أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَعَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
سبحان الله وبحمده، عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته (x3)
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
JADILAH SEPERTI GULA
"JADILAH SEPERTI GULA" BAGAIMANA GULA MENGAJARKAN KITA TENTANG HIDUP?
Kongsikan di
SAIDATINA Aisyah
r.a bertanyakan kepada Rasulullah SAW “bagaimana seseorang itu mendapat
keutamaan di dunia?” baginda Rasulullah SAW menjawab “ dengan akalnya”
saidatina Aisyah bertanya lagi “bagaimana seseorang itu mendapat
keutamaan di akhirat” baginda Rasulullah SAW menjawab lagi “dengan
akalnya” lantas Aisyah r.a bertanya “bukankah seseorang itu mendapat
keutamaan dengan amalnya?” Lalu baginda Rasulullah menjawab “seseorang
itu beramal mengikut kadar akalnya” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Menerusi rancangan Islam itu Indah di IKIMfm hari Rabu jam 10.15 pagi,
Ustaz Pahrol Muhamad Juoi berkata amat penting cara seseorang berfikir
kerana fikiran kita amat mempengaruhi hati kita. Begitu juga dalaman
diri kita menentukan luaran kita, kerana seseorang yang hatinya tidak
tenang tidak akan mampu tersenyum dengan ikhlas atau bertindak dengan
baik.
Pada waktu-waktu tertentu hati mencorakkan cara kita berfikir tetapi
dalam banyak waktu, akal menentukan corak dan bentuk fikiran dan
seterusnya hati kita, sebab itu golongan bijak pandai menyebut akal itu
pelita bagi hati, ada juga menyatakan akal itu telinga bagi hati, Jika
apa yang didengar dan dilihat itu adalah perkara yang baik nescaya
seseorang itu akan dapat menuai sebanyak mungkin kebaikan. Begitu juga
jika seseorang itu memenuhi ruang fikirannya dengan kejernihan ilmu dan
cara berfikir yang baik nescaya akan dapat menghasilkan corak pemikiran
yang positif dan berfaedah sahaja.
Pakar psikologi menyebut, manusia sering bazirkan masanya kepada
perkara yang sama. Banyak orang fokus kepada hasil bukan proses.
Bagaimanapun setiap orang yang mendapat hasil yang bagus adalah kerana
prosesnya yang sempurna. Sebagai contoh seorang yang jahat kemudian
berubah menjadi orang alim yang baik. Ianya berlaku kerana
proses-proses yang dilalui seperti mendekatkan diri dengan orang-orang
alim, banyak menuntut ilmu dan yang paling utama adalah kerana proses
mujahadah dan istiqamah yang dilalui sehingga hasilnya dapat menjadi
seorang insan yang baik dan berilmu.
Justeru, apa yang kita lakukan setiap hari itu akan menentukan hasil
yang akan kita perolehi. Sekiranya dalam waktu-waktu yang kita miliki
hanya dibazirkan dengan perkara yang sia-sia, ianya tidak akan
mendatangkan apa-apa kejayaan melainkan hanya kegagalan. Pakar
menyebut, kegagalan seseorang itu disebabkan oleh tidak menggunakan
waktu dengan sebijaknya. Orang yang berjaya akan menggunakan masa
dengan rutin yang produktif seperti mengisi waktu dengan ilmu yang
serius, kuat bekerja, rajin mendekatkan diri dengan amal ibadat kepada
Allah SWT.
Antara perbuatan yang menentukan kita memperolehi hasil kejayaan bagi
diri kita ialah bagaimana cara kita berfikir. Corak fikiran yang
positif akan mempengaruhi hati yang stabil dan seterusnya mempengaruhi
setiap tindak tanduk kita. Sebab itulah kita perlu sentiasa mengawal
corak fikiran kita kerana ianya mempengaruhi emosi dan tindakan yang
bakal kita ambil.
Cerdik pandai menyebut kita adalah fikiran kita dan bukan apa yang kita
fikirkan tentang diri kita. Ramai orang berfikir dan mendakwa dirinya
positif dan baik, tetapi ia tidak diterjemahkan dalam corak fikirannya.
Ertinya di sini, apa yang kita fikir, yang diucap melalui mulut,
digerakkan melalui rasa dan emosi dan ditunjukkan melalui perbuatan
itulah yang disebut sebagai corak fikiran kita bukan perasaan atau
penilaian kita terhadap diri sendiri.
Hakikatnya, kita sendiri boleh membuat penilaian terhadap diri sendiri,
iaitu sepanjang hari berapa banyak kita bersangka baik terhadap orang
lain? Sejauhmana kita positif dengan persekitaran kita? dan bagaimana
kita berdepan dengan situasi-situasi yang dilalui?. Sebagai contoh
seperti gula dan semut dalam situsi berhubung rezeki. Ada orang
berfikir mahu seperti semut iaitu gigih dan rajin dalam mencari rezeki.
Namun ada pula yang berfikir cara yang lain iaitu seperti gula. Cara
berfikir seperti gula tentunya akan berfikir dan bertindak bagaimana
yang perlu dilakukan untuk ‘memaniskan’ diri agar dengan bertindak baik
dan ‘manis’ itu akan menarik lebih banyak rezeki yang datang.
Oleh itu, kita akan selalu bertindak baik, berfikiran baik akan setiap
perlakuan dan kata-kata kita seperti gula yang manis yang boleh
mendatangkan kegembiraan kepada orang lain yang datang kepada kita dan
seterusnya boleh mendatangkan rezeki buat kita juga.
Begitulah dalam hidup ini, dalam apa juga peranan kita di muka bumi ini
sama ada sebagai seorang anak, suami atau isteri atau sesiapa sahaja.
Dalam mengejar bahagia dalam rumahtangga umpamanya jangan mencari
bahagia itu dalam perkahwinan sebaliknya jadikan perkahwinan itu
sebagai jalan ibadah untuk mencapai kebahagiaan. Begitulah corak kita
berfikir, jadilah seperti gula yang sentiasa memberi rasa manis
sehingga menarik perhatian sesiapa sahaja dan akhir natijahnya
mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.
SUMBER:IKIM
JADILAH SEPERTI GULA
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................



No comments:
Post a Comment