06 November 2019

Basic solat berjamaah

Basic Solat Berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu. 1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), makmum jangan ikut. Siapa ikut pada hal dia tahu imam terlebih rakaat, maka batal solatnya. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa (sunat sujud sahwi) 2. Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai2 bertasbih supaya imam duduk semula. Kalau imam turun duduk semula nescaya batal solat dia (pd Mazhab Syafie). Nak cerita sikit pengalaman sebenar: 1. Berlaku solat kat satu masjid baru-baru ini, Imam terlupa duduk tahiyat awal, beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur 'Subhanallah' (sambil makmum2 tu duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam). 2. Pernah berhenti solat kat satu surau waktu Zohor, dah rakaat ketiga. Tiba-tiba Imam terbatal ketika duduk antara dua sujud (kentut yang berbunyi). Semua jemaah bubar dan batalkan solat mereka. Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Bila bangun berdiri rakaat ke 4 bolehlah melangkah ke depan di tempat imam. 3. Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. Imam tu terlupa terus je berdiri selepas rakaat ke 4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat ke 5, kebetulan tak pula makmum yg bertasbih utk ingatkan imam. Solat Imam tu sah solat sebab dia terlupa, tapi solat makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semuanya tak sah. Takde solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan, mufaraqah (berpisah) dari imam dgn teruskan solat sendiri kemudian bagi salam atau tunggu Imam pd duduk tahiyat akhir kemudian bagi salam selepas imam memberi salam. Sebab tu dalam hadis ada sebut, orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya. Supaya tahu cara untuk gantikan Imam bila diperlukan. Ini adalah ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain. Belajar solat ni tak sampai setengah hari pun. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati. Ulangkaji solat.... Barakallahu fikum... Semoga ada manafaat.... Share is caring...😌

No comments: