BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
17 November 2019
Fiqh Islam
Ini adalah siri utama
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)
Bidang-bidang:
Ekonomi
Perbankan_Islam
Riba
Murabahah
Takaful
Sukuk
Zakat
Baitul Mal
Jizyah
Khums
Nisab
Sadaqah
Wakaf
Faraid
Politik
Baiat
Khalifah
Khilafah
Daulah Islamiyah
Al-Liwa’ & Ar-Rayah
Pilihanraya
Zimmi
Perkahwinan
Peminangan
Mahar
Akad nikah
Walimatulurus
Nikah mut'ah
Perceraian
Poligami
Seks
Jenayat
Hudud
Zina
Rejam
Hirabah
Bughat
Qisas
Takzir
Diyat
Adab
Akhlak
Pakaian
Jilbab
Hijab
Niqab
Adab dalam Keluarga
Pengebumian Islam
Assalamualaikum
Insya Allah
Selawat
Mahram
Ibadat
Baligh
Solat
Azan dan Iqamat
Rakaat
Kiblat
Waktu solat
Rukun solat
Solat fardu
Solat subuh
Solat zohor
Solat asar
Solat maghrib
Solat isyak
Solat Jumaat
Khutbah Jumaat
Solat sunat
Solat qada
Solat jamak
Solat qasar
Puasa
Haji
Ihram
Tawaf
Umrah
Kebersihan
Taharah
Bersugi
Wuduk
Mandi
Mandi wajib
Tayammum
Istinjak
Najis
Makanan
Sumber bahan
Alkohol
Arak
Menyamak kulit
Ketenteraan
Jihad
Perang
Tawanan Perang
Fiqah (Bahasa Arab: فقه) menurut bahasa bererti mengetahui dan memahamkan. Menurut istilah, ia adalah suatu ilmu yang menerangkan segala hukum syarak yang diambil dari al-Quran dan sunah Nabi Muhammad secara penelitian yang mendalam iaitu dengan jalan ijtihad dan istinbat.
Ilmu-ilmu fiqah
Ilmu Fiqah membahas bidang-bidang:
Fiqah Ekonomi (Muamalat)
Fiqah Politik
Fiqah Perkahwinan (Munakahat)
Fiqah Jenayah
Fiqah Adab
Fiqah Ibadat
Fiqah Kebersihan
Fiqah Ketenteraan
Perkembangan
Al-Zarqa membahagi perkembangan fiqah kepada 6 zaman iaitu sebagai berikut:
Zaman Risalah - bermula sejak diutusnya Nabi Muhammad sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda (11H/632M)
Zaman Khulafa al-Rasyidin - bermula sejak wafatnya Muhammad sehingga Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam (41H/661M)
Zaman Awal Pertumbuhan - Masa ini dimulai pada pertengahan abad pertama sehingga ke awal abad ke-2 H.
Zaman Keemasan - bermula awal abad ke-2 sehingga pertengahan abad ke-4 H.
Zaman Tahrir, Takhrij dan Tarjih - dalam mazhab fiqah bermula dari pertengahan abad ke-4 sehngga pertengahan abad ke-7 H.
Zaman Kemunduran - bermula dari pertengahan abad ke-7 H. sehingga munculnya Majalah al-Ahkam al- 'Adliyyah (Hukum Sivil Kerajaan Turki Usmani) (26 Sya'ban 1293)
Mazhab Syafii
Mazhab Syafii atau Mazhab Syafie (bahasa Arab: شافعية, Syāfi'īyaṯ) adalah mazhab fiqah yang dicetuskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali sebagai Imam Syafie. Mazhab ini kebanyakannya diikuti oleh para penduduk Muslim di Selatan Mesir, Barat Arab Saudi, Syria, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Filipina dan Pantai Koromandel di Malabar, Hadramaut (Yaman), serta Bahrain.
Rukun Iman
Allah •
Kitab •
Malaikat •
Nabi
Hari Akhirat •
Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah •
Solat •
Puasa
Zakat •
Haji
Kota Suci
Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri • Aidiladha
Hukum
Al-Quran • Sunnah • Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah
Tokoh Islam
Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik
Kritikan •
Islamofobia
Glosari
Sejarah
Pemikiran fiqah mazhab ini diawali oleh Imam Syafie, yang hidup di zaman pertentangan antara aliran ahli hadis (cenderung berpegang pada teks hadis) dan ahl al-ra'y (cenderung berpegang pada akal fikiran atau ijtihad). Beliau belajar dari Imam Malik sebagai tokoh ahli hadis, dan Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani sebagai tokoh ahl al-ra'y yang juga murid Imam Abu Hanifah.
Imam Syafie kemudian merumuskan aliran atau mazhabnya sendiri, yang dapat dikatakan berada di antara kedua kelompok tersebut. Imam Syafii menolak Istihsan dari Imam Abu Hanifah mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik. Walau bagaimanapun, Mazhab Syafie menerima penggunaan qiyas secara lebih luas berbanding Imam Malik. Meskipun berbeza dari kedua mazhab tersebut, keunggulan Imam Syafii sebagai ulama fiqah, Usul al-Fiqh, dan hadis di zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh ramai ulama yang hidup sezaman dengannya.
Asas-asas
Dasar-dasar Mazhab Syafii dapat dilihat dalam kitab Usul al-Fiqh Ar-Risalah dan kitab fiqah al-Umm. Di dalam buku-buku tersebut Imam Syafii menjelaskan kerangka dan prinsip mazhabnya serta beberapa contoh merumuskan hukum far'iyyah (yang bersifat cabang). Asas-asas mazhab yang pokok, ialah berpegang pada:
Al-Quran, tafsir secara lahiriah, jika tidak ada yang menegaskan bahawa yang dimaksud bukan erti lahiriahnya. Imam Syafii pertama sekali selalu mencari alasannya dari Al-Quran dalam menetapkan hukum Islam.
Sunah dari Rasulullah SAW kemudian digunakan jika tidak ditemui rujukan dari Al-Quran. Imam Syafii sangat kuat pembelaannya terhadap sunnah sehingga dijuluki Nashir As-Sunnah (pembela Sunnah Nabi).
Ijmak para Sahabat Nabi, yang tak diketahui ada perselisihan tentang itu. Ijma' yang diterima Imam Syafii sebagai landasan hukum adalah ijma' para sahabat, bukan kesepakatan seluruh mujtahid pada masa tertentu terhadap suatu hukum; kerana menurutnya hal seperti ini tidak mungkin terjadi.
Kias yang dalam Ar-Risalah disebut sebagai ijtihad, apabila dalam ijma' tidak juga ditemukan hukumnya. Akan tetapi Imam Syafii menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.
Qaul Qadim dan Qaul Jadid Sunting
Imam Syafii pada awalnya pernah tinggal menetap di Baghdad. Selama ia tinggal di sana, ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya, yang biasa disebut dengan istilah Qaul Qadim (pendapat yang lama).
Ketika kemudian Imam Syafii pindah ke Mesir kerena munculnya aliran Mu’tazilah yang telah berhasil mempengaruhi kekhalifahan, ia melihat kenyataan dan masalah yang berbeda dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. Ia kemudian mengeluarkan ijtihad-ijtihad baru yang berbeda, atau yang biasa disebut dengan istilah Qaul Jadid (pendapat yang baru).
Imam Syafii berpendapat bahwa qaul jadid tidak berarti menghapus qaul qadim. Jika terdapat kondisi yang cocok baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka dapat digunakan salah satunya. Dengan demikian, kedua qaul tersebut sampai sekarang masih tetap dianggap berlaku oleh para pemegang Mazhab Syafii.
Penyebaran
Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeza dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. Pokok fikiran dan prinsip dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya. Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir, yang menyebarkan dan mengembangkan Mazhab Syafii pada awalnya adalah:
Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. 846)
Abi Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 878)
Ar-Rabi bin Sulaiman al-Marawi (w. 884)
Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama hadis terkemuka dan pendiri fiqah Mazhab Hanbali, juga pernah belajar Imam Syafii. Selain itu, masih banyak ulama-ulama yang terkemudian yang mengikuti dan turut menyebarkan Mazhab Syafii, antara lain:
Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari
Imam Bukhari
Imam Muslim
Imam Nasa'i
Imam Baihaqi
Imam Turmudzi
Imam Ibnu Majah
Imam Tabari
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
Imam Abu Daud
Imam Nawawi
Imam As-Suyuti
Imam Ibnu Katsir
Imam Dhahabi
Imam Al-Hakim
Peninggalan
Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lain-lain, di mana berbagai-bagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para penyokong mazhab ini.
Kerana metodologi yang sistematik dan tinggi tingkat ketelitian yang dituntut oleh Mazhab Syafii, terdapat banyak ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi penyokong setia mazhab ini. Di antara mereka bahkan ada pula yang menjadi pakar terhadap keseluruhan mazhab-mazhab Ahli Sunah Waljamaah di bidang mereka masing-masing. Tambahan lagi, Mazhab Syafii diperkirakan diikuti oleh 28% umat Islam seluruh dunia, dan merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi.
Lihat pula
Rujukan
Abu Zahrah, Muhammad, Imam Syafi'i: Biografi dan Pemikirannya dalam Masalah Akidah, Politik & Fiqih, Penerjamah: Abdul Syukur dan Ahmad Rivai Uthman, Penyunting: Ahmad Hamid Alatas, Cet.2 (Jakarta: Lentera, 2005).
Al-Qaththan, Syaikh Manna', Pengantar Studi Ilmu Al-Qur'an, Penerjemah: H. Aunur Rafiq El-Mazni, Lc., MA., Penyunting: Abduh Zulfidar Akaha, Lc., Cet.1 (Jakarta: Pustaka Al-Kautsar, 2006).
Yatim, Badri, Sejarah Peradaban Islam, Ed.1, Cet.12 (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 2001).
Imam Muslim, Terjemah Hadits Shahih Muslim, Penerjemah: Ahmad Sunarto (Bandung: Penerbit "Husaini" Bandung, 2002).
Al Imam Al Bukhari, Terjemah Hadits Shahih Bukhari, Penerjemah: Umairul Ahbab Baiquni dan Ahmad Sunarto (Bandung: Penerbit "Husaini" Bandung, tanpa tahun).
Pautan luar Sunting
Melacak akar sejarah Isfun dan Islib, oleh Nadirsyah Hosen, artikel di Pustaka Online Media Isnet
Ringkasan aqidah dan manhaj Imam asy-Syafi'i, rencana di Milis-Muslim
Penjelasan Mazhab, oleh Ust. H. Ahmad Sarwat, Lc, artikel di Eramuslim
Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam
Last edited 20 days ago by MrPutra02
RENCANA BERKAITAN
Mazhab
Mazhab Maliki
Muhammad bin Idris al-Syafii
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment