11 November 2019

Ibadah Qurban

BICARAHATI IBADAH QURBAN🌷 Allahumma Ya Rahman ya Rahim, rahmati dan restuilah kehidupan kami umat di akhir zaman. Kami bersyukur kepadaMu masih memilih kami atas landasan Islam, Iman dan Ihsan dan mengizinkan kami menunaikan dan menghayati ibadah quran semperna hari raya aidil adha ini. Ya Zohir Ya Haq, zahirkanlah kepada kami rahsiaMu disebalik ibadah Qurban ini. Allahumma Ya Mumit, yang maha menyembelih dan mematikan, sebagaimana Engkau menyembelih dan mematikan binatang qurban ini buat kami dan seluruh umat di akhir zaman ini sebagai ibadah qurban kami, sembelihkan, matikan dan putuskan juga kecintaan dan rasa ketamakan kami kepada dunia yang hina yang sentiasa menghalang kami dan membuat kami lalai untuk mendekatkan diri kepadaMu Ya Rabbi. Allahumma Ya Qoreeb, tariklah roh kami dan seluruh umat di akhir zaman ini dekat denganMu utk kami bersunyi sunyian denganMu di pagi2 hari dan berkorban utk agamaMu di siang hari. Allahumma Ya Baathin, hilangkanlah wajah2 makhluq pada cermin hati kami dan dan Ya Zohir Ya Haq, zahirkanlah wajahMu Allah, iaitu Nama, Sifat dan perbuatanMu pada cermin hati kami agar kami tidak mempersekutukanMu dengan sesuatu dan dapatlah kami sentiasa memuji2Mu Ya Hameed yang Maha Terpuji, membesar2kanMu Ya Kabir Ya Mutakabbir yang Maha Besar dan memiliki segala kebesaran di alam buana ini, meninggi2kanMu Ya ‘Aliy Ya Muta’ali yang selayakkan ditingg2ikan dan mengagong2kanMu Ya Adzim yang Maha Agong sebagai Rabb sekalian alam. Allahumma Ya Zohir Ya Haq, zahirkan juga pengorbanan NabiMu Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as dan Siti hajar ra. Dalam perjuangan agamaMu agar kami dapat mengikut contoh mereka dalam kehidupan di dunia ini. Engkau menzahirkan bahawa Nabi Ibrahim itu sangat kuat kecintaan kepadaMu ya Waduud sehingga ketikamana Engkau mengarahkan baginda meninggalkan keluarganya di padang pasir yang kering kontang dan tiada orang, baginda mentaati perintahMu tanpa soal dan tanpa bantah, kerana yakinnya baginda kepada kekuasaanMu dalam menolong hamba2Mu yang berjuang di jalan agamaMu. Maka, dengan kekuatan cinta dan penyerahan kepadaMu Ya Waduud, Ya Waaliy ya Wakil Ya Baari’, pemilik cinta dan pengurus, pentadbir dan pengatur segala urusan hamba2Mu di alam ini, maka Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Kareem menghadiahkan air zamzam yang mengalir sehingga kesaat ini tidak pernah berhenti dengan begitu banyak sekali diatas pengorbanan, kepasrahan dan pergantungan sempurna hamba2Mu kepadaMu. Maka, sebagaimana Engkau Ya Waduud, Ya Waaliy ya Wakil Ya Baari’ mengurniakan kekuatan cintaMu kepada jiwa Nabi Ibrahim as dan kekuatan penyerahan dan pergantungan kepadaMu, maka, kurniakan juga kami dan seluruh umat di akhir zaman ini rasa cinta dan rasa penyerahan, kepasrahan dan kebergantungan kepadaMu yang sempurna kepada jiwa kami sehingga kami tidak ragu2 lagi dengan kekuasaanMu Ya Rabbi. Allahumma Ya Zohir Ya Haq, Engkau juga menzahirkan kekuatan cinta dan pengorbanan Nabi Ismail as terhadapMu dimana ketika baginda diarahkan olehMu utk disembelih, baginda tetap tunduk dan taat kepadaMu dengan daya ketundukan dan ketaatan dariMu jua Ya Qohhar Ya Sami’ ya Baaqi ya Quddus. Oleh itu Ya Allah Ya Qohhar Ya Sami’ ya Baaqi ya Quddus, sebagaimana Engkau mengurniakan kepada NabiMu Nabi Ismail as kekuatan ketundukan dan ketaatan sempurna kepadaMu, kurniakan daya ketundukan dan ketaatan itu juga buat kami hamba2Mu dan seluruh umat di akhir zaman ini yang Engkau amanahkan dengan tugas2 khalifah di akhir zaman ini agar kami dan seluruh umat di akhir zaman ini dapat bersegera melaksanakan segala perintah2Mu dan menjauhi larangan2Mu dan melaksanakan kerja dakwah dan amal makruf dan nahi mungkar bagi memimpin ummat di atas jalanMu yang lurus Ya Haq. Allahumma Ya Zohir Ya Haq, Engkau juga menzahirkan kekuatan cinta dan pengorbanan Siti Hajar ra. terhadapMu dimana Engkau Ya Aziz ya Qowiy ya Matin ya Waduud Ya Sobur Y a Ahad Ya Wahid Ya Somad mengurniakan daya keperkasaan, kekuatan, keteguhan, kecintaan dan kesabaran serta kebergantungan kepadaMu dimana ketika mana beliau menerima berita @bahtera2020tazkirahmotivasi*

No comments: