08 February 2020

Mimaland Lejen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Mimaland



[GAMBAR] Kisah Di Sebalik Taman Tema Pertama Malaysia Yang Telah Ditinggal Lebih 20 Tahun

Sejak ditutup pada 1994, tapak Mimaland terus ditinggalkan tak berpenghuni.

Thumb 269f
Cover image via MIMALAND
  • Pada 1971, pintu Mimaland dibuka kepada umum. Ia adalah taman tema pertama di Malaysia.

    • Dcfd
      Image viaMIMALAND
    • 6364
      Image viaMIMALAND
    • 1530
      Image viaMIMALAND
    • Mimaland atau nama panjangnya 'Malaysia In Miniature Land' terkenal dengan replika dinosaur berskala besar yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika.

      Terletak di Gombak, Selangor, taman tema ini juga mempunyai tasik untuk aktiviti perahu dan memancing.
  • Beberapa tarikan seperti kolam yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara dan gelongsor gergasi membuat pengunjung tidak henti-henti datang sejurus pembukaannya

  • Mimaland adalah tempat yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong sehingga satu rentetan peristiwa menyebabkan penutupannya pada tahun 1994

    • 0479
      Image viaMIMALAND
    • C3c3
      Image viaMIMALAND
    • 1aa0
      Image viaMIMALAND
    • Pada Januari 1993, seorang warga Singapura dilapor mati lemas dalam satu insiden tragis di Mimaland.

      Tahun berikutnya, pembangunan di kawasan itu telah membawa kepada tanah runtuh yang menyebabkan air kolam keruh dan merosakkan kawasan kecil taman tema. Tambahan lagi, terdapat juga masalah keselamatan dilaporkan.

      Taman tema itu terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembaikan bagi menjamin keselamatan pelawat. Malangnya, selepas insiden itu, Mimaland tidak pernah dibuka semula.
  • Mungkin sedikit pelik untuk didengari, tetapi Mimaland kini bertukar menjadi tarikan berbeza kepada thrill-seekers yang sukakan pengembaraan unik

    • 91a1
      Image viaMIMALAND
    • B5ef
      Image viaMIMALAND
    • Advertisement
    • 5b57
      Image viaMIMALAND
    • Tapak terpencil Mimaland telah dibiar terbengkalai begitu saja dan tidak berpenghuni sejak penutupannya pada 1994.

      Namun hari ini, ramai orang pergi ke tapak Mimaland atas rasa ingin tahu, terutamanya apabila terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa tempat itu penuh misteri dan berpenunggu. Mimaland kini popular sebagai salah satu tempat paling mistik di negara ini.

      Sementara itu, ada juga orang yang sengaja pergi ke sana untuk aktiviti rekreasi, kadang-kadang singgah sebentar untuk berjalan di sekitar kawasan itu walaupun mereka mungkin ditangkap kerana menceroboh tanah hak milik peribadi.
  • Apa yang jelas ialah tempat itu sangat usang dan cebisan vandalisme lebih memberikan rasa gerun yang menakutkan

    • A460
      Image viaMIMALAND
    • 5d7a
      Image viaMIMALAND
    • 3874
      Image viaMIMALAND
    • Terdapat juga laporan yang mengatakan hidupan liar seperti harimau telah dilihat di kawasan tersebut. Dan walaupun telah terbiar sejak sekian lama, masih ada pengawal keselamatan yang menjaga tempat itu bagi memastikan orang luar tidak masuk.

      Tetapi, Mimaland tetap menarik perhatian orang ramai untuk datang sehingga hari ini.
  • Mimaland kini hampir tidak dapat dikenal pasti kerana bentuk asalnya telah berubah sama sekali

  • Walau ditinggalkan, Mimaland tetap tidak boleh dilupakan

    • 6b8f
      Image viaMIMALAND
    • Koleksi gambar dan video masih dikongsi di laman Facebook yang didedikasikan khas untuk kenangan dari semasa ke semasa.

      Sepanjang dua dekad yang lalu, ramai peminat yang berharap Mimaland akan dibuka semula satu hari nanti, walaupun tahun demi tahun mimpi itu sekadar angan-angan yang tak mungkin kesampaian.

      Terdapat ura-ura mengenai pembangunan semula Mimaland tetapi menjelang 2015, sumber melaporkan bahawa usaha sama di antara MPHB Capital Bhd, yang memiliki 98.2% daripada Mimaland Bhd, dan Bandar Raya Developments Bhd (BRDB) unit Magna Senandung Sdn Bhd telah ditamatkan.
  • Video di bawah memaparkan dengan lebih jelas bagaimana rupa Mimaland pada tahun 2017:

  • Ada siapa-siapa yang pernah pergi ke Mimaland? Anda nak tak kalau Mimaland dibuka semula? Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

    • Selamat tinggal :


    🕋⛰🇲🇾💜💞💞🌏🕌



    SAMBUNGAN KE EPISOD


    Tidak ramai yang menyedari lokasi sebuah pusat taman rekreasi Mimaland yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.
    Bila sebut Mimaland, khususnya anak-anak muda zaman kini akan terpingga-pingga apa itu? Mimaland adalah singkatan bagi “Malaysia In Miniature Land“ taman tema pertama dan terhebat sekitar 80-an. Selepas  insiden mati lemas disalah satu kolam di situ, Mimaland diarahkan tutup!
    Itu bukan antara fakta sebenarnya kenapa Mimaland ini ditutup.


    Pagi 18 Feb 2017 kami 80 orang diketuai oleh saudara Itek Kejam, cuba mengimbau kembali kenangan hebat Mimaland satu ketika dulu. Dan seperti kebiasaannya saya akan membawa bersama anak-anak untuk trip sepak daun ini. Selesai bacaan doa, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.
    Perjalanan adventure sepak daun diteruskan dengan mengharungi semak-samun dan pokok-pokok tinggi yang sudah 24 tahun tumbuh liar setelah Mimaland ini ditutup. Melawat kolam utama Mimaland yang masih terdapat air walaupun jauh sudut hati kami terpanggil untuk terjun kedalamnya!
    Kemudian kami dibawa untuk melihat kolam popular di Mimaland satu ketika dulu, “Super Splash”! Yang tinggal hanya tapak tangga sahaja. Dihadapannya kolam mandi yang sudah ditumbuhi semak samun. Kami melangkah dengan lebih berhati hari kerana kawasan semak samun membuatkan kami risau akan kehadiran biantang berbisa.
    Tapak motel-motel Mimaland untuk pelawat suatu ketika dahulu yang tinggal kini hanyalah tiang-tiang dan bumbung mereput yang menunggu masa untuk menyembah bumi. Di sinilah dikatakan entiti paranormal sering kelihatan bila menjelang waktu malam.
    Ditapak “Carnival Area” yang popular untuk pelawat kanak-kanak masih lagi kelihatan bumbung bangunan serta didalamnya beberapa mainan kanak-kanak yang masih boleh terdapat disitu serta ruang-ruang bilik khas permainan.
    Dan acara kemuncak trip sepak daun kali ini adalah melawat “Animal Kingdom”. Kami harus mendaki bukit-bukit yang terdapat disini untuk sampai ke kawasan tersebut.
    Masih terdapat beberapa arca-arca dinosaur yang masih kekal kukuh disitu. Keriangan kami tidak dapat dibendung lagi apabila anda dikalangan kami mengimbau kenangan-kenangan lalu ketika bergambar disini. Sesungguhnya lawatan ke Mimaland tidak akan lengkap sekiranya tidak kesini ketika dulu!

    Kata kata orang diluar sana yang Mimaland ini berhantu, sememangnya kurang tepat sekiranya mereka datang melawat pada siang hari!
    Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.







    No comments: