11 November 2019

Nabi Ibrahim & Ismail A.S

*[KISAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S. DAN NABI ISMAIL A.S.]* *Kedatangan Aidil Adha mengingatkan kita akan sebuah kisah pengorbanan yang cukup luar biasa. Kisah di mana menggambarkan keimanan, kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. yang demi mematuhi perintah RabbNya rela mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S.* *Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail, baginda membuat ibadah korban sebanyak 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka manusia dan malaikat berasa kagum dan kehairanan.* *Nabi Ibrahim bersabda: "Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki sudah tentu dia juga akan kusembelih di jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah"* *Ketika Nabi Ibrahim tiba di Iradhil Muqaddasah (bumi yang disucikan), baginda memohon kepada Allah supaya dikurniakan anak dan Allah mengabulkan permohonannya. Akhirnya baginda dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail.* *Tatkala Nabi Ismail mencapai usia remajanya, Nabi Ibrahim mendapat mimpi iaitu baginda mendengar suara yang berkata : "Hai Ibrahim, tunaikan nazar kamu!" Keesokan paginya Nabi Ibrahim berfikir: "Apakah mimpi itu datangnya daripada Allah atau Syaitan?" Pada malam kedua, Nabi Ibrahim bermimpi lagi seperti mimpinya terdahulu dan begitu juga pada malam ketiga. Maka, Nabi Ibrahim pasti bahawa mimpinya itu adalah daripada Allah yang bermaksud baginda perlu menunaikan nazar dengan menyembelih anaknya sebagaimana yang dijanjikan.* *Ketika Nabi Ibrahim dalam perjalanan ke Mina bersama anaknya, Nabi Ismail untuk melakukan penyembelihan, musuh Allah iaitu iblis terkutuk sudah sedia menanti untuk menggoda Nabi Ibrahim dan dia tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Dalam perjalanan itu, Nabi Ismail kelihatan ceria dan sering berlari meloncat ke hadapan ayahnya. Maka iblis mula menghasut Nabi Ibrahim.* *Iblis: Wahai Ibrahim, apakah engkau tidak memperlihatkan betapa tampan parasnya, bagus badannya dan sopan perilakunya?* *Nabi Ibrahim: Ya, tetapi aku diperintah Tuhanku untuk melakukan sedemikian.* *Ketika iblis terkutuk itu berputus asa menggoda Nabi Ibrahim, lalu dia pergi mendapatkan Siti Hajar.* *Iblis: Wahai Hajar, bagaimana engkau boleh duduk-duduk saja, sedangkan Ibrahim sudah pun pergi dengan anakmu dan akan menyembelihnya?* *Siti Hajar: Jangan engkau berdusta, aku tidak pernah tahu seorang ayah sanggup menyembelih anaknya sendiri.* *Iblis: Itulah sebabnya Ibrahim keluar dengan anakmu membawa tali dan pisau. Dia mengira bahawa Tuhannya menyuruhnya untuk itu.* *Siti Hajar: Nabi itu tidak pernah diperintah untuk sesuatu yang batil dan saya sendiri bersedia untuk menebus perintah itu dengan jiwa sendiri, betapa pula jika hanya dengan nyawa anakku.* *Setelah iblis gagal menghasut Siti Hajar, maka dia pergi kepada Nabi Ismail.* *Iblis: Sungguh engkau bersenang-senang, sedangkan ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu.* *Nabi Ismail: Jangan engkau berdusta, mengapa ayahku ingin menyembelihku?* *Iblis: Dia mengira bahawa Tuhannya menyuruhnya untuk itu.* *Nabi Ismail: Aku memperhatikan dan mentaati perintah Tuhanku.* *Ketika iblis cuba untuk melontarkan godaan yang lain, maka terlebih dahulu Nabi Ismail mengambil seketul batu dan melemparkannya kepada iblis sehingga mata kirinya pecah dan buta. Lalu dia pergi dengan sia-sia lagi rugi.* *Begitulah terjadinya jamrah yang menjadi salah satu perkara rukun bagi ibadah haji.* *Ketika Nabi Ibrahim tiba di Mina baginda berkata kepada puteranya, "Wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu".* *Nabi Ismail menjawab, "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu. Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar". Tatkala Nabi Ibrahim mendengar kata-kata puteranya, baginda tahu bahawa doanya kepada Allah telah dimakbulkan iaitu "Wahai Tuhanku kurniakanlah kepadaku anak yang soleh" Nabi Ismail berkata kepada a yahnya, "Wahai ayahku, aku ingin menyampaikan beberapa pesan kepada ayah dalam melaksanakan perintah Allah itu.* *✔️Pertama; Hendaklah ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah.* *✔️Kedua; agar ayah menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku apabila melihatnya.* *✔️Ketiga; tajamkanlah pisau ayah dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku.* *✔️Keempat; sampaikanlah salamku terhadap ibuku dan berikanlah kepadanya pakaianku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan".* *Kemudian dipeluknya Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata, "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, berbakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".* *Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah pisau tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang pisau di tangannya, kedua mata Nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke pisau yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang Rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, pisau diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan. Akan tetapi apakan daya, pisau yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.* *Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahawa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai, sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahawa pisau itu tidak lut untuk memotong lehernya, maka berkatalah ia kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku kerana melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku".* *Akan tetapi pisau itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.* *Dalam keadaan bingung dan sedih hati kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya :* *"Wahai Ibrahim! engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan". Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail yang telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing kibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotongnya leher kambing kibas itu oleh beliau dengan pisau yang tumpul di leher puteranya Ismail itu.* *Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.* @bahtera2020tazkirahmotivasi* #Wallahualam #Kisahpengorbanan #Palingagung #DalamsejarahIslam

No comments: