أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَعَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
سبحان الله وبحمده، عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته (x3)
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
GOLONGAN INI ENGGAN MASUK KE SYURGA
"GOLONGAN INI ENGGAN MASUK KE SYURGA", SABDA NABI MUHAMMAD
Kongsikan di
Daripada Abu Hurairah
RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki syurga
melainkan mereka yang enggan, "Para sahabat bertanya, "Wahai
Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?" Nabi SAW menjawab: "Sesiapa
yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku
bererti dia enggan masuk syurga."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith :7280)
Matan hadith :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :كُلُّ
أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ
اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ
عَصَانِي فَقَدْ أَبَى.
]صحيح البخاري ,كتاب الاعتصام بالكتاب والسنة , باب الاقتداء بسنن رسول الله صلى الله عليه وسلم, رقم الحديث[7280
Pengajaran Hadith :
- Umat Nabi SAW disebut sebagai “Umat Dakwah” kerana umat ini dipertanggungjawabkan meneruskan usaha dakwah yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW.
- Setiap umat Nabi SAW akan memasuki syurga apabila mereka menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan sebagai umat Nabi SAW dan berpegang teguh dengan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan mereka.
- Apabila umat Nabi SAW meninggalkan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan meninggalkan Sunnah Nabi SAW maka mereka telah mengingkari Nabi SAW dan menjauhkan diri mereka daripada memasuki syurga Allah SWT yang kekal abadi selama-lamanya.
Sumber rujukan :
1. Kitab Sahih al-Bukhari
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
3. Kitab Faidhu al-Qadir Syarh al-Jamie al-Soghir Li al-Manawi
- Hits: 1090
GOLONGAN INI ENGGAN MASUK KE SYURGA
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................



No comments:
Post a Comment