11 November 2019

Antara doa mustajab

☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘ Ya الله Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dari segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Kerana itu ya الله Allah, kami mohon keampunan-Mu dan berilah keampunan kepada kami dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Ya الله Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami. Ya الله Allah ingatkan kami bahawa amal-amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal. Ya الله Allah ingatkan kami bahawa Engkau sentiasa melihat apa yang kami lakukan, oleh itu jadilah ia penghalang bagi kami melakukan maksiat. Ya الله Allah sedarkanlah kami bahawa kematian itu pasti, maka sempurnakanlah persiapan kami untuk beri jumpa dengan Mu Ya Allah. Ya الله Allah mulikanlah kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan. Ya الله Allah mudahkan segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah dan perbuatan keji. Ya الله Allah jauhkan kami dari segala musibah dan terimalah semua amal ibadah kami. Ya الله Allah hanya kepada Mu kami berserah diri, hanya kepada Mu kami beriman, hanya kepada Mu kami bertawakkal, hanya kepada Mu kami kembali dan hanya kepada Mu kami menegakkan kebenaran. Ya الله Allah sesungguhnya kami berlindung dengan kemuliaan Mu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau Ya Allah. Ya الله Allah Ya الله Allah sesungguhnya perancangan Mu itu indah. Ya الله Allah ketika kami bersedih datangkanlah kebahagiaan, ketika kami menangis datangkanlah senyuman, ketika kami diuji dengan segala ujian Mu, datangkanlah hikmah. sesungguhnya perancangan Mu itu indah. Ya الله Allah ketika kami bersedih datangkanlah kebahagiaan, ketika kami menangis datangkanlah senyuman, ketika kami diuji dengan segala ujian Mu, datangkanlah hikmah. Kami tidak layak untuk syurgaMu, tetapi kami tidak pula sanggup menangung seksa nerakaMu. Ampunkanlah dosa-dosa kami, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa Besar. Ya الله Allah sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan rezeki kami, Engkau lapangkanlah kami, sebaliknya janganlah Engkau menyempitkan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keperluan kami. Ya الله Allah janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki. Bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci. Ya Allah, hilangkan keseronokkan kami kepada maksiat dan perbuatan mungkar dan jauhkanlah kami dari apa jua musibah. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka. Kami memohon kepada-Mu ya الله Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله Ya Rabbal Alamin رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi

No comments: