya, dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 maka secara rasminya tamatlah tuntutan Belanda ke atas Melaka dan kawasan Semenanjung Tanah Melayu yang lain dengan kuasa British. Kesannya, kedua-dua kuasa ini telah membahagikan kawasan tanah jajahan iaitu Keseluruhan Tanah Melayu adalah milik British manakala seluruh kawasan Kepulauan Sumatera adalah milik Belanda. PENJAJAHAN SIAM 1826-1909 KE ATAS NEGERI MELAYU UTARA (Kedah, Kelantan, Terengganu) 88 tahun Penjajahan Siam ke atas Negeri Melayu Utara sangat jarang diperkatakan kepada umum dan tidak dicatatkan dalam Buku Teks Sejarah sekolah walaupun pada kenyataannya penjajahan Siam merupakan satu episod hitam yang benar-benar berlaku. Sebenarnya penjajahan Siam khususnya Kedah sebenarnya bermula lebih awal daripada tarikh 1826 kerana lima tahun sebelum Perjanjian Burney ditandatangani, Siam yang diwakili Ligor telah menyerang dan menakluki Kedah secara total pada tanggal 12 November 1821. Penaklukan Siam ini lebih dikenali sebagai Perang Musuh Bisik. Terdapat dua kali serangan berskala besar telah dilakukan oleh orang Melayu Kedah pimpinan kerabat diraja Kedah iaitu pada 24 April 1831 pimpinan Tunku Zainal Abidin (Tunku Kudin) dan pada 3 Ogos 1838 pimpinan Tunku Muhammad Saad dengan bantuan orang-orang Melayu dari Sumatera, Riau, Rembau, Selangor, Perak, Pahang, Kelantan, dan Terengganu bagi membebaskan Kedah daripada cengkaman Siam dan memulihkan semula takhta Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang terpaksa berlindung di Melaka melalui suaka politik British. Sayangnya akibat daripada pengkhianatan pihak British yang membantu menyalurkan senjata api moden kepada pihak Siam-Ligor dan mengepung perairan Kedah menggunakan kapal-kapal api yang moden, akhirnya kedua-dua serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pihak Siam. Sehingga Jun 1842, Kedah tidak memiliki Sultan dan pemerintahannya dikepalai oleh Raja Ligor Nakhorn Sri Tammharat yang menempatkan dua orang puteranya sebagai wakil Gabenor Kedah. Selama 21 tahun Kedah telah diperintah oleh Ligor bagi pihak Siam secara langsung, penduduk Kedah yang majoritinya adalah orang Melayu telah turun dengan mendadak dari 200,000 orang sebelum tahun 1821 kepada 60,000 orang sahaja pada tahun 1842. Setelah melalui peperangan yang berpanjangan, sengit, dan melelahkan, akhirnya Siam telah menerima permintaan wakil Kedah iaitu Tunku Dai (kelak menjadi Sultan Zainal Rashid) putera bongsu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang dihantar ke Bangkok bagi menghadap Raja Rama III. Sayangnya, wilayah Perlis dan Setul telah dipisahkan daripada Kedah oleh Siam sebagai salah satu syarat pemulihan takhta Kedah. 🌷 T.me/bahtera2020tazkirahm Part 3: Perlis telah diberikan pemerintahan sendiri oleh Siam kepada keturunan Syed Jamalullai yang lebih pro-Siam, manakala Setul pula telah diletakkan sebagai wilayah tadbir Siam secara langsung selepas Ku Din Ku Meh yang merupakan wakil Sultan Kedah di Setul (tetapi kemudiannya mengkhianati Sultan Kedah apabila memisahkan pentadbiran Setul daripada bidang kuasa Kedah sebaliknya beliau telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai Raja Setul yang tertakluk kepada bidang kuasa Bangkok secara terus) telah dipencenkan daripada jawatannya oleh Siam. Walaupun takhta Kedah telah dipulihkan tetapi Kedah masih lagi tertakluk di bawah naungan Siam bersama-sama Negeri Melayu Utara lain seperti Kelantan dan Terengganu berdasarksn Perjanjian Burney 1826 antara Kapten Henry Burney yang mewakili British dengan kerajaan Siam yang menyatakan pengiktirafan British terhadap ketuanan Siam ke atas Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Penjajahan Siam akhirnya hanya benar-benar tamat pada 9 Julai 1909 yang diratifikasikan melalui Perjanjian Bangkok apabila Siam sudi mengalihkan naungannya ke atas Negeri Melayu Utara kepada pihak British. Walau bagaimanapun, wilayah Setul milik Kedah dan Pattani yang merupakan salah sebuah negeri Melayu paling utara di Pantai Timur tetap kekal menjadi milik Siam. PENJAJAHAN BRITISH 1786-1957 (Persekutuan Tanah Melayu 171 TAHUN) / 1764-1963 (Sabah 199 TAHUN) / 1841-1963 (Sarawak 122 TAHUN) Perluasan kuasa British di Malaysia bermula seawal tahun 1786 lagi apabila Francis Light berjaya mendapatkan Pulau Pinang dari Sultan Kedah dan kemudiannya Seberang Perai. Bagi kawasan-kawasan lain yang berada di Tanah Melayu British berjaya mendapatkannya melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Perjanjian Bangkok 1909 bagi Negeri-Negeri Melayu Utara. Boleh diringkaskan pada ketika itu keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura pada ketika itu merupakan milik dominan kuasa British. Berbeza pula bagi negeri Sabah pihak British menyedari Sabah pada mulanya telah dikuasai oleh 4 entiti pemerintahan yang berbeza iaitu Sultan Brunei di Pantai Barat Sabah, Sultan Sulu di Pantai Timur Sabah, kawasan pendalaman Sabah diketuai oleh Pemimpin Tempatan dan Kesultanan Bulungan di kawasan Kalimantan Utara dan sebahagian kawasan Tawau. Sekiranya, hendak ditelusuri satu demi satu kawasan yang berjaya dijajah oleh pihak British melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBUB) terlalu banyak perjanjian yang perlu dipaparkan sama ada dengan pemimpin setempat dan kuasa Eropah yang lain yang telah ditandatangani oleh SBBUB. Namun ringkasnya, perluasan kuasa SBBUB di Sabah bermula seawal tahun 1764 sehinggalah Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1941. Kemudian dijajah dan diserahkan semula kepada Kuasa British sehingga pembentukan Malaysia 1963 dibentuk. Nasib bumi Sarawak sama seperti di Sabah, apabila ianya telah dijajah oleh Dinasti Brooke yang merupakan kroni utama British. Hakikatnya bumi Sarawak telah dijajah hampir 100 tahun oleh Dinasti Brooke bermula pada tahun 1841-1941 dan kemudiannya turut diserahkan kepada pihak British sehinggalah pembentukan Malaysia dibentuk pada tahun 1963 barulah Sabah dan Sarawak memperoleh kemerdekaannya. Hakikatnya, Sarawak merupakan bumi bertuah kerana kaya dengan hasil mahsulnya namun sayangnya telah dijarah oleh kuasa asing dengan rakusnya begitu lama sehingga tahun 1963. PENJAJAHAN JEPUN 1941-1945 (4 TAHUN) Peristiwa kemusnahan Pangkalan Tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 merupakan detik utama penglibatan kuasa Jepun dalam Perang Dunia Kedua bersama-sama kuasa Axis yang lain iaitu Jerman dibawah kuasa Adolf Hitler dan Itali di bawah Benito Mussolini. Akibat serangan ini Amerika syarikat juga secara tidak langsung telah terlibat dalam kancah Perang Dunia Kedua seterusnya melakukan kempen ketenteraan melawan kuasa Jepun di Asia dan Kepulauan Pasifik. 🌷T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi Part 4: Menariknya, detik ini juga merupakan kesinambungan penjajahan Kuasa Jepun di seluruh kawasan Asia sehingga Kepulauan Pasifik. Semasa pendarata Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, Jepun tidak mendapat tentangan hebat oleh askar-askar British malah pada masa tersebut pihak British lebih menumpukan pertahanan ketenteraan mereka di kota London akibat dibantai oleh Tentera Nazi milik Adolf Hitler. Kesannya, Kuasa Jepun secara rasmi telah mendarat di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 melalui Singgora dan Patani, Thailand serta Kota Bharu, Kelantan dan serangan melalui darat, udara dan laut telah mempercepatkan kemaraan tentera Jepun. Kejatuhan kubu pertahanan terakhir milik British di Singapura pada 15 Februari 1942 telah menjadikan secara rasminnya keseluruhan jajahan takluk milik British di Tanah Melayu dikuasai oleh kuasa Jepun. Begitu juga bumi Malaysia di Borneo Utara dan Sarawak kemaraan askar Jepun langsung tidak menerima tentangan oleh askar milik SBBUB dan Dinasti Brooke malah kebanyakkan pertahanan mereka hanya dikawal oleh askar-askar upahan sahaja. Keseluruhan Borneo Utara jatuh ke tangan Jepun pada tanggal 16 Mei 1942 manakala di Sarawak pada 16 Disember 1941 dengan Jepun mensasarkan pendaratan di sumber minyak Sarawak iaitu di Miri seterusnya di Bandar Kuching, Sarawak. PEMBENTUKAN MALAYSIA 1961-1963 (3 TAHUN) Tanggal 27 Mei 1961 di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara merupakan detik keramat yang diungkapkan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu untuk mewujudkan satu bentuk gabungan sebuah negara merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak ke dalam sebuah negara. Rentetan daripada idea ini pelbagai siri dan proses telah dilalui bagi melaksanakan penyatuan 4 wilayah geopolitik yang berbeza ke dalam sebuah negara yang sama. Pada ketika itu, Borneo Utara dan Sarawak masih belum merdeka dan diletakkan dibawah status kekuasaan pihak British manakala penyertaan dalam Malaysia dapat membebaskan cengkaman kekuasaan British disana dan mempercepatkan tuntutan kemerdekaan mereka. Hal ini kerana selepas Perang Dunia Kedua tamat Borneo Utara dan Sarawak telah diserahkan kepada kekuasaan pihak British. Persekutuan Tanah Melayu pula pada ketika itu sudah merdeka manakala Singapura masih dikuasai oleh pihak British. Ringkasnya, pada 16 September 1963, pemasyuran penubuhan sebuah negara bernama Malaysia melibatkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah dibentuk. Kemudian pada tahun 1965, Singapura pula telah disingkirkan daripada Persekutuan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu YM Tunku Abdul Rahman akibat keengganan kerajaan Singapura untuk menghormati semangat Persekutuan lalu terpaksa mengisytiharkan mereka keluar daripada Malaysia dan membentuk negara mereka sendiri. Termaktubnya Perjanjian Malaysia 1963 secara tidak langsung telah melahirkan kemerdekaan kepada anak bangsa di bumi Sabah dan Sarawak daripada kuasa British dan terus kekal makmur di dalam Malaysia sehingga hari ini. 🌷T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi Part 5: PENUTUP Kesimpulannya, bait-bait kemerdekaan yang kita perolehi bukanlah suatu yang mudah dan murah kerana telah terlalu banyak darah dan keringat generasi terdahulu telah terkorban demi mencari dan menjaga erti sebuah kemerdekaan. Walaupun diakui terdapat pelbagai rintangan dan badai yang berupaya menggugat kemerdekaan negara seperti peristiwa Insurgensi yang telah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya sekitar 1957-1989, peristiwa “Ganyang Malaysia 1963”, oleh Indonesia bahkan baru-baru ini negara dikejutkan pula dengan peristiwa pencerobohan kawasan Pantai Timur Sabah oleh Pasukan Bersenjata Kesultanan Sulu dan lain-lain lagi negara Malaysia masih utuh dan berdaulat sehingga kini. Nikmat yang kita kecapi ini haruslah dipertahankan oleh generasi pada hari ini kerana ianya merupakan amanah dan tanggungjawab yang telah ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Sedarlah bangsa dan generasiku bahawa kemerdekaan yang kita perolehi pada hari ini bukanlah dibentuk dalam tempoh masa yang singkat namun ianya telah memakan masa selama 452 tahun untuk kita nikmati dan kecapi. Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62. Dirgahayu Negaraku!!! Sekian, Wallahu’Alam Bissawab RUJUKAN Abdullah Zakaria Ghazali. 2004. Kesultanan Melaka, 1400-1511: Menjejaki Hubungan Sejarah di Antara Melaka dengan Rokan, Inderagiri, Kampar dan Siak Pada Kurun Ke-15 dan Ke-16. Purba, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia. Bil.23. Andaya. B.W dan Andaya. L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Macmillan Publisher: Petaling Jaya. Nurliana Suhaini dan Aimi Khairunnisa. 2016. Konfrontasi Malaysia Dan Indonesia: Penyelesaian Melalui Pendekatan Malaysia. Malaysian Journal Of Social Science. Jil. 1. Hlm. 74-94. Paul H. Kratoska. 1998. The Japanese Occupation Of Malaya 1941-1945: A Social and Economic History. Australia: allen & Unwin. Roff, W.R. 1967. The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Runciman, S. 1960. The White Rajahs: A History of Sarawak from 1840 to 1946. London: Cambridge University Press. Penulis: Hafiz Ruslan Editor: Mohamad Hafez Mohamad Ripin 🌷T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi

No comments: