أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Penciptaan Adam
Penciptaan Adam
Penciptaan Adam diriwayatkan sebagai satu daripada ciptaan Allah yang paling kontroversi atau paling disebut-sebut oleh makhluk Allah yang lain. Peristiwa tersebut disebut dalam al-Qur'an apabila para malaikat mempersoalkan kejadian (manusia) sebagai khalifah atau pengganti di bumi.
Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
– Al-Quran 2: 30
Ciptaan dari tanah
Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. Walau bagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti yang dibimbangkan oleh para malaikat.
Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya juga tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi. Maka, Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.
Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah:
• Tanah Baitulmuqaddis - kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.
• Tanah Bukit Tursina (Mesir) - telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.
• Tanah Iraq - dahi sebagai tempat sujud kepada Allah.
• Tanah Aden (Yaman) - muka sebagai tempat berhias dan kecantikan.
• Tanah telaga Al-Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian.
• Tanah Al-Kautsar - gigi sebagai tempat memanis-manis.
• Tanah Kaabah(Makkah) - tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama.
• Tanah Paris (Perancis) - tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.
• Tanah Khurasan (Iran) - perut sebagai tempat berlapar.
• Tanah Babylon (Iraq) - kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan.
• Tanah Tursina (Mesir) - tulang sebagai peneguh manusia.
• Tanah India - kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan.
• Tanah Firdaus (Syurga) - hati sebagai tempat keyakinan, keimanan, dan kemahuan.
• Tanah Taif (Arab Saudi) - lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa.
ENAM PERINGKAT PENCIPTAAN NABI ADAM A.S
Nabi Adam A.S adalah Bapa Manusia yang merupakan manusia pertama yang diciptakan Allah SWT dan tinggal di syurga dalam beberapa tempoh sebelum diturunkan ke dunia selepas memakan buah dari pokok yang dilarang.
Nama Adam disebut sebanyak 25 kali didalam Al-Quran di pelbagai surah yang menjelaskan kisah-kisah bermula dari penciptaannya dari tanah sebagai penciptaan manusia pertama hinggalah kepada kisah pergaduhan anak-anaknya. Di dalam hadith Rasulullah disebut juga beberapa kisah tentang Nabi Adam A.S antaranya ketika perbualan Adam dan Musa A.S.
Proses Penciptaan Adam A.S
1. Peringkat Pertama: Dicipta dari pelbagai jenis tanah bumi (تراب)
Firman Allah SWT:
اِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ ءادَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ [59]
"Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia." (Ali 'Imran : 59)
Maksud tanah didalam ayat tersebut dijelaskan oleh Rasulullah SAW:
(عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى خَلَقَ آدَمَ مِنْ قَبْضَةٍ قَبَضَهَا مِنْ جَمِيعِ الأرْضِ فَجَاءَ بَنُو آدَمَ عَلَى قَدْرِ الْأَرْضِ فَجَاءَ مِنْهُمْ الْأَحْمَرُ وَالْأَبْيَضُ وَالْأَسْوَدُ وَبَيْنَ ذَلِكَ وَالسَّهْلُ وَالْحَزْنُ وَالْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ)
Maksudnya: "Dari Abu Musa al-Asya'ari RA, dari Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari genggaman yang di ambil dari seluruh bumi, lalu anak keturunan Adam datang sesuai dengan kadar (tanah), di antara mereka ada yang (berkulit) merah, putih dan hitam. Dan diantaranya pula ada yang ramah, sedih, keji dan baik." [HR At-Tirmidhi. No. Hadith 2879]
Terdapat rahsia yang tersirat dari penciptaan manusia yang pelbagai warna dan sifat kerana kepelbagaian penciptaan Adam dari pelbagai jenis tanah dunia. Maka dengan itu, lahirlah manusia yang mempunyai perbezaan rupa kulit, sifat dan tabiat semula jadi, dan pelbagai lagi sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW.
2. Peringkat Kedua: Dicipta dari tanah liat (طين)
Peringkat seterusnya selepas diciptakan dari pelbagai jenis tanah dunia, maka tanah tersebut di campurkan dengan air hingga menjadi tanah liat (طين) sebagaimana firman Allah:
إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِينٍ [71]
"(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah." (Şād : 71)
Proses ini boleh diumpamakan seperti pelbagai jenis tepung yang di adun dalam satu bekas. Kemudian tepung tersebut ditambahkan dengan air hingga menjadikan tepung tersebut menjadi pejal. Dengan sebab penciptaan Adam AS yang melalui proses inilah, maka iblis ingkar untuk bersujud kepadanya kerana merasakan penciptaan iblis dari api yang hitam lebih baik dari penciptaan Adam AS dari tanah yang dicampur dengan air sebagaimana di firmankan oleh Allah SWT:
[12] قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
"Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." (Al-'A`rāf : 12)
Maka berlakulah pengingkaran pertama oleh makhluk ciptaan Allah SWT dan iblis dilaknat selamanya.
3. Peringkat Ketiga: Dicipta dari tanah liat yang pekat (طين لازب)
Setelah pelbagai jenis tanah tadi dicampur dengan air, dalam beberapa tempoh selepas itu terhasillah tanah liat yang pekat (طين لازب) yang menjadikan ia sebagai peringkat ketiga penciptaan Adam yang menjadikan ia kukuh.
Firman Allah SWT:
[11] فَاسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمْ مَنْ خَلَقْنَا ۚ إِنَّا خَلَقْنَاهُمْ مِنْ طِينٍ لَازِبٍ
"Maka tanyakanlah kepada mereka (musyrik Mekah): "Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya ataukah apa yang telah Kami ciptakan itu?" Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat." (Aş-Şāffāt:11)
4. Peringkat Keempat: Dicipta dari tanah liat kering yang hitam (صلصال من حماء)
Seterusnya tanah liat pekat tadi berubah menjadi tanah liat kering yang berwarna hitam (صلصال من حماء) dan diberikan bentul oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya:
[14] وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk," (Al-Ĥijr : 28)
5. Peringkat Kelima: Diciptakan dari tanah liat yang dibakar (صلصال كالفخار)
Firman Allah SWT:
[14] خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ
"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar." (Ar-Raĥmān:14)
Didalam ayat ini, Allah SWT menggunakan perumpamaan tanah liat kering seperti tembikar bukanlah bermaksud Adam AS itu berbentuk seperti tembikar selepas proses pembentukan peringkat keempat. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan (صلصال كالفخار) adalah tanah liat yang dibakar sebagai salah satu proses pembentukan ciptaanNya yang berasal dari tanah.
Seperti pembuatan tembikar yang bermula dari tanah liat, kemudian dibentuk dan dikeringkan. Maka untuk menguatkan lagi struktur tembikar, kebiasaannya ia akan dibakar untuk menghasilkan tembikar yang berkualiti tinggi dan kukuh.
Pengkhabaran Allah Kepada Malaikat
Sebelum Adam A.S diciptakan secara sempurna, Allah SWT mengkhabarkan kepada malaikat bahawa Dia akan mencipta Adam AS sebagai khalifah di bumi untuk memerintah dunia. Perbualan ini berlaku ketika peringkat kelima penciptaan Adam selepas dibentuk dari tanah liat yang dibakar melalui firman Allah SWT:
وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أَتَجْعَلُ فِيْهَا مَن يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْن [30]
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : 30)
6. Peringkat Keenam: Ditiupkan Ruh
Apabila telah selesai penciptaan tersebut, maka Allah meniupkan ruh yang membangkitkan Adam sebagai manusia bernyawa dan Allah SWT memerintahkan makhluk lain untuk sujud kepadanya.
Firman Allah SWT:
[72] فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
"Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya." (Şād : 72)
Demikianlah proses dan peringkat penciptaan Adam Alaihissalam sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah SWT melalui kalam Al-Quran. Bagaimana pula proses penciptaan isteri Adam Alaihissalam (Hawa)? InshaAllah akan dijelaskan dalam penulisan seterusnya.
Penyempurnaan
Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala dan dua di bawah badan iaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu mulut, satu dubur dan satu uretra. Lima pancaindera dilengkapkan dengan anggota tertentu seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, hidung untuk pengesanan bauan, lidah untuk perasa seperti masam, masin, manis dan pahit dan kulit untuk sentuhan bagi panas, sejuk, tekanan, kelikatan dan sakit.
Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan Nur ke dalam tubuh Adam dengan pelbagai "sifat". Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut. Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah". Kemudian, tubuh tersebut dibenam dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalal dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.
Waktu kejadian manusia tidak disebut berapa lama walaupun melalui apa cara perhitungan sekalipun seperti dalam al-Quran: "Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut..." (76:1)
Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau. Dari situ, Allah ubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. Kerana proses kejadian itu yang melalui peringkat yang "kotor", tidak hairan Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia yang dicipta dari tanah.
Kemasukan roh
Roh diperintah Allah untuk memasuki jasad Adam tetapi seperti makhluk lain, roh juga enggan, malas dan segan kerana jasad yang seperti batu. Dikatakan ruh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan malaikat. Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Izrail memaksa ruh memassuki tubuh tersebut masuk ke dalam tubuh Adam. Ia memasukkannya ke dalam tubuh dan roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Setelah meresapi ke kepala Adam, maka berfungsilah otak dan tersusunlah urat saraf dengan sempurna. Lalu, terjadilah mata dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan malaikat di sekelilingnya. Telinga mulai berfungsi dan didengarnya kalimah tasbih para malaikat. Apabila roh tiba ke hidung, lalu ia bersin dan mulutnya juga terbuka. Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yang merupakan kalimah pertama diucapkan Adam dan Allah sendiri yang membalasnya.
Kemudian, roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. Ketika itu ditunjukkan sifat manusia yang terburu-buru. Ketika roh sampai di perut, maka organ dalam dan perut tersusun sempurna dan saat itu Adam mula merasakan lapar. Akhirnya, roh meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna segala darah daging, tulang, urat saraf dan kulit. Menurut riwayat, kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia di kini dan warnanya masih dapat dilihat di kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.
Dengan itu, sempurnalah sudah kejadian manusia pertama dan Adam digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia. Walau bagaimanapun, hanya Nabi Muhammad s.a.w. mendapat gelaran "Abul Ruh" atau "Abul Arwah" iaitu Bapa segala Roh.
Kajian sains telah menunjukkan bahawa unsur kimia pada tubuh manusia terdiri daripada unsur yang terdapat pada tanah. Nisbah unsur yang terdapat di dalam badan juga memberikan kesesuaian dalam sifat dan fungsi anggota setiap bahagian manusian. Antaranya unsur yang didapati adalah:
Karbon
Oksigen
Hidrogen
Fosforus
Sulfur
Azote
Kalsium
Kalium
Natrium
Magnesium
Klorat
Ferum
Manganese
Kuprum
Iodin
Klorin
Kobalt
Zink
Silikon
Alumunium
Molebdenum
Boron
Vanadium
Selenium
Kromium
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Penciptaan Adam
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment