BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
11 November 2019
Kisah 2 makam sahabat Nabi SAW
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
PEMINDAHAN DUA MAKAM SAHABAT NABI YANG PENUH PERISTIWA MENAKJUBKAN
Shah Faisal 1 (Raja Iraq) memindahkan makam Jabir al-Ansari dan makam Huzaifah al-Yamani -- kedua-duanya sahabat Muhammad Rasulullah
Pada tahun 1932/1351H Shah Faisal I (Raja Iraq) bermimpi ditegur oleh Huzaifah al-Yamani (seorang sahabat Nabi) dengan berkata:
“Wahai Raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir Al-Ansari (juga salah seorang sahabat Nabi) dari tepi sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang lebih baik kerana kuburku sekarang ini dipenuhi air; kubur Jabir juga sedang dipenuhi air.”
Mimpi yang sama terjadi pada malam berikutnya tetapi baginda tidak mempedulikan mimpi tersebut.
Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq pula. Huzaifah berkata dalam mimpi Mufti tersebut:
“Aku telah memberitahu raja pada dua malam sebelumnya supaya memindahkan jenazahku tetapi tidak dipedulikannya. Beritahu raja supaya beliau bersetuju memindahkan kubur-kubur kami.”
Setelah membincangkan perkara berkaitan Raja Faisal disertai oleh Perdana Menteri dan juga Mufti Besar Iraq memutuskan untuk memindahkan dua makam sahabat Nabi tersebut pada 10 Zulhijjah, 1351H.
Waktu itu adalah Musim Haji. Ramai jemaah Haji di kota Mekah telah meminta Raja Faisal I menangguhkan rancangan tersebut sehingga mereka selesai menunaikan ibadah Haji kerana mereka juga mahu melihat proses pemindahan kedua-dua sahabat Nabi tersebut. Raja Faisal telah bersetuju menangguhkan pemindahan dua makam tersebut kepada 20 Zulhijjah, 1351H.
Setelah solat Zuhur pada hari tersebut orang ramai telah hadir di kawasan dua makam sahabat Nabi tersebut menyebabkan Kota Baghdad penuh sesak kerana bukan muslim juga turut hadir.
Makam Huzaifah al-Yamani dibuka dan mereka mendapati makam tersebut dipenuhi air. Tubuh Huzaifah yang masih segar (tidak reput masih seperti orang hidup) telah diangkat dengan sangat berhati-hati dan kemudian jenazah tersebut diletak di dalam sebuah pengusung.
Raja Faisal, Mufti Besar Iraq, Perdana Menteri dan juga Raja Faruq Mesir telah diberi penghormatan untuk mengangkat pengusung tersebut dan kemudian meletakkan jenazah di dalam sebuah keranda kaca yang dibuat khas. Jenazah Jabir bin Abdullah al-Ansari juga ditempatkan di dalam sebuah keranda kaca dengan penghormatan yang serupa.
Kedua jenazah sahabat Nabi Muhammad tersebut masih segar seperti orang hidup. Semua yang melihat seolah tidak percaya apa yang telah mereka saksikan.
Kain kafan kedua-dua jenazah tersebut juga masih utuh dan baru seolah-olah kedua-dua sahabat Nabi tersebut yang juga adalah pahlawan-pahlawan Islam masih hidup dan hanya berbaring sahaja. Subhanallah!
Kedua jenazah tersebut telah dibawa dan dikebumikan di kubur baru tidak jauh dari kubur seorang lagi sahabat Nabi iaitu Salman al-Farsi yang terletak di Salman Park, Baghdad sekitar 30 batu dari Kota Baghdad.
Kejadian tersebut menjadikan para ilmuwan, ahli falsafah dan para doktor diam, terpaku, membisu.
Seorang Fisiologis Jerman sangat takjub terhadap kejadian tersebut apabila keadaan tubuh jenazah kedua-dua sahabat Nabi Muhammad tersebut sekali pun telah ditanam lebih 1,300 tahun dahulu (waktu pemindahan dua makam sahabat Nabi tersebut adalah pada tahun 1932) tetapi masih segar seperti orang hidup. Beliau terus berjumpa Mufti lalu memegang kedua tangan Mufti Besar Iraq tersebut dengan berkata:
“Bukti apa lagi yang lebih kuat bahawa Islam itu benar? Sekarang saya memeluk Islam dan tolong ajarkan saya mengenai Islam."
Di depan beribu-ribu orang doktor Jerman tersebut memeluk Islam. Melihat kejadian tersebut ramai orang lain yang beragama Kristian mahu pun Judaism (agama orang Yahudi) turut sama mengisytiharkan bahawa mereka adalah muslim pada waktu itu juga kerana mereka telah melihat bukti yang sangat terang di depan mereka. Kejadian tersebut bukannya kali pertama dan terakhir malah ramai lagi lain-lain orang Kristian, Yahudi, dan juga lain-lain agama berbondong-bondong memeluk Islam kerana mereka telah menyaksikan atau pun mendengar kejadian anih dan menakjubkan tersebut.
Credit: N
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
"Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
HR Thabrani dari Abu Umamah
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment