BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
25 November 2019
Masjid Sri Sendayan Seremban
Seni bina Masjid Sri Sendayan jadi tumpuan ramai
SABTU, 21 SEPTEMBER 2019 @ 5:15 PM
JEMAAH yang hadir mengimarahkan solat di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
MASJID Sri Sendayan, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
SEREMBAN: Mendapat gelaran sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah, pembukaan Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan, semalam, menjadi antara tarikan di kawasan itu.
Masjid yang mula dibina pada tahun 2015 melalui konsep wakaf itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa, sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu, diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
Eksekutif Masjid Sri Sendayan, Ahmad Naim Azlan, berkata tarikan utama Masjid Sri Sendayan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Katanya, kebanyakan seni bina itu ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar.
“Keunikan hasil seni bina masjid ini membuatkan ia menerima beberapa gelaran daripada orang ramai termasuk Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.
“Syukur pada hari pertama masjid ini dibuka untuk solat Jumaat semalam, lebih 5,000 jemaah hadir dan amat membanggakan ada yang datang dari jauh seperti Putrajaya, Melaka dan Selangor.
“Malahan sejak semalam hingga hari ini, masih ramai orang yang mengunjungi masjid ini untuk melihat sendiri keunikannya,” katanya ketika ditemui di Masjid Sri Sendayan di sini, hari ini.
Ahmad Naim berkata, masjid itu terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah).
Selain itu katanya, masjid itu turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
“Sebelum masjid ini siap dibina lagi, kami sudah menerima banyak pertanyaan daripada bakal pengantin untuk bernikah di masjid ini sehingga banyak tarikh sudah penuh sehingga kini.
“Justeru, saya amat berharap masjid yang lengkap dengan pelbagai kemudahan ini dapat diimarahkan sebaik mungkin oleh jemaah tidak kira di kawasan ini atau dari luar Bandar Sri Sendayan,” katanya.
Hak Cipta Terpelihara © 2019 - BH Online
New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment