Demi Allah, jangan bersedih!
Panduan Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
Oleh Muhamad Naim
Bagaimana cara solat taubat?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat taubat nasuha.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Apa yang menarik:
Panduan cara solat taubat ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Isi Kandungan Panduan Ini:
Pengenalan
Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.
Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, khilaf dan dosa.
Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat.
Bertaubat di sini maksudnya ikhlas menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan bertekad di dalam hati untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta memohon keampunan daripada Allah.
Syarat-Syarat Taubat
Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.
Antara syarat-syarat taubat adalah:
- Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
- Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
- Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya..
… maka hendaklah ditambah lagi satu syarat, iaitu memulangkan semula barang yang dicuri dan memberitahu kesalahan yang telah dilakukan.
Waktu Sesuai Solat Taubat
Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat.
Walau bagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)
Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.
Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.
Jumlah Rakaat
Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci.
Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat
Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
Lafaz Niat Solat Sunat Taubat
Lafaz niat solat sunat taubat adalah seperti berikut:
Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala
Surah Yang Boleh Dibaca
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah An-Nas atau surah lain yang dikehendaki:
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”
Bacaan Dalam Sujud Akhir
Semasa sujud akhir sebelum tahiyat akhir, ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.
Bacaan Selepas Memberi Salam
Sesudah salam, perbanyakkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah (sambil menyesali dosa-dosa yang dilakukan)
Maka ucapkanlah istigfar berulang kali:
Astagfirullah hal ‘azim allazi laa ilaaha illa huwalhayyu-qoyyum wa atu bu ilaih.
Maksudnya:
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.
Amalan ini sesuai dengan firman Allah:
Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui.— Surah Aali Imraan: 135
Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz ‘’Astaghfirullah’’, ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah SWT
Iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.
Selepas itu anda boleh membaca zikir taubat nasuha seperti video di bawah:
Ila hilas tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa ala naril jahim
Fahabblitau batau wagfir zunubi
Fainnakagho firuz zanbil azim
Doa Taubat
Akhir sekali adalah berdoa.
Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah.
Namun jika anda buntu, anda boleh membaca doa khusus di bawah ini untuk memohon keampunan Allah.
Allahumma inni zholamtu nafsi zull-man kasiran walaa yagh-firu zunuuba illa anta, fagh-firli min indika magfirotan innaka antal rgho-fuu rur-rahim.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar.Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau.Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Selepas selesai berdoa, maka lakukan sujud dengan membaca penghulu istigfar:
Allaahumma annta rabbii laa ilaaha illaa annta khalaq-tanii wa anaa abduka wa anaa ‘ala ahdika wawa’ dika maas-tatha-tu a-uudzu-bika min syarrimaa shana-tu abuu-u laka bini’matika alayya wa abuu-u bidzanmmbi fagh-fir-lii fa-innahu laa yagh-firudz-dzunuuba illaa annta.
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku.Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan.Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
Penutup: Allah Itu Maha Penerima Taubat
Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin.
Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat.
InsyaaAllah.
JANGAN TERLEPAS ARTIKEL!
- Facebook8th
- Twitt
Sama-sama :-)
Boleh juga