اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
PENGENALAN TAREKAT QADIRIYYAH WA NAQSHABANDIYYAH
TAREKAT QADIRIYYAH WA NAQSHABANDIYYAH:
LATAR BELAKANG DAN AMALAN
Oleh
Dr. Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak, KT
Pendahuluan
Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah merupakan sebuah tarekat yang masyhur dan mempunyai ramai pengikut di Nusantara, khususnya di Kepulauan Jawa. Di Malaysia, tarekat ini juga merupakan antara tarekat yang sudah terkenal dan mempunyai ramai pengikut selain daripada tarekat Ahmadiyyah dan Naqshabandiyyah Khalidiyyah. Kertas kerja ini akan menjelaskan beberapa perkara tentang tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah menyentuh pengenalan, sejarah pembentukan, perkembangan, silsilah, amalan asas dan juga tujuan pengamalan tarekat ini.
Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah
Tarekat Qadiriyyah merupakan sebuah tarekat yang dinisbahkan kepada Shaykh Muhyi al-Din Abu Muhammad `Abd al-Qadir ibn Abi Salih Zangi Dost al-Jilani yang dilahirkan di Jilan pada tahun 470 H. (1077 M.) dan meningal dunia di Baghdad pada tahun 561 H. (1166 M.).[1] Tarekat Naqshabandiyyah pula merupakan sebuah tarekat yang dinisbahkan kepada Shaykh Bahā’ al-Dīn, Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Sharīf al-Husaynial-Hasanī al-Uwaysī al- Bukhārī[2] yang dilahirkan di Bukhara, Turkestan, Asia Tengah pada tahun 717 H. (1317 M.) dan meninggal dunia pada tahun 791 H. (1388 M.) di Qasr `Ārifān, sebuah kampung di daerah tersebut.[3]
Manakala Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah pula merupakan satu aliran tarekat yang tergabung di dalamnya beberapa aliran tarekat sufiyyah khususnya tarekat Qadiriyyah dan Naqshabandiyyah yang menjadi unsur utama dalam pembentukan tarekat ini. Penggabungan tarekat ini dipercayai telah dilakukan oleh Shaykh Ahmad Khatib al-Sambasi (w. 1878 M) yang merupakan sufi dan shaykh ternama di Masjid al-Haram, Mekah al-Mukarramah, yang berasal daripada Indonesia dan menetap sampai akhir hayat beliau di Mekah.[4] Menurut keterangan Shaykh Ahmad Khatib sendiri, tarekat yang diamalkan dan dikembangkan oleh beliau itu adalah merupakan gabungan lima tarekat iaitu Qadiriyyah, Naqshabandiyyah, Anfasiyyah, Junaydiyyah dan Muwafaqah.[5] Walau bagaimanapun unsur Qadiriyyah dan Naqshabandiyyah merupakan unsur yang dominan dalam penggabungan tersebut dan ini kelihatan pada silsilah, zikir, khatam dan tawassul yang dilaksanakan dalam tarekat ini.
Dari sudut nisbah kerohanian, Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah merupakan gabungan dua nisbah iaitu nisbah `Alawiyyah (nisbah kepada kerohanian Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib k.w.j.) yang kemudiannya membentuk aliran sufiyyah dipelopori Shaykh Junayd al-Baghdadi, dan nisbah Siddiqiyyah (nisbah kepada kerohanian Sayyiduna Abu Bakr al-Siddiq r.a.) yang kemudiannya membentuk aliran malamatiyyah dipelopori oleh Shaykh Abu Yazid al-Bistami r.a. Ia adalah gabungan aliran suluk (mujahadah dan riyadah) yang menjadi asas perjalanan tarekat Qadiriyyah dan aliran jadhbah yang menjadi asas perjalanan tarekat Naqshabandiyyah. Hakikat ini terserlah antara lain pada bentuk zikir jahr Qadiriyyah yang memperlihatkan unsur keterbukaan dan kekuatan semangat serta hemah yang tinggi, dan bentuk zikir khafi Naqshabandiyyah yang memperlihatkan unsur sembunyi (tertutup), merasai kefaqiran dan kelemahan diri dan juga harapan yang tinggi.
Perkembangan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah Di Nusantara
Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah pada asalnya berpusat di Mekah al-Mukarramah di era kepimpinan Shaykh Ahmad Khatib. Ia kemudiannya didapati telah berkembangan dengan pesat di Asia Tenggara terutamanya di Kepulauan Jawa menerusi para khalifah Shaykh Ahmad Khatib. Antara khalifah Shaykh Ahmad Khatib yang ternama ialah Shaykh Abdul Karim al-Bantani yang menggantikan beliau sebagai murshid di Mekah, Shaykh Ahmad Talhah Kalisapu Ceribon yang menyebarkan tarekat ini di Jawa Barat, Shaykh Ahmad Hasbu yang menyebarkan tarekat ini di Madura dan lain-lain. Selain itu Shaykh Ahmad Khatib mempunyai beberapa orang khalifah lagi yang agak kurang berpengaruh berbanding tiga khalifah tersebut, antara mereka ialah Shaykh Muhammad Isma`il bin Abd. Rahim dari Bali, Shaykh Yasin dari Kedah, Shaykh Haji Ahmad Lampung dari Lampung dan Shaykh M. Ma`ruf bin Abdullah al-Khatib dari Palembang [6] Shaykh Nuruddin dari Filipina dan Shaykh Muhammad Sa`ad dari Sambas.[7]
Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan pengamal tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah yang masyhur, antaranya ialah kumpulan yang mengambil silsilah daripada Shaykh Ahmad Sahib al-Wafa Taj al-`Arifin (Abah Anom). Shaykh Taj al-`Arifin yang lebih dikenali sebagai Abah Anom ini telah mengambil tarekat daripada ayahnya sendiri iaitu Shaykh Abdullah al-Mubarak bin Nur Muhammad yang mengambilnya daripada Shaykh Talhah yang mengambilnya daripada Shaykh Ahmad Khatib al-Sambasi.
Tarekat pimpinan Abah Anom ini berpusat di Pondok Pesantren Suryalaya, Jawa Barat, Indonesia, yang merupakan antara yang terbesar di Jawa. Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyahpimpinan Abah Anom ini telah dibawa masuk dan dikembangkan oleh para wakil (khalifah) beliau di negara ini. Antara mereka ialah Ustaz Hj. Ali (1975) dari Singapura yang selalu berulang-alik ke Kedah, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain, Hj. Muhammad Said al-Attas (1977) yang menyebarkan tarekat ini di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Sabah dan beberapa negeri lain termasuklah Thailand, Ustaz Hj. Muhammad Trang Isa (1978) yang menyebarkan tarekat ini di Sarawak, Ustaz Hj. Muhammad Uthman bin Abdul Latif (1984) yang menyebarkan tarekat ini di Terengganu, Ustaz Hj. Muhd Zuki (1986) yang menyebarkan tarekat ini di Kedah, Ustaz Hj. Mansur (1996) dan Tun Hj. Sakaran Dandai (2005) yang menyebarkan tarekat ini di Sabah dan Ustaz Saifuddin (2005) yang menyebarkan tarekat ini di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Hasil dari penyebaran yang dilakukan oleh para wakil Abah Anom ini, jumlah pengamal Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah menjadi semakin bertambah dari semasa ke semasa dan pusat pengamalannya juga bertambah di seluruh tanah air. Antara pusat pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah di Malaysia sekarang ini ialah di Batu Caves (Kuala Lumpur), Lembah Kelang dan Bangi (Selangor), Nilai (Negeri Sembilan), Masjid Tanah (Melaka), Putrajaya, Kuala Nerang (Kedah), Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu), Kota Kinabalu, Tawau dan Sempoerna (Sabah), dan Kuching (Sarawak).
Selain itu antara kumpulan pengamal tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah yang masyhur di Malaysia ialah kumpulan yang terdapat di Johor iaitu yang mengambil silsilah daripada Shaykh Hasan Mustafa dan juga Shaykh Abu Naim (Sarang Buaya Semerah) yang kedua-duanya mengambil tarekat daripada Shaykh `Abd al-Karim Banten iaitu khalifah dan pengganti Shaykh Ahmad Khatib di Mekah dan Shaykh Sam`un ibn `Abd al-Karim. Begitu juga kumpulan yang mengambil silsilah daripada Shaykh Haji Siraj (Rengit, Batu Pahat) yang mengambil tarekat dari shaykh di Indonesia.[8] Sehingga kini terdapat puluhan tempat perhimpunan dan pengamalan tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah di negeri Johor dan sekitarnya.
Silsilah Perguruan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah
Dari segi silsilah tarekat, Shaykh Ahmad Khatib mengambil tarekat Qadiriyyah daripada Shaykh Shams al-Din yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad Murad yang mengambilnya daripada Shaykh `Abd al-Fattah yang mengambilnya daripada Shaykh `Uthman yang mengambilnya daripada Shaykh `Abd al-Rahim yang mengambilnya daripada Shaykh Abu Bakr yang mengambilnya daripada Shaykh Yahya yang mengambilnya daripada Shaykh Hisham al-Din yang mengambilnya daripada Shaykh Walyy al-Din yang mengambilnya daripada Shaykh Nur al-Din yang mengambilnya daripada Shaykh Sharf al-Din yang mengambilnya daripada Shaykh Shams al-Din yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad al-Hattak yang mengambilnya daripada Shaykh `Abd al-`Aziz yang mengambilnya daripada Shaykh `Abd al-Qadir al-Jilani.
Shaykh `Abd al-Qadir al-Jilani mengambil tarekat daripada Shaykh Abu Sa`id al-Mubarak ibn `Ali al-Makhzumi yang mengambilnya daripada Shaykh Abu al-Hasan `Ali ibn Yusuf al-Qirshi al-Hakari yang mengambilnya daripada Shaykh Abu al-Fadl `Abd al-Wahid al-Tamimi yang mengambilnya daripada Shaykh Abu Bakr Dilf al-Shibli yang mengambilnya daripada Shaykh Abu al-Qasim al-Junayd al-Baghdadi yang mengambilnya daripada Shaykh Sirr al-Saqati yang mengambilnya daripada Shaykh Ma`ruf al-Karkhi yang mengambilnya daripada Shaykh Abu al-Hasan `Ali ibn Musa al-Rida yang mengambilnya daripada Sayyiduna al-Imam Musa al-Kazim yang mengambilnya daripada Sayyiduna Ja`far al-Sadiq yang mengambilnya daripada Sayyiduna Muhammad al-Baqir yang mengambilnya daripada Sayyiduna Zayn al-`Abidin yang mengambilnya daripada Sayyiduna Husayn yang mengambilnya daripada Sayyiduna `Ali yang mengambilnya daripada Sayyiduna Muhammad s.a.w.[9]
Manakala silsilah tarekat Naqshabandiyyah pula, Shaykh Ahmad Khatib Sambas didapati tidak menyebutnya dalam karya beliau Fath al-`Arifin. Para pengkaji sejarah tarekat seperti Martin Van Bruinessen pula, tidak menemui maklumat yang dapat memberikan penjelasan mengenai perkara ini.[10] Walau bagaimanapun beberapa perguruan tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah di Jawa didapati memberikan maklumat mengenai perkara ini.
Berdasarkan karya yang diterbitkan oleh Yayasan Serba Bakti, Pondok Pesantren Suryalaya, Shaykh Ahmad Khatib didapati mengambil tarekat Naqshabandiyyah daripada Shaykh Khalid Hilmi yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad Jan al-Makki (Muhammad Mazhar al-Ahmadi) yang mengambilnya daripada Shaykh Ahmad Sa`id al-Ahmadi yang mengambilnya daripada Shaykh Abu Sa`id al-Ahmadi yang mengambilnya daripada Shaykh `Abd Allah al-Dahlawi yang mengambilnya daripada Shaykh Shams al-Din Habib Allah Jan Janan yang mengambilnya daripada Shaykh Nur Muhammad al-Badwani yang mengambilnya daripada Shaykh Sayf al-Din yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad Ma`sum al-Sirhindi yang mengambilnya daripada Shaykh Ahmad al-Faruqi al-Sirhindi yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad al-Baqi Billah yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad al-Khawajaki al-Amkani al-Samarqandi yang mengambilnya daripada Shaykh Darwish Muhammad al-Samarqandi yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad al-Zahid yang mengambilnya daripada Shaykh Nasiruddin `Abidullah al-Ahrar al-Samarqandi ibn Mahmud ibn Shihab al-Din yang mengambilnya daripada Shaykh Ya`qub al-Jarkhi yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad `Ala’ al-Din al-`Attar al-Bukhari al-Khawarizami yang mengambilnya daripada imam tarekat Naqshabandiyyah Shah Naqshaband al-Sayyid Baha’ al-Din Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Sharif al-Husaini al-Hasani al-Uwaisi al-Bukhari.
Shaykh Baha’ al-Din Shah Naqshaband mengambil tarekat daripada Shaykh Sayyid Amir Kulal yang mengambilnya daripada Shaykh Muhammad Baba al-Samasi yang mengambilnya daripada Shaykh `Ali al-Ramitani yang mengambilnya daripada Shaykh Mahmud al-Injir al-Faghnawi yang mengambilnya daripada Shaykh `Arif al-Riwakri yang mengambilnya daripada Shaykh `Abd al-Khaliq al-Ghujdawani yang mengambilnya daripada Shaykh Yusuf al-Hamadani yang mengambilnya daripada Shaykh Abu `Ali al-Farmadi yang mengambilnya daripada Shaykh Abu al-Hasan al-Kharqani yang mengambilnya daripada Shaykh Abu Yazid al-Bistami yang mengambilnya daripada Imam Ja`far al-Sadiq yang mengambilnya daripada al-Qasim ibn Muhammad yang mengambilnya daripada Salman al-Farisi yang mengambilnya daripada Abu Bakr al-Siddiq yang mengambilnya daripada Nabi Muhammad s.a.w.[11]
Berdasarkan silsilah ini, tarekat Naqshabandiyyah yang diambil oleh Shaykh Ahmad Khatib adalah dari cabang Mujaddidiyyah (nisbah kepada Shaykh Ahmad al-Faruqi al-Sirhindi) Mazhariyyah (nisbah kepada Shaykh Shams al-Din Habib Allah Jan Janan Mazhar al-`Alawi). Silsilah ini tidak melalui Shaykh Khalid al-Kurdi tetapi melalui Shaykh Abu Sa`id al-Ahmadi yang merupakan rakan seperguruan Shaykh Khalid di mana kedua-duanya merupakan murid dan juga khalifah kepada Shaykh `Abd Allah al-Dahlawi. Maka kerana itu tarekat Naqshabandiyyah Shaykh Ahmad Khatib bukanlah daripada cabang Khalidiyyah.
Amalan Khusus Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah
Terdapat beberapa amalan khusus yang dilaksanakan dalam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah, antaranya ialah; Pertama, zikir yang merangkumi zikir harian dan juga zikir khatam, sama ada dilaksanakan secara individu atau berjamaah. Kedua, manaqib iaitu majlis perhimpunan bulanan bagi ikhwan tarekat yang mana antara pengisiannya ialah pembacaan manaqib Shaykh `Abd al-Qadir al-Jilani. Ketiga, riyadah iaitu latihan kerohanian khusus yang dilaksanakan oleh ikhwan menurut apa yang diajarkan oleh shaykh.
Perlaksanaan Zikir Dalam Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah
Terdapat dua jenis zikir khusus dalam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah iaitu zikir harian dan zikir khatam. Zikir harian ialah zikir jahr, zikir khafi dan muraqabah yang dilaksanakan secara tetap (istiqamah) setiap hati selepas solat fardu.
Adab dan Kaifiyat Zikir (Jahr dan Khafi)
Merujuk kepada beberapa karya penting tarekat ini dan juga perlaksanaan zikir oleh ikhwannya mendapati bahawa adab dan kaifiyat zikir dalam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah adalah seperti berikut;
Pertama: al-Fatihah, dihadiahkan kepada Nabi s.a.w., keluarga, para sahabat dan zuriat baginda.
Kedua: Istighfar
Ketiga: Salawat
Keempat: Munajat
Kelima: Rabitah[12]
Keenam: Zikir Jahr iaitu zikir nafy ithbat (La ilaha illallah) dan disudahi dengan ucapan “Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.”
Ketujuh: Salawat Munjiah dan Doa
Kelapan: al-Fatihah, dihadiahkan kepada Nabi s.a.w., keluarga, para sahabat dan zuriat baginda.
Kesembilan: al-Fatihah, dihadiahkan kepada para shaykh ahli silsilah tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah.
Kesepuluh: al-Fatihah, dihadiahkan kepada ibu bapa dan seluruh orang-orang Islam
Kesebelas: Istighfar
Kedua belas: Bacaan Surah al-Ikhlas
Ketiga belas: Salawat Ibrahimiyyah
Keempat belas: Munajat
Kelima belas: Rabitah
Keenam belas: Zikir Khafi iaitu zikir ism al-dhat (Allah, Allah).[13]
Zikir Jahr
Zikir jahr ialah zikir kalimah tauhid (nafy ithbat) yang diucapkan dengan lidah dengan syarat, adab dan kaifiyyat tertentu. Antara syarat zikir ini ialah talqin daripada murshid atau wakilnya, berwuduk, suara yang bersemangat dan pukulan yang kuat ke hati sanubari. Zikir ini bukan hanya diucapkan, malah ditanamkan dalam diri manusia sehingga keyakinannya menjadi kuat dan perilaku serta amalannya menjadi baik. Menerusi pendekatan tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah, zikir kalimah tauhid ini diamalkan setiap kali selepas selesai solat fardu sejumlah paling kurang 165 kali.[14]
Praktik menanam kalimat tauhid ini berasaskan kepada pertunjuk yang ditemui dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud “tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seumpama pohon yang baik, tunjangnya teguh dan cabangnya sampai ke langit (menjulang tinggi), ia membuahkan hasilnya setiap ketika dengan izin Tuhannya, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia supaya mereka selalu ingat”.[15] Ia juga berasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud “iman itu ada lebih daripada tujuh puluh tiga cabangnya, yang tertinggi ialah ucapan La ilaha illallah dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakitkan di jalanan, dan sifat malu itu sebahagian daripada iman”.[16] Begitu juga hadis yang bermaksud “perbaharuilah iman kamu. (Para sahabat bertanya) Bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami wahai Rasulullah. (Baginda menjawab) Perbanyakkan menyebut La ilaha illallah”.[17]
Menurut ulama tasawuf, kalimah tauhid yang juga disebut sebagai kalimah tayyibah dapat menyucikan diri seseorang itu daripada syirik jali sebagaimana ia dapat membersihkan jiwa seseorang itu daripada syirik khafi serta menjadikannya ikhlas dan murni. Begitu juga kalimah ini dapat membuang hijab-hijab hati yang berkait dengan kebendaan serta membersihkan jiwa daripada segala kekotoran dan sifat-sifat kebinatangan.[18]
Zikir Khafi (Sirr)
Manakala zikir khafi pula ialah zikir ism al-dhat yang ditanam dan diisikan di dalam hati dan perasaan sehingga hati seseorang itu terasa dan sedar terhadap kewujudan dan kebersertaan Allah di mana juga dia berada. Zikir ini diamalkan dengan persyaratan, adab dan kaifiyyat tertentu. Zikir ism al-dhat secara khafi ini diamalkan pada setiap kali selepas selesai solat fardu iaitu selepas zikir jahr.[19] Selain itu ia digalakkan supaya dilaksanakan pada sepanjang masa sesuai dengan kemampuan dan kelapangan masa seseorang murid.
Zikir ism al-dhat secara khafi ini merujuk kepada firman Allah s.w.t. yang bermaksud “dan sebut serta ingatlah Tuhanmu dalam dirimu dalam keadaan merendah diri dan merasa takut, dan tanpa menyaringkan suara pada pagi dan petang, dan janganlah engkau tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai”.[20] Ia juga merujuk kepada firman Allah s.w.t. yang bermaksud “serulah Tuhan kamu dalam keadaan merendah diri dan sembunyi, sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batasan”.[21] Ia juga merujuk kepada firman Allah s.w.t. yang bermaksud “dan sebutlah nama Tuhanmu dan tumpukanlah perhatian kepada-Nya semata-mata”.[22]
Dalam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah, zikir ism al-dhat secara khafi ini dilaksanakan menerusi pengisian zikir pada lata’if insaniyyah iaitu dimulai dengan latifah qalb dituruti dengan latifah ruh, sirr, khafi, akhfa’, nafs al-natiqah dan latifah qalab (kullu jasad), menurut apa yang ditalqinkan oleh shaykh.[23] Pengisian zikir pada lata’if ini adalah bertujuan memudahkan suluk (perjalanan dan peningkatan kerohanian) dan mencapai maksud firman Allah iaitu ”kulit orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi gementar terhadapnya (al-Qur’an), kemudian kulit (julud) dan hati (qulub) mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah”.[24] Mengingati Tuhan dengan seluruh jiwa raga, zahir dan batin inilah yang dikenali di kalangan ahli tarekat Naqshabandiyyah sebagai sultan zikir.
Zikir ism al-dhat secara khafi ini adalah sebagai usaha mendapatkan malakah ihsan iaitu seseorang itu selalu merasai keberadaan (kewujudan) dan kebersertaan Allah di mana juga dia berada dan dalam apa juga keadaan dirinya. Ini adalah untuk mencapai rahsia yang terkandung dalam firman Allah yang bermaksud ”di mana saja kamu berhadap maka di sana (kamu akan menemui) wajh (dhat) Allah”,[25] dan rahsia yang terkandung dalam hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud ”Ihsan itu ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya maka Dia melihat engkau”.[26] Pencapaian ini akan memperkukuhkan keimanan dan keyakinan seseorang dan seterusnya menjadi benteng yang dapat memelihara diri daripada perkara yang tidak baik.
Muraqabah
Muraqabah merupakan salah satu amalan yang dilaksanakan dalam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah. Muraqabah dalam tarekat bermaksud renungan batin atau tilikan rohani terhadap Allah s.w.t. dan makna-makna ketuhanan-Nya serta pengertian-pengertian yang berkaitan dengannya dalam keadaan menanti limpahan kerohanian yang dikurniakan ke dalam hati. Ia dilaksanakan setelah seseorang murid itu mencapai kemantapan zikir dan mendapat talqin (pengajaran) serta keizinan daripada shaykh. Shaykh Ahmad Khatib dalam karya beliau Fath al-`Arifin telah menyebut dua puluh jenis muraqabah iaitu;
1-Muraqabah al-Ahadiyyah
2-Muraqabah al-Ma`iyyah
3-Muraqabah al-Aqrabiyyah
4-Muraqabah al-Mahabbah fi Da’irah al-Ula
5-Muraqabah al-Mahabbah fi al-Dai’irah al-Thaniyah
6-Muraqabah al-Mahabbah fi al-Qaws
7-Muraqabah Wilayah al-`Ulya
8-Muraqabah Kamalat al-Nubuwwah
9-Muraqabah Kamalat al-Risalah
10-Muraqabah Kamalat Ulu al-`Azmi
11-Muraqabah al-Mahabbah fi Da’irah al-Khullah
12-Muraqabah Da’irah al-Mahabbah al-Sarfah (Hakikat Sayyiduna Musa)
13-Muraqabah al-Dhatiyyah al-Mumtazijah bi al-Mahabbah (Haqiqah al-Muhammadiyyah)
14-Muraqabah al-Mahbubiyyah al-Sarfah (Haqiqah al-Ahmadiyyah)
15-Muraqabah al-Hubb al-Sarf
16-Muraqabah La Ta`yin
17-Muraqabah Haqiqah al-Ka`bah
18-Muraqabah Haqiqah al-Qur’an
19-Muraqabah Haqiqah al-Salah
20-Muraqabah Da’irah al-Ma`budiyyah al-Sarfah[27]
Zikir Khatam
Zikir khatam merupakan sebahagian daripada amalan yang dilaksanakan dalam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah. Zikir khatam ini biasanya dilaksanakan secara berjamaah dan merupakan zikir mingguan, namun ia boleh juga dilaksanakan secara individu dan diamalkan secara harian. Zikir khatam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah merupakan gabungan beberapa khatam yang dinisbahkan kepada beberapa orang shaykh yang ternama dalam silsilah kedua-dua tarekat tersebut iaitu tarekat Qadiriyyah dan tarekat Naqshabandiyyah. Berikut ialah zikir khatam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah;
al-Fatihah pertama dihadiahkan kepada roh Nabi s.a.w., keluarga, para sahabat dan zuriat baginda.
al-Fatihah kedua dihadiahkan kepada roh ibu bapa (keturunan) baginda, para nabi dan rasul, para malaikat muqarrabin dan karubiyyin, para shahid, orang-orang soleh, keluarga dan sahabat mereka, Nabi Adam dan Hawa dan zuriat kedua-duanya sehinggalah ke hari pebalasan (akhirat).
al-Fatihah ketiga dihadiahkan kepada roh para sahabat dan para imam dan juga orang-orang yang mengikuti mereka itu.
al-Fatihah keempat dihadiahkan kepada roh para imam mujtahid, para ulama, para qari’, ahli tafsir dan hadith, ahli tasawwuf yang sebenar, para wali dan semua muslimin.
al-Fatihah kelima dihadiahkan kepada ahli silsilah tarekat al-Qadiriyyah wa al-Naqshabandiyyah dan semua ahli tarekat khususnya para shaykh al-Qadiriyyah dan al-Naqshabandiyyah.
al-Fatihah keenam dihadiahkan kepada roh kedua ibu bapa, para shaykh, orang-orang yang telah meninggal dunia, orang-orang yang berbuat baik, orang-orang yang mempunyai hak, orang-orang yang berwasiat dan minta diwasiatkan dan orang-orang yang mendoakan kebaikan.
al-Fatihah ketujuh dihadiahkan kepada roh semua orang yang beriman dan Islam, yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia dari keturunan Nabi Adam sehinggalah ke hari kiamat.
Khatam pertama: Salawat, Surah al-Insyirah, Surah al-Ikhlas dan al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Shaykh Ahmad (Muhammad) al-Baqir.
Khatam kedua: Salawat, Allhumma ya Qadiya al-Hajat, Allahumma ya kafiya al-muhimmat, Allahumma ya dafi`a al-baliyyat, Allahumma ya rafi`a al-darajat, Allahumma ya shafiya al-amrad, Allahumma ya mujiba al-da`wat, Allahumma ya arhama al-rahimin dan al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Imam al-Khujakan (Shaykh `Abd al-Khaliq al-Ghujdawani).
Khatam ketiga: Salawat, La hawla wa la quwwata illa billah, Salawat dan al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Imam al-Rabbani (Shaykh Ahmad al-Faruqi al-Sirhindi)
Khatam keempat: Salawat, Surah al-Falaq, Istighfar, Salawat dan al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Sayyid Muzahhir (Shaykh Muhammad Mazhar)
Khatam kelima: Salawat, Hasbuna Allah wa ni`ma al-wakil, Salawat dan al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Shaykh `Abd al-Qadir al-Jilani
Khatam keenam: Salawat, Ni`ma al-mawla wa ni`ma al-nasir, Salawat dan al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Shaykh al-Mukarram (shaykh yang memimpin)
Khatam ketujuh: Salawat, Ya khafiya al-lutfi adrikni bi lutfika al-khafi, Salawat dan al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Imam Khawajah al-Naqshabandi (Shaykh Baha’ al-Din)
Khatam kelapan: Salawat, La ilaha anta subhanaka inni kuntu mina al-zalimin, Salawat dan al-Fatihah kepada Sayyid Muhammad Ma`sum
Tawajjuh, Munajat, Ya Latif dan Doa[28]
Manaqib
Manaqib merupakan acara bulanan bagi ikhwan tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah. Dalam majlis manaqib ini, pembacaan manaqib Shaykh `Abdul al-Qadir al-Jilani akan diperdengarkan kepada para ikhwan selain daripada pembacaan ayat-ayat suci al-Qur’an, tawassul dan beberapa acara lain lagi.
Matlamat Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah
Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah, sebagaimana juga tarekat-tarekat lain adalah bertujuan mencapai hakikat ihsan. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas pada munajat yang menjadi dasar bagi tarekat dan seluruh pengamalannya iaitu “Allahumma (Ilahi) anta maqsudi wa ridaka matlubi a`tini mahabbataka wa ma`rifataka”[29] yang bermaksud “Tuhanku Engkaulah maksudku, keredaan Engkaulah yang aku cari, maka kurniakanlah kepadaku rasa cinta kepad-Mu dan kenal diri-Mu”. Munajat ini merangkumi tiga perkara utama iaitu taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, mencapai keredaan Allah dan mendapat mahabbah (rasa cinta) serta ma`rifah (kenal) terhadap Allah.[30] Ketiga-tiga perkara ini adalah elemen asas bagi pencapaian hakikat ihsan.
Cara yang boleh menyampaikan kepada matlamat ini menurut ahli tarekat ialah; Pertama, zikir khafi iaitu zikir dengan hati dan fikiran yang dibersihkan daripada sebarang khawatir tanpa mengingati perkara yang lalu, yang akan datang, yang sekarang dan sesuatu yang lain dari Allah. Kedua, muraqabah iaitu hati menilik kepada Allah s.w.t. dalam keadaan menanti limpahan kurnia daripada-Nya. Ketiga, melazimi khidmat kepada syakh yang mempunyai kesan dan pengaruh terhadap kerohanian murid.[31] Ketiga-tiga perkara ini ditemui perlaksanaannya dalam tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah secara khusus.
Dengan kata lain, tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah bertujuan mencapai martabat ihsan yang menjadi penyempurna kepada maqam `ubudiyyah, zahir dan batin iaitu kesempurnaan Islam, Iman dan Ihsan yang menjadi tiga tiang asas agama seperti yang dapat difahami daripada penjelasan Nabi s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud “sesungguhnya dia itulah Jibril yang datang kepada kamu bagi mengajarkan kepada kamu agama kamu”.[32] Ini kerana pencapaian hakikat ihsan menambah kesempurnaan Iman dan Islam iaitu menyumbang kepada perlaksanaan Islam secara yang lebih mantap, sempurna dan ikhlas dan juga menyumbang kepada kemantapan dan kekukuhan keimanan.
Penutup
Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah merupakan satu tarekat yang lahir daripada gabungan beberapa tarekat khususnya dua tarekat besar dalam dunia Islam iaitu Qadiriyyah dan Naqshabandiyyah. Tarekat ini yang pada mulanya muncul di Mekah telah berkembang dengan begitu pesat terutamanya di Nusantara khususnya di Kepulauan Jawa. Tarekat ini sebagaimana juga tarekat-tarekat lain, memberikan tumpuan kepada amalan zikir dan muraqabah dalam usaha mencapai hakikat ihsan. Pencapaian ihsan dilihat dapat memperkuatkan keimanan dan memantapkan perlaksanaan syariat.
Rujukan
Ahmad Khatib al-Sambasi. 1346. Fath al-`Arifin. Qahirah: Matba`ah Dar Ihya’ al-Kutub al-`Arabiyyah.
al-Kurdi, Muhammad Amin.t.th. Tanwir al-Qulub. Qahirah: Dar al-Fikr.
K.H.A. Shohibulwafa Tajul Arifin. 1988. Kunci Pembuka Dada. Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd.
K.H.A. Shohibulwafa Tajul Arifin. 1991. Ibadah Sebagai Metoda Pembinaan Korban Penyalahgunaan Narkotika dan Kenakalan Remaja. Tasikmalaya: Institut Islam Latifah Mubarokiyyah.
K.H.A. Shohibulwafa Tajul Arifin. `Uqud al-Juman. Tasikmalaya: Yayasan Serba Bakti Pesantren Suryalaya.
Juhaya S. Praja. 1991. TQN Pondok Pesantren Suryalaya dan Perkembangannya Pada Masa Abah Anom (1950-1990) (dlm) Thoriqot Qodiriyyah Naqsabandiyyah, Sejarah, Asal-Usul dan Perkembangannya (pnyt.) Harun Nasution. Tasikmalaya: Institut Agama Islam Latifah Mubarokiyyah.
Muhammad ibn Isma`il al-Bukhari. 1987/1407. Al-Jami` al-Sahih al-Mukhtasar. Bayrut: Dar Ibn Kathir.
Muslim ibn al-Hajjaj al-Qushayri al-Naysaburi. 1954/1374. Sahih Muslim. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi.
Abu Dawud Sulayman ibn al-Ash`ath al-Sajastani al-Azdi. t.th. Sunan Abi Dawud. Dar al-Fikr.
Ahmad ibn Hanbal al-Shaybani. t.th. Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal. Misr: Muassasah Qurtubah.
al-Khani, `Abd al-Majid ibn Muhammad. 1306. Al-Hada’iq al-Wardiyyah fi Haqa’iq Ajilla’ al-Naqshabandiyyah. Damshiq: t.pt.
Darniqah, Muhammad Ahmad. t.th. Al-Tariqah al-Naqshabandiyyah wa A`lamuha. t.tp: Matba`ah Jarus Press.
Bruinessen, Martin Van. 1994. Tarekat Naqsyabandiyah Di Indonesia: Survei Historis, Geografis dan Sosiologis. Bandung: Penerbitan Mizan.
al-Dahlawi, Ahmad ibn `Abd al-Rahim. t.th. Al-Qawl al-Jamil. t.tp., t.pt.
al-Khani, Muhammad ibn `Abdillah. 1989/1409. al-Bahjah al-Saniyyah. Istanbul: Maktabah al-Haqiqah.
Yayasan Serba Bakti Pondok Pesantren Suryalaya. 2005. Satu Abad Pondok Pesantren Suryalaya, Perjalanan dan Pengabdian 1905-2005. Tasikmalaya: Yayasan Serba Bakti.
[1] H.A.R. Gibb dan J.H. Kramers, Shorter Encyclopaedia of Islam, hlm.5.
[2] al-Kurdi, Tanwir al-Qulub, hlm.501.
[3]H.A.R. Gibb & J.H. Kramers, Shorter Encyclopaedia, hlm.5; dan Van Hoeve, Ensiklopedi Islam.
[4] Hawash Abdullah, Perkembangan Ilmu Tasawuf, hlm.177; dan Bruinessen, Tarekat Naqshabandiyah, hlm. 91.
[5]Ahmad Khatib, Fath al-`Arifin, hlm. 1.
[6] Bruinessen, Tarekat Naqsyabandiyah, hlm.
[7] Hawash Abdullah, Perkembangan Ilmu Tasawuf, hlm. 181.
[8] Sulaiman Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf, hlm.130.
[9] Ahmad Khatib, Fath al-`Arifin, hlm.9-10. Silsilah ini juga dikemukakan oleh Shaykh Ahmad Sahib al-Wafa Taj al-`Arifin (Lih. Yayasan Serba Bakti Pondok Pesantren Suryalaya, Uqudul Jumaan, hlm.26-31).
[10] Lih. Bruinessen, Tarekat Naqshabandiyah, hlm.91.
[11] Yayasan Serba Bakti Pondok Pesantren Suryalaya, Satu Abad Pondok Pesantren Suryalaya, hlm.104. 104; Band. al-Kurdi, Tanwir al-Qulub, hlm.500-502; al-Khānī, al-Hada’iq al-Wardiyyah, hlm.6; & al-Harawi, Rashahat, hlm.6.
[12] Rabitah adalah wasilah yang termasuk dalam apa yang difirmankan Allah dalam al-Qur’an yang bermaksud “wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan carilah wasilah kepada-Nya”(al-Qur’an, al-Maidah,35). Menurut ahli tarekat, shaykh yang boleh dijadikan rabitah ialah shaykh yang telah mencapai peringkat baqa’ yang sempurna setelah mencapai fana’ yang sempurna. Dia juga hendaklah seorang yang kuat bertawajjuh dan sentiasa melakukan “yad dasht”. (Lih. al-Khani, al-Bahjah al-Saniyyah, hlm.44; al-Dahlawi, al-Qawl al-Jamil, hlm.48). Tokoh-tokoh tasawwuf telah mengemukakan beberapa definisi rabitah. Secara umumnya, rabitah ini adalah menerangkan tentang menghadirkan ruhaniyyah para mashayikh silsilah tarekat bagi mendapatkan limpahan daripada kerohanian mereka bagi menolak lintasan-lintasan (khawatir) syaitan (Lih. Darniqah, al-Tariqah al-Naqshabandiyyah, hlm.28.). Rabitah merupakan ikatan antara murid dengan shaykh yang berasaskan perasaan kasih (mahabbah) dan hubungan kerohanian secara ma`nawi di mana antara natijahnya ialah terhasilnya kejinakan atau kemesraan antara hati murid dengan hati shaykh (Lih. al-Harawi, Rashahat, hlm.194.). Asas rabitah ialah bersahabat dengan shaykh atau berdampingan dengannya sebagaimana yang disuruh dalam al-Qur’an yang bermaksud “wahai orang yang beriman hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan bersama-samalah dengan orang-orang yang benar”( al-Qur’an, al-Tawbah, 119). Antara tujuannya ialah untuk menghasilkan mujanasah dan nisbah iaitu untuk mendapatkan sifat-sifat dan hal-hal kerohanian yang ada pada diri shaykh yang mendidik. Bersama-sama dengan orang yang benar (kainunah / ma`iyyah) merangkumi dua maksud. Pertama, bersama-sama secara zahir iaitu berdampingan. Kedua, bersama-sama secara ma’nawi dan inilah yang dikehendaki dengan rabitah (Lih. Sahib, As`ad, Bughyah al-Wajid, hlm.73; al-Kurdi, Tanwir al-Qulub, hlm.518). Oleh kerana sentiasa berdampingan dengan shaykh itu adalah satu perkara yang sukar dilakukan maka rabitah boleh menggantikan tempatnya. Ini kerana, menggambarkan rupa shaykh yang kamil juga mendatangkan faedah atau menghasilkan natijah sebagaimana juga bersahabat dengannya ( Lih. al-Dahlawi, al-Qawl al-Jamil, hlm.48).
[13] Lih. Ahmad Khatib, Fath al-`Arifin, hlm.3-4; dan Yayasan Serba Bakti Pondok Pesantren Suryalaya, Uqudul Jumaan, hlm.4-9.
[14] Lih. KHA Shohibulwafa Tajul Arifin, Ibadah Sebagai Metoda Pembinaan.
[15] Al-Qur’an, Surah Ibrahim, 24-25.
[16] Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud dan al-Nasa’i.
[17] Hadis Riwayat al-Hakim.
[18] K.H.A. Shohibulwafa Tajul Arifin, Kunci Pembuka Dada, hlm.15.
[19] Lih. Yayasan Serba Bakti, `Uqud al-Juman.
[20] Al-Qur’an, Surah al-A`raf, 205.
[21] Al-Qur’an, Surah al-A`raf, 55.
[22] Al-Qur’an, Surah al-Muzammil, 8.
[23] Ahmad Khatib, Fath al-`Arifin, hlm.4-5.
[24] Al-Qur’an, Surah al-Zumar,23.
[25] Al-Qur’an, Surah al-Baqarah, 115.
[26] Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari.
[27] Lih. Ahmad Khatib, Fath al-`Arifin, hlm.6-9.
[28] Lih. Ahmad Khatib, Fath al-`Arifin, hlm. 10-11; Yayasan Serba Bakti, `Uqud al-Juman, hlm.10-25; al-Qazani, Dhayl Rashahat, hlm.233-335; dan al-Kurdi, Tanwir al-Qulub, hlm.523-524.
[29] Ahmad Khatib, Fath al-`Arifin, hlm.5.
[30] Lih. Juhaya, Pondok Pesantren Suryalaya, hlm.137.
[31] Ahmad Khatib, Fath al-`Arifin, hlm.5-6.
[32] al-Naysaburi, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan al-Iman wa al-Islam wa al-Ihsan ; al-Bukhari, al-Jami` al-Sahih, Kitab al-Iman, Bab Su’al Jibril al-Nabiyy Salla Allahu `Alayhi wa Sallama `an al-Iman wa al-Islam wa al-Ihsan; & Ibn Hanbal, al-Musnad, Jil.1,hlm.64.
PENGENALAN TAREKAT NAQSYABANDIYYAH
Pengasas
Tarekat Naqsyabandiyyah ialah sebuah tarekat yang dinisbahkan kepada Syeikh Baha’ al-Din, Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad al-Syarif al-Hasani al-Husayni al-Uwaysi al-Bukhari (717-791H/1317-1388M). Beliau lebih dikenali dengan gelaran Shah Naqsyaband. Naqsyaband terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘naqsy’ dan ‘band’ yang membawa maksud ukiran yang kekal. Gelaran ini diberikan kepada Syeikh Muhammad Baha’ al-Din kerana dikatakan bahawa beliau melakukan zikir Ism al-Zhat (Allah) di dalam hati sehingga zikir tersebut seolah-olahnya terukir di cermin hati. Ini memberikan gambaran bahawa tumpuan utama tarekat ini ialah pada melakukan zikir secara khafi (sirr). Inilah yang menjadi keistimewaan tarekat ini dan membezakannya dari kebanyakkan tarekat lain.
Menurut ahli tarekat ini, sejak dahulu sampai sekarang, tarekat ini dikenali dengan beberapa panggilan iaitu Siddiqiyyah, Tayfuriyyah, Khujakaniyyah, Naqsyabandiyyah, Ahrariyyah, Mujaddidiyyah, Mazhariyyah, dan Khalidiyyah. Nama-nama ini diambil sempena nama tokoh-tokoh penting tarekat ini pada period-period tertentu.
Kemasukan Tarekat Naqsyabandiyyah
Ke Negeri Sembilan Darul Khusus
Haji Ahmad bin Muhammad al-Baqir merupakan seorang tokoh yang membawa masuk Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah ke Negeri Sembilan. Beliau menetap di Batu 7, Pantai, Jalari, Jelebu, Negeri Sembilan. Di kampung tersebut telah didirikan sebuah surau suluk yang menjadi pusat kegiatan pengamalan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dan beliau menjadi pemimpin pertama perjalanan suluk di situ. Haji Ahmad telah mengambil Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dari Syeikh Ali al-Rida iaitu syeikh tarekat tersebut di Jabal Abi Qubays, Makah. Syeikh Ali al-Rida pula telah mengambil Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dari ayahnya, Syeikh Sulayman al-Zuhdi. Syeikh Sulayman al-Zuhdi telah mengambilnya dari Syeikh Sulayman al-Qamiri. Syeikh Sulayman al-Qamiri ialah murid serta khalifah kepada Syeikh Abd Allah al-Arzinjani. Syeikh Abd Allah al-Arzinjani pula mengambilnya dari Syeikh Khalid al-Uthmani al-Kurdi.
Haji Ahmad meninggal dunia pada tahun 1942. Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang dibawa oleh beliau itu kemudiannya telah diwarisi dan dikembangkan oleh khalifah-khalifah beliau. Antara yang terkenal ialah Haji Maruf bin Yaqub (1901-1994). Haji Maruf telah mengambil Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dari Haji Ahmad pada tahun 1920. Beliau telah diizinkan memimpin tawajjuh dan suluk oleh gurunya pada tahun 1942. Beliau telah mendirikan sebuah surau suluk di Kampung Baru, Pekan Lenggeng, Negeri Sembilan pada tahun 1965 dan menjadikannya sebagai pusat kegiatan pengamalan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah. Di bawah pimpinan beliau, Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah talah berkembang pesat ke serata tempat di Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Perak dan juga Singapura. Setelah kematian Haji Maruf, tarekat tersebut telah dikembangkan pula oleh beberapa orang khalifah baliau antaranya Haji Sulaiman bin Haji Muhammad Nur yang menggantikan beliau sebagai mursyid di surau suluk Kampung Baru, Pekan Lenggeng, Negeri Sembilan.
Amalan Tarekat Naqsyabandiyyah
Tarekat merupakan wasilah bagi tazkiyah al-Nafs. Bagi mencapai tujuan tersebut, Tarekat Naqsyabandiyyah menekankan tiga cara utama iaitu:
1. Zikir
Tarekat Naqsyabandiyyah memberikan penekanan khusus kepada amalan zikir. Prinsip-prinsip zikir dan perkara yang berkaitan dengannya dalam tarekat ini dapat ditemui dalam sebelas perkataan Parsi iaitu Hush Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan, Khalwat Dar Anjaman, Yad Kard, Baz Kasht, Nakah Dasht, Yad Dasht. Ianya dinisbahkan kepada pengajarnya Syeikh Abd al-Khaliq al-Ghujdawani. Manakala 3 lagi iaitu wuquf adadi, wuquf zamani dan wuquf qalbi adalah dinisbahkan kepada pengajaran Syeikh Muhammad Baha’ al-Din. Kebanyakan zikir dilakukan secara khafi (sirr).
Dalam Tarekat Naqsyabandiyyah terdapat dua jenis utama iaitu zikir individu yang terdiri dari zikir Lata’if dan Nafy Ithbat dan zikir berjamaah iaitu zikir Khatam Khujakan yang terdiri daripada bacaan al-Fatihah, selawat, surah Insyirah, surah al-Ikhlas, dan kemudian selawat dengan susunan dan jumlah tertentu.
2. Muraqabah
Muraqabah bermaksud tilikan atau tumpuan hati secara berterusan terhadap Allah serta menunggu limpahan kurnia dariNya. Ianya dilakukan sehingga menjadi satu sifat yang sebati dengan dirinya. Ahli Tarekat Naqsyabandiyyah menjelaskan bahawa muraqabah merupakan satu cara tersendiri dalam mencapai hakikat insan, namun ia tidak dapat dilaksanakan sebaik-baiknya kecuali setelah zikir menjadi mantap. Berterusan melakukan muraqabah membawa kepada tercapainya musyahadah. Dalam Tarekat Naqsyabandiyyah terdapat beberapa jenis muraqabah yang diamalkan dan menjadi asas bagi muraqabah-muraqabah itu iaitu Muraqabah Ahadiyyah, Muraqabah Ma‘iyyah dan Muraqabah Mutlaq.
3. Suhbah dan Rabitah
Suhbah bermaksud berdampingan murid dengan Syeikh dengan menjaga adab-adab perdampingan, rabitah pula ialah ikatan atau tautan hati dengan Syeikh berasaskan rasa kasih, hormat, dan mulia.
والله أعلم
Dipetik daripada buku ‘Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004’, terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, kertas bertajuk Tarekat Naqsyabandiyyah: Perkembangan dan Sumbangan Ikhwannya di Malaysia oleh Dr Abdul Manam bin Mohamad, Pensyarah UniSZA.
April 22, 20190 CommentadminShare:
PENGENALAN TAREKAT AHMADIAH AL-IDRISIAH AL-RASHIDIAH AL-DANDARAWIAH
Pengasas Utama Tarekat Ahmadiah
1. Sayyidi Ahmad bin Idris
Pengasas utama dan pertama tarekat ini dilahirkan di Fas, Maghribi pada tahun 1172H/1755M dari keturunan Rasulullah SAW. Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Idris bin Abdullah bin Hussain al-Muthanna bin Abu Muhammad hingga kepada Sayyidina al-Sabt.
Sayyidi Ahmad (r.a) sebelum mendirikan Tarekat Ahmadiah ini menerima Tarekat al-Misriah al-Azizah daripada Sayyidi Abd. Wahab al-Tazi. Tarekat kedua yang diterimanya ialah al-Syazuliah daripada Syeikh Sayyidi Abu Kassim al-Wazir al-Ghazi. Manakala tarekat ketiga ialah Tarekat al-Khulwatiah daripada Syeikh Hassan bin Hassan Bek al-Kina.
2. Sayyidi Ibrahim al-Rashid
Setelah wafat Sayyidi Ahmad bin Idris pada bulan Rejab 1263H/1837M, tampillah Sayyidi Ibrahim al-Rashid mewarisi tempatnya sebagai pengasas Tarekat Ahmadiah al-Rashidiah.
Beliau dilahirkan di Sudan pada tahun 1228H/1813M. Nama penuh beliau ialah Ibrahim bin Syeikh Saleh al-Qahanabi bin Sayyid Abdul Rahman. Jurai nasabnya dari sebelah ayahandanya berasal daripada ‘Akil bin Abi Talib, saudara Sayyidina Ali (k.a)
3. Sayyid Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi
Manakala wafat Sayyidi Ibrahim al-Rashid pada tahun 1291H/1874M dan dimakamkan di perkuburan Ma‘la di Makah, maka tampillah pula Sayyid Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi, waris kepada Sayyid Ibrahim al-Rashid. Beliau dilahirkan di Dandarah yang letaknya di Lembah Sungai Nil di bahagian selatan Kaherah. Keluarga beliau daripada keluarga bangsawan Maghribi yang datang ke Mesir bagi memerangi penjajah yang menguasai Mesir. Dalam peperangan tersebut, mereka berhasil menguasai beberapa buah daerah termasuk Dandarah yang menjadi tempat kediaman keluarga itu hingga sekarang.
Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Asia Tenggara
Perkembangan Tarekat Ahmadiah di Asia Tenggara secara umumnya dan Malaysia khasnya adalah di bawah pimpinan Syeikh Mohd Said al-Linggi dan anak-anaknya. Ini adalah untuk memenuhi cita-cita gurunya Sayyidi Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi bagi mengembangkan tarekat ini di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tokoh ulamak lain di Malaysia yang berjasa dalam mengembangkan dan mempertahankan tarekat ini terutama di negeri Kelantan. Antara tokoh-tokoh lain tersebut ialah:
1. Tuan Haji Abdul Samad bin Muhammad Saleh yang terkenal sebagai Tuan Tabal (W 1891M). Beliau menerima ijazah Tarekat Ahmadiah daripada Sayyidi Ibrahim al-Rashid. Usaha murni beliau disambung oleh anak beliau Wan Musa bin Wan Haji Abdul Samad (W 1939). Beliau pernah menjawat jawatan Mufti Kelantan (1908-1916M) berusaha mengembangkan tarekat ini di Kelantan dan Terengganu.
2. Seorang lagi tokoh Tarekat Ahmadiah di Kelantan ialah Tuan Haji Daud bin Haji Umar al-Labidi (W 1972M). Beliau juga lebih dikenali sebagai Tuan Haji Daud Bukit Abal. Beliau mengambil ijazah tarekat ini daripada Tok Syafie, seorang ulamak tasawwuf di Kedah.
3. Turut mengembangkan tarekat ini ialah Tok Syafie. Nama penuh beliau ialah Mohd Syafie bin Mohd Saleh bin Abdul Rahman. Ulamak tasawwuf yang mengajar di Kota Makah ini menerima ijazah Tarekat Ahmadiah daripada Sayyidi Ibrahim al-Rashid. Beliau sezaman dengan Tuan Tabal dan Syeikh Mohd Said al-Linggi. Ramai pelajar Malaysia yang mengambil ijazah Tarekat Ahmadiah dari beliau antaranya Tuan Haji Abdullah Sijang, bekas Kadi Port Dickson dan Tuan Haji Semaun, seorang ulamak tasawwuf di Negeri Sembilan.
4. Sejarah perkembangan Tarekat Ahmadiah tidak akan lengkap tanpa memperkatakan tentang Tuan Syeikh Mohd Said al-Linggi (W 1926). Beliau pernah belajar di Makah di Jami’atul Azhar dengan ulamak yang terkenal di zaman itu Syeikh al-Anbabi, syeikh al-Azhar yang terkenal di zaman itu, Syeikh Hasbullah al-Makki dan lain-lain. Beliau menerima ijazah tarekat ini daripada Sayyidi Muhammad al-Dandarawi. Atas arahan gurunya, beliau turun ke Nusantara untuk mengembangkan tarekat ini. Beliau telah pergi ke seluruh tanah Melayu, Singapura, Riau-Indonesia, Ayutia-Siam, Kemboja, Bangkok dan Vietnam. Ajaran yang dibawanya diakui benar oleh Tuan Haji Wan Ahmad bin Mohd Zain al-Fatani, seorang ulamak yang mengajar di Masjidil Haram dalam surat yang dikirimkan kepada Sultan Kelantan pada masa itu. Begitu juga Sultan Terengganu di zamannya, Sultan Zainal Abidin yang membenarkan beliau dan mengembangkan Tarekat Ahmadiah di negeri itu.
Amalan Utama Tarekat Ahmadiah
Tarekat Ahmadiah mempunyai amalan-amalan di waktu siang dan malam. Amalan amalan yang diterima oleh Sayyidi Ahmad bin Idris ialah:
i Fatihatul Aurad
ii Al-Tahlil
iii Al-Salawat al-‘Azamiah
iv Al-Istighfar al-Kabir
v Al-Mahamid al-Thamaniah
vi Al-Ahzab Arba‘ata ‘Ashar
vii Al-Husun Mani‘ah
viii Al-Ahzab
Di kalangan ahli Tarekat Ahmadiah amalan-amalan ini terkumpul dalam kitab yang dipanggil nama singkatannya ‘al-Ahzab’. Syeikh Mohd Said telah mencetak semula Ahzab ini yang dinamakan ‘al-Ahzab al-‘Urfaniah wal Aurad al-Nuraniah’. Beliau telah menulis di tepi Ahzab itu karya beliau ‘Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniah’ di mana di antaranya beliau menghuraikan amalan-amalan wirid itu.
Amalan yang dianggap paling utama dan mempunyai banyak kelebihannya serta sangat digalakkan oleh guru-guru tarekat ini membaca dan mengamalkannya ialah:
1-Al-Tahlil ( التهليل )
Lafaznya ialah:-
لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
Ertinya:- Bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah.
2-Selawat Azamiah (الصلوات العظمية )
Lafaznya ialah:-
اَللّهُمَّ اِنِّيْ أَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلأ أَرْكانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحًا لِذَاْتِىْ مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ الأخِرَةِ يَا عَظِيْمُ
Ertinya:- Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Besar, yang memenuhi segala penjuru ‘Arasy Allah Yang Besar, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung. Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W yang mempunyai martabat yang agung dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Besar, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha Besar, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yag Maha Besar, dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Besar, Penghormatan bagi Engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang besar (indah). Salam kesejahteraan daripadaMu ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan dia (Nabi Muhammad S.A.W ) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur. Jadikanlah dia (Nabi Muhammad S.A.W ) wahai Tuhanku, roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Besar.
3-Istighfar Kabir (الاستغفار الكبير )
أَََسْتَغفِرُ اللهَ العَظِيْمَ الََّذِيْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ القَيُّوْمَ غَفَّارَ الذُّنُوْبِ ذَاالْجَلالِ وَالاِكْرَامِ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِى كِلِّهَا وَالذُّنُوْبِ وَالآثَامِ وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأً ظَاهِرًا وَبَاطِنًا قَوْلاً وَفِعْلاً فِىْ جَمِيْعِ حَرَكَاتِىْ وَسَكَنَاتِىْ وَخَطَرَاتِىْ وَأَنْفَاسِىْ كِلِّهَا دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا مِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ أَعْلَمْ وَمِنَ الْذَّنْبِ الَّذِىْ لاَ أَعْلَمْ عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ العِلْمُ وَأَحْصَاهُ الكِتَابُ وَخَطَّهُ القَلَمُ وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ وَخَصَّصَتْهُ الإِرَادَةُ وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللهِ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجمَاَلِهِ وَكَمَالِهِ وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى
Ertinya:- Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar, yang bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya. Maha Pengampun bagi segala dosa, wahai yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Aku bertaubat kepada-Nya daripada segala jenis maksiat, dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, sama ada yang zahir mahu pun yang batin, sama ada pada perkataan, perbuatan dalam setiap pergerakan atau diamku, yang terlintas di hatiku dan diriku semuanya selama-lamanya. Tidak kira sama ada dosa-dosa yang aku ketahui atau tidak aku ketahui, sebanyak mana yang dicakupi oleh Ilmu Allah, yang dihitung oleh buku amalan dan yang ditulis oleh pena. Sebanyak mana yang diadakan oleh Qudrat dan dituntut oleh Iradat dan sebanyak tinta kalimah-kalimah Allah sepertimana yang selayaknya bagi kebesaran zat Tuhan kami ,keelokanNya, kesempurnaanNya dan sepertimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan yang diredhaiNya.
Cara Menerima Talkin Tarekat
Ada dua kaedah untuk menerima Talkin Tarekat ini iaitu:
Pertama: Secara khas iaitu bertemu secara peribadi dengan Syeikh yang diperakukan dan ditalkinkan:
لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ (3x)
لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (4x)
Kedua: Secara am iaitu menerimanya dalam mana-mana majlis zikr atau majlis hol.
والله أعلم
Dipetik daripada buku “Mengenal al-Tarekat al-Ahmadiah” terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan dilancarkan pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1414H.
April 22, 20190 CommentadminShare:
PENGENALAN TARIQAT AL MUHAMMADIAH AL SANUSIAH AL IDRISIAH
MUQADDIMAH
Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi merupakan pengasas Tariqat Al Muhammadiah al Sanusiah al Idrisiah. Tariqat ini masih kekal tulen dalam genggaman tangan keluarga Sanusi yang bersifat kejernihan dan keluruhan nenek moyang mereka. Tariqat ini merupakan sebuah madrasah tarbiah yang ada manhaj dan sistem yang lengkap. Kemudian, tariqat ini telah melahirkan ramai Ulama’, syuhada’dan mujahidin yang berjiwa sufi. Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi dan khalifah-khalifah tariqat ini telah mengorbankan seluruh jiwa dan raga memasuki segala ceruk kampung dan Bandar, bukit dan lembah, hutan dan denaiuntuk menyampaikan ajaran islam yang suci dan telah mengubah kehidupan ramai orang daripada kejahilan kepada berilmu. Beliau juga merupakan seorang muslih dan pemikir masalah umat dan mujadid pada zamannya. Tariqat ini bertujuan untuk melahirkan insan-insan berjiwa tulus dan taqarrub Tuhan. Beliau telah membawa tariqat ini melalui prinsip-prinsip islam yang sejahtera dan selamat dan menjaga ketulenan tariqat ini dengan mengambilnya daripada mereka yang bersambung rantaiannya hingga kepada Sayyidina Rasulullah SAW dan kemudiannya dibawa oleh khalifah-khalifah yang berketurunan dan bersifat mulia.
NAMA, PENISBAHAN DAN ASAS TARIQAT
Tariqat ini dinamakan sebagai Tariqat Al Muhammadiah al Sanusiah Al Idrisiah, Al Muhammadiah dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah ikutan dan sumber utama Tariqat ini. Manakala Al Sanusiah pula ialah Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali Al Sanusi kerana beliau adalah pembawa dan penyampai kepada tariqat ini. Al Idrisiah pula ialah Al Imam Al Azam Sayyid Ahmad ibn Idris selaku tonggak dan sandaran utama tariqat ini. Asas tariqat ini ialah ikutan terhadap sunnah sama ada pada perkataan, perbuatan dan ahwal serta menyibukkan diri dengan selawat ke atas Nabi.
MANHAJ DAN KAEDAH TARIQAT
Manhaj Tarbiah
Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi telah menggalakkan agar manusia mempelajari ilmu, melazimi amalan ketaatan, amalan sunat, kebaikan dan berwaspada daripada buat perkara yang dilarang. Beliau turut melarang mendekati orang yang tiada pengalaman atau pengetahuan yang mendalam tentang apa yang diketahui oleh jaguh-jaguh ahli kaum (ahli sufi) iaitu :
Golongan israqiyyah ialah membersihkan hati daripada kotoran-kotoran dan menghadapkan sepenuh penghadapannya kepada Allah bagi mencapai ma’rifah dan sir tanpa perlu belajar atau pun mengajar.
Golongan burhaniyyah ialah mengikut segala perintah dan menjauhi segala larangan serta memetik ilmu-ilmu yang empat; ilmu mengenai zat Allah, sifat Allah, fiqh, hadith dan ilmu alat (ilmu memahami syariah)
Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi telah mengasaskan manhaj tarbiahnya di atas landasan Al Quran dan Sunnah. Kesimpulannya ialah mensahihkan aqidah, mempelajari ilmu fiqh dengan bersandarkan kepada dalil-dalil bukan dengan ikutan buta, Tazkiah al Nafs berlandaskan Al Quran dan Sunnah.
Kaedah
i. Muhasabah
Hendaklah dia mengetahui dan meyakini bahawa Allah akan mengumpulkannya di padang Masyar dan mempersoalkannya tentang perkara tersebut. Hendaklah menyediakan jawapan bagi menjawab pertanyaan Allah sebelum melakukan sesuatu perkara. Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak diredhai oleh Allah kerana akan mendatangkan kerugian dan padah.
ii. Mendapatkan keredhaan Allah
Berpegang teguh dengan niat yang bersih dan benar-benar untuk mendapatkan keredhaan Allah.
iii. Rahmat
Seseorang mestilah berkasih sayang terhadap semua kaum muslimin. Hak-hak islam perlu ditunaikan dengan memuliakan dan menghormati mereka.
iv. Kemulian akhlak
Seseorang muslim perlu bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga,para pekerja dan umat islam.
SANAD-SANAD TARIQAT
KEPENTINGAN TERHADAP SANAD
Merupakan perkara penting dan dititikberatkan oleh para masyaikhnya. Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad bin Ali Al Sanusi berusaha menghimpunkan ke dalam kitabnya tanpa sedikit pun mengabaikan segala sanad dan ijazah yang diperoleh. Antara kitabnya ialah :
Al Salsabil al Main fi al Taraiq al Arba’in
Al Manhal al Rawi al Raiq fi Asanid al Ulum wa Usul al Taraiq
Al Syumus al Syariqah fi Asma’ Masyaikh al Magharibah wa al Masyariqah
Antara pesanan tariqat ini ialah menghidupkan kembali sistem bersanad yang merupakan keistimewaan Nabi Muhammad SAW dan rantaian golongan khalaf dengan salaf.
KEISTIMEWAAN SANAD
Isnad amat penting untuk memastikan kesahihan sesuatu ilmu. Ilmu agama perlu dipelajari melalui orang arif yang dipercayai. Seseorang yang belajar tanpa berguru tidak berani menyenaraikan nama gurunya dan menyebut senandnya kerana tidak mempunyai sanad dalam pengambilan sesuatu ilmu. Ini merupakan disiplin ilmu islam yang telah disepakati olrh Ulama’ yang mengupas tentang kepentingan sanad.
A. Sanad-sanad ilmu
1) Sanad Al Quran Al Azim
2) Sahih Al bukhari
3) Sahih Muslim
4) Sunan Abi Daud
5) Sunan Jami’ Al Tirmizi
6) Sunan Al Nasa’i
7) Sunan Al Hafiz ibni Majah
8) Muwatta’ Malik
9) Musnad Abi Hanifah
10) Musnad Al Imam Al Syafie’
11) Musnad Al Imam Ahmad Ibn Hanbal
B. Sanad aurad dan salawat
1) Aurad Al Qutb Al Nafis Sayyid Ahmad Ibn Idris
Tahlil khusus
Istighfar al Kabir
Salawat al Azimiah
2) Salawat Al Fatihiyyah
3) Salawat Al Ummiyah
4) Doa Al Saifi Sayyiduna Ali Karramullahu Wajhah
C. Sanad-sanad tariqat
Tariqat al Muhammadiah
Tariqat al Uwaisiah
Tariqat al Qadariah
Tariqat al Syazuliah
Tariqat al Naqsyabandiah
D. Sanad Talqin zikir dan pemakaian Khirqah
Rahsia Talqin
Menyambung dan menghubungkan hati dan roh di antara ahli silsilah hingga kepada Rasulullah dan Allah
Sandaran amalan Talqin
Hadith yang diriwayatkan oleh al Tabrani dan al Bazzar serta lain-lainnya bahawa Nabi pernah mentalqinkan sahabat-sahabat secara berjemaah atau berseorangan.
Dalil pemakaian khirqah
Rasulullah pernah memakaikan Sayyiduna Ali serban dan melepaskan ekornya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam Mu’jam al Kabir dengan sanad hadith bertaraf Hassan.
AMALAN
1) Asas Tariqat
Wazifah siang
Wazifah malam
2) Asas aurad
Pembuka aurad
Tahlil khusus
Salawat azimiyyah
Istighfar kabir
Kafarah majlis
3) Aurad yang tiga
Wirid kecil
Wirid pertengahan
Wirid besar
4) Kanz al sa’adah
5) Zikir al Latif
6) Penerangan tentang wirid terpenting
Baca setengah juzuk selepas solat subuh
Surah al ikhlas 3 kali
Kaffarah majlis 3 kali
Baca nama Allah al Latif 129 kali
Doa zikir Latif
Baca setengah juzuk lagi selepas solat magrib
Baca Hizb al Saifi, al Mughni dan Doa penutup pada waktu afdhal iaitu sahur.
Aurad yang tiga baca pada waktu lapang
7) Amalan solat
Solat fardhu lima waktu (17 rakaat)
Solat sunat subuh (2 rakaat)
Solat sunat dhuha (4 rakaat)
Solat sunat sebelum zuhur (4 rakaat)
Solat sunat selepas zuhur ( 2 rakaat)
Solat sunat asar (4 rakaat)
Solat sunat selepas maghrib (2 rakaat)
Solat sunat selepas isyak (2 rakaat)
Solat sunat tahajjud (10 rakaat)
Solat sunat witir (3 rakaat)
Kesemua jumlah ialah 50 rakaat
PENUTUP
Tariqat Al Muhammadiah Al Sanusiah Al Idrisiah memaparkan pengenalan tariqat secara menyeluruh. Jadi, betapa ruginya kita apabila mengabaikan kewujudan dan peranan tariqat ini yang dapat memberikan jawapan bagi segala kesengsaraan dan musibah yang berlaku ke atas umat islam hari ini.
Pengenalan Enakmen Tarekat Tasawwuf(Negeri Sembilan) 2005
PENGENALAN ENAKMEN TASAWWUF (NEGERI SEMBILAN ) 2005
Disediakan oleh
Syaiful Nizam bin Md Jan
Penolong Mufti Bahagian Tarekat Tasawuf/Pendaftar Tarekat
N.Sembilan
SEJARAH & MATLAMAT ENAKMEN TAREKAT TASAWUF
Pendahuluan
Senario Tarekat masa kini:
i Sering menjadi tohmahan.
ii Terlalu eksklusif.
iii Diamalkan secara tertutup.
iv Disisihkan dari masyarakat.
v Sering diragui pengamalannya.
vi Dialahkan oleh fahaman material.
Terdapat juga faktor berlakunya penyelewengan dalam kumpulan
tarekat antaranya:
i Pengamalan yang tidak berpaksikan ilmu teras Islam.
ii Taksub yang melampau.
iii Berlakunya campur-aduk dengan fahaman kebatinan.
iv Eksploitasi pihak yang mencari pengaruh.
Apabila perkara sebegini berlaku maka ianya memberi kesan
kepada Islam dan Tarekat. Antara kesan-kesan tersebut ialah:
i Tindakan undang-undang dikenakan.
ii Tarekat tersebut diharamkan.
iii Istilah Tasawuf ditakuti dan disalah ertikan.
iv Silibus ilmu Tasawuf dimansuhkan dalam pembelajaran.
v Penerbitan bahan bacaan berkaitan tarekat tasawuf
berkurangan.
vi Umat Islam ketandusan kaedah pengisian jiwa.
vii Islan terus dianggap jumud.
viii Umat Islam disuapkan dengan idealogi dan pemikiran
barat.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri
Sembilan telah menjalankan beberapa usaha iaitu:
i Mengadakan seminar pelbagai peringkat.
ii Menyediakan bahan bacaan berkaitan aqidah, fiqh dan
tasawuf.
iii Mengembeleng tenaga pakar dalam pelbagai bidang ilmu
Islam.
iv Mengetengahkan tokoh-tokoh sufi silam dan semasa.
v Merangka undang-undang yang bertujuan mengiktiraf,
membela, memantau, memurnikan tarekat yang beramal di Negeri
Sembilan.
Sejarah
Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dibuat adalah
berdasarkan kepada resolusi seminar yang diadakan pada tahun 2002 dan 2003.
Pada peringkat awalnya, undang-undang ini dicadangkan diadakan di peringkat
Kerajaan Pusat. Pada pertemuan pihak Jabatan Mufti dengan YAB Dato’ Dr.
Abdullah bin Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada Ogos 2004, beliau
mengesyorkan supaya undang-undang ini dibuat di Negeri Sembilan dahulu.
Sehubungan dengan itu, pada tahun akhir tahun 2004, Enakmen
Tarekat Tasawuf mula digubal dan pemindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Sembilan) 2003 turut dilakukan bagi mengwujudkan punca kuasa penubuhan
suatu jawatankuasa kecil yang akan membantu Jawatankuasa Fatwa dalam semua
perkara yang berkaitan dengan tarekat tasawuf.
Enakmen ini siap digubal pada tahun penghujung tahun 2005
dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ramadhan 1427H/20 Oktober 2006. Pelaksanaan
enakmen ini diharap memberi kesan seperti berikut:
i Amalan tarekat tasawuf dapat dimasyarakatkan dan tidak
diamalkan secara sembunyi-sembunyi.
ii Pengamal tarekat dan masyarakat akan dapat pendedahan
Ilmiah tentang tarekat tasawuf.
iii Mensasarkan sesat sifar di Negeri Sembilan
iv Mengwujudkan organisasi kumpulan tarekat yang
bersistematik.
v Dapat membimbing dan mentarbiah pengamal tarekat
berdasarkan prinsip tasawu
yang murni di bawah seliaan Jawatankuasa Fatwa, Jilsah
al-Turuq al-Sufiyyah,
dan Pendaftar Tarekat.
Berikut ialah senarai nama yang terlibat dalam penggubalan
enakmen ini pada tahun 2004-2005:
1. YB Dato’ Ilani binti Mohammad Ibrahim
Penasihat Undang-Undang Negeri
2. SS Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad
Mufti
3. Tn. Haji Zaharudin bin Haji Mohd Syarif
Pengarah JHEAINS
4. En. Mohd Najib bin Khairudin
Setiausaha MAINS
5. YAA Mohd Radzi bin Abd. Latif
Ketua Hakim Syarie N.Sembilan
6. SF Ust. Mohd Zaidi bin Ramli
Timbalan Mufti
7. Ust. Mohd Fadhil bin Abu Kassim
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
8. Ust. Selamat bin Paigo
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan
9. Ust. Ahmad Damiri
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan
10. Pn. Wan Rabwah binti Wan Hassan
Pembantu Penasihat Undang-Undang Negeri
11. Y.Bhg Dato’ Baharum bin Hasbullah
Ahli Majlis/AJK Fatwa
12. Y.Bhg Dato’ Haji Mohamed bin Hussin
Ahli Majlis
13. En. Kamal Amran bin Kamarudin
MAINS
14. Ust. Zainal bin Said
Pegawai Zakat Negeri
15. Ust. Ahmad Zaki bin Haji Hamzah
Penolong Mufti
16. Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan
Penolong Mufti
Urusetia
1. En. Mohd Zin bin Abd Hamid
2. En Shukri bin Yunus
3. Pn Azriah binti Maaris
4. Pn Junaidah binti Ab. Manaf
Enakmen Tarekat Tasawuf ini mengandungi 35 seksyen dan 2
Jadual, dimuatkan dalam 10 Bahagian.
Bahagian I
Bahagian I Enakmen ini (seksyen 1 hingga 3) menyatakan tajuk
ringkas undang-undang ini, tafsiran dan kecualian prerogatif Yang di Pertuan
Besar selaku Ketua Agama bagi Negeri Sembilan.
Bahagian II
Bahagian II pula menyatakan tentang perlantikan Pendaftar,
Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar (seksyen 4) serta fungsi atau tugas
Pendaftar (seksyen 5).
Bahagian III
Bahagian III seterusnya mewajibkan suatu tarekat tasawuf itu
didaftarkan di bawah Enakmen ini. Seksyen 6 menyatakan tiada seorang pun boleh
menubuhkan, mengurus atau mengendalikan mana-mana tarekat tasawuf kecuali
tarekat itu telah didaftarkan. Melanggar peruntukan ini merupakan satu
kesalahan, dan andainya pesalah disabitkan, dia boleh dikenakan hukuman penjara
tidak lebih dari 2 tahun, denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Jika dia mengulangi kesalahan yang sama, dia boleh dikenakan hukuman yang lebih
berat lagi – iaitu penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih RM5,000.
Selain itu, seorang itu juga dilarang menyertai (menjadi
ahli) mana-mana tarekat tasawuf kecuali tarekat yang hendak disertainya itu
telah pun didaftarkan di bawah Enakmen ini (seksyen 7). Dia juga dilarang
mengamalkan suatu tarekat tasawuf kecuali tarekat itu telah didaftarkan di
bawah Enakmen ini. Pelanggaran seksyen 7 ini boleh mengakibatkan orang itu
dikenakan hukuman (jika sabit kesalahannya) denda tidak lebih RM1,000. Andainya
dia mengulangi kesalahannya, dia boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000.
Bahagian IV
Bahagian IV menyatakan seorang syeikh itu mestilah terlebih
dahulu mendapatkan pengiktirafan Jawatankuasa Fatwa – seksyen 8(1). Mengikut
seksyen 2 Enakmen ini, istilah ”syeikh” itu bermakna seorang ”pemimpin suatu
tarekat tasawuf, tidak kira apa jua gelarannya, dan termasuklah orang yang
dipertanggungjawabkan oleh syeikh, yang diiktiraf di bawah subseksyen 8(1).”
Selanjutnya, bahagian ini menyatakan secara terperinci
syarat-syarat minima sebelum seorang itu boleh diiktiraf oleh Jawatankuasa
Fatwa sebagai seorang syeikh – iaitu ia mesti warganegara Malaysia, mempunyai
sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Islam atau yang setaraf
dengannya, telah mengamalkan suatu tarekt tasawuf selama satu tempoh yang
difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Fatwa, mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang tarekat tasawuf yang diamalkan, mempunyai silsilah yang
ditentusahkan oleh Jawatankuasa Fatwa dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang
baik.
Bahagian V
Bahagian V (seksyen 9 hingga 12) mewajibkan suatu tarekat
tasawuf itu didaftarkan. Sesiapa sahaja yang ingin menubuhkan suatu tarekat
tasawuf dikehendaki mengemukakan permohonan dalam Borang yang ditetapkan kepada
Pendaftar (seksyen 9). Sekiranya permohonan itu didapati teratur, Pendaftar
akan mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Fatwa, dan terserahlah
kepada Jawatankuasa itu menentukan sama ada permohonan itu diluskan atau
ditolak (seksyen 10). Jika permohonan itu diluluskan, Jawatankuasa Fatwa boleh
mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya. Jika permohonan itu
ditolak, Jawatankuasa Fatwa tidak dikehendaki memberikan apa-apa sebab.
Setelah permohonan itu diluluskan, ia hendaklah didaftarkan
dalam Daftar Tarekat Tasawuf (seksyen 11). Setelah didaftarkan, Pendaftar
dikehendaki mengeluarkan Perakuan Pendaftaran dalam Borang yang ditetapkan
(seksyen 12). Perakuan Pendaftaran itu hendaklah dipamerkan oleh syeikh pada
suatu tempat yang mudah dilihat di pusat pengamalan tarekat tasawuf berkenaan.
Bahagian VI
Bahagian VI (seksyen 13 hingga 16) menghuraikan kewajipan
seorang syeikh dalam mengurus dan mentadbir tarekat tasawuf dalam jagaannya.
Antara lain, Bahagian ini menghendaki seorang syeikh itu menjalankan pengamalan
tarekatnya dalam pusat pengamalan tarekat yang ditetapkan sahaja – seksyen
13(1). Jika ia ingin menjalankan pengamalan tarekat di suatu pusat pengamalan
yang lain, dia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Pendaftar –
seksyen 13(2). Prinsip penting ini boleh dipanggil ”1 syeikh 1 premis”, iaitu
”Seorang syeikh dibenarkan mengendalikan satu pusat pengamalan sahaja”.
Andainya dia melanggar prinsip ini, dia boleh dikenakan denda tidak lebih dari
RM500 – seksyen 13(7).
Seorang syeikh itu bertanggungjawab ke atas segala tingkah
laku, perbuatan dan tinggalan setiap ahli tarekatnya – seksyen 14(1).
Selain itu, seorang syeikh itu juga dikehendaki mengemukakan
3 salinan apa jua bahan terbitan yang dikeluarkan olehnya, tidak kira apa jua
bentuknya – seksyen 15(1). Peruntukan ini bertujuan memudahkan Pendaftar
membuat pemantauan yang berterusan kepada segala macam bahan yang dikeluarkan
atau diterbitkan oleh tarekat berkenaan dari semasa ke semasa.
Untuk meningkatkan lagi pemantauan Pendaftar terhadap gerak
kerja seorang syeikh dan tarekat yang ditadbir olehnya, seksyen 16 menghendaki
syeikh mengemukakan laporan tahunan (bagi tahun sebelumnya) mengikut bentuk
yang ditetapkan kepada Pendaftar. Laporan tahunan itu mestilah diserahkan tidak
lewat dari 31 Januari tahun berikutnya. Jika gagal berbuat demikian, dia boleh
dikenakan denda tidak lebih dari RM1,000.
Bahagian VII
Bahagian VII (seksyen 17 hingga 23) menyatakan tentang
pengawalan tarekat tasawuf. Bahagian ini lebih terperinci dan panjang jika
dibandingkan dengan Bahagian yang lain.
Seksyen 17 menyatakan bahawa perbuatan melanggar apa-apa
syarat pendaftaran adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda
tidak lebih RM3000, penjara tidak lebih 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 18 pula memberi kuasa kepada Pendaftar (sama ada
ketika dia bertindak atas budibicaranya sendiri atau selepas diarah oleh Jawatankuasa
Fatwa) untuk menutup pusat pengamalan tarekat. Penutupan itu (yang tidak boleh
melebihi 6 bulan) hanya boleh dibuat setelah Pendatar memberi notis yang
munasabah kepada syeikh atau tuan punya pusat pengamalan itu untuk berbuat
demikian. Asas penutupan itu dinyatakan dalam seksyen 18(1) (a) hingga (c ).
Arahan tutup pusat pengamalan tarekat itu boleh dikeluarkan
oleh Pendaftar walaupun suatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah disabitkan –
seksyen 18(2).
Pun begitu, arahan tutup itu boleh ditarikh balik oleh
Jawatankuasa Fatwa atau Pendaftar setelah ia berpuas hati bahawa syeikh telah
mengambil langkah untuk mematuhi apa jua arahan yang dikeluarkan kepadanya dan
memastikan amalan tarekat itu tidak lagi bercanggah dengan Hukum Syarak –
seksyen 18(3).
Pendaftar dikehendaki mencatatkan semua butir-butir tentang
penutupan dan penarikan balik penutupan pusat pengamalan tarekat itu dalam
Daftar. Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan Pendaftar dalam hal ini
boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3000 atau penjara tidak lebih 2
tahun atau kedua-duanya sekali. Jika kesalahan diulangi, hukuman penjara boleh
dikenakan tidak lebih 3 tahun, sementara denda dikenakan tidak lebih RM5000.
Seksyen 20 memberi kuasa kepada Jawatankuasa Fatwa
membatalkan pendaftaran suatu tarekat tasawuf jika terbukti salah laku syeikh
seperti yang disebutkan di situ, antaranya dia melakukan perbuatan yang
bercanggah dengan Hukum Syarak, gagal melaksanakan kewajipannya seperti yang
disebutkan dalam Enakmen atau peraturan yang dibuat di bawahnya, gagal mematuhi
arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa atau Penaftar, atau melanggar
mana-mana peruntukan Enakmen ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya.
Pembatalan pendaftaran tarekat ini boleh dilakukan walaupun tidak ada apa-apa
pendakwaan bagi kesalahan berkenaan pelanggaran syeikh itu – seksyen 20(1)(d).
Pun begitu, sebelum pembatalan pendaftaran boleh dilakukan,
Jawatankuasa Fatwa hendaklah terlebih dahulu memberi peluang kepada syeikh
untuk membetulkan apa-apa perbuatan salah atau kemungkiran yang dilakukan
olehnya, melaksanakan apa-apa kewajipan, mematuhi apa-apa arahan, atau
membetulkan pelanggaran apa-apa syarat pendaftarannya – seksyen 20(2).
Malangnya tempoh peluang syeikh membuat pembetulan di bawah peruntukan ini
tidak dinyatakan secara jelas.
Andainya syeikh gagal membuat pembetulan pelanggarannya,
walaupun dia diberi peluang yang munasabah berbuat demikian, Jawatankuasa Fatwa
boleh membatalkan pendaftaran tarekat itu melalui satu notis bertulis tentang
niatnya untuk berbuat demikian. Dalam notis itu, syeikh hendaklah diberi
peluang pula untuk membuat representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam
notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberi oleh Jawatankuasa Fatwa –
seksyen 20(3).
Selepas tamat tempoh berkenaan, dan setelah mempertimbangkan
representasi syeikh itu (jika ada), Jawatankuasa Fatwa boleh membatalkan
pendaftaran tarekat itu dengan memberi notis bertulis kepada syeikh berkenaan –
seksyen 20(4)
Notis yang diserahkan kepada syeikh itu mesti menyatakan
alasan pembatalan itu dan tarikh pembatalan itu berkuatkuasa. Selain itu, notis
itu hendaklah mengandungi segala arahan lain yang difikirkan perlu atau
suaimanfaat – seksyen 20(5). Pembatalan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa ini
adalah muktamad – seksyen 20(6).
Setelah notis pembatalan disampaikan kepadanya, syeikh
dikehendaki menyerahkan Perakuan Pendaftaran tarekatnya kepada Pendaftar dalam
tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan – seksyen 20(7). Jika dia gagal berbuat
demikian, dia melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum (jika sabit
kesalahannya) penjara tidak lebih 2 tahun, denda tidak lebih RM3,000 atau
kedua-duanya sekali – seksyen 20(8). Jika selepas itu dia terus gagal lagi
menyerahkan Perakuan Pendaftaran tarekatnya, dia boleh dikenakan denda tidak
lebih RM500 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan – seksyen 20(9).
Pendatar dikehendaki mencatat butir-butir pembatalan
pendaftaran suatu tarekat itu dalam Daftar – seksyen 20(10).
Di bawah seksyen 21, Jawatankuasa Fatwa ada kuasa
membatalkan pendaftaran tarekat jika tarekat itu tidak aktif lagi (tidak
diamalkan), tetapi dengan syarat Pendaftar hendaklah terlebih dahulu
mengisytiharkan niat Jawatankuasa itu melalui satu notis yang disiarkan
sekurang-kurangnya dalam 2 akhbar harian, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu
lagi dalam apa-apa bahasa lain. Sesiapa yang ingin membuat bantahan terhadap
niat Jawatankuasa itu boleh mengemukakan bantahannya kepada Pendaftar dalam
tempoh yang ditetapkan dalam notis itu. Setelah tamat tempoh, dan setelah
mempertimbangkan apa-apa bantahan (jika ada), Jawatankuasa boleh membatalkan
pendaftaran tarekat itu dengan membuat pemberitahuan dalam Warta.
Apabila tarekatnya telah dibatalkan, syeikh berkenaan
dikehendaki melakukan tindakan berikut – menutup pusat tarekatnya, berhenti
mengurus dan mengendalikannya lagi, menghentikan segala amalan tarekat di
kalangan ahlinya, berhenti menyebarkan tarekat itu dan tidak lagi mennyimpan
atau memiliki apa-apa bahan terbitan tarekat itu – seksyen 22(1). Jika syeikh
berkenaan ingkar atau gagal mematuhi perkara di atas, dia boleh dihukum (jika
sabit kesalahan) penjara tidak lebih 2 tahun, denda tidak lebih RM3,000 atau
kedua-duanya sekali. Jika dia terus melakukan kesalahannya, dia boleh dikenakan
denda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan – seksyen
22(2).
Walaupun seorang syeikh itu telah dikenakan tindakan
pembatalan tarekat yang ditadbir atau diurusnya, ini tidak bermakna bahawa dia
dihalang membuat permohonan baru di kemudian hari untuk mendaftarkan semula
tarekat tasawu itu menurut peruntukan Enakmen ini – seksyen 23.
Bahagian VIII
Bahagian VIII menyatakan tentang penyiasatan dan pendakwaan.
Kerja penyiasatan dan pemeriksaan sesuatu kesalahan boleh
dibuat oleh Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar tau oleh
Pegawai Penguatkuasa Agama – seksyen 24. Untuk memastikan kerja ini teratur dan
sempurna, prosedur yang digariskan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Sembilan) 2003 hendaklah dipakai dan dipatuhi.
Seperti biasa, Ketua Pendakwa Syarie diberi budibicara dan
kuasa sepenuhnya untuk mengarahkan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di
bawah Enakmen ini – seksyen 25 dan 26.
Enakmen Tatacara Jenayah juga perlu dipakai dan dipatuhi
bagi melupuskan barang kes dan benda yang menjadi hal perkara kesalahan di
bawah Enakmen ini – seksyen 27.
Bahagian IX
Bahagian IX ini mengandungi pelbagai peruntukan bagi maksud
melengkapkan Enakmen ini, antaranya mengenai penyampaian notis (seksyen 28),
kesalahan menghalang siasatan (seksyen 29), kesalahan memberi maklumat palsu
(seksyen 30), kuasa Jawatankuasa Fatwa, dengan kelulusan Yang di Pertuan Besar,
membuat peraturan (seksyen 31) dan pindaan Jadual kepada Enakmen ini (seksyen 32).
Bagi kesalahan menghalang siasatan, enggan mengemukakan
dokumen atau benda lain apabila dikehendaki berbuat demikian, dan menghalang
apa-apa penyitaan bagi maksud penyiasatan di bawah Enakmen ini, seorang itu
boleh dihukum penjara tidak lebih 1 tahun, denda tidak lebih RM1,000 atau
kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan memberi maklumat palsu, menyembunyikan fakta
matan atau memalsukan apa-apa dokumen, seorang itu boleh dihukum penjara
tidaklebih 1 tahun, denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Bahagian X
Bahagian X ini merupakan peruntukan peralihan, bagi maksud
dikenakan kepada tarekat tasawuf yang telah wujud dan menjalankan aktivitinya
sebelum Enakmen ini diwujudkan. Peruntukan ini penting kerana mengikut amalan
perundangan semasa di negara kita, suatu undang-undang yang baru diwujudkan
(seperti Enakmen Tarekat ini) hanyalah berkuatkuasa kedepan, bukan berkuatkuasa
kebelakangan, kecuali dinyatakan sedemikian itu secara khusus dalam
undang-undang itu.
Bagi mana-mana tarekat tasawuf yang telah sedia wujud
sewaktu Enakmen ini baru diperkenalkan, syeikh yang mengendalikan tarekat itu
hendaklah memohon mendaftarkan tarekatnya itu dalam tempoh 6 bulan dari tarikh
Enakmen ini dikuatkuasakan atau tempoh yang lebih lama jika dibenarkan oleh Pendaftar
– seksyen 33(1). Sementara menanti keputusan permohonan itu dibuat, Pendaftar
hendaklah mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran sementara bagi tarekat itu dan
menetapkan apa-apa syarat ke atasnya – seksyen 33(2). Suatu tarekat yang
dikeluarkan Perakuan Pendaftaran sementara adalah dianggap sah di sisi
undang-undang dan boleh meneruskan aktivitnya – seksyen 33(3).
Andainya permohonan pendaftaran itu kemudian ditolak, syeikh
hendaklah menyerahkan balik Perakuan Pendaftaran sementara itu dalam tempoh 30
hari kepada Pendaftar – seksyen 33(5). Jika dia gagal berbuat demikian, dia
boleh dihukum (jika sabit kesalahan) penjara tiadk lebih 2 tahun, denda RM
3,000 atau kedua-duanya sekali. Jika kemudian dia terus gagal menyerahkan
Perakuan Pendaftaran sementara itu, dia boleh dikenakan denda selanjutnya tidak
lebih RM500 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Bagi mana-mana syeikh yang telah mengendalikan tarekatnya
sewaktu Enakmen ini baru diperkenalkan, dia hendaklah memohon mendapatkan
pengiktirafan daripada Jawatankuasa Fatwa dalam tempoh 6 bulan dari tarikh
Enakmen ini dikuatkuasakan atau tempoh lebih lama jika dibenarkan oleh
Pendaftar – seksyen 34(1). Sementara menanti keputusan permohonan itu dibuat,
Pendaftar hendaklah mengeluarkan satu pengiktirafan sementara bagi syeikh itu –
seksyen 34(2). Mana-mana syeikh yang telah diberi pengiktirfan sementara adalah
disifatkan sebagai telah diktiraf bagi maksud Enakmen ini – seksyen 34(3).
Jika akhirnya apabila permohonan syeikh itu diputuskan,
syeikh itu tidak diktiraf oleh Jawatankuasa Fatwa, syeikh itu dikehendaki
menyerahkan kembali pengiktirafan sementara itu kepada Pendaftar dalam tempoh
30 hari keputusan itu dimaklumkan kepadanya – seksyen 34(4). Jika syeikh itu
gagal berbuat demikian, dia boleh dihukum (jika sabit kesalahan) penjara tidak
lebih 2 tahun, denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali – seksyen 34(5). Jika dia
kemudian terus gagal menyerahkan pengiktifan sementara itu, dia boleh dikenakan
hukuman denda tidak lebih RM500 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan –
seksyen 34(6).
Bagi melihat Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005
boleh merujuk padahttp://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/1bd6f3d12f3c32f448257535001ac838?OpenDocument
April 22, 20190 CommentadminShare:
PELAN STRATEGIK JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI, NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS 2011-2015 (BAHAGIAN TAREKAT TASAWUF)
Disediakan oleh : SYAIFUL NIZAM BIN MD JAN
Penolong Mufti Bahagian Tarekat Tasawuf/Pendaftar Tarekat
Negeri Sembilan
TERAS STRATEGIK 6
Mengarusperdanakan Pembangunan Tasawwuf Dan Memantapkan
Pengamal Tareqat
Teras strategi yang akhir ini memberi penempuan dan fokus
kepada usaha giat untuk menyuburkan dan memasyarakatkan disiplin ilmu Tasawwuf
dalam kalangan masyarakat agar masalah kronik yang sedang dihadapi oleh umat
pada masa ini dapat di atasi melalui pendekatan tasawwuf. Keseimbangan
pembangunan fizikal dan kerohanian adalah asas kecemerlangan diri setiap
individu masyarakat yang akhirnya akan mendatangkan impak positif yang besar
dalam pembangunan negara. Gerakan dakwah untuk memberi kefahaman dan penghayatan
yang menyeluruh terhadap pengamal tasawwuf akan disemarakkan dan dizahirkan
dengan pelaksanaan program yang bersifat kontemporari dan tradisi. Kawalan
terhadap pengamal tareqat adalah seiring dengan usaha memajukan kumpulan
tareqat yang telah diberi pengiktirafan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri
Sembilan. Kerjasama erat antara kumpulan tareqat tersebut serta memperluaskan
hubung-jalin dengan Kumpulan Tareqat Tasawwuf Antarabangsa akan dipergiatkan
dan disuburkan dengan wahana dan program-program yang menarik minat masyarakat
untuk melibatkan diri dalam pengamalan tareqat tasawwuf yang berlandaskan
al-Quran dan al-Sunnah.
April 22, 20190 CommentadminShare:
SENARAI ANGGOTA JILSAH AL-TURUQ AL-SUFIYYAH
SENARAI ANGGOTA JILSAH AL-TURUQ AL-SUFIYYAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SESSI 2014-2016
1. Ditubuhkan di bawah sub-seksyen 47(A). (1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2005.
Sila rujuk
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Amendment.nsf/afd097200733d795482572f800123d12/e729cac8f39fa8ce4825714e00176da5?OpenDocument
2. Jawatankuasa kecil ini bertanggungjawab untuk menyediakan
syor kepada Jawatankuasa Fatwa dalam membuat keputusan Permohonan Pendaftaran
Tarekat dan semua perkara yang berkaitan dengan tarekat tasawwuf.
3. Diurusetiakan oleh Bahagian Tarekat Tasawwuf, Jabatan
Mufti Negeri Sembilan.
Pengerusi
S.S Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus.
No tel: 06-7652420 (P)
Anggota
Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
No. 97, Taman Sri Putih,
Jln Tok Ungku, Rasah
70100 Seremban
No tel: 06-6311603 (R)
Yg. Bhg. Dato’ Hj. Borhan bin Hashim
14 Taman Dato’ Wan
70400 Ampangan
Seremban.
No tel: 06-7610978 (R)
Y.Bhg. Dr. Hj Jahit bin Hj Sidek
A 91 Kampung Melayu Seri Kundang
Tasik Biru Kuang
48050 Rawang
Selangor
No tel: 019-3845666
Fax : 03-60344772
Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Abdul Manam bin Mohammad
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak, Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
abdulmanan@unisza.edu.my
No tel: 019-9360769
Fax : 09-6669531
Prof. Madya Dr. Faudzinaim bin Hj. Badarudin
Jabatan Usuluddin dan Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia
41300 Bangi
Selangor
fnaim@ukm.my
No Tel: 019-2740491/03- 8921 3548 (P)
Fax : 03-8921 3018
Dr. Abdull Rahman bin Mahmood
Jabatan Usuluddin dan Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia
41300 Bangi
Selangor
abrm@ukm.edu.my
No Tel: 019-2882963/03-89214457
Fax : 03-8921 3018
A.F Ust Mohd Zaidi bin Ramli
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Dakwah
Aras 7, Blok D7, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 W.P Putrajaya
No Tel: 016-9233342/03-88864000 samb. 4051
zaidiramli@islam.gov.my
Fax : 03-8889 2041
Pendaftar
A.F Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan
Pendaftar Tarekat Tasawwuf/ Penolong Mufti Bahagian Tarekat
Tasawwuf
Jabatan Mufti Negeri
06-7652423 (P)
No comments:
Post a Comment