BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
13 November 2019
PDRM 200 Tahun
*TRANSFORMASI DALAM PDRM SETELAH LEBIH 200 TAHUN PENUBUHAN.*
*1 ) PANGGILAN HORMAT*
Panggilan encik / cik di tukarkan kepada tuan / puan kepada seluruh pegawai PDRM di sebabkan *polis bertaraf pegawai* yang mana sebelum ini hanya pegawai kanan sahaja yang layak menerima panggilan tuan/ puan, bersesuaian dengan :-
seksyen 2 (1) Akta Polis 1967
"pegawai kanan polis"
( IGP hingga Inspektor Percubaan )
"pegawai rendah polis"
( SI hingga Koperal )
:Konstabel"
( L/kpl hingga konst. Percubaan )
"Pegawai Polis"
( seluruh warga beruniform di dalam PDRM )
Sebagai contoh seorang konstabel boleh memanggil koperal dgn panggilan tuan / puan tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya memanggil dgn perkataan encik / cik.
Akan tetapi menjadi kesalahan sekiranya tidak memangil tuan / puan terhadap pegawai kanan polis ( PTKPN)
Panggilan tuan / puan tidak di gunakan ke atas pelatih konstabel, kadet sarjan dan kadet inspektor semasa menjalani latihan di pulapol sehingga tamat latihan.
*2 ) TABIK HORMAT*
Sarjan dan ke atas layak menerima tabik hormat daripada pegawai polis yang kurang dari pangkat koperal hingga konstabel dan lain2 arahan berkaitan tabik hormat masih berkuat kuasa.
Semasa lagu Negaraku berkumandang di wajibkan kesemua pegawai polis ( IGP - Konst. ) memberi tabik hormat, arahan ini baru di laksana tetapi masih ada lagi pegawai polis yg tidak tahu.
Dan juga wajib di beri tabik hormat semasa panji utama , panji unit dalam PDRM dan panji dalam ATM semasa kawalan kehormatan melintasi hadapan kita. ( ada yang masih tidak tahu )
2 ) PEMBESARAN PGA
PGA merupakan pasukan tempur PDRM akan di naik taraf kepada sebuah jabatan dalam proses memantapkan pasukan ini dengan menubuhkan atau menyusun serta memantapkan semula :-
*A) Platun Motar ( seperti zaman PPH )*
*B) Skuadron Kereta Perisai ( aset baru bakal dimiliki )*
*C) Tiger Platoon akan bertaraf pasukan khas ( bukan elit ) dan di wajibkan mempunyai kepakaran dalam latihan payung terjun.*
*D) FRU akan diserapkan di bawah briged - briged PGA seluruh Malaysia dan akan menjadikan sebuah batalion ( pembesaran PORU) di bawah 1 briged dan di kurniakan1 panji setiap 1 batalion dan berkemungkinan nama FRU akan di bubarkan dan di gantikan dengan nama yg sesuai mengikut akta POTA dan SOSMA dan teknik menyuraikan rusuhan juga berubah mengikut sistem perundangan semasa. Selaras dengan hasrat FRU selama ini untuk menaikan elauan FRU ( elauan FRU RM 120.00 + elauan PGA RM 400.00 = elaun PGA baru RM 520.00 ) dan pegawai polis dari FRU perlu menjalani latihan asas PGA bagi memenuhi syarat pembayaran elaun dan mana - mana pegawai bekas FRU yg telah mempunyai sijil kursus asas PGA layak terus menerima elaun PGA tanpa perlu menghadiri kursus semula.*
*E) Kursus asas PGA untuk pegawai kanan akan sama silibus dgn pegawai rendah seperti contoh : berlari dari asrama ke lapang sasar PLPGA yg mana sebelum ini pelatih pegawai hanya menaiki lori ke lapang sasar.*
*F) Latihan bom tangan akan di adakan semula setelah di mansuhkan pada penghujung 90an ( seperti zaman PPH )*
*G) pasukan " Combat Medic PGA " akan di tubuhkan dan bakal mempunyai doktor ( Peg. Kanan ) dan jururawat (WPC) dalam unit uniform PGA*
*H) helikopter baru PDRM Agusta AW139 Medium dgn kapasiti 15 org akan di gunakan sepenuhnya oleh PGA. ( seperti zaman PPH mengunakan NURI TUDM )*
*I) latihan teknik peperangan gerila di kekalkan*
*J) latihan inoklasi seksyen di mantapkan*
*3 ) PASUKAN ELIT*
A) VAT 69 Komando akan mempunyai markas sendiri di Ipoh
B) UTK akan mempunyai markas sendiri di sekitar lembah Klang
Dan beberapa markas2 latihan luar serta pulau untuk latihan di adakan.
Kepimpinan PDRM hendaklah sentiasa mengalakkan pegawai polis menyertai unit elit.
*4 ) PASUKAN KHAS*
*A) Unigerin ( PPM )*
*B) Tiger Platoon ( PGA )*
*C) Staffoc ( JSJ )*
*D) Sting ( JSJN )*
Ini bukan pasukan elit / komando tetapi pasukan yg mempunyai kepakaran tertentu ( khas ) dan akn di mantapkan dari semasa ke samasa dan wajib memiliki latihan infantri ( PGA ).
*5 ) PASUKAN POLIS MARIN*
PPM akn meperolehi semula kapal PZ yg pernah di serahkan kepada APMM dan aset-aset lain demi mengekalkan tahap kecemerlangan PPM sejak 1947 dan akn berkuasa kembali di laut hal ini terbukti dengan penangkapan beberapa lanun2 yg berumur sekitar lewat 40an semasa keterangan di ambil dan mereka ( lanun ) mengakui polis marin berpengalaman bertempur di laut dgn kapal PZ dan para lanun amat gerun dan sering tidak berpuas hati dengan polis marin dan polis hutan dan pengecilan PPM pada pertengahan 2000an merupakan salah 1 faktor memudahkan lanun menyerang Lahad Datu dan Semporna pada 2013.
*6 ) PASUKAN LSF*
Pasukan pengempur ringan yg selama ini menjadi pembantu kepada FRU akn di perbesarkan dgn penambahkan kekuatan setiap unit yg di ambil dari mana - mana pegawai FRU sebelum ini dan di serapkan ke bahaguan Tugas Am untuk LSF. Unit LSF bakal ketuai oleh seorang inspektor di bantu oleh 1 sarjan dan 5 koperal dan di tadbir di bawah setiap IPD.
*7 ) KAMERA VIDEO*
Penggunaan kamera video akan di wajibkan semasa penugasan tersebut : -
*A) SJR*
*B) MPV*
*C) Kawalan Markas ( sentri post )*
*D) Armoury ( AMRI )*
*C) kawalan Sempadan*
*D) Kapal dan bot PPM*
*E) Proses pengambilan PDRM ( ujian fizikal sehingga peringkat temuduga )*
*F) Latihan Dalam Perkhidmatan*
*8 ) LATIHAHN ASAS KEPOLISAN*
Demi memantapkan pasukan dan akur kehendak teknologi semasa serta mengikut peredaran zaman dan taraf pendidikan yang meningkat dalam PDRM, maka silibus latihan di tambah.
*A) Konstabel - 9 bulan*
*B) Kadet Sarjan - 9 bulan*
*C) Kadet Inspektor - 9 bulan*
Dan akan menjalani latihan asas PGA selama 3 bulan selepas tamat latihan di PULAPOL sebelum di tempatkan ke formasi tertentu mengikut kekosongan.
Dalam tempoh latihan para pelatih tidak akan di ganggu sehingga tamat latihan kerana apa yg terjadi di PULAPOL telah merosakan silibus latihan di mana para pelatih di arahkan buat fitik untuk majlis luar PULAPOL dan terlibat kawad kemerdekaan serta lain - lain tugas yang kadangkala bukan tugas hakiki seorang pegawai polis seperti tarian majlis dan sebagainya
Pelatih PULAPOL akn sentiasa menjalani latihan seperti biasa dalam tempoh 9 bulan ( tetap ) tanpa gangunan dari formasi luar ataupun Bukit Aman sekali pon walaupun kekuatan PDRM semasa kekurangan anggota, latihan tetap berjalan dlm temoh 9 bulan kecuali darurat.
Jurulatih di beri kuasa sepenuhnya untuk melatih tanpa sebarang gangguan atau pengaruh sesiapa mahupaun pegawai kanan sendiri.
*9 ) DISIPLIN*
SI tatatertib, SI Batalion, SI PULAPOL, atau mana - mana SI yang menjalankan tugas tatatertib berkuasa sepenuhnya untuk menegur dan memberi hukuman ' on the sport ' kepada mana - mana pegawai polis kanan ataupun rendah ataupun pegawai awam sekiranya melanggar sesuatu undang - undang di dalam kawasan jaagan beliau. ( seperti RSM tentera )
*10 ) Perhubungan Awam*
Cawangan Perhubungan Awam perlu bertindak meperbetulkan keadaan sekiranya timbul keraguan di dalam masyarakat berkaitan PDRM dengan memperjelaskan apa yang masyarakat persoalkan.
'Kronologi Insiden Memali 1985' yang di cipta oleh pihak tertentu yg ingin memfitnah PDRM masih lagi tiada penjelasan rasmi dari PDRM tetapi telah ada penjelasan kecil dari bekas - bekas polis antaranya :
- bekas pegawai - pegawai VAT 69 komando ada mengatakan unit ini tidak terlibat secara langsung dalam penangkapan Ibrahim Libya ( Ops Hapus ) tetapi di dalam kronologi yg di reka itu ada mengatakan VAT 69 komando terlibat.
- penggunaan perkataan ' signal divison PDRM', hal ini telah di pertikai kan oleh penganalisis jenayah Kamal Afandi ( bekas polis ) yg mengatakan bahawa PDRM tidak pernah menggunakan perkataan 'signal divison' kalau ada pun hanya menggunakan perkataan 'station diary' atau singkatan SD ( Pol 40 ) atau buku perharian balai. Berkemungkinan pemfitnah itu yg mempunyai ilmu ketenteraan yg sedikit dan berfikiran ia sama dgn ATM beranggapan 'SD' itu signal division.
Cawangan Perhubungan Awam pula perlu memantau produksi filem atau drama yg menggunakan pegawai pdrm atau seragam atau aset dengan memastikan cara penggunaan dan pemakaian yg betul mengikut prosuder.
Jangan jadi seperti pelakon Zizan Razak dalam Polis EVO 2015 dengan pemakian uniform yang selekeh dan aksi pelakon Shahiezy Sam dalam filem Kongsi 2011 dia mana dengan tanpa rasa hormat memijak mijak kereta peronda PDRM walaupun sekadar lakonan dan akhirnya menjadi ikutan para pengikut demonstrasi bersih 2.0 2011
Itu belum lagi drama Gerak Khas yang tidak di senangi oleh 99.9 % warga PDRM yang memaparkan apa yg tidak benar, mana mungkin 1 unit sampai kesemua pegawai kanan.
Pihak pegawai kanan bahagaian perhubungan awam ini perlu memantau mengikut keadaan semasa. Munurlah tiada keluar drama bertajuk 'sayang ku inspektor mukhriz' kalau tidak lagi teruk la PDRM di kecam. So pihak atasan perlu memainkan peranan demi menjaga sensitiviti warga
PDRM dan keluarga.
Akhir kata transformasi ini dia wujudkan kerana PDRM telah pun lama di tubuhkan dan berpengalaman dan taraf pendidikan warga PDRM juga semakin meningkat dan tidak wajar PDRM masih di takuk lama.
*Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment